Kami Masuk Pejabat Baru?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Office FlareBiz Network

Alhamdulillah, nampaknya permulaan tahun 2010 sangat baik bagi kami kerana banyak benda-benda yang positif berlaku di sekitar kami. Permulaan tahun ini juga sebenarnya menyebabkan kami sibuk yang teramat sangat kerana syarikat kami FlareBiz Network berpindah ke pejabat baru di kawasan Diamond Square juga. Bagaimana pula dengan permulaan tahun baru anda? Adakah semua okay? ;)

Bercerita mengenai pejabat baru ini sebenarnya diambil khusus untuk memantapkan “customer service” bagi sistem NiagaKit. Selepas ini para pelanggan sistem NiagaKit kami boleh datang bila-bila masa sahaja di waktu pejabat untuk menyelesaikan apa-apa masalah mengenai NiagaKit selain daripada bantuan secara online. Kami juga bercadang untuk mengisi masa lapang kami di waktu malam dengan berkongsi ilmu-ilmu perniagaan Internet kepada sesiapa yang berminat dengan kos yang teramat sangat murah.

Untuk permulaan ini, kami menganjurkan Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal di mana kami akan berkongsi pengalaman, tip dan trik yang kami belajar selama ini dengan ringkas kepada para peserta yang berminat. Kalau berminat, anda perlu tempah tempat dengan kadar segera kerana tempat adalah sangat terhad kerana pejabat baru kami hanya mampu menampung 20-25 orang peserta sahaja dalam satu-satu masa. ;)

Kami juga akan menganjurkan satu program yang diberi nama “Akademi Usahawan” dan program ini masih lagi diperingkat perbincangan oleh pihak FlareBiz Network. Ini kerana kami perlu melakukan banyak lagi kajian mengenai program ini kerana komitmen kami sangat tinggi dalam program ini. Kami mensasarkan 99% yang menyertai program ini akan menjadi usahawan internet yang sebenar “on the spot“.

Di dalam program ini, kami akan mengajar dan membantu anda untuk menjual produk fizikal dengan menggunakan kuasa internet di samping kami akan cuba menyelesaikan segala masalah yang anda hadapi. Pendek kata, anda tidak perlu fikir apa-apa kerana kami akan sediakan segala kemudahan untuk anda bermula dari produk sehinggalah pemasaran. ;)

Oh, sudah banyak rahsia yang terlepas pada entri kali ini walaupun Zhafran & Bob suruh saya merahsiakan dahulu beberapa perkara. :D Sekarang kami juga sibuk untuk membantu 2 orang anak muda iaitu saudara Mahyuddin Jamal dan Aizuddinur Zakaria dalam menganjurkan satu konvensyen yang terbesar dalam sejarah industri pemasaran internet Malaysia iaitu Malaysia Internet Summit 2010 (MIS). Fuh, banyak yang saya belajar daripada kalian berdua dan pengalaman bekerjasama dengan anda berdua sungguh berharga buat kami yang masih terpinga-pinga dengan konvensional bisnes.

Saya juga sangat menyarankan agar anda sepatutnya hadir ke MIS bagi mengambil aura dan ilmu para usahawan internet yang berjaya seperti saudara Irfan Khairi, Shuth, SmartZul, Amirol dan ramai lagi untuk saya nyatakan di sini.

Zhafran & Labanon

Saya rasa setakat ini dahulu celoteh saya bagi menerangkan apakah aktivit terkini Team FlareBiz. Saya akhiri dengan satu kata-kata pujangga iaitu diam tidak bermakna kosong dan bising pula tidak semestinya berisi. ;)

Sekian.

p.s: Semua dijemput hadiri ke pejabat baru kami untuk berborak-borak mengenai perniagaan. Semua dialu-alukan! Nak lagi best, datang sambil sertai Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal. Yosh!

{ 37 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

37 Responses to “Kami Masuk Pejabat Baru?”

  1. Yoji says:

    nampaknyer office dalam hutan nie.. haheheh.. :)
    bgi gambar lebih skit bro.. bro best tgk.. :)

  2. Zairi Zaidi says:

    Waalaikumussalam…

    wow… wow… koho semak napok..

  3. redfar says:

    xnmpk full lar.. kena dtg seminar lar ni bru nmpk the whole office ni..
    hehehe.. good..

  4. Rauna says:

    TAHNIAH Team FlareBiz…

  5. redfar says:

    salam, dah tgk masa seminar tu..
    tapi time tu sume dah pack ngan program student..
    hurmm..
    bile ade lagi yer??

  6. Thinkerich says:

    Fuyooo…

    Lawa molek backgroud..wallpaper atau original tuh :)

    Apa pun tahniah, semoga opis baru ni menambahkan lagi
    aktiviti dan kecerian kepada pemilik dan para pelanggan…

  7. kak marr says:

    wall paper kerr.. ingat memang buat macam pondok betul betul… hehehehehe
    ala ala spa gituuuu….

  8. Atam says:

    salam…dimanakah alamatnyer pejabat en?

  9. Md Yakub says:

    Pejabat baru mesti besar dan selesa. Apa yang penting, usaha yang saudara buat untuk membantu seperti kami ni amatlah membanggakan. Semoga usaha saudara sentiasa memberikan yang terbaik kepada semua peserta yang menghadiri seminar Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal yang dianjurkan oleh saudara.

  10. Anwar Yassin says:

    Suasana baru dengan semangat baru. Tahniah Labanon and the geng! :) Kayu bakau tu baru ‘tanam’ ke ? ;)

  11. rahsiaebiz says:

    wallpaper 3d yang dikatakan tu ke ? hehe… menarik !

  12. purlz says:

    salam,

    wow………… nampak kerusi je… hoho
    congrat for new office….

  13. ksoleh says:

    Salam,

    Kerusi macam executive nampak. Good luck in your future business

  14. azlan says:

    wah..semakin maju..taniah lah saya ucapkan… harap2 jgnlah lupa pada kitorng yang masih baru dalam perniagaan ni.. sudi2 lah membantu kami apa yang sepatutnya..

  15. mohd nor says:

    salam. tahniah atas perkembangan terbaru. moga sukses.

  16. bluedianthus says:

    Wah…cantik dan elegen tempat baru tu..:)
    Tahniah dan semoga semangat bekerja makin bertambah..:)

  17. shahrinabd says:

    tahniah on your success..

  18. Master Yus says:

    Tahniah dengan perkembangan dan pejabat baru. Pastinya semangat baru untuk melahirkan lebih ramai lagi individu yang berMINDAkan USAHAwan.

    Teruskan perjuangan Flarebiz, permerhati diluar sana akan terus memberi sokongan padu kepada kalian. Selamat maju jaya!

    -MY-

  19. Anarm says:

    tahniah diucapkan kepada team Flarebiz.. semoga terus berjaya di masa akan datang..

  20. kasyah says:

    tahniah once again…tapi…..

    gmbar opis sikit sgt la…we want more….ahaha…

    rase cam tenang je kalo gi opis flarebiz..

  21. Yang kat belakang mcm kayu tu..
    mmg kayu betul atau just kertas dinding je?

    hehe saje tanya…

    kalau boleh nak tgk overall..pic kecik2 skit
    pun xpe.

    tahniah!

  22. Nabieel SR says:

    Alhamdulillah satu permulaan baik pada tahun ini Team Flarebiz dan beberapa IM yang lain.

    Teruskan usahamu untuk memajukan diri dan anak bangsa

  23. Salam Motivasi..

    Alhamdulilah syukur kpd Tuhan kerana Tahun 2010 ini kami telah melancarkan 2 Blog. Satu untuk pasaran tempatan dan satu untuk pasaran antarabangsa. Setakat ini saya menggunakan blog yg percuma sapai satu tahap saya akan menggunakan yg b’bayar. Pelbagai projek dlm proses kajian dan akan dilaksanakan.. Insyallah..

    Untuk lawati Blog kami
    http://www.tipmotivasihidup.blogspot.com (mengenai motivasi)
    http://www.zairimartialart.blogspot.com (m’genai silat)

  24. maizul.com says:

    Tahniah Team FlareBiz. Teringin nak datang ke pejabat Team FlareBiz suatu hari nanti.

  25. Wahab says:

    Tahun baru, azam baru, wah..wah..office pun baru, produk pun baru,
    SELAMAT MAJU JAYA…Turun KL nanti aku singgah…k.

  26. mzm says:

    semakin berkembang biz bro..
    tahniah!!

  27. faizsyah says:

    RM10 jer?giler kentang…
    bleh xwat ari sabtu or ahad?
    sbb sy student..

  28. ibnujusup says:

    tahniah bro…
    teruskan usaha

  29. Kamarulzaman Baharom says:

    Dah pergi mini seminar semalam. Tahniah kerana berjaya membuka pejabat yang cantik dan selesa.Tengah memikirkan produk fizikal yang nak dibuat. Congratulation to all of you kerana berjaya membentuk satu team yang mantap, mesra alam dan berwawasan.

  30. doakan kami jgk ye bro..
    i/Allah kami akan bukak kedai dia area ampang jugak..

  31. cantik ofis bro….

    syabas…….. moga terus maju… dan lebih mantaoppppppp

    torrrrrr baikkkkkkkkk

  32. Rita NM says:

    As salam

    Tahniah akak ucapkan.. berbangga anak muda yg berjaya

  33. titan says:

    jauh la dari jerantut atau damak wehh..

  34. [...] ada sesiapa di antara kita yang melihat USAHA team FlareBiz berpindah ke pejabat baru, menganjurkan Mini Seminar dan mempromosikan laman Facebooknya sendiri sebagai satu [...]

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)