Jana Pendapatan Dengan Nuffnang
Alhamdulillah, saudara kita Noorizam baru sahaja melancarkan satu panduan percuma iaitu Jana Pendapatan Dengan Nuffnang dan saya telah membaca keseluruhan panduan ringkas ini.
Seperti yang anda ketahui, walaupun terdapat ramai yang telah mempunyai akaun Nuffnang tetapi masih ramai lagi yang gagal untuk mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang.
Saya akui, saya juga tidak terkecuali dan masih berusaha untuk mencukupkan kuota bagi mendapatkan cek pertama dari Nuffnang. Tetapi selepas membaca Panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang oleh saudara Noorizam, saya yakin saya bakal memohon cek pertama saya dalam masa terdekat ini .
Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
Kebanyakan newbie melakukan kesilapan “setting” pada akaun Nuffnang. Di dalam panduan ini Noorizam telah menerangkan dengan lengkap punca kesilapan itu.
Satu kelemahan pada ebook ini ialah filenya agak besar dan mengambil masa yang lama untuk di download. Kenapa ya? Mungkin saudara Noorizam boleh memperbaiki masalah ini.
Bagi anda yang masih belum mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang atau tidak tahu apa itu Nuffnang, anda boleh dapatkan report ini secara percuma dengan men”subscribe” mailing list di blog noorizamshah. Menarik untuk dibaca, ringkas, dan straight to the point.
Dapatkan segera - Download Ebook Jana Pendapatan Dengan Nuffnang.
Level Kesesuaian Ebook: Complete Newbie yang mahu menjana pendapatan dengan Nuffnang tanpa modal.






Bagus. Jauhkan diri dari Advertlets.com. Dulu saya guna Advertlets, tapi selepas beberapa insiden, saya merasa tertipu. Kini saya adalah Gilteratti Nuffnang. Saya bukan ingin memburukkan advertlets, tetapi cuba Google “Advertlets Sucks”. Kamu akan tahu apa yg saya maksudkan.
ehm, antara panduan yang lengkap dan PERCUMA. Terima kasih kepada noorizamshah sebab sudi buat panduan tersebut.
Terima kasih atas segala Mudah mudah-mudahkan apa yang anda lakukan di berkati selalu.
Terma kasih dgn perkongsian eBook ini. Tetapi saya ada masalah memuat turunnya. Mengambil masa yang lama untuk loading.. Terima kasih.
Tahniah norizam. Anda telah berjaya meleraikan kekusutan sesetengah newbie seperti saya. Kini saya yakin dengan Nuffnang untuk menjana salah satu pendapatan di Internet…
boy_bersahaje
Interest | Hobbies | Lifestyle
ebook ni memang bagus,saya dh cuba segala tip dia.amat sesuai yg baru berjina dengan nuffnang
bagus……ini yang terbaik
ada problem utk download. Harap saudara dapat betulkan.
saya sendiri pun dah terkena dengan advertlets …sampai sekrang tak cek pun sampai…tapi status dekat dashboard kata sent…skrang dah 6 bulan tak sampai lagi cek tuh.
salam all…
tima kasih coz sudi berkongsi makluman dengan kami semua nie
salam, nak tanya ar.. apsal saya buat naffnang nie x jadi kat dalam blog?
OK dah boleh download. Nanti dah abis baca saya komen.
ada problem nak download… dah try banyak kali tapi xdapat
Baru dengan Nuffnang, masih tak faham lagi kenapa iklan tak kuar… Join jugak Google AdSense. Ada komen tak baik ttg Google Adsense? Tolong kongsi.
saya ada juga join nuffnang..dah jadi Gilteratti Nuffnang..tapi belum lg terima bayaran..nak tanya pasal bayaran..macam mana Nufnang bayar yer?..adakah kena request borang dulu atau automatik nuffnang hantar chek kat rumah bila hujung bulan..ada sapa yang tahu boleh kongsi ye.. thanks..
Nak tanya sikit ni Nuffnang ok ke? Sebab sebelum dalam blog saya tak sampai 2 ringgit je dapat dalam 6 bulan
jawapan saya berdasarkan nombor komen:
(1) masing-masing ada pengalaman yang berbeza.
(2)terima kasih reddebt.
(3) terima kasih mohammad ali.
(4) Hazwan, ia mungkin masalah internet connection. cuba lagi.
(5) Terima kasih boy_bersahaje.
(6) - (14) terima kasih semua kerana download dan baca.
(15) Ayu, anda kena request setiap kali nak withdraw.
(16) kunci kejayaan menggunakan iklan nuffnang ialah traffik. tarik traffik sebanyak mungkin ke blog anda. jadikan blog anda sebagai blog yang berkualiti.
jumpa lagi,
Noorizam Shah
http://noorizamshah.com
@ kerul
Google Adsense ni big brother bg program2 macam nuffnang / advertlets / bidvertiser and etc. Setau saya, mmg xder problem ngn adsense nie selagi anda x langgar TOS dorang. ^^
thanks for the free info dude.. tp, I still love MR G the best! cuz aku tgk, nuffnang nie lame sgt nak ltk iklan advertiser dorang. for me, not worth it.
just my 2 cents
- Marie Digby Vlog
Ini boleh dikatakan pertama kali saya mengetahui ttg nuffnang, semoga selepas membaca ebook noorizam tu nanti saya akan lebih mengetahuinya dan insyallah mungkin dapat menambahkan sumber pendapatan. Terima kasih banyak2 kerana berkongsi ilmu ini.
ebook ni memang best. nape Advertlets Sucks? Tidakku mengerti. Boleh diberikan penjelasan? Tq