Jana Pendapatan Dengan Nuffnang
Alhamdulillah, saudara kita Noorizam baru sahaja melancarkan satu panduan percuma iaitu Jana Pendapatan Dengan Nuffnang dan saya telah membaca keseluruhan panduan ringkas ini.
Seperti yang anda ketahui, walaupun terdapat ramai yang telah mempunyai akaun Nuffnang tetapi masih ramai lagi yang gagal untuk mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang.
Saya akui, saya juga tidak terkecuali dan masih berusaha untuk mencukupkan kuota bagi mendapatkan cek pertama dari Nuffnang. Tetapi selepas membaca Panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang oleh saudara Noorizam, saya yakin saya bakal memohon cek pertama saya dalam masa terdekat ini .
Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
Kebanyakan newbie melakukan kesilapan “setting” pada akaun Nuffnang. Di dalam panduan ini Noorizam telah menerangkan dengan lengkap punca kesilapan itu.
Satu kelemahan pada ebook ini ialah filenya agak besar dan mengambil masa yang lama untuk di download. Kenapa ya? Mungkin saudara Noorizam boleh memperbaiki masalah ini.
Bagi anda yang masih belum mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang atau tidak tahu apa itu Nuffnang, anda boleh dapatkan report ini secara percuma dengan men”subscribe” mailing list di blog noorizamshah. Menarik untuk dibaca, ringkas, dan straight to the point.
Dapatkan segera – Download Ebook Jana Pendapatan Dengan Nuffnang.
Level Kesesuaian Ebook: Complete Newbie yang mahu menjana pendapatan dengan Nuffnang tanpa modal.

Bagus. Jauhkan diri dari Advertlets.com. Dulu saya guna Advertlets, tapi selepas beberapa insiden, saya merasa tertipu. Kini saya adalah Gilteratti Nuffnang. Saya bukan ingin memburukkan advertlets, tetapi cuba Google “Advertlets Sucks”. Kamu akan tahu apa yg saya maksudkan.
ehm, antara panduan yang lengkap dan PERCUMA. Terima kasih kepada noorizamshah sebab sudi buat panduan tersebut.
Terima kasih atas segala Mudah mudah-mudahkan apa yang anda lakukan di berkati selalu.
Terma kasih dgn perkongsian eBook ini. Tetapi saya ada masalah memuat turunnya. Mengambil masa yang lama untuk loading.. Terima kasih.
Tahniah norizam. Anda telah berjaya meleraikan kekusutan sesetengah newbie seperti saya. Kini saya yakin dengan Nuffnang untuk menjana salah satu pendapatan di Internet…
boy_bersahaje
Interest | Hobbies | Lifestyle
ebook ni memang bagus,saya dh cuba segala tip dia.amat sesuai yg baru berjina dengan nuffnang
bagus……ini yang terbaik
ada problem utk download. Harap saudara dapat betulkan.
saya sendiri pun dah terkena dengan advertlets …sampai sekrang tak cek pun sampai…tapi status dekat dashboard kata sent…skrang dah 6 bulan tak sampai lagi cek tuh.
salam all…
tima kasih coz sudi berkongsi makluman dengan kami semua nie
salam, nak tanya ar.. apsal saya buat naffnang nie x jadi kat dalam blog?
OK dah boleh download. Nanti dah abis baca saya komen.
ada problem nak download… dah try banyak kali tapi xdapat
Baru dengan Nuffnang, masih tak faham lagi kenapa iklan tak kuar… Join jugak Google AdSense. Ada komen tak baik ttg Google Adsense? Tolong kongsi.
saya ada juga join nuffnang..dah jadi Gilteratti Nuffnang..tapi belum lg terima bayaran..nak tanya pasal bayaran..macam mana Nufnang bayar yer?..adakah kena request borang dulu atau automatik nuffnang hantar chek kat rumah bila hujung bulan..ada sapa yang tahu boleh kongsi ye.. thanks..
Nak tanya sikit ni Nuffnang ok ke? Sebab sebelum dalam blog saya tak sampai 2 ringgit je dapat dalam 6 bulan
jawapan saya berdasarkan nombor komen:
(1) masing-masing ada pengalaman yang berbeza.
(2)terima kasih reddebt.
(3) terima kasih mohammad ali.
(4) Hazwan, ia mungkin masalah internet connection. cuba lagi.
(5) Terima kasih boy_bersahaje.
(6) – (14) terima kasih semua kerana download dan baca.
(15) Ayu, anda kena request setiap kali nak withdraw.
(16) kunci kejayaan menggunakan iklan nuffnang ialah traffik. tarik traffik sebanyak mungkin ke blog anda. jadikan blog anda sebagai blog yang berkualiti.
jumpa lagi,
Noorizam Shah
http://noorizamshah.com
@ kerul
Google Adsense ni big brother bg program2 macam nuffnang / advertlets / bidvertiser and etc. Setau saya, mmg xder problem ngn adsense nie selagi anda x langgar TOS dorang. ^^
thanks for the free info dude.. tp, I still love MR G the best! cuz aku tgk, nuffnang nie lame sgt nak ltk iklan advertiser dorang. for me, not worth it.
just my 2 cents
- Marie Digby Vlog
Ini boleh dikatakan pertama kali saya mengetahui ttg nuffnang, semoga selepas membaca ebook noorizam tu nanti saya akan lebih mengetahuinya dan insyallah mungkin dapat menambahkan sumber pendapatan. Terima kasih banyak2 kerana berkongsi ilmu ini.
ebook ni memang best. nape Advertlets Sucks? Tidakku mengerti. Boleh diberikan penjelasan? Tq
saya sedang mencari2 (’trial dan error’) dalam e-advertise ni.e book ni betul2 free ke?
terima kasih.. info yang menarik
Dah berkali-kali baca report tulisan Noorizam, very helpful. Thanks Noorizam!
Dalam kes saya, hasil Nuffnang lebih cepat masyuk dari hasil Google Adsense.
Dengan panduan dari eBook tu, saya berjaya menjana pendapatan dengan Nuffnang. At least blog iMotivasi kendalian saya dah boleh berdiri seperti satu perniagaan dengan hasil keuntungan sendiri, tanpa suntikan modal pusingan dari pemiliknya.
Many thanks to Noorizam.
-Shueqry-
asalamulaikum .. terimakasih kepada semua ebook ini memang merangsangkan income kita,yang selama ini x tahu yang mane lebih baik..jadi aku rasa kita patut mencuba dan mencuba menjadi yang terbaik..wasalam
Assalammualaikum… saya ada hantar melalui online untuk mendapatkan ebook dan MajalahIM tak silap pada 28/01/09 kerana saya ingin mengetahui tentang isi kandongan didalamnya yang bolih memberi panduan untuk saya dalam menjana income melalui internet…..amin
kepada kawan2 yang dah download ebook percuma ni, silalah edarkan kepada kawan-kawan lain. untuk manfaat bersama.
kepada saudara noorizam bolehkah saya uploudkan buku nuffnang ini untuk diletakkan di blog saya bertujuan untuk dikongsi dengan visitor..minta izin.
thanks utk ebook ni.
nasib baik guna IDM, laju giler sedut bandwidth.. hehe
40kb/sec tuuu..
trimas untuk ebook ni,
http://aku-curiga.blogspot.com
E-book yang bagus, sama dengan adsense tetapi tak serupa. Dengan hanya membaca sahaja dapat membuka minda kita bahawa dengan hanya ada blog sahaja, kita dapat membuat duit.
Selain dari itu, tempat meletak advertisement perlulah berada di mata pengunjung blog kita tanpa menganggu kesusunan blog, supaya ianya tidak nampak seperti bercelaru.
untuk mendapatkan duit daripada advertisement sebegini, kita memerlukan traffic/pengunjung yang ramai. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pengunjung (banyak sekali). Nasihat saya ialah lakukan sesuatu yang anda suka tentang blogging. Nice E-book!
da download..mekasih…
bg pndpat sye..nuffnang ni ade klbihnnya jgk dr adsense ni..die agak lumayan tp advertiser diorg msih sedikit..mungkin lg 1 tahun nuffnang akn lg meriah..bukn ape, asyik ikln sama je..hoho
yg terbru ikln dragon ball..
http://www.syafiqzainal.com
hm, baru hari ni saya jumpa majalah im ni. tak sangka banyak giler info yang senior kongsi.
terima kasih, terimakasih!
http://produk-produkterbaik.blogspot.com
good sharing… saya nak tanya otai.. saya ada cybercafe… pastu saya set semua komputer, dengan blog saya as my homepage.. maknanya tiap kali client guna mozilla atau explorer akan terpapar blog saya dulu …ada apa2 masalah dengan ads nuffnang ni…
Hanya sebilamgan kecil saje yg berjaya mendapat pendapatan drp goole ke, Nuffnang ke.Kalau 100 orang Lulusan diploma mendapat pekerjaan dalam masa sethun atau dua tahun maka kejayaan ini adalah 100% peratus.Sebab itu ramai yg ingin mendapat Diploma walaupun terpaksa menganggur 1- 3tahun, namun akhirnya boleh dikatakan hampir 100% mendapat pekerjaan dalam masa 1-3 tahun.
Perniagaan Internet terlalu digembargemburkan seolah olah semua org yg berusaha dan menambah ilmu pasti akan berjaya.kalau setakat 1% saje yg berjaya, jgn terlalu taksub sgt ..
mmg la bro.. diploma tu bukannya perniagaan.. ia ukuran kepada kepala otak seseorang, IM ni satu jenis perniagaan … ada turun naiknya.. sama mcm niaga kt luar tu.. kalu xde rezeki lingkup laa..nak kata terlalu gembur2kan.. x berapa gak..cuma banyak ads kt mana2 web/blog
Salam, En Noorizam.
Saya baru berjaya download ebook ni & pegi ke website En Noorizam. Saya ingat nk click iklan Nuffnang 1x sbg tanda terima kasih, tp malangnya xjumpa, puas browse. Ye la,cakap terima kasih aje kat sini xde monetary value utk En Noorizam. Tp walaubagaimanapun, jasamu dikenang.
[...] menjejaki blog Noorizamshah.com, anda mungkin boleh melayari blog hafreze.com, Mohdsuhaimy.com dan MajalahIM.com untuk membaca ulasan dan review mengenai pengalaman mereka dengan [...]