Ingin Memiliki Senarai Email Yang Berkualiti?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya saya ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam dan semoga bulan Ramadhan ini memberikan kita semua 1001 keberkatan dan pengampunan daripada Ilahi. Baiklah pada entri lepas saya telah berjanji dengan anda semua bahawa jika entri “Duit Dalam Senarai Email?” tersebut melebih 20 komen, maka saya akan berkongsi dengan anda bagaimana ingin memiliki senarai email yang berkualiti.
Nampaknya entri tersebut telah mendapat 47 komen dan saya sangat berbesar hati untuk berkongsi kepada anda beberapa cara bagaimana untuk memiliki senarai email yang berkualiti. Cara-cara ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang 3 tahun bergelar seorang usahawan Internet.
1) Pastikan Anda Mendidik Senarai Email Anda!
Ini merupakan salah satu cara yang ramai para usahawan Internet baru terlepas pandang. Bagi mereka setelah mendapatkan senarai email yang banyak, maka kini tiba pula masanya untuk buat duit. Jika anda juga beranggapan sedemikian rupa, maka anda juga silap besar!
Anda perlu mendidik senarai email anda agar mengenali apakah yang cuba anda promosikan kerana pepatah Melayu ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. Kita perlu menggunakan teknik yang dipanggil “info marketing” di dalam email marketing ini. Konsep “Give, give, give and take” adalah sangat sesuai dan saya sering gunakan di dalam melakukan pemasaran email.
Apakah itu Give, Give, Give and Take? Kita berikan ilmu dan tip yang menarik dengan senarai email kita sebanyak 3 kali dan kali ke 4 barulah kita menghantar email untuk take ataupun closed the deal. Ini merupakan satu teknik promosi yang sangat berkesan dan kebanyakkan usahawan Internet di luar menanggap teknik ini sebagai “soft skills”.
2) Ambil Senarai Email Pembeli Produk Anda!
Memetik dari buku I Walked The Dollar, untuk mendapatkan jualan kedua dari pelanggan yang sedia ada itu adalah lebih mudah dari mendapatkan jualan dari pelanggan yang baru.
Dari ayat di atas jelaslah bahawa kita perlu mengumpul senarai email pelanggan-pelanggan kita. Saya menggelarkan kelompok ini sebagai “Golden List” kerana kelompok ini telah membuktikan komitmen mereka dengan mengeluarkan duit dan mendapatkan produk kita. Ini bermakna mereka ini berkemampuan dan berkemungkinan tinggi juga sanggup untuk mengeluarkan duit bagi sebarang produk.
Pastikan anda mengutip senarai email pembeli-pembeli produk anda kerana mereka ini golden list yang sanggup mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Sebab itulah saya sentiasa letakkan ruang subscribe di download page setiap produk jualan saya kerana saya ingin asingkan golongan golden list ini berbanding list biasa.
Dengan teknik ini, secara tidak langsung anda sudah mempunyai senarai email yang tersangat berkualiti!
3) Promosikan Kepada Mereka Produk Yang Terbaik!
Ramai usahawan Internet juga silap bahawa senarai email akan berkualiti apabila kita berkongsi sesuatu yang percuma. Mereka silap 100% kerana kebanyakkan orang hanya menggabaikan begitu sahaja produk percuma. Sebenarnya jika anda faham konsep sebagai seorang usahawan, maka perkara ini menjadi sangat mudah bagi anda.
Jika anda mempromosikan produk yang terbaik dan membantu senarai email anda, sudah tentu mereka akan berterima kasih kepada anda kerana menolong mereka. Walaupun produk tersebut perlu dibayar sehingga ratusan ringgit, tetapi jika ia dapat membantu mereka maka mereka tidak sabar untuk mengeluarkan duit lagi untuk membeli produk cadangan anda.
Namun senario ini berbeza jika anda mempromosikan produk sampah walaupun berharga RM10, senarai email anda secara tidak langsung akan bertukar menjadi senarai email sampah. Pastikan anda berhati-hati mempromosikan produk kepada senarai email anda!
Sebab itulah saya tidak mempromosikan sebarang produk kepada senarai email saya kerana saya tahu dengan risiko yang bakal saya hadapi. Saya hanya akan mempromosikan produk yang kelompok dalam senarai email saya perlukan kerana itulah amanah mereka kepada saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik. Saya rasa setakat ini sahaja coretan saya dan sehingga kita berjumpa lagi pada entri akan datang.
P.S: Sesiapa yang ingin sumbangkan sebarang artikel dan tutorial berkaitan buat duit di Internet kepada MajalahIM.com, saya amat-amat alukan dan pihak kami akan membayar sedikit wang bagi menghargai usaha anda.

Info yang sangat menarik dan pastinya dinanti-nantikan oleh IM yang baru bertapak dalam dunia Internet Marketing ini.
Saya baru perasan kenapa setiap kali download page bagi produk yang dihasilkan oleh Team Flarebiz ada menyediakan ruangan khas utk Pembeli memasukkan nama dan emel mereka selepas mendownload semua item yg disediakan..
Contohnya:
“Sila daftarkan nama dan email anda dalam borang yang disediakan di bawah ini untuk mendapat sebarang update/bonus pada masa hadapan dari kami”
Nama:
Emel:
Sebelum ini pun saya ada terfikir untuk meletakkan borang opt-in tersebut di laman download bagi Ebook Pakej Kit Photoshop yang saya hasilkan.. Tanpa saya sedar, ia rupanya benar-benar salah satu strategik perniagaan yang hebat..!! (yang sebelum ini saya tak perasan)
Thanks lot for the great information…
Selamat Bpuasa gak ntuk adly n team.. sy pn nak ikut jejak langkah adly..
sy baru je bjinak2 dlm internet business ni.. hehe
“itulah amanah mereka kepada saya.”…tepat sekali…ramai org terlupa ttg nie dan menghantar emel yg tak diminta pun…
Salam ramadhan Labanon.
Nampaknya teknik mengumpul senarai e-mail yang berkualiti telah didedahkan.
Rasa-rasanya mereka yang diluar sana (termasuk diri sendiri) dan boleh buat perancangan, seterusnya BERTINDAK!
Salam ramadhan
Message yang sangat berguna tapi boleh tak Labanon terangkan lebih lanjut bagaimana ia dapat di practikkan dalam bisnes MLM….
Harap dapat info yg lebih bermakna…..
teknik pemasaran email penting jugak untuk prduk ya
ramai org x tw kehebatan pemasaran email ni
kene bertindak ni
wowow
sampai sekarang saya masih x berapa faham dengan erti pemasaran email ni….
maklumla saya bukannya pandai betul dlm bab2 internet ni…..kalo setakat guna utk membaca pastu tutup oklah…..
Yeah
Dah dapat jawapannya
info yg sangat menarik..
ye betul. hanya memiliki senarai email dengan memberikan produk percuma mungkin adalah satu cara cepat untuk mendapatkan prospek. tapi lama-kelamaan kita akan dapati mereka akan unsubscribe email kita satu persatu kerana kita bukannya mendidik mereka tapi hanya mempromosikan produk-produk orang lain. orang boleh marah tau.
Tips yang bagus, Adly. 2 tips terakhir tu, give me a lot of idea for my subscribers soon. Thanks!
Info, jika sesiapa nak joint dan dpt income drp email sila layari link ini
(www.WebSite.ws/plusmines)
Ini adalah GDI Domain Program – USA
Selamat mencuba Free Trial 7 days
Tq, Halim
GDI best ker?
Saudara kita kat Kulim dah dok 2nd ranking world dah kat GDI, baru joint 2bulan dah dpt 1200 USD /week. hebattttt…. syabas. Hanya guna send email saje..
terima kasih adly for this gd info~
sdg mencuba hasilkan satu projek utk kmpul mailing list…
tpi byk lg progress…
Salam,
Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa.
saya tertarik dgn ayat anda diatas.. bagi saya anda silap… sbb anda sangup gadaikan ilmu demi kejar wang ringgit.
tanpa ilmu manusia akan lalai w/pun brjaya mengumpul harta.. ingat jadilah seorg usahawan yg berilmu bukan usahawan yg jahil.
Salam
Satu soalan bermain-main di benak saya. Apakah tujuan utama saudara mencari ilmu? Apakah hanya untuk segulung kertas yang dinamakan ijazah? atau apa?
Saya sangat2 bertuju kita perlu menjadi seorang usahawan yang berilmu. tapi apakah ilmu itu hanya boleh dipelajari di Universiti sahaja?
Abg Di
anda yang jahil sebenarnya.jangan bimbang, saya simpati pada anda.
minda anda sempit kalau memikirkan yang ilmu hanya boleh didapati melalui pembelajaran formal, yakni di universiti…
jangan berlagak seolah2 anda hebat, boleh mengukur ilmu seseorang.
oh di sini datangnya…
hehe…ilmu itu meluas…lintas jalan raya juga perlu berilmu..sayangnya ia tidak di ajar di mana-mana kolej
saya masih menuntut di universiti, kerana ilmu yg sy mahukan, sukar di dapati dlam dunia biasa…dan bagi yang drop U untuk dapatkan ilmu yang lain, kerana ilmu yang mereka mahukan tidak berada di universiti biasa..ia berada di universiti alam kehidupan
semoga kita saling melengkapi antara satu sama lain
terima kasih untuk info tersebut. sangat mujarab kalau dipraktikkan.
Good tips!
hmmm…mcm2 idea dah ada nih,…
Saya masa mula-mula join dunia IM ni, try yang free autoresponder..
Stakat ni yang masih saya gunakan ialah Jv-marketer autoresponder..
Walaupun Free, tapi saya berpuas hati dengan perkhidmatan dorg..
Hajatnya nak buat satu ebook panduan Free autoresponder ni.. Sb ramai lagi yang nak try dapatkan mailing list, tetapi takde modal sangat..
Jadi sebagai permulaan utk bjinak2 dalam dunia IM ini, boleh guna Free autoresponder..
Insyaallah sekiranya ada kesempatan, saya akn buat panduan tersebut, dan bagi FREE je..
Cuma sekarang agak sibuk skit.. Jadi tertangguh skit hasrat tersebut..
Untuk dapatkan update terkini, jemput datang blog saya.. Dan jangan lupa subcribe, kerana sebarnag update akan dimaklumkan ke emel korg…
Anyway, daripada post saudara Labanon ini, byk info yang kita boleh dapat..
Congrates to Team Flarebiz for this usefull information!!
emm .. memang good tips & info …
tapi alangkah bagus kalau adly teruskan belajar di Universiti tapi dalam masa yang sama terus menerus menjalankan perniagaan internet … ilmu yg dipelajari .. walaupun sedikit tetap manfaat nya besar .. sekurang-kurangnya genggamlah segulung ijazah …
tapi apa-apaun tahniah kerana anda memang mampu menjana pendapatan di alam maya ini..
Thanks atas information yang di berikan….
Tapi nak tanya…mula2 kita nak kumpul list ada 2 cara kan:
1) kasi produk free
2) list dari mereka yang membeli produk anda…
ADakah pengalaman yang mana orang/email yang sama ada dalam kedua-dua list itu..? MAcam mana nak handle tu? Saya takde autoresponder lagi …
Yup, 2 cara di atas adalah antara cara yg biasa digunakan..
Tetapi, melalui subcribe RSS juga boleh tambah mailing list
Rasanya takde masalah kalau dalam kedua-dua list itu ada dlm database kita, cuma kena pastikan database tersebut adalah database yg berbeza, kerana biasanya database akan dapat kesan sekiranya emel yg sama yg berdaftar dalam satu database yg sama, secara automatik, page seperti “Maaf, emel anda telah berada dalam database ini”..
Cuma biasanya, bila kita nk kumpul mailing list melalui :
1) produk free
2) List yg membeli produk
3) Subcribe RSS
4) dll…
kena guna database yg berbeza-beza…
Jika menggunakan aweber… akan ada option kita boleh included or excluded list. Jadi tidak timbul soal terima 2 kali email.
Tu best sistem autoresponder berbayar! Saya mesti pileeehhh!
Saya harap Cyza dapat penerangan yang jelas.
Saya dah jelaskan part yang FREE, Bro Adly part yang berbayar..
Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan..
Kalo bende FREE, kelebihannya tak perlu kuar duit, tapi byk function limited..
Kalo berbayar, kena kuar duit skit, tetapi function pastinya jauh lebih baik daripada yg FREE…
Oh yea…lupa pulak nak tanya,
MAcam case kawan kita RahmanBAsri yang bagi komen kat atas tu, dia pakai free autoresponder: Jv-marketer autoresponder. So, let say list dah banyak…beribu2 lemon lah katakan…ok ke/atau ada risiko ke kalau dia nak pindahkan ke autoresponder berbayar?
Saya ada terbaca yang ada kemungkinan takut lesap 50% dari list yang ada…
Anybody ada komen/pengalaman?
Jv-marketer autoresponder, walaupun menyediakan pkhidmatan FREE, tetapi still ada function untuk eksport mailing list kita tu ke dalam komputer kita. So, ini kira sbg backup la..
Jadi, jangan risau pasal kemungkinan list kita tu lesap, cuma kena pastikan dalam seminggu tu, sekurang-kurangya buat backup (eksport list) kita tu..
Dan untuk pengetahuan, dalam Jv-marketer autoresponder, hanya boleh create 2 database sahaja, dan satu database limit 1500 mailing list shj. Jd, kalo 2 database, boleh save 3000 mailing list.
Saya rasa ini pun dah kira berbaloi, sb bende FREE kan.. Lagi pun dari segi function yg terdapat dalam autoresponder Jv-Marketer ini agak berbeza sedikit berbanding dgn autoresponder free yg lain (cth: sendfree, dll).. Jv-marketer mempunyai function yg lebih krg sama dgn autoresponder berbayar, cuma ada beberapa function agak limited skit. Tapi stil OK juga..
Dan sekiranya, suatu hari, anda ingin berpindah kpd Autoresponder berbayar, anda boleh import list ke dalam sutoresponder yg berbayar tersebut.
Mungkin sekiranya anda baru berjinak-jinak dgn dunia IM, boleh mencuba autoresponder percuma ini.
Tetapi ada juga alternatif lain, jika ingin mempunyai autoresponder sendiri (bukan free) dan berbayar spt Awaber, anda boleh menggunakan easyautores ( ini kena set up kat cpanel)..
Saya harap, penerangan ini menjawab pertanyaan cyza…
Tapi kalau nk export masuk… pengguna email masih perlu vertify… biasanya di sinilah banyak yang rugi.
Biasanya paling tinggi pun kita akan dapat balik around 30% list
Kalau ada 1000 list… kita akan dapat balik around 300 sahaja. Itulah sebab saya suruh guna yang berbayar awal-awal lagi… long term investment. Yosh!
Yup, part yang ni memang saya setuju.. Biasanya autoresponder yang free akan limitkan jumlah leads (list) yang nk diimport masuk..
Jadi, autoresponder percuma boleh digunakan sbg ‘tempoh percubaan’..
dan kalau ada modal lebih, bolehlah sewa yang berbayar..
maklumat perniagaan yang berguna tetapi masih belum jelas apakah yang hendak diniagakan sebenarnya. selain itu, tiada petunjuk atau pautan bagaimana kita hendak menyertainya atau saya tidak memjumpainya.
Masterkey dah beli Ebook rahsia 10K tak? Yang Team Flarebiz keluarkan..
Banyak panduan berguna dalam tu…
Antara Ebook yang saya kira bagus untuk Newbie yang baru bjinak-jinak dalam dunia Internet Marketing ini…
betul la.. tapi tu la saya pun bukan pandai sgt guna internet ni..
tekial-kial…dah baca panduan banyak kali pun tekial-kial…
saya cuba satu web ni..tapi tak tau la ok ke tak…
http://tinyurl.com/rayabest
Siap promote link affiliate erk..?
Jangan jadi spam dah ler..
saya dah terjebak dengan internet ni sejak umur 12 tahun lagi
selama ni asik tgk je peluang2 buat duit di internet ni berlalu pergi
sampai la nie masih tertunggu2 dan rasanye sekarang dah tak larat nak tunggu dah
so pada mane2 usahawan internet nak cari apprentice aku sudi jadi apprentice sesape saje yang nak turunkan ilmu dan jadikan aku seorang usahawan internet yang berjaya
Tapi kalo setakat promote ebook tak payah la ek
tq
Biasanya utk mendapatkan khidmat nasihat usahawan internet (IM) yang dah lama dalam dunia IM ini perlukan kos perkhidmatan bg membayar mereka..
Ini kerana ilmu dan pengalaman yg ada pada mereka sgt bnilai..
Dan sbg newbie, kitalah yg perlu menghubungi Big IM ini utk memdapatkan khidmat nasihat mereka. Kita boleh menghubungi mereka samada melalui emel (amat digalakkan), YM, Hp, dll..
Bagi yang koje kerajaan tu, tak payah la buat bisnes…sambung belajar ambik degree…jadi pegawai esok barulah best sikit gaji tu…
haruskah saya beli 12ribu email prospek dari seorang yg membekalkan system itu…harap dapat jawapan yg dpt membantu saya bertindak…
thanks…. sgt best membacenyer.. x puas den membacenyer…
adly, ada buat rss tak. sy nak langgan. tq.
Terima kasih atas panduan Tuan Labanon. Akhirnya sekarang saya sedar bahawa pentingnya senarai email
Bagus juga tips2 yang diberikan.
mailing list mmg penting dalam perniagaan internet tetapi jangan salah guna mailing list.kalu tidak,mmg lari la list kita tu…
hanya nak kongsi info:
Satu Pilihan Bijak bagi Pengguna Autoresponder.Disamping dapat mengumpul mailing list kita juga boleh memperolehi pendapatan yang lumayan darinya.
Sila lihat info lanjutan saya di http://www.azharsalih.ws/trafficwave.html
Saya ada wujudkan satu database prospek, sangat membantu khusus yang buat marketing through phone call.
untuk database e-mail, masih dalam peringkat pembangunan. Mungkin bulan hadapan, akan di lancarkan. Tungguuuuu
kalau guna autpresponder memang best…lagi pun ia dari kerelaan pengguna email itu sendiri untuk menerima maklumat dari kita…spt HYPERBULK sy
good tips from majalahim……….
tq……..
http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz