Hari Raya & Perjumpaan IM Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Labanon & Zhafran

Pertama sekali saya wakil kepada seluruh warga kerja FlareBiz Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog Majalah IM ini. Agak tak sempat nak update blog ini sekarang kerana sibuk dengan projek NiagaKit v2 yang sememangnya memerlukan banyak komitmen.

Baiklah, kita lupakan seketika mengenai NiagaKit v2 dan satu berita menarik ialah pada hari raya ke-3 lepas, kami telah menghadiri ke perjumpaan usahawan Internet Kelantan di D’klasik Kopitiam, Kubang Kerian. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh usahawan Internet yang memang menetap di Kelantan dan juga usahawan Internet yang mempunyai isteri orang Kelantan. :D

Perjumpaan Usahawan Internet Kelantan

Alhamdulillah, perjumpaan ini berjalan dengan lancar walaupun kami sendiri lewat sejam lebih untuk datang kerana ada masalah teknikal. Hasil daripada perjumpaan ini, kami berjaya mengatur beberapa projek yang akan memberikan kebaikkan kepada semua usahawan Internet. Perjumpaan ini juga meriah kerana di hadiri oleh usahawan Internet yang senior seperti Alang, RinggitHit, Abu Hanis, Abooain dan ramai lagi. Tak lupa juga kepada orang-orang baru yang baru sahaja ingin mengenali dunia perniagaan Internet. Semoga pertemuan kalian dengan mentor-mentor usahawan Internet ini akan memberikan anda semangat untuk terus berjaya.

Di perjumpaan ini juga kami dapat bertentang mata dengan penulis buku Internet Marketing Dengan Facebook, Myspace & Twitter iaitu Ahmad Fadzli Fauzi. Rasanya tiada apa lagi yang hendak diperkatakan mengenai kemeriahan perjumpaan ini, apa kata anda layan sahaja gambar-gambar ini:

Perjumpaan Usahawan Internet Kelantan

Perjumpaan Usahawan Internet Kelantan

Perjumpaan Usahawan Internet Kelantan

Perjumpaan Usahawan Internet Kelantan

Perjumpaan Usahawan Internet Kelantan

Perjumpaan Usahawan Internet Kelantan

Perjumpaan Usahawan Internet Kelantan

Sungguh seronok sepanjang perjumpaan ini! Insyallah, pada masa akan datang kami akan anjurkan lagi perjumpaan ini. Pastikan anda sentiasa alert dengan perkembangan usahawan Internet tempatan. Yosh!

Sekian.

p.s: Kredit gambar kepada Cikgu Zahran & Azreen HC.

{ 51 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

51 Responses to “Hari Raya & Perjumpaan IM Kelantan”

  1. Akhirnya dapat jugak menghadiri gath ini, dan dapat juga berjumpa dengan labanon dan bersalaman…cuma masa dan jarak tempat duduk tidak mengizinkan untuk berbual dgn lebih dekat lagi.

    Apepun, dapat juga aku berbual dengan Alang dan RinggitHit…

    ps; Org pertama komen ke!!???

  2. Aqif says:

    Perjumpaan IM Kelantan? Terbaik woo. :)

    Bila pulak agaknya Team Flarebiz nak buat gathering dekat Kuala Lumpur pulak ye? hehe

    • Syed Akmal says:

      setuju setuju sangat dengan bro aqif ni. bila nak buat gathering dekat kl. confirm ramai yang join. dapat la tukar tukar ilmu, tukar projek. berkenalan antara semua IM. confirm gempak. susah nak kenal secara maya, nak kena jumpa depan depan. pasti memberi faedah kepada setiap individu. aku dr kch swk sanggup terbang ke kl jika berkesempatan. jom plan! hehe.

      • Aqif says:

        Salam bro Syed.

        Insyaallah saya akan cuba rancangkan pertemuan ini. Bro tinggal kat Kuching ke? Jauh tu. Saya kagum dengan semangat anda! :D

  3. Tambah 1 lg…harap2 lps ni dapat buat perjumpaan mcm ini lg… Insya Allah, harap2 jadi lah yek projek Labanon dgn Abooain tu..

    Zhafran pun x sempat jugak beramas mesra… :P

  4. [...] Lain-lain gambar boleh dilihat di WangCyber dan juga MajalahIM [...]

  5. hasbul aqill says:

    byk tips yang bernas dan saya pun dah nampak apa yang perlu saya buat untuk masa depan bila dapat tips dari fazlihani
    moga projek team bro menjadi
    :D

    besh bual ngan alang
    :D

  6. kita says:

    lorrr..napa tak ajak saya sekali….rugi a

  7. memang seronok kalau dapat berkumpul mcm nie. banyak yang dapat dikongsikan. :)

  8. rahmanbasri says:

    Bestnye korang dapat gathering… Masa tu saya ada kat sabah.. Tak dapat nk join skali :-)

  9. Tok Mat says:

    bestnya dapat jumpa geng2 online ni…. :)

  10. wanwma says:

    tak jemput pun..kelantan dgn trgganu bukan jauh pun… :)

  11. insan_kerdil says:

    aik???
    sume laki ek??
    xde pompuan ka???

  12. Kasyidi says:

    Salam…

    huhu..hari ni baru bleh online. tak tahu plak ada perjumpaan raya ke 3 hari tu.. :)

    rugi pulok x dapat join sekali…. :(

  13. Syuxx says:

    Wah, meriah betullah. Nak jugak jumpa IM2 yang hebat belaka ni nanti.
    Hehe

  14. faiz says:

    wahh..best ni…x tau pun ada gathering…kalau x aku join gak..aku pon ada kt KK hr tu..

  15. fadli says:

    wah…meriahnye…bestnye…teringin nak join…hehehe…kt phg x ad ke??.huhuhuhu

  16. Lebanon/Zafran,

    Kenapa tak jemput kawe jugak. Kawe ado kat Kelate hari raya lepas.
    Haha…

    Cheers,
    Wan Mohd Syazwan

  17. fadzlihani says:

    Terima kasih kepada otai2 dan kawan2 yang sudi hadir. Seronok berkenalan dengan kalian.

  18. ijamidayu says:

    HUehuehue.. Wah.. Untung org Kelate nieh..

    Bila la ampa nak wat minum2 kat setapak lak erk.. :D

    Leh jumpa bro Alang ngan IM Central lak…

  19. ShahrulFahmy says:

    Salam,

    Seronok betuk dot gather sesama IM ni… yg baru dpt jumpa otai2…. huhu!!! Apa2pon, Hidup IM Malaysia… :)

  20. samdaddycool says:

    Perghh.. berehat sebentar bersama otai… mesti kenyang ilmu..

  21. HamidMas says:

    Salam…

    Tahun 2010 akan menjelang tiba, ada rancangan ke buat pertemuan di Kuala Lumpur?

  22. Rugi…kalau kawe kelik raya di Kota Bharu bolehlah jumpa sama.

  23. nursyauqina says:

    salam..

    seronoknye…

    emmm pompuan xde ke? berminat tp x berapa reti….nnti kalu buat kt kuantan mesej ye…nk join jugak…

  24. Anwar Yassin says:

    Mantap-mantap. Mesti banyak idea ngan ilmu dicurahkan ni. :) Bila pula IM pahang n Johor nak berkumpul ? :)

  25. Lia says:

    Salam..mmg berminat nak join tp saya xbtl2 faham konsepnya lagi..ermm ahlinya semua lelaki je ker?

  26. Salam, tanya sikit apa projek yang dibincangkan…

  27. alan tan says:

    Ada letak di facebook?

    blh-lah tag gambar :D

  28. yuzafi says:

    Huhuhu…

    nak kena carik orang rumah “kelate” nie..senang sikit nak pergi gathering :)

  29. ezmalladmin says:

    kenapa tak ada gbr usahawan wanita pun? ke takde yg pergi gathering ?

  30. donny says:

    bestnya korang..rasanya ramai lagi IM malaysia yang sy belum kenali.Perjumpaan bgini dpt menambahkan pengetahuan dan mengeratkan lagi silaturahim..tul tak?

  31. farid says:

    Salam.

    Saya ingin berkenalan dengan Labanon n Zhafran.
    Boleh jumpa minum? Saya di Machang n bila-bila pun boleh naik KB.

  32. zack says:

    salam

    hai labanon…kenapa berhenti belajar? duit penting, tapi ilmu lagi penting. sbb ilmu akan menjaga kita. duit tu, kita yg kena jaga. saya harap labanon sambung belajar balik

  33. awlya says:

    As Salam.. seme laki.. tk de pompuan ker? bl nk buat kt kuantan.. mesej ler.. nk join jgok leh ker..

  34. Sukri says:

    kemah moleh, tapi saye kawe baru kelik ni…bilo pulok nak buat ni…kawe nak jupo benar dengan puak2 kito ni

  35. [...] ini yang merupakan perjumpaan kali ke-3 berjaya diadakan. Kehadiran para IM seperti Aktechpage.com, Azhar, Adly aka labanon, Alang, Abu Hanis, Nuruddeen, Zahfran, Kalamharta, Johari, Seran, Azam F2R dan Fazlihani The Writer [...]

  36. Fatin Pauzi says:

    Rupanya ramai jugak internet marketer hebat2 dari Kelantan. :D

  37. Nikuve says:

    Subhanallah, bila ada perjumpaan ni? Kawe dok tau pum adly.

    Nampak kemeriahan juge perjumpaan tu :)

  38. slm,klu ada perempuan nk juga join,nnti bgthu bila perjumpaan akn dtg.tkasih

  39. [...] pada perjumpaan kali ini ialah Ringgit Hit, Alang, Abu Hanis, Kalam Harta, Zhafran & Labanon (Team FlareBiz), Abooain, Fazdlihani (Penulis Buku Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter), Cikgu [...]

  40. ahib0205 says:

    Adly,

    Tahniah dan moga terus berjaya!

    Terima kasih banyak atas tunjuk ajar kerana memperkenalkan kepada saya kehebatan ‘kekasih’ anda tu. hehehe

    — rindu kejayaan dahulu —

  41. mzm says:

    waaah!! syOk je nmpak.. bla lak nk wt kt key ell neh?
    new year ni smbut ramai2 kt kl amacam? ni asik2 sambut ngn awek masing2 je..
    huhu~

  42. Firdaus says:

    pergh aku pun teringin gak kalau leh gathering im penang plak

  43. [...] pada perjumpaan kali ini ialah Ringgit Hit, Alang, Abu Hanis, Kalam Harta, Zhafran & Labanon (Team FlareBiz), Abooain, Fazdlihani (Penulis Buku Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter), Cikgu [...]

  44. Jutawan muda says:

    seronok tgk org ramai beramah mesra dlm im tersebut…

    http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)