Duit Dalam Senarai Email?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai usahawan Internet luar negara mahupun tempatan mengatakan bahawa “The Money Is In The List”. Oleh itu, ramailah para newbie mula mengumpul senarai email dengan harapan kononnya dapat menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Saya sangat setuju bahawa mengumpul senarai email adalah sangat penting dan ia menjadi satu kewajipan buat semua usahawan Internet walau apa jua model bisnes perniagaan Internet yang anda ceburi.
Senarai email merupakan satu aset yang berharga kerana teknik pemasaran email merupakan satu teknik pemasaran yang sangat berkesan. Jadi tidak hairanlah kenapa usahawan Internet sanggup membayar sehingga RM3.50 untuk satu email yang anda berikan kepada mereka. Kalau 100 email maka dia akan membayar anda RM350! Kalau kita fikir balik, ia satu tindakan yang gila bukan?
Tapi sedarlah bahawa mereka akan berjaya mendapat pendapatan 10 kali ganda daripada modal yang dikeluarkan untuk mendapatkan senarai email. Sebab itulah saya menganggap senarai email ini merupakan satu aset dan senjata yang penting bagi seorang usahawan Internet. Namun, terdapat sedikit kekeliruan di mana ramai yang silap faham bahawa semakin banyak senarai email maka kita akan dapat menjana lebih banyak wang.
Bagi saya, tanggapan sebegitu adalah silap dan lapuk. Itu merupakan kata-kata para usahawan Internet pada 5 tahun lepas dan tidak boleh diguna pakai lagi buat masa ini. Jika anda membaca buku-buku berkaitan “direct selling” anda akan dapat mengetahui fakta bahawa pelanggan era millenium lebih bijak untuk membuat pilihan berbanding dahulu.
Sebenarnya anda tidak perlu untuk mengumpul senarai email yang banyak TETAPI anda perlu mengumpul senarai email yang berkualiti. Tidak ada gunanya jika anda mempunyai 10 ribu senarai email tetapi setiap kali anda menghantar email untuk mempromosikan produk hanya 2-3 orang sahaja pembeli. Lebih baik mempunyai seratus senarai email tetapi setiap kali anda menghantar email untuk mempromosikan produk, 10 orang akan membeli produk tersebut.
Saya harap anda betul-betul faham situasi di atas sebelum saya menulis sambungan mengenai senarai email pada entri akan datang. Mungkin kini timbul di dalam fikiran anda, bagaimana ingin mengumpul senarai email yang berkualiti kan?
Jangan risau saya akan kongsikan dengan anda pada entri akan datang sekiranya entri kali ini mendapat 20 komen ke atas. He he he!
Sekian.
P.S: Jika anda mempunyai sebarang pendapat ataupun tidak bersetuju dengan pendapat saya, bolehlah tinggalkan diruangan komen.

setuju.. kuantiti senarai email bukanlah faktor utama sebaliknya kualiti dari setiap email yang ada itu mampu generate conversion rate yang tinggi dalam menghasilkan keuntungan jualan..
Kualiti vs kuantiti.Saya pilih dua²..
Untuk menukarkan kuantiti kepada kualiti –> berkongsi & didik senarai email
Setuju setuju.. Camne tuh nak tentukan kualiti emel tuh?
Betul!! Setuju!!!
Convertion yg memainkan peranan.. Jika convertion rendah.. Macam mana nak jana wang yg tinggi!!!
betul gak, apa guna dpt sejuta email tapi pengguna email tu hanya tegar kepada ym jer.
Kan ker lebih baik dpt email yg tegar kepada:-
1. ingin tahu.
2. ingin berubah.
3. ingin berjaya.
4. ingin beli.
5. ingin kaya.
6. dan ingin-ingin yg lain…
Cari orang yg berkeinginan barulah dapat pulangan ringgit.
Orang sekarang suka menerima dari memberi, maka gunakan kelebihan itu, sedikit anda beri mungkin berganda anda terima.
salam labanon…
lama juga tak ke sini.
sy setuju dengan entri kali ini.
mailing list memang main peranan penting..lagi2 yang berkualiti.
owh ye labanon.
sy baru perasan ofis abg ipar kawan sy sebelah ofis flarebiz network.
malam esok kalau jadi nak ke sana ada urusan
Salam, Flarebiz dan semua..
Saya setuju sgt. dgn mengatakan senarai email tu penting jugak. Tapi kena buat analysis jugaklah kalau nak tahu email buyer atau tak atau …
Bila NiagaKit V2 nak launch?
kesimpulannya..”the money is in a quality list”
Betul. Kualiti lebih penting dari kuantiti.
Tapi Conversion rate juga boleh jadi rendah, sebab penjual tu sendiri(sesetengahnye la),
tiap2 minggu duk promote brg sendiri/affiliate. Bosan gak bakal pembeli yang berkualiti tu.
Senarai email itu kita panggil prospek, setiap prospek itu mesti ada sesuatu untuk dibeli, jika tidak hari hari ini, mungkin masa akan datang. Maknanya satu hari nanti prospek itu akan jadi buyer. Jika pandai jaga, buyer akan bertukar menjadi client (pelanggan) yakni dia akan terus membeli & membeli sepanjang hayatnya daripada kita.
Contohnya: Saya membeli ebook rahsia10k setelah hampir setahun dari tarikh ia dilancarkan.Harganya RM20 lebih tinggi. Saya tetap membelinya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk memilki ebook itu. Saya adalah contoh prospek yang sudah menjadi buyer dan kemungkinan besar akan jadi client(pelanggan) bilamana Adly /labanon terus mengeluarkan produk berkualiati yang terus menjadi keperluan saya.
Bagaimanakah agaknya jika kita memiliki sejumlah 1,000 atau 10,000 prospek yang begitu?
Kesimpulannya: Setiap e-mail adalah penting. Ia menjadi penting pada orang yang tahu nilainya. Manakala akan menjadi sia-sia jika jatuh kepada orang yang tidak tahu menilainya. “ibarat memberi bunga kepada seekor monyet”.
Sekian.
apa yg saudara cakap tu betul. pencarian prospek baru sahaja yg berterusan akan meningkatkan kos perniagaan. oleh itu, list yg berkualiti patut diseimbangkan bersama kuantiti list. ini supaya ada repeat sales dari pelanggan yg sama dapat dilakukan dan pelanggan2 ini dapat dikekalkan sepanjang masa. bukan beli sekali lepas tu hilang begitu sahaja.
Menarik juga pendapat Adly. Selalunya, diwar2kan list adalah penting .. nak tahu apa rahsia list berkualiti .. harap cukup 20 komen utk post ini.
kuality n Kuantiti perlu seiring…..
Thanks sifu..artikel menarik.
pentingnya mailing list
Satu tips yg bagus utk org yg baru berkecimpung dlm bisnes internet ni. Sekarang saya sedar kepentingan list yg berkualiti. Tq Labanon
Memang agak sukar untuk mendapatkan list yang berkualiti disebabkan banyak yang hanya mahu benda free jer. Bagus juga jika Adly dapat berikan tips bagaimana untuk dapatkan list yang berkualiti.
ye..btul tu labanon.sy pn stuju dgn entri kali ni.ye mngkin tips yg akn labanon kngsi kan kali ini akn mmbntu im kat luar sne khususnya newbie.thnx
Memang senarai email penting tapi camne ye nak dapatkannya??? T ksh…
saya bersetuju – emel marketing yang betul memang lombong emas. Nak buat duit hantar email.. itu yang sifu internet marketing selalu buat.
Saya setuju dengan Adly tu. Tak semestinya list email yang banyak menghasilkan
prospek yang berquality, tapi kalau list email yang kita ada tu selalu kita followup mungkin
satu hari nanti mereka akan menjadi pelanggan kita juga,itu hanya pendapat saya, masakan
usahawan internet sanggup membayar untuk satu email yang kita beri.
Terima kasih dengan tips brkenaan…skang nih pn ngah blajar lg camner care nk buat duit kt biz nih…kene mantapkan blog lg agaknya nak kumpul list yg yg berkualiti nih…huhu
Sy bru sje mggunakn sistm autore, tp msih gagal mengumpul email..dan bgaimana pula ingin dpt kn email yg berkualiti ye ?
Banyak perkara yang perlu tau untuk memulakan bisnes internet ni…baik dan buroknya, realiti dan fantasinya…. Nak tanya, apa pendapat Labanon tentang yang menghantar email pada kita dan mempromosi kita menyertainya dan akan menempatkan nama kita dalam senarai emailnya dan dengan respon kepada emailnya kita akan di book “tempat” dan kita akan “make money”. Macam “too good to be true” je. Betul ke tu? Is there such thing? Mcmana dia/kita/orang lain yang menyertainya boleh buat duit tu?
kita tunggu topik baru tetang perkara ini…
Sangat Setuju! Duit dalam senarai email sama ke dengan Senarai emel memberikan kita duit?
senarai email berkualiti memang penting untuk menjana pendapatan yang lumayan…
kena kumpul yang berkualiti lagi best power root…
Salam saudara Labanon,
dah tak sabar saya nak tunggu topik macam mana nak dapatkan list yg berkualiti tu….
kualiti email memang penting untuk perniagaan internet tetapi teknik promosi pun tidak kurang pentingnya dalam menarik seseorang melihat produk yang kita ingin promosikan…
Dengan yakin saya berkata, pemasaran email merupakan satu kelebihan.
Betul bro, tapi kita perlu jugak email list yang tinggi untuk mendapat probability of quality emails yang tinggi.. anyway waiting for your next articel…
Senarai email adalah diibaratkan sebagai pengunjung kedai kita. Kalau tak ada pengunjung bagaimana nak dapatkan pelanggan. Walaubagaimanapun lebih baik ada senarai email daripada tak ada. Kualiti dan kuantiti sama-sama penting.
stuju 100% plus plus
more quality email more quality money…
but not just quantity email.. haha.. “quantity” money la dpt.. 2-3 org je beli
quality cam potential buyer la ni..
Apa yang penting kualiti dan kuantiti perlu seiring.
Mansuhkan kuantiti tAMBAHKAN KUALITI,,YEAH!!!
Golden List..not rubbish list…quality…not quantity…
Emm…. talk byk kali pun … x sudah nya, mailing list pun byk yg x reti nak buat .. termasuk ler sya nie …, Duit nak banyak tapi blure how to get it on real on this net … asyik nak beli e-book jea.. x larat x ada support pun bila terkial2 nak dev website sendiri …
SJ
Flarebiz..
Coba2 tgk2 kan order saya untuk pakej buat blog 10 minit jea… tu …
send ke jeliah_s@yahoo.com nak belajor … tgk org2 sumer hebat2 kat net nie ..
TQ yea..
SJ
Saya bersetuju dengan Lebanon yang mengatakan bahawa tak guna senarai email yang banyak tapi tak berkualiti. Email yang berkualiti bermaksud seseorang tu bukan hanya setakat baca aje malah ingin membelinya tapi sesetengah tu ada jugak yang menjual produk dengan harga yang tak mampu dimiliki oleh orang yang berpendapatan kecil, oleh itu mereka hanya membacanya sahaja.
akupun pilih dua2..kualiti dan kuantiti…
kualiti dan kuantiti? perlu keduanya ,sebab kuantiti banyak dan semuanya berkualiti .he he he..bayangkan…dasyat tu..produk murah berkualiti dan punya kuantiti mailing list banyakdan ada kuliti sebagai buyer perhg…lumayan. tq
.: berapa byk sudah yg setuju cni, bila nak habis daa~~ (sorry, tetiba nak ckp mcm dlm citer p Ramlee tuh, haha). nak buat list kena guna ethical bribe~~ apa ethical bribe tu?? cari kat google~~ pastu nak ada landing page/squeeze page/amende page utk dptkn mail-list td. guna autoresponder berkualiti, pastu letak dia punya html code apa2 je lah kat site. bila prospek minat, dia bg nama ngn email utk freebies. bgus freebies nih sbnrnya, lgpun ada prospek jenis ska double-check credibiliti sesuatu website tu, ada yg jenis tggu offer yg betul2 kaw baru dia take action, dll. nak senang lg, produk Encik Labanon ada kalau nak (i’m not one of his affiliate fyi) atau produk2 lain dr local IMs atau foreign IMs pun ok gak. do your homework and then ask. tak buat homework, xpayah ask. yg malas je ske suma org jwb utk dia, padahal tak buat apa2~~ jgn maraa~~ peace! XD :.
Assalamualaikum ,Terima kasih kepada Pengendali ruangan duit dalam senarai Email ini,semoga terus berjaya. sekian terima kasih sekali lagi.
betul tu.. Email yang berkualiti lebih penting dari email byk tapi tiada ruang untuk beli..
em,setuju,kalau xguna email ada cara lain x nak promosi?
Betul tu bos,so cm ner nk dapat kan e mail yg berkualiti
ada soalan,
camne nak hantar emel one by one yg tak mengambil masa yg lama.
takkan nak copy sampai 100 list emel dan sent. tu dh kira spam.
kalau nk hantar satu2 mau makan 2 3 jam jugak.
any idea?
gunakan http://www.email-hunter.com/
[...] daripada Ilahi. Baiklah pada entri lepas saya telah berjanji dengan anda semua bahawa jika entri “Duit Dalam Senarai Email?” tersebut melebih 20 komen, maka saya akan berkongsi dengan anda bagaimana ingin memiliki senarai [...]
Selamat sejahtera semua, saya biasa jumpe software yang katanya dapat menangkap email…luar negara ka dalam negara ka diperangkap habis…ni saya nak tanya..bolehka saya beli software tersebut jika saya jumpa semula? Adakah ini satu penipuan?
bagus….setuju sgt2….hehehehe