Wanita Dan Cari Duit Di Internet

Kini Majalah IM 8 telah dilancarkan secara rasminya! Ya, kembali dengan sentuhan designer baru! Baiklah secara ringkasnya Majalah IM pada kali ini akan membincangkan soal Wanita dan Cari Duit di Internet. Isu ini diwujudkan kerana pihak Majalah IM menerima terlampau banyak emel yang menanyakan mengenai wanita dan pencarian duit di Internet. Ya, rata-ratanya tidak yakin bahawa wanita boleh menjana wang di Internet malah bagi mereka adalah mustahil untuk menjadi jutawan.

Adakah benar wanita tidak boleh menjana pendapatan di Internet? Bernarkah wanita tidak mampu menjadi jutawan di Internet? Benarkah wanita tidak mampu bersaing dengan kaum lelaki untuk mencari duit di Internet?

Cover Majalah IM Edisi 8

Semuanya akan terjawab dalam Majalah IM 8 dan saya berharap anda dapat mendowloadnya segera! Saya pasti kaum wanita akan begi bermotivasi setelah membaca Majalah IM pada kali ini di samping kaum lelaki pastinya tercabar untuk turut sama berjaya dalam pencarian duit online. Salah seorang krew Majalah IM iaitu Kak Waida telah pergi ke office Pn Ann iaitu salah seorang usahawan Internet wanita berjaya untuk menemubual beliau secara eksklusif bagi mengupas isu ini.

Di antara artikel menarik pada edisi kali ini ialah:

  • Wanita dan Cari Duit di Internet
  • Cabaran Wanita Dalam Perniagaan Internet
  • Wanita dan Perniagaan Internet
  • Bisnes Internet Untuk Surirumah Dan Wanita Bekerjaya
  • Cabaran Wanita Mencari Duit di Internet
  • Bisnes Gaya Islam

dan banyak lagi!

Di kesempatan ini juga saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Majalah IM Crew dan para penulis kerana bertungkus-lumus menyiapkan Majalah IM pada kali ini. Ya, anda pun sepatutnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka di ruangan komen. Ala, bukan kena bayar pun tinggalkan komen. ;)

Ok, untuk menjadikan MajalahIM lebih dikenali di seluruh pelusuk tanah air, pada edisi kali ini kami akan menganjurkan satu pertandingan untuk Majalah IM 8.

Pertandingan Review terbaik Majalah IM 8. Terbuka kepada semua warga internet tak kira kecil atau besar, tua atau muda.

Langkah-langkah menyertai Pertandingan Review Terbaik Majalah IM 8.

  1. Tulis satu review terbaik anda berkenaan Majalah IM 8 yang baru dilancarkan. Review anda mengikut kretiviti anda sendiri. Samada anda mahu membuat artikel, video review, mp3 dll ikhlas tentang MajlahIM#7.
  2. Setiap review mesti di link kembali ke entri ini. ( Buat linkback atau trackback )
  3. Mesti ada akaun maybank, cimb atau paypal untuk memudahkan pembayaran hadiah.


Hadiah Pertandingan Review Terbaik Majalah IM 8

Nombor satu: RM30 + Hadiah Misteri
Nombor dua: RM10 + Hadiah Misteri
Nombor tiga : RM10

Anda mesti menghantar review anda SEBELUM atau PADA 30hb Disember 2008.

Pemenang akan diumumkan didalam edisi MajalahIM 10.

Selamat membaca! Dan jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di sini.

Kini Majalah IM 8 telah dilancarkan secara rasminya! Ya, kembali dengan sentuhan designer baru! Baiklah secara ringkasnya Majalah IM pada kali ini akan membincangkan soal Wanita dan Cari Duit di Internet. Isu ini diwujudkan kerana pihak Majalah IM menerima terlampau banyak emel yang menanyakan mengenai wanita dan pencarian duit di Internet.
{ 25 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

25 Responses to “Wanita Dan Cari Duit Di Internet”

  1. Hairul sagt:

    Yosh, akhirnya keluar gak. Selamat membaca, selamat raya haji kepada semua. =)

  2. megasale sagt:

    Tahniah buat Team MajalahIM,
    sememangnya satu keluarakan MIM kali ini sesuai untuk wanita malaysia yang inginkan peluang cari duit di secara dalam talian (online).
    Saya lihat memang sudah ramai wanita malaysia yang ceburkan diri dalam jualbeli internet.
    Banyak daripadanya pun sudah ada website atau blog sendiri untuk menjual barang atau servis. Tahniah dan selamat maju jaya saya ucapkan pada semua usahawan internet wanita. :)

  3. Richie sagt:

    memang bermutu.. majalh im edisi ke8 ni tak smestinya untuk pempuan saja..hehe..
    byk ilmu yang lelaki tak tahu lg tu..

  4. akhirnya majalah IM 9 dah kuar….tahniah kepada semua krew

  5. Cik Mal sagt:

    Hamid, sila ke page utama portal ini untuk download dan dengar audio interview

    atau pun copy paste url ini : http://flarebiz.com/majalahim8/majalahim8.pdf

    Harap membantu :)

  6. mancai sagt:

    setelah sekian lamer menunggu akhirnya.terima kasih semua

  7. Nabieel sagt:

    Em..baru keluaran ke-8 dah..keluaran ke-9 coming soon..he3

  8. Janet12 sagt:

    Tahniah pada wanita wanita yang berjaya dalam perniagaan internet

  9. Eh di mana komen saya sebelum ini? Sudah dibuangkah?

  10. Cik Mal sagt:

    Tuan Zamri Mohamad,

    terima kasih atas komentar dan ulasan di blog Tuan. Saya akan minta krew untuk cek kalau-kalau komen sebelum ini termasuk di ruangan ’spam’

    Terima kasih

  11. Cik Mal sagt:

    Faiz, tarikh tutup pertandingan ialah SEBELUM atau PADA 30hb Disember 2008.

    Kami sudah update :) terima kasih

  12. Irshah|R sagt:

    mp3 dll ikhlas tentang MajlahIM#7.
    maksudnya kena buat 2 dua review majalah ke?

  13. [...] excited sangat nak baca Malajah IM #8 : Wanita dan Perniagaan Internet kali ni? Sebab ia memfokuskan tentang topik wanita dan perniagaan internet. Sebagai seorang wanita, [...]

  14. Cik Mal sagt:

    Irshah,

    cuma perlu buat review untuk edisi 8, edisi bulan ini sahaja :) terima kasih . harap membantu

  15. firadila sagt:

    Assalammualaikum dan salam ceria….

    Keluaran kali ini yang paling best, mantap dan penuh dengan informasi berguna yang dicari-cari selama ini…Tahniah kepada krew majalah im…Semoga selepas ini anda dapat mengupas lagi isu-isu yang lebih menarik…

    Senyum dan ceria selalu….

  16. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Salam perkenalan dari saya. Ini adalah pertama kali saya masuk ke website ini. Amat menarik dan diharap dapat membantu usahawan-usahawan internet mengembangkan bisnes dan dalam masa yang sama dapat menambah ilmu dan pengetahuan kami.

    Tahniah kepada Penerbit.

  17. syaz sagt:

    saya teringin la nak buat duit dkt internet nie….. tolong la sayaana

  18. emey sagt:

    rasanya kena cari designer baru lagi nih. kire tambah lg satu lg ke.

  19. zumaira sagt:

    hi, camana nak download ni? sy cuba click semua nya page error ;((

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)