Timing Dalam Perniagaan Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Timing & Trend Dalam Perniagaan Internet

Ketika menulis entri ini, lagu Mencari Jodoh oleh Wali Band sebagai teman oh! ;) Sekarang saya rasakan masa begitu cepat berlalu dan sudah tiada masa untuk menulis blog ini dengan lebih kerap. Saya juga terfikir bagaimana dulu saya mampu menulis dengan kerap di blog FlareBiz dan sekarang satu entri seminggu pun tak sempat. Saya juga tiada masa untuk berforum di WangCyber seperti mana dulu dan hanya mampu menjenguk sekali-sekali sekolah internet saya itu. Mungkinkah ini penangan Facebook? Oh!

Kami kini sebenarnya sedang sibuk denga produk emas kami iaitu sistem Niagakit dan banyak perakara yang dirancang untuk menjayakan produk ini. Alhamdulillah, semua ahli FlareBiz Network begitu enjoy bekerja untuk memberikan yang terbaik untuk syarikat dan semoga syarikat kami akan menjadi satu syarikat yang disegani dalam bidang IT kelak. Oh ya, kami juga sibuk dan seronok menganjurkan mini-seminar hampir setiap minggu di training center kami dan jika anda berminat, bolehlah datang ke mini-seminar asas buat duit dengan produk fizikal. ;)

Bersama Jutawan Muda Metadome

(Bersama Jutawan Muda, Owner Metadome Sdn Bhd.)

Baiklah, pada awal bulan ini saya telah berjumpa seorang jutawan dalam bidang IT iaitu owner Metadome Sdn. Bhd di pejabat beliau bersebelahan IKEA, Mutiara Damansara. Beliau berkongsi banyak tip yang menarik dan salah satu yang menarik perhatian saya ialah mengenai perniagaan mengikut trend dan timing yang betul di dalam perniagaan.

Mengikut statistik penulis buku dalam pasaran tempatan, tidak semua daripada buku yang diterbitkan akan menjadi best-seller dan beliau berpendapat hanya 10% sahaja yang akan menjadi best-seller. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Sepatutnya syarikat penerbitan yang sama boleh menghasilkan semua buku yang best-seller. Hal ini sebenarnya sama juga dengan perniagaan. Seperti biasa, tidak terkecuali perniagaan internet. ;)

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang berjaya mengeluarkan e-book sendiri dan saya dapat beri jaminan bahawa tidak semua akan menjadi best-seller. Sebenarnya situasi sebegini berlaku oleh kerana dua faktor iaitu timing dan trend. Di dalam Pakej Rahsia 10K saya sangat menggalakkan agar para pembaca menghasilkan produk yang evergreen tetapi beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya.

Bagi beliau, evergreen atau trend mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Namun, secara peribadi beliau lebih suka sesuatu perniagaan atau produk yang mengikut trend. Jika kita membuat perniagaan atau produk yang mengikut trend, kita sebenarnya perlu bermain dengan risiko yang tinggi tetapi jika berjaya ia akan memberikan pulangan yang sangat lumayan.

Manakala kalau kita menjalankan perniagaan atau menghasilkan produk yang evergreen (slow & steady), kita sebenarnya ‘play safe’ dan akan memperolehi ganjaran yang biasa sahaja. Beliau berkata, sebagai seorang usahawan kita semua perlu berani untuk bermain dengan risiko dan mendapat hasil ganjaran yang sangat besar. Saya sebenarnya sangat kagum dengan beliau kerana berjaya mendapat RM1 juta yang pertama pada usia 27 tahun setelah memulakan syarikat beliau pada usia 24 tahun. (Kesan mengejar perniagaan mengikut trend!)

Berbalik kepada faktor kedua iaitu timing, saya kadang-kadang terfikir adakah saya mempunyai naluri usahawan yang berjaya? :D Saya rasa ketika saya dan Zhafran melancarkan Pakej Rahsia 10K dan mendapat RM60 ribu sebulan adalah disebabkan kena dengan kehendak pasaran pada ketika itu. Saya tidak membuat kajian secara mendalam mengenai kehendak pasaran dan saya juga tidak tahu bahawa timing dalam perniagaan adalah sesuatu yang sangat penting.

Kami juga melancarkan sistem Niagakit pada hujung tahun lepas setelah 13 bulan develop sistem ini, sekali lagi saya rasakan kena dengan kehendak pasaran sekarang. Ketika saya mempromosikan kepada usahawan mengenai sistem kami ini, semuanya memberikan respons positif dan itulah yang diperlukan oleh mereka. Saya harap sistem kami ini muncul pada masa yang tepat untuk membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka. ;)

Namun, ada kalanya saya juga membuat kesilapan dalam faktor timing ini. Pada awal bulan ini sahaja saya telah rugi RM800 iaitu kos untuk mempromosikan satu website akibat salah timing. Saya mempromosikan website ketika orang semua balik kampung meraikan Chinese New Year. Oh! :( Konklusi yang saya dapat nyatakan di sini ialah di dalam perniagaan kita tidak boleh terlalu cepat ataupun terlalu lambat. Bagaimana nak tahu timing yang tepat bagi sesuatu perniagaan ataupun produk?

Hanya satu jawapan iaitu kajian. Sebab itulah syarikat-syarikat besar sanggup melaburkan puluh juta ringgit semata-mata untuk membuat kajian berkala kepada masyarakat. Daripada kajian tersebut, barulah mereka tahu apakah keperluan dan kehendak masyarakat. Mereka akan mengaut keuntungan yang lumayan hasil daripada mendalami faktor timing dan trend. Saat itu, mereka seperti memberikan makanan kepada anjing yang lapar. Semua produk masyarakat beli. :)

Jumpa lagi!

p.s: Lepas ni musim World Cup? Ikut trend & timing yang betul. Sekarang 2 orang jual jersey World Cup menggunakan sistem NiagaKit iaitu SoccerPitStop.com & JerseyMurah.com. ;)

{ 5 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

5 Responses to “Timing Dalam Perniagaan Internet?”

  1. smartzul sagt:

    Perkongsian yang amat berguna dan berasaskan fakta. Serba sedikit memberi pencerahan kepada perniagaan yang lebih kepada play safe tanpa bermain dengan risiko.

    Terima kasih.

  2. faizul sagt:

    contoh mudah ialah perniagaan Handphone secara online

  3. mzm sagt:

    Besar betul kuasa kajian pasaran ni. Memang betul syarikat besar sanggup melabur sehingg berju-juta untuk membuat kajian pasaran. Dengan kajian yang betul barulah jualan lepas tu meletup-letup. Satu ilmu yang sungguh bermanfaat.
    Terima kasih.

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)