Tentang Kami

Selamat datang dan terima kasih kami ucapkan kerana sudi melawat blog ini. Majalah IM dot com pada asalnya merupakan sebuah web yang mengeluarkan E-Majalah secara PERCUMA setiap bulan namun kini telah diubah kepada konsep yang lebih mudah dan ringkas iaitu blog.

Di blog ini anda akan menemui:

  • Pelbagai artikel-artikel menarik mengenai dunia perniagaan Internet yang sebenar dan program buat duit di Internet yang betul. Artikel ini akan membantu anda untuk terus bersemangat dan seterusnya menjana pendapatan di Internet tanpa had.
  • Anda boleh mendownload temubual eksklusif bersama usahawan Internet tempatan. Anda akan mengetahui lebih banyak rahsia bagaimana mereka boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya.
  • Anda juga akan diberikan e-Majalah Internet Marketing secara percuma yang akan mengupas pelbagai isu-isu menarik mengenai cara buat duit di Internet.

Majalah IM dot com ini di asaskan oleh Team FlareBiz, merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa.

Siapakah Team FlareBiz?

Team FlareBiz

Team FlareBiz di anggotai oleh 2 orang anak muda iaitu Zhafran dan Adly yang merupakan usahawan Internet sepenuh masa. Model perniagaan mereka lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan produk digital seperti ebook, audio, sistem dan sebagainya yang lebih tertumpu kepada market tempatan.

Kini mereka mempunyai pelbagai projek perniagaan Internet yang terus berkembang pesat di pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa. Mereka juga sering menjadi speaker jemputan bagi mendedahkan perniagaan Internet yang sebenar kepada masyarakat.

Mereka mengasaskan Majalah IM dengan matlamat ingin menyedarkan para pengguna Internet tentang potensi untuk menjana wang di Internet dan mereka telah berusaha menyatukan semua para usahawan Internet tempatan untuk sama-sama mengembeling tenaga demi untuk menjayakan hasrat murni tersebut. Semoga mereka terus dapat menjayakan Majalah IM ini.

Sudah tentu jika nak harapkan mereka berdua Majalah IM ini tidak akan kemana-mana kerana mereka memang tak boleh diharap. ;)

Mereka Di Bantu Oleh Rakan Majalah IM Krew…

Mereka semua ini sudah dianggap sebagai sebuah keluarga kerana sentiasa susah, susah, susah dan senang bersama. Mereka ialah…

Bob Media

Mohd Rusdy Ahmad atau lebih dikenali sebagai Bob merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa. Beliau sememangnya pakar dalam penghasilan web-web berlandaskan sistem wordpress dan menjualnya kembali kepada yang berminat. Beliau pernah menjual satu blog sehingga mencecah RM60 ribu.

Kini beliau bekerjasama dengan Team FlareBiz dalam menjalankan perniagaan Internet kerana mereka ini saling melengkapi di antara satu sama lain. Anda boleh melayari laman blog beliau di Rusdy.com

En. Idris

En. Idris merupakan consultant MajalahIM.com untuk penglibatan offline dan juga perhubungan luar. Merupakan seorang speaker pakar dan banyak terlibat dalam melatih badan-badan kerajaan dan juga swasta. Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam bidang event management, motivasi dan seminar.

Dengan nasihat dan bimbingan beliau, kini MajalahIM telah maju setapak kehadapan dengan aktiviti-aktiviti online seperti seminar, bengkel dan sebagainya. En. Idris boleh dihubungi menerusi talian beliau – 0193357794.

Cik Mal

Norakmal Jasni aka Dik Mal, merupakan pengasas kepada blog Motivasi Kejayaan. Mempunyai minat yang tinggi dalam Ilmu Pembangunan Diri, Seni dan Perniagaan. Dan berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia celik perniagaan internet. Atas dasar itu, beliau sukarela memberi khidmat untuk produksi majalahIM.

Kini beliau merupakan ketua editor bagi Majalah IM dan merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Anda boleh melawati laman blog beliau di DikMal.com.

Waida

WaidaKmy atau nama penuhnya Rawaida Kamarudin, berasal dan menetap di Bangi,Selangor. Kesukaannya bermain komputer sedari kecil, mendorongnya berkongsi tips mudah komputer untuk wanita,lantas mengasaskan blog Wanita dan Komputer.

Memiliki perniagaan sendiri dan kebebasan kewangan adalah antara matlamat utama hidupnya kini. Percaya bahawa “Life is about making choices. You are what you are now, from what you choose before”. Kini beliau merupakan penolong editor bagi Majalah IM yang sangat komited dalam melakukan kerja.

Mohd Muslim

Milsum atau nama penuhnya Mohd Muslim Abdullah berasal dari Kelantan dan menetap di terengganu. Aktiviti kesukaan beliau adalah bermain tenis, jika diajak bermain pada pukul 1 pagi pun tidak menjadi masalah baginya.Walaupun sukan tenis menjadi kegilaan, namun internet dan bisnes online tetap menjadi keutamaan Milsum.

Beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan online pada tahun 2006,dan sehingga kini beliau aktif di dalam program-program affiliate,adsense dan juga ebay. Ingin mengenali Milsum dengan lebih dekat? Silalah ke blog beliau di www.mohdmuslim.com.

Fatin Pauzi

Fatin Pauzi seorang gadis yang berasal dari Paka, Terengganu dan sekarang sedang menuntut di UiTM Shah Alam. Beliau yang mula bergiat aktif dalam dunia online sejak Ogos 2008 sentiasa menganggap bahawa tiada alasan untuk berjaya dan “sentiasa melihat rumput hijau di sebalik longgokan pasir penghalang”.

Beliau memulakan langkah di dalam pemasaran internet dengan membina kedai online di www.wanitaemall.com. Beliau juga aktif di dalam perniagaan networking dan ingin menjadi seorang yang berjaya di dalam semua bidang yang beliau ceburi. Anda boleh kunjungi blog beliau di blog.wanitaemall.com.

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)