Siapakah Sebenarnya Otai Internet Marketing?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ini apabila berbincang mengenai buat duit di Internet ataupun perniagaan Internet, pasti akan ada menyentuh topik mengenai otai dalam Internet Marketing. Baiklah, pada hari ini saya akan membuat entry yang lebih rileks dan cool agar kita semua dapat berfikir secara rasional. Mungkin para newbie yang baru sahaja ingin menjana pendapatan di Internet tertanya-tanya siapakah otai yang sebenarnya. Betul tak?

Bagi anda seorang newbie, bagaimana anda mengukur tahap ke”otai”an seseorang individu?

Ini merupakan salah satu soalan yang ditanya sejak dahulu kala oleh para newbie yang baru sahaja menjejakan kaki dalam arena penjanaan duit online.  Bagi saya ini merupakan salah satu soalan yang cukup penting kerana jawapanya akan membantu kita semua khususnya para newbie untuk mengikut langkah yang betul. Ini kerana di Internet sekarang ini mempunyai pelbagai jenis perangkap. ;)

Team FlareBiz Zaman Muda-Muda DuluNamun, saya pasti sejak beberapa tahun lepas kita semua masih belum mendapat jawapan yang tepat. Ada yang cuba mengukur tahap ke”otai”an seseorang individu itu berdasarkan gambar yang dipaparkan di web jualan, blog ataupun forum di mana jika gambar seseorang usahawan Internet teresebut memegang duit yang banyak maka dia adalah otai yang sebenar. Bagi saya, jawapan ini kurang tepat kerana duit yang dipegang itu belum tentu adalah duitnya sendiri. :D

Ada yang mendakwa jika seseorang individu tersebut mempunyai blog yang mempunyai jumlah komen yang banyak maka dia adalah seorang otai yang sebenar. “Oh, maknanya orang yang mempunyai blog komen yang banyak seperti saudara Rohaizad dan Zul merupakan sebenar-benar otai” bisik hati kecil saya. Namun, saya rasa tidak adil untuk menerima ukaran komen blog sebagai tahap ukuran ke”otai”an seseorang individu kerana ramai juga usahawan Internet yang tidak mempunyai blog pun apatah lagi jumlah komen yang banyak setiap entry. Saudara Mohd Amirol & Ammar Zahar pun tak update-update pun blognya. :D

Ada juga yang mengatakan hanya kelayakkan kertas sahaja yang dapat memberi ukuran tepat mengenai tahap ke”otai”an seseorang individu. Hanya mereka yang bijak pandai dn belajar tinggi-tinggi sehingga mempunyai ijazah dalam bidang berkaitan IT sahaja layak digelar otai. Ya, mereka ini juga adalah harapan nusa dan bangsa! Malangnya, saya lihat masih kurang lagi penglibatan golongan bijak pandai ini dalam industri buat duit di Internet. ;)

Hey, ukurlah tahap ke”otai”an seseorang itu berlandaskan saiz mailing list!” kata seorang kawan saya. “Fuh, inilah jawapan yang dicari-cari!” jawab saya yang tidak mahu bertekak dengannya kerana dia baru sahaja melancarkan program pay per lead.

Ada juga kawan saya yang lain mengatakan untuk mengukur tahap otai seseorang adalah berdasarkan kereta yang dipandunya. Sekali lagi untuk mengelakkan pertengkaran berlaku saya mengatakan idea mereka sangat bagus. Malap betul otak mereka!

Setelah beberapa pendapat yang dikemukakan, kita masih belum mendapat ukuran yang tepat. Oleh itu, kita perlu juga mencari salah satu jawapan yang terbaik bagi persoalan ini, kalau tidak semua pihak tidak akan berpuas hati. Semalam seorang newbie telah menegur saya di Yahoo Messenger dan mula memberikan pendapat mengenai usahawan Internet yang dia kagumi. Oh, ini merupakan satu topik yang menarik untuk dikupaskan!

Satu jawapan yang buat saya terpegun ialah dia mengukur tahap ke”otai”an seseorang usahawan Internet adalah berdasarkan polisi refund. Anda semua pasti akan berkata Hah? sepertimana saya juga. Saya menanyakan sebabnya.

Dia berkata “Seseorang usahawan Internet yang berpegang teguh dengan refund polisinya walau berapapun harga produk/servis yang ditawarkan“. Dia menambah lagi, “Polisi refund mencerminkan bahawa seseorang usahawan Internet tersebut betul-betul otai atau tidak. Otai yang sebenar akan memulangkan kembali duit kepada pelanggan tanpa banyak soal dan bicara. Ya, otai juga akan memulangkan duit dengan pantas! Kebanyakkan usahawan Internet tidak mampu memenuhi polisi refund yang ditetapkan sendiri oleh kerana sebab-sebab yang tertentu“.

Saya terdiam sebentar dan mula check email kot-kot dia ni nak menyindir saya yang masih belum refund untuk sebarang produk  FlareBiz Network.

Tiba-tiba saya mula terfikir dan menaip “Hey, tak adil lah kalau nak buat ukuran macam ni. Bagaimana kalau harga produk ialah RM2000 dan tiba-tiba ramai pelanggan mintak refund? Tambahan lagi kos bagi buat produk itu pula ialah RM1700 setiap satu?“.

Dia pun ketawa sambil menaip, “He he he, seperti yang saya katakan, saya mengukur tahap ke”otai”an seseorang berdasarkan polisi refund.

Tamat.

p.s: Setelah habis menulis entry ini, barulah saya faham bahawa orang yang betul-betul berduit yakni memang buat untung melalui perniagaan Internet, mampu untuk memenuhi polisi refund tanpa mengira harga produk. Oh! ;)

{ 34 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

34 Responses to “Siapakah Sebenarnya Otai Internet Marketing?”

  1. zakwan sagt:

    setiap orang ada kepakaran masing-masing… jadi keotaian pun masing-masing la kot… kecuali pergi berguru dengan semua otai-otai internet yang ada… baru la jadi betol-betol otai…

  2. hasbul sagt:

    yeah
    buktikan niagakit capai matlamat bro
    baru capai tahap ‘buat untung melalui perniagaan Internet’
    :D

  3. donnyien sagt:

    Hi labanon,pe kbe?
    saya rasa ni 1st time saya beri komen kat sini..
    betul si zakwan tu cakap setiap orang masing2 ada kepakaran sendiri..
    tapi kalau otai yang paling best x kedekut ilmu dan selalu menberi..

  4. Adney sagt:

    sye rase saye faham maksud org tadi..

    mungkin maksudnye adalah:
    “Jika ia benar2 otai ini bermakne die mempunyai wang yang cukup hasil keotaiannye sebagai IM yg betul2 buat duit… bukan hanye nampak dari luaran dan cakap dari mulut dan video etc.. semua org boleh ngaku dirinye otai… maknenye boleh tipu org lain.. maklumlah internet.. ;) .,, dan jike die ade duit, maka die dengan senang2 bg refund dan x mau pening kepale berkelahi dengan pelanggan.. sbb die rse itu hanye 1% kerugian dari 99% keuntungannye”

    haha… mungkin ini maksudnye.. :p

  5. rahmanbasri sagt:

    Saya suka berurusan dengan beberapa orang otai IM yang bersikap rendah diri..

    Antaranya ialah….. (biarlah rahsia)

  6. smartzul sagt:

    Istilah otai terlalu subjektif…… Berikan maksud yang sesuai kepada diri kita sendiri. Itulah cara terbaik.

    Bertentangan dengan topik entri di atas, saya pula telah menulis satu entri di blog saya bertajuk “Saya Bukan Newbie”. Saya menggariskan 15 sebab mengapa perkataan newbie itu perlu dielakkan bagi sesiapa yang mahu berjaya.

    Di entri itu saya juga ada persoalkan, “adakah seseorang newbie layak dipanggil otai apabila cara bisnesnya amat profesional berbanding atau setanding otai?” Jadi jika dikatakan otai itu adalah seorang yang profesional, maka newbie yang profesional juga adalah seorang otai…

    Jelas di sini, sesuatu tafsiran itu akan termansuh dalam satu-satu keadaan yang di mana newbie juga boleh buat polisi refund yang baik. Newbie juga boleh ada mailing list yang besar. Newbie yang baru start dua minggu pun sudah boleh ada blog dan trafik yang tinggi mengalahkan otai sedia ada.

    Maka sebab itulah saya cuba mengelak menggunakan istilah newbie atau otai sebab sesiapa saja yang masuk ke bidang IM ini, mereka adalah Internet Marketer. Mereka adalah IM dan kita juga IM.

    “Kita sama, cuma pencapaian sahaja yang berbeza.”

  7. WaidaKmy sagt:

    Memang terkedu juga masa baca pendapat dia. Bagus juga cara dia mengukur ke’otai’an seseorang. Yang penting, seseorang IM itu harus ‘walk the talk’

    PS: Aqif, tiada keotaian dalam kamus :D otai ini singkatan dari ‘old timer’ sebenarnya :)

  8. [...] yang mengalir semasa kita nyenyak tidur! Jika anda tanya usahawan internet seperti Razif Yusof, Labanon, Ammar Zahar, Mawardee atau Smartzul, mereka juga pasti akan bercakap benda yang [...]

  9. Zairi Zaidi sagt:

    Polisi refund dianggap otai?
    Hm…
    Bagi saya lah, otai ialah mereka yang mampu mempraktikkan ilmu yang dia ada.
    Ada sesetengah orang banyak ilmu pasal IM, tapi hasil takde.
    Hm

  10. broSKL sagt:

    bagi saya otai tu bermaksud seseorng yg mempunyai byk pengalaman dan juga ilmu..otai dapat memberikan tunjuk ajar kepada pendatang baru atau newbie.. kiranya org yg byk ilmu dan kejayaan di panggil otai la..

  11. amirol sagt:

    Oh tidak!… Labanon, apa pasai nama saya ada kat entri nih? :”>

    Bagi saya macam Smartzul katakan, istilah otai tu sebenarnya terlalu subjektif dan harus diabaikan penggunaannya. Mungkin kalau nak tujukan kepada mereka yang dah lama buat I.M, boleh gunakan istilah senior… Namun walaupun senior, tak menjamin si senior ni dah sukses kan? :)

    Ukuran tentang jaminan polisi “refund” tu adalah menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan polisi tersebut adalah merupakan usahawan yang sebenar (internet atau bukan internet). Jadi ini dapat membuktikan mereka ada TULEN dan menjalankan perniagaan dengan jujur kerana tidak takut untuk memberikan refund jika perlu.

    Apa – apa pun, setiap orang ada huraiannya tersendiri…

    p.s – bagi saya semua kita ni adalah “newbie” kerana everyday kita belajar sesuatu tentang internet marketing. Nak kata dah mahir “buat duit” di internet, tak juga.. ada lagi yang buat lebih mahir, masyuk dan berjaya. So, keep low profile and teruskan mencapai kejayaan demi kejayaan tanpa merasakan diri sudah “baik” aka otai (or maybe petai???) :)

  12. Aminjohar sagt:

    Satu lagi perkataan yang kini seringkali digunakan kini.. hehehe Otai. Newbie, Otai.

    Almaklumlah kini difamouskan lagi ngan tayangan live show ‘Otai’ oleh saiful Apek. Makin gemarlah diguna kini. Especially mereka yang merasa bangga atas bermacam2x kejayaan dan WANG BESAR yang banyak dijana selama ini.

    Kalau seseorang itu mampu menilai sekalipun dirinya lebih otai, sebenarnya ada lagi orang yang jauh lebih otai lagi. Perkataan ini akan melahirkan satu tabiat atau sikap riak dan takbur. Kelak akan memakan diri sendiri.

    Rasanya lebih baik diam2x dan merendah diri. Janji ubi berisi. :-)

  13. x-po sagt:

    tp bilangan komen sedikit sbnyk akan mempengaruhi tanggapan org kat blog kita..sbg contoh, kalau org tgk komen kt blog kita byk, mesti org akan rasa nak iklan je pe2 kt blog kita

  14. Syed Akmal sagt:

    saya setuju sangat dengan bro smartzul. seperti artikel dalam blog smartzul menyatakan tiada istilah otai atau newbie. kalau anda nyatakan anda adalah newbie, selamanya akan jadi newbie. betul tak bro smartzul?

    bagi saya sendiri ia terbahagi kepada yang mengajar dan yang belajar. senang je, lagi byk anda ajar orang, lagi banyak anda tahu. tahap keotaian ada subjektif. yang penting adalah ilmu yang anda ada. the more you teach, the more you know.

    selamat berblogging semua!

    syed akmal
    blogging for fun, people & information

  15. bob sagt:

    otai adalah org yang suka makan petai yakni kita boleh tau dari bau busuk mulutnya apabila bercakap… haha.. entri kali ni lebih berbunyi siapa lebih alim? terlalu subjektif ;)

  16. titan sagt:

    hoho..bagi aku setiap orang ada pandangan berbeza. Otai hanyalah satu perkataan yang memberikan berjuta pandangan.

  17. warnnie sagt:

    Bagi sy..sy lebih suka menggunakan orang berpengalaman daripada otai…
    untuk newbie pula, lebih baik gunakan orang baru..ukuran sy terhadap
    tahap ke’otai’an adalah dari segi cara perawakan dan personaliti..
    kalau dari segi refund pula, seperti yang dikatakan oleh Labanon tadi…
    polisi refund, besar tanggungjawab tu klu melibatkan jumlah refund yang
    tinggi..

  18. Penang sagt:

    Bagi saya otai itu sesuai untuk mereka yg ikhlas memberi ilmu dan bukan kerana duit semata-mata….

    Kita boleh lihat seseorang IM tu ikhlas atau tak dari cara bercakap, harga produk, bantuan yg diberikan dan lain2….

    Saya subscipt dgn ramai IM marketer….. dalam ramai itu hanya 2,3 org shj yg tak selalu mempromosi produk, mereka lbh kpd memberi ilmu… yg lain hampir kesemua produk dekat pasaran diorang nak promosi…apa saya buat, saya x baca pun, saya delete terus email tu….

  19. norazuan sagt:

    Istilah otai bagi saya adalah dari support yang boleh otai tu bagi setelah produk yang di tawarkan di beli oleh pembeli.
    Saya bertuah mengenali seorang otai yang sanggup memberi support tak kira masa dan keadaan. :)

  20. imabiz sagt:

    imabiz rase kalau otai nie sesiapa yang dapat mengajar atau jika imabiz ade masalah diorang tentu tolong selesaikan.. setakat nie yang banyak membantu imabiz ialah.. AJ atau saudara Amin Johar.. dan saudara Jamal…

  21. Sudirman sagt:

    Salam,

    Sekadar pandangan, otai atau tidak itu gelaran yang diberi oleh orang lain kepada sesiapa yg mereka anggap bg otai. sama istilahnya dengan otai rock dsbnya (otai beger x masuk senarai :) )..

  22. rohaizad sagt:

    Ada satu permasalahan dalam artikel ini.

    Sebenarnya rohaizad.com bukanlah seorang IM. Malah dia tidak terlibat langsung dalam dunia IM.

    Dia hanyalah seorang blogger. Jadi link di atas yang menyebut rohaizad.com terlibat dalam IM adalah salah sama sekali.

    Mungkin perlu di buat satu lagi entri bertajuk “Perbezaan di antara IM dan juga blogger”.

  23. wanwma sagt:

    Otai sebenarnya kata lain bagi profesional. Mentor sy, seorang Jutawan pernah menegaskn bahawa profesional adalah satu istilah bagi menyatakan tahap kebijaksanaan seseorg malakukan tugasnya. Profesional tidak memerlukan pengiktirafan,kena ada sijil,dan sbgainya.

    Tetapi ia bermaksud ‘Melakukan sesuatu dengan bijak dan betul’. arkitek pro dlm bidangnya, tukang sapu, pro dlm bidangnya, usahawn pro dlm bidangnya dan IM pulak pro dlm bidangnya.

    Jelaslah di sini, Otai ialah org yg melakukan/mnjalankn tugasnya dengan bijak dan betul. Tak peduli berapa wang yg IM capai, jika caranya salah, mereka bukan Otai dan begitulah sebaliknya!

  24. Anwar Yassin sagt:

    Otai… satu perkara subjektif yang jika ditanya kepada ramai orang, jawapannya tidak akan sama sehingga hari kiamat. Mungkin dasyat, tapi inilah namanya ikhtilaf (khilaf). Kita tidak dapat menyimpulkannya berdasarkan kepada pendapat-pendapat Im hari ini.

    Pada saya, biarlah perkara ini kekal menjadi khilaf, kerana rahmatnya adalah, Im baru boleh berguru dengan mana-mana sahaja ‘Otai’ yang difikirkannya otai.

    Kalau kita hanya ada satu definisi. Maknanya hanya ada golongan tertentu yang akan jadi ‘otai’ dan golongan lain tidak akan dapat peluang seumur hidup. Biarkanlah ada khilaf…

  25. Najib sagt:

    Otai ni mungkin satu gelaran yg diberikan oleh anak2 murid para IM.. Jadi bila ramai anak murid dia, maka terserlah lah ke ‘otai’an dia tu

  26. Bagi saya tiada istilah otai kut.. Kerana ada yang baru berkecimpung sudah digelar otai.. Mungkin kita boleh gelarkan Usahawan Internet Tegar jika mereka dapat memenuhi syarat sebagai internet marketer

  27. Otai atau tidak, yang penting cita2 tercapai dan impian yang diingini dapat, tu yang penting bagi saya…dan juga memanfaatkan segala ilmu untuk kebaikan diiri sendiri dan juga orang lain…

    http://vur.me/s/extra4u

  28. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Setelah membaca semua komen-komen di atas, saya memilih untuk membaca entry tuan sekali lagi sebelum tangan menyentuh keyboard..

    Mungkin para newbie yang baru sahaja ingin menjana pendapatan di Internet tertanya-tanya siapakah otai yang sebenarnya. Betul tak?

    Bagi anda seorang newbie, bagaimana anda mengukur tahap ke”otai”an seseorang individu?

    Justeru itu mengikut kefahaman saya, soalan ini ditujukan kepada “orang baru” bagaimana menilai “orang lama”

    Pada pendapat saya Intinya adalah untuk menyelamatkan “orang baru” supaya tidak tersilap memilih panduan, sebagaimana dinyatakan dengan jelas oleh Tuan Rumah melalui ayat di bawah,

    “Bagi saya ini merupakan salah satu soalan yang cukup penting kerana jawapanya akan membantu kita semua khususnya para newbie untuk mengikut langkah yang betul. Ini kerana di Internet sekarang ini mempunyai pelbagai jenis perangkap. ”

    Soalan 1)siapakah otai yang sebenarnya.?

    Jika otai adalah singkatan dari perkataan “oldtimer” , maka pendapat saya adalah sesiapa sahaja yang telah bergiat lebih dari 5 tahun boleh memakai “pangkat” itu.

    Soalan 2)bagaimana anda mengukur tahap ke”otai”an seseorang individu?
    Jika perkataan ke”otai’an boleh diertikan sebagai tahap “kemahiran”, maka sudah tentu boleh dibuktikan secara fizikal/zahir hasil kerjanya.

    Justeru itu, bolehlah dinilai siapa sebenarnya “otai” dan berapa agaknya bilangan “otai” di Malaysia…?

    Atau mungkin ada di kalangan pemberi komen di atas yang sudah bergelar otai?

  29. muhdfaiz sagt:

    Otai atau tidak sebenarnya bukan isu tetapi kualiti produk dan feedback dari pelanggan mereka adalah sesuatu yang menjadi ukuran terbaik untuk menentukan berpengalaman atau tidak seseorang IM..bagi saya, produk yang berkualiti sahaja yang akan saya pilih,jika tidak..mmg saya tidak akan membeli nya..

  30. adrenal sagt:

    hurmm..otai ni sebenarnya bergantung pada attitud seseorg tu..

    ilmu + sifat rendah diri + suka membantu memberi tunjuk ajar = OTAI..

  31. syahsuke sagt:

    OTAI…bagi sy otai tu adalah seorang yang dpat membimbing anak2 buahnya untuk berjaya dan tak kedekut ilmu…mcm upline HYPERBULK sya :)

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)