Persepsi Salah Mengenai Perniagaan Internet
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat duit dengan mengajar orang lain buat duit bukanlah satu perkara yang baru. Ia bermula sejak dahulu kala lagi dan ia merupakan satu industri yang cukup lumayan di dalam dunia ini. Saya antara orang yang buat duit di Internet dengan mengajar orang lain bagaimana ingin buat duit di Internet. Ini adalah bidang saya semenjak 3 tahun lepas lagi. Tetapi masih ramai golongan pengguna Internet sendiri yang masih tidak faham dan memandang serong mengenai usahawan di dalam industri ini.
Lihat sahaja produk-produk yang telah saya lancarkan, ia tidak lari daripada topik daripada mengajar orang buat duit di Internet dan saya fikir saya akan berada di dalam industri ini selama-lamanya. Contohnya Rahsia 10K mengajar orang buat duit dengan produk digital di Internet dan sistem NiagaKit juga mempermudahkan orang untuk buat duit di Internet. Majalah IM yang kami terbitkan setiap bulan juga mempunyai matlamat yang sama. Jadi, tiada apa yang salah dengan mengajar orang buat duit di Internet asalkan apa yang di ajar itu tepat dan betul.
Mungkin daripada sini orang akan ragu-ragu adakah benar Internet boleh buat duit? Atau selama ini banyak yang buat duit dengan hanya mengajar orang lain untuk buat duit.
Saya berbincang perkara ini tahun lepas dengan saudara Gobala Krishnan kerana saya salah seorang yang ragu-ragu dengan potensi untuk buat duit di Internet. Beliau menjawab, “Sejak daripada saya mula untuk mencuba perniagaan Internet lagi, orang dah mula mengatakan bahawa perniagaan Internet sudah tepu. Namun, sehingga hari ini saya sudah buat duit yang banyak, mereka masih lagi mempersoalkan potensi perniagaan Internet!”.
Sejak daripada situlah saya mula sedar dengan potensi perniagaan Internet dan apa yang paling penting ialah soal kepercayaan anda terhadap apa yang anda lakukan. Ramai orang yang gagal buat duit di Internet kerana mereka tidak percaya dengan potensi yang ada dan sebab itulah mereka hanya menghabiskan masa dengan mempersoalkan perkara ini.
Selepas saya percaya dan tanpa ragu-ragu bahawa Internet ini boleh buat duit, saya dipertemukan dengan ramai orang yang buat duit di Internet dengan model bisnes yang pelbagai. Boleh dikatakan semua jenis model perniagaan Internet iaitu perniagaan produk fizikal, produk digital dan juga servis menjanjikan pulangan yang lumayan.
Ada yang buat duit puluhan ribu ringgit di Internet dengan menjual produk fizikal seperti tudung, pokok orkid dan sebagainya. Malah saya pernah berjumpa dengan seorang designer yang membuat duit puluhan ribu ringgit juga setiap bulan dengan hanya memasarkan kemahiran design yang dimilikinya. Fuh, makin terubat kerisauan dan aura negatif mengenai perniagaan Internet selama ini.
Jadi siapa kata bahawa orang yang kaya buat duit di Internet hanya dengan mengajar orang lain untuk buat duit di Internet?
Fahaman dan fakta di atas adalah silap sama sekali. Mungkin mereka kata begitu kerana kami di dalam bidang ini akan exposed dan menunjukkan segala bukti pendapatan sebagai bahan bukti bahawa kami layak menunjuk jalan yang benar kepada anda bagaimana untuk buat duit di Internet. Namun, bagi mereka yang jadi kaya dengan menjual pokok orkid di Internet rasanya tiada sebab kenapa mereka perlu mendedahkan screen shot pendapatan kepada umum kan? Daripada situasi ini orang mula membuat spekulasi negatif mengenai buat duit di Internet.
Anda perlu faham bahawa untuk buat duit di Internet mempunyai banyak cabang dan setiap cabang mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Saya dan Zhafran (Team FareBiz) di dalam bidang education yakni mengajar orang bagaimana untuk buat duit di Internet, anda pula?
Sekian.
P.S: Pada entri akan datang saya akan kongsikan dua golongan yang ada di dalam industri mengajar orang buat duit di Internet ni. Satu golongan yang perlu anda elakkan dan satu golongan yang perlu anda dekati. Oh, pastikan komen di bawah lebih daripada 20!

dua konsep ini bagi saya boleh digunakan
iaitu buat duit melalui pengajaran dan buat duit dari perniagan internet
ttp kalau bab mengajar org laen,perlu bg tenaga pengajar itu ikhlas mengajar
dan bukan semata-mata untuk duit
p/s:pernah pegi seminar mrXXXXX..tp entah pape dy ajr:D
Hehe orang kata paling tidak pergi seminar tu kita akan belajar 1-2 perkara yang masih kita tak tahu.
Cuba check balik…
Saya pula apa ye. Mungkin melalut dlm blog kot..
He ehehe
Hehe itu memang anugerah Ilahi kepada seorang pro blogger…
tgh tunngu entri akan dtg nih….
ada kaitan ngn idop skrg..
merana memikirkannya oh…:D
bilerlah nak dapat duit beribu riban kat internet ni…
Salam,
Ada ramai juga orang yang kecewa setelah pergi byk seminar tetapi masih tetap tidak mampu buat duit di internet.Mungkin kerana mereka sendiri yang terlalu berharap tanpa usaha yang setimpal atau sememangnya seminar tersebut terlalu umum.
Salam Ramadhan & Salam Aldilfitri buat Labanon, Zhafran & pembaca blog ini.
Golongan yang sering mempertikai & memandang serong ni terdiri dari golongan yang sekadar melihat saja kejayaan orang lain tanpa mahu melakukan apa2 tindakan manakala ada juga golongan yang hadir byk seminar tetapi masih tak mampu lakukan apa2 sebab lambat bertindak. Mereka ini jenis yang mahu di suap saja kemulut mungkin terpengaruh dengan gejala ’subsidi.
Salam Ramadhan & Salam Aldilfitri buat Labanon, Zhafran & pembaca blog ini.
Golongan yang sering mempertikai & memandang serong ni terdiri dari golongan yang sekadar melihat saja kejayaan orang lain tanpa mahu melakukan apa2 tindakan manakala ada juga golongan yang hadir byk seminar tetapi masih tak mampu lakukan apa2 sebab lambat bertindak. Mereka ini jenis yang mahu di suap saja kemulut mungkin terpengaruh dengan gejala ’subsidi.
Salam Ramadhan Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua…
Saya mengaku satu ketika dulu saya diantara golongan yang saudara Lebanon sebutkan tu. Saya banyak terbeli ebook2 yang menjanjikan dapat menjana wang beribu2 ringgit di internet sambil anda menonton tv @ astro dan sebagainya (hehe..x perlu la sy britau produk2 tu kan?
) sebab byk kali trtipu la saya berpandangan macam tu.
Tapi setelah saya belajar byk dari kesilapan dan hampir 2 tahun saya berkecimpung dlm IM ni saya akui kt mampu buat duit di internet. Apa yang penting belajar dan belajar!!
Alang2 menulis komen ni, saya nk ucap terima kasih kt Team Flarebiz sbb produk2 saudara (Tips Adsense & Pakej Ramadhan) memang berguna bagi saya..
Semoga Team Flarebiz Sukses Selalu…
Moral of the value, jgn mudah membeli produk di internet tanpa sebarang survey dulu kualiti produk yg dijual..
Mcm saya, jenis tak suka laburkan wang kat internet sesuka hati, kalo nk beli produk tu, kena fikir byk kali..
Kdg2 tu berminggu-mingu fkr nk beli ke tak? hehe..
Tips yg saya amalkan utk elak drp tertipu..
1) Lihat Testimonial produk – Pastikan testi tu boleh dipercayai (biasanya owner akn bubuh skali contact info buyers yg bg testi tu kat salespage, jg gunakan info tu, check sama ada info buyers tu betul atau skdr direka-reka jer)
2) Cuba chek blog owner (kalo ade la) – Biasanya komen-komen yg ada kat blog owner ni juga boleh dijadikan rujukan sblm mbeli produk yg dijual
3) Try contact owner tu samada via emel ataupun sms
- Cthnya, sy try contact Pn Lisa dahulu sebelum beli Pakej Video Youtube via emel (sb Pn Lisa tak bg No hp kat salesletter)
- Ms nk beli Ebook Rahsia 10k, sy direct contact Labanon via sms, pastu br beli..
4) dll… << dan lain-lain
p/s: Saya harap ia membantu…
salam…
dengan internet memang mampu buat duit..cuma jangan putus asa..
tapi kadang2 oleh sebab sales2 letter ebook yang melampau-lampau hype…
membuatkan orang rasa tertipu..
biasanya sales letter akan tulis, sambil tgk t.v boleh buat duit, pemalas boleh buat duit, buat duit ribu2 dalam masa yang singkat dan sebagainya…seolah-olah segalanya kelihatan sangat-sangat mudah..
hakikatnya berlainan, perlukan banyak usaha, masa, dan tenaga…
sebab tu ramai yang rasa tertipu…
sekadar bagi pandangan
Saya masa mula-mula mengenal dunia Internet Marketing juga memiliki persepsi yang sama, iaitu, boleh ke buat duit dengan internet ni..??
Tapi Alhamdulillah, setelah mengkaji sedikit demi sedikit bkenaan dunia IM ni, baru melihat potensi yang ada untuk menjana wang melaluinya..
Saya bermula dengan mendapatkan ebook percuma, dan mula mengkaji dan terus mengkaji..
Masih samar-samar dgn potensi Internet Marketing ini, sy cuba laburkan sedikit wang utk membeli Pakej Video Pn Lisa, produk pertama yang saya beli dari internet..
Masih belum bpuas hati dgn itu, sy mendapatkn pula ebook Rahsia 10k… Lepas je menghabiskan pembacaan ebook ini, sy seperti masih ragu-ragu potensi IM ini…
Teruskan mengkaji…Akhirnya bertemu dgn Review Ebook Rahsia 10k dalam blog Smartzul… Rupanya ada sesuatu yg amat berharga yg dikupas dlm Ebook rahsia 10k ini yg saya terlepas pandang… Saya baca dan fahami semula isi kandungan ebook Rahsia 10k..
Cuba menghubungi Labanon via YM, berjaya!!
Minta pandangan Labanon berkenaan perancangan untuk launch produk digital pertama, Alhamdulillah, dalam masa yg singkat, semuanya SIAP… Tanpa Outsource..!! Penat… Letih… Tapi PUAS!!!
Inilah hasilnya >> http://rahmanbasri.com/pakejphotoshop
Alhamdulillah hingga kini masih menjana pendapatan melalui produk Pakej Kit Photoshop tersebut..
Tahniah bro!
Terima kasih atas sokongan Team flarebiz….
kita kena ubah pemikiran sebegini.
rugi je kalau dibiarkan……..
yang penting nak biz apa sahaja internet ke bidang apa sahaja ilmu promosi harus ditik beratkan disebab ilmu itu saya masih di sini
juga lagi satu ubah mindset anda cari orang tapi orang cari anda
Bisnes Internet ini ada pelbagai
yang pentingnya
fokus dan usahakannya sehingga berjaya
Yup, focus is the most important thing yang perlu kita ambil kira utk bjaya dalam apa jua bidang yg diceburi..
Sb dgn fokus, kualiti produk dan hasil yg diperoleh akan lebih baik…
Pakej e-book yg saya cuba beli dengan membayar RM 40 dalam “tak payah kerja” yg di iklan melalui ruangan Tuan tempoh hari (lupa tarikh) tu sampai hari ini tak di balas-balas. Cara isi borangnya agak mengelirukan. Mungkin penjual dapat duit dengan cara yang sangat senang sehingga tak mampu nak semak siapa yang membayar kepadanya dan tak sempat nak uruskan penghantaran e-booknya kerana terlalu sibuk mengira dan mengeluarkan wang daripada banknya. Ini katanya tidak salah dari segi undang-undang perniagaan di Malaysia. Saya sekadar nak tahu dan tak kisahpun dengan RM 40 yg dibayar kepadanya, tapi nampak memang macam tipu saja.
Jadi maksudnya ebook tu sampai skrg tak dapat lagi la erk?
Tak try contact ke owner ebook tu?
Biasanya dalam salesletter ada disertakan skali contact info owner..
p/s: ada juga yer IM yang buat hal mcm ni.. Sb mcm ni la menyebabkan dunia IM ni dipandang serong oleh newbie yg baru nk bjinak-jinak dlm dunia IM ni…
Biz internet merupakan biz termurah dia tas muka bumi yang mampu memberi duit melampau lampau pada sesiapa sahaja
ikut orang tue nak atau tak nak je
kalau tak usaha apa pun tak dapat itu hakikat hidup di Dunia
akum,lebanon…saya mmg teramat berminat dan yakin dgn bisness internet..saya mmg ader produk fizikal yg saya yakin mempunyai potensi yg besar dlam market…tp mslhnya saya nie xtahu mcm mana nak mulakan bisness nie dlm internet,aper yg harus saya lakukan..bole x sesiapa membantu saya untuk memperkenalkan bisness di alam maya..kalo bole saya nak mengupah designer tp biarla dgan harga berpatutan…kalo che lebanon sendiri nak membantu sya pun dialu2alukan
Terima kasih di atas post yang berkualiti.
thanks again
tiada usaha mmg tak dapat nak capai kejayaan..kebanyakkan orang kita hanya memikirkan keuntungan dalam masa yang singkat..nak rezeki datang bergolek kne la usaha..huhu