Perniagaan Ebook Adalah Skim Piramid?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya mewakili seluruh warga kerja Majalah IM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Dan ampun maaf zahir dan bantin andai kata kami ada terkasar bahasa dengan anda semua. Hari ini sudah 4 Syawal dan kami sudah memulakan kerja rutin sebagai seorang usahawan Internet seperti biasa.
Ketika saya balik untuk beraya di Kelantan, saya telah menemui ramai rakan-rakan sekampung dan juga kaum keluarga yang tercinta. Apabila mereka bertanya apa yang saya buat sekarang, maka dengan selambanya saya akan jawab saya berniaga di Internet dengan menjual ebook. Namun, ada beberapa orang kawan yang menanggap saya menjalankan skim piramid di Internet. Mungkin mereka salah faham atau tidak faham apakah itu penjualan produk informasi.
Satu soalan saya kepada anda, apakah itu produk informasi?
Produk informasi adalah satu produk yang menyediakan idea, kemahiran, pengalaman dan sebagainya untuk para pembeli. Mungkin daripada idea, kemahiran dan pengalaman kita inilah dapat menyelesaikan masalah mereka. Ini merupakan satu perniagaan alaf baru yang bagi saya masih belum dapat diterima oleh masyarakat kita dan kesedaran inilah yang diperjuangkan oleh kami. Information is the oxygen of the modern age! – Ronald Reagan.
Saya pasti anda tahu bahawa ramai orang pada hari ini menggunakan Internet untuk mencari informasi dan ini secara tidak langsung menjelaskan kepada kita bahawa produk informasi merupakan satu produk yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Internet. Produk informasi ini seperti buku, CD, ebook, audio, video dan banyak lagi. Asalkan produk tersebut boleh menyampaikan informasi kepada para pengguna maka itu dipanggil produk informasi.
Namun, produk informasi yang paling mudah untuk kita hasilkan ialah ebook. Kita boleh tulis sendiri sebarang idea, pengalaman dan kemahiran kita di dalam Microsoft Word dan convert file tersebut kedalam bentuk PDF. Langkah terakhir adalah menjualnya di Internet.
Contohnya, sebelum ini anda mempunyai masalah jerawat di muka dan ini sedikit sebanyak menghilangkan keyakinan diri anda untuk berhadapan dengan orang ramai. Anda cuba mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk menghilangkan jerawat dan akhirnya anda menemui satu solution ataupun jalan penyelesaian untuk menghilangkan jerawat. Mungkin jiran anda ada berkongsi petua orang-orang dulu dalam menghilangkan jerawat dengan anda.
Jadi, ini merupakan satu informasi bagaimana untuk menghilangkan jerawat! Anda boleh kumpul maklumat dan mungkin boleh buat tutorial langkah demi langkah bagaimana proses untuk menghilangkan jerawat di dalam bentuk digital seperti ebook, audio, video dan sebagainya. Seterusnya jual di Internet! Saya pasti ramai yang mencari-cari petua-petua yang praktikal dan benar-benar berkesan bagaimana untuk menghilangkan jerawat.
Soalnya sekarang, ada orang nak beli ke informasi macam ni?
Inilah selalunya persoalan yang saya terima apabila saya menerangkan mengenai proses menjual produk informasi kepada orang ramai. Mereka langsung tak percaya dengan perniagaan produk informasi dan di dalam minda mereka hanya percaya bahawa produk-produk berkaitan ajar orang buat duit sahaja yang boleh laku macam goreng pisang panas.
Baiklah cuba anda lihat 2 web jualan di bahawa ini:
1) Ebook Mas Kahwin Yang Hilang oleh Shuth.

Ebook ini sebenarnya fokus kepada mengajar cara bagaimana untuk menguruskan kewangan agar dapat nak kahwin cepat. Ebook ini tidak pula ada ajar cara cepat untuk menjadi kaya tetapi mengikut perbualan saya dengan saudara Shuth beliau dapat menjual ebook ini 5 unit ke atas setiap hari secara konsisten sejak beberapa tahun lepas.
2) Ebook Panduan Cinta Untuk Wanita oleh Richie.

Ebook ini hanya fokus bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah cinta yang di hadapi oleh kaum wanita. Cuba tanyak Richie sudah berapa banyak jualan yang berjaya di hasilkan.
Ebook ini juga tidak mengajar orang bagaimana untuk menjadi kaya tetapi tetap mendapat jualan yang memberangsangkan!
Di pasaran luar sudah banyak produk-produk informasi mengenai kesihatan, kecantikan, sukan dan sebagainya. Tetapi di pasaran tempatan masih banyak lagi topik-topik yang belum dicover dan inilah yang saya cuba sedarkan melalui Pakej Rahsia 10K. Jadi adakah situasi ini adalah sistem skim piramid?
Menjual informasi di Internet merupakan satu model perniagaan yang hot & spicy di Internet. Jadi rugilah jika anda tidak mahu menjadi salah seorang usahawan informasi. Tepuk dada tanyalah diri anda sendiri.
Sekian.
p.s: Mungkin anda boleh mendownload Majalah IM #3 & Majalah IM #4 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai produk digital.

Selamat Hari Raya Labanon, Maaf Zahir Batin!
Saya rasa mungkin jawapan Labanon tu boleh di tweak lagi supaya lebih oomph. Mungkin boleh kata:
Instead of, “saya berniaga di Internet dengan menjual ebook”.
Katalah, “Saya online publisher. Saya terbitkan ebook penulis2 dalam bentuk multimedia dan pasarkan. Sama macam penerbit komik Kreko, tapi saya publish ebook”
Dari pengalaman saya, susah nak explain apa yang kita buat online ni. Jadi senang kita cerita benda yang orang tu faham.
Saya pun kadang2 kalau orang excited terlebih nak tanya tetapi tak dia tak ada background knowledge untuk diexplainkan, saya kata je, “Saya programmer.”
Tapi apapun, bukan diorang yang bayar gaji kita pun kita nak kena impress… hehe…
Sabri
Selamat hari raya bro…
Yeah betul tu… dulu2 saya tweak baeekk punya jawapan… tapi bila asyik-asyik orang tanya soalan yang sama… saya just bagi tau yang simple jer.
Hehe.. yeah nanti saya nak cakap saya programmer juga lah senang.
Good idea.
“Programmer” jawapan paling mudah.
Kadang2 saya balik kampung pun cam tu.
Kene gelak pun ade.
Tu yang malas nak terang klo org tanye buat ape.. sikalang…
Malaysia pengetahuan IT masih kurang memberansangkan. Terutama di kalangan orang2 yg x pernah sentuh komputer then langsung x nak sentuh.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Labanon, rakan niaga dan keluarga.
Apa khabar?
Dalam kesempatan singkat ni, saya meminta maaf jika ada yang terkasar bahasa selama kita berkenal-kenal di internet, tak silap dah lebih setahun, mungkin juga dah dua tahun!
Hmm.. menyentuh topik kali ni, saya pernah ditanya soklan yang sama. Soklannya macam-macam rupa, macam-macam gaya tapi lebih kurang masuk ke topik gitu juga, sipi-sipi ngan pelaburan internet.
Tapi, saya jawab jujur saja. Sebab, niat saya untuk membuka lebih banyak cerita, sekadar untuk bersembang-sembang dengan warga tua dan orang-orang kampung. Memula dari topik komputer, last-last melarat ke internet.
Payah nak mengeksplen cerita pasal ebook, blog, internet, email, twitter dan segala berkaitan dengannya melainkan ada komputer berinternet di depan mata. Naik berbuih bibir menerangkan semuanya sebaik mungkin.
Jumpa ngan orang yang selalu guna komputer, diorang eksaited bukan main, diorang leh faham. Tapi bila jumpa orang yang jarang guna komputer, kena eksplen le satu-satu.
Apa-apapun, pada pandangan saya orang sekarang dah boleh menerima ramai orang muda bekerja menggunakan internet ni, macam usahawan internet, usahawan lelong atau blogger.
Orang sekeliling tetap akan kata usaha kita yang nampak ‘tak kena’ pada pandangan mereka. Itu normal.
Lagipun, jarang ada orang pernah buat apa yang kita buat. Mungkin, ada juga orang yang tak pernah buat apa yang kita sedang buat sekarang ni.
Solution terbaik, terus kejar matlamat, target dan azam yang dah diset untuk diri. Lupakan kata-kata orang kerana ia akan menahan-nahan diri kita dari maju ke depan.
Sibukkan diri memajukan diri sendiri, itu sibuk yang sebaik-baik sibuk dalam banyak-banyak jenis kesibukan
Selamat Hari Raya!
-ShueQry-
Selamat hari raya bro ShueQry,
Saya sebenarnya tidak sikit pun ambil hati dengan kata-kata mereka tetapi risau apa yang terkeluar daripada mulut atau penulisan dia orang boleh buat orang lain salah faham.
Saya harap dengan penerangan saya pada kali ini dapat memperbetulkan yang mana mempunyai tanggapan negatif mengenai perniagaan Internet khususnya menjual produk informasi.
diorang tak faham. Sebab tu diorang labelkan macam tu. Bila depa faham, barulah depa tahu..biarlah. kita terang apa yang patut..
Yup, inilah tugas kita perlu fahamkan mereka sebab ini merupakan satu peluang juga untuk mereka menjana pasif income.
Terus terang sebelum ini saya juga skeptikal pada e book sebab terjoint dengan skim reseller. cara mereka adalah piramid skim kan… betul tak?
Kemudian saya melihat dan mengkaji kenapa IM boleh survive dan berjaya barulah saya faham.
Sememangnya produk informasi amat berkesan dan mendatangkan pasif income.
Perniagaan internet especially produk informasi masih belum lagi menjadi kebiasaan lg dlm masyarakat kita, ini kerana kebanyakan rakyat malaysia skrg masih kurang pengetahuan dlm internet, yg diorang tahu hanyalah menggunakan social network spt facebook, myspace, friendster dll.
Lagipun ade juga ebook informasi yg hanya indah khabar dr rupa, lagipun informasi berbentuk fizikal masih lg menjadi pilihan utama kerana kandungan di dalamnya dapat kita baca.
Apepun, keep up good work utk menyedarkan masyarakat apa itu yg sebenarnya eBook. 1 hari nanti pasti produk ini akan menjadi pisang goreng panas.
Yup, saya sebenarnya sangat marah dengan produk-produk informasi yang indah khabar dari rupa. Banyak sales letter yang hype tetapi isi kandungannya hampeh.
Sebab itu saya cuba tweak sales letter yang hype tetapi pada masa yang sama menyediakan informasi yang berguna. Itulah terhasilnya Rahsia 10K. Jika baca surat jualan Rahsia 10K memang hype tetapi saya memberikan segala-gala ilmu yang saya ada.
Saya jual nasi lemak. Bulan depan saya nak jual nasi lemak + rendang daging.
Hari ni saya jual 20 bungkus. Esok saya jual 40 bungkus. Makin lama makin berbungkus-bungkus.
Lepas ni, saya nak upah orang jualkan untuk saya, saya cuma jadi tukang buat nasi lemak je. Dapat cari 10 orang, ok la tu!~ Sehari dapat jual beratus bungkus ^_^
Saya dapat untung. Tapi, sistem niaga saya mudah sahaja. ^_^
The other way round in the internet. Kita jual e-buku, bukan nasi lemak. Hanya kerana ia adalah versi digital, itu tidak bermakna ia salah. Konsep jual beli mudah saja yang di guna pakai…
Well said, basic concept you should know : Duit Masuk Lebih Dari Duit Keluar = Untung. ^_^ Basic financial knowledge? Naa…go, read, and explore more..Err, avoid those text book if u can ^_^
ps : Caiyok caiyook Adly and Zhafran! and MIM ^_^
Yeah satu analogi yang agak baik. ^_^
Memang x dinafikan pemikiran orang
bila cakap wt bisnes
mesti dyorang relatedkan tntg sistem piramid sperti MLM
Bagi saya,untuk menyenangkan kefahaman kepda mereka
cuba kaitkan dengan offline
contohnya
ebook
’saya menjual ebook di internet seperti juga saya menjual buku,apa yang membezakannya
saya menjual tanpa kedai dan hanya menggunakan internet’:D
contoh yang lain’saya jadi affiliate dalam produk internet’
kalau dikaitkan dengan offline
saya menjadi agen sesuatu produk di internet’:D
p/s:lebih kurang mcm tu la berdasarkan apa yang saya terangkan sebelum ni
peace team flarebiz:)
Saya faham apa yang cuba disampaikan oleh anda. Thanks.
Cuma penerangan mengenai penjualan ebook tu agak kurang tepat.
No komen la..
Saya bukan full time..
tapi mesti susah nak explain kalau dengan warga emas..
ala kadang2 bebudak pun tak paham..
Hehe… yang saya dok discuss ni dengan warga-warga muda & bujang tran tan tang lagi.
banyak la plak ebook kat market. confuse aku. hehe
Hehe tak semua kita perlu beli… based on keperluan kita sahaja.
Selagi manusia atas dunia ni wujud dalam pelbagai ragam, sekecil2 informasi pun tak mustahil boleh dijual.
Haaa… tau takpe.
biar la kat diorng aper diorng nak ckap..yang penting usaha kta kan…sbar je la k…..sy tetap doakan awak bjaya k….
Salam
Selamat Hari Raya Adly, Zhaf dan Pembaca Blog
Sony (Sony PRS-300) dan banyak lagi syarikat besar yang lain telah membuat R&D dan pelaburan yang tinggi untuk mengeluarkan ebook reader yang pasti dalam masa terdekat nanti akan menjadi device wajib seperti handphone sekarang.
Bagi mereka yang terlibat dalam penulisan dan pengedaran ebook yang berkualiti percayalah dalam masa terdekat ini pasti akan menjadi satu perniagaan yang sangat menguntungkan.
Cuma kita fikir kejap, kalaulah ebook ini tidak mempunyai masa depan kenapa Sony keluarkan ebook reader?
Teruskan usaha anda untuk menghasilkan produk-produk informasi yang berkualiti tinggi
Salam Syawal
Abg Di
wah2.. Nampaknya bro Adly reply hampir semua komen yer… Mantap2.. Satu usaha yg baik utk menaikkan motivasi setiap ‘pengomen’
Ok komen sy bdasarkan pengalaman join IM ni..
Bila saya explain kat member2 kat IPT ni, mostly dorg dah tgok potensi IM ni dalam menjana wang, cuma soklan yg selalu ditanya,
“Eh, berapa da dah income yg ko dapat?”
“Macam no ko boleh explore semua2 ni? Terer la…”
“Nanti sebelum grade, turunkan la ilmu2 tu erk..”
Biasanya kalo sy explen dgn dorg basic sy mula kan perniagaan IM ni, mesti sentuh ebook Rahsia 10k
Ada juga yg kelakarnya soklan dorg ni:
“Eh Bro Labanon tu wujud ke? ”
“Yang gambar kat Salesletter tu gambar Labanon ke, atau gmbr org lain? Tak bimbang kena tipu ke?”
Jadi saya explen skit2 la bkaitan apa yg saya tahu… Then baru dorg tbuka skit minda ttg IM ni…
Last2, ada yg minta tuk promosikan produk dorg kat internet sb tak tau lagi cara2 pemasaran online… Apa yg sy boleh bantu, sy bantu..yg len tu, kena usaha sendiri la erk..
p/s: sekadar berkongsi pengalaman yg tak seberapa ni.. saya ni pn newbie juga… byk bende nk belajar lagii… kalo ada tsilap tu, betulkan la erk…
Ya saya setuju produk informasi adalah perniagaan paling murah dan menguntungkan malah bisnes paling santai dan best pernah saya buat
Informasi memberikan duit melampau lampau jika anda tahu mempromosikannya
contoh la anda ada skill bagaimana nak membeli kereta trerpakai kereta baru dengan memeriksa enjin chasis malah penjagaan bodykit dan bagaimana nak renovate kereta
bayangkan informasi tersebut anda jual dengan harga RM12 je ( semua yang pakai kereta di malaysia dan yang akan pakai melebihi 10 juta rakyat malaysia)
jika ada 100 000 rakyat malaysia berminat nak ketahui 100 000 xRM12 la jawabnya
sedangkan customer ada lebih 10 juta
pergh…informasi best biz in new century tue kalau anda nampak la yang tak nampak tue mungkin tak dapat hidayah kot
mungkin pihak IM berpengalaman pelu adakan lebih banyak seminar IM di IPT
mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membuka minda dan membetulkan pandangan negatif mereka tentang IM ini
Dalam perniagaan Intenret ini
cabaran paling besar
bagaimana nak kekalkan momentum
disebabkan dalam perniagaan internet sendiri
ada macam2 cara dan kaedah
Memang amik masa untuk masyarakat faham, lebih2 lagi yang jarang guna internet.
Mencabar jugak nak bagi diorang faham.
Biasalah adly bila kita tidak ada pengetahuan yang cukup jelas ttg sesuatu perkara maka akan timbul persepsi yang buruk kerana input yang kurang.
Mula2 itu biasala….
ramai yang mengalaminya
dah lama
dapat tune
okla…
yang pnting fokus sehingga berjaya
Salam takziah di atas pemergian bapa anda ke rahmatullah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
Salam…
Salam takziah atas kehilangan ayah saudara. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh ayah saudara.
Al-Fatihah…
takziah diucapkan untuk Labanon.. Al-Fatihah..
Salam boss,
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan takziah kepada boss…
Produk PR memang ‘power’ arr…sepa tak beli rugi beb, kena tunggu tahun depan daaa…
Salam Saudara Labanon
Moga saudara dalam keadaan sihat. Saya ucapakan takziah keatas permergian ayah saudara tempoh hari. AL – Fatihah.
ok, nie nak komen pulak.hehee Bagi saya orang – orang di MALAYSIA ni kebanyakanya cepat melatah. Tak boleh tengok orang lain lebih. Bagi saya menjual ebook sama saja seperti menjual buku di kedai buku. Konsep yang sama cuma medium yang di gunakan berlainan.
Ebook tak semestinya ebook cuma buat duit, ada macam2 ebook selain niche tersebut, ada pasal jerawat, bela ikan, berniaga pasar malam dan macam2 lagi. So kita kena tukar mindset kita bahawa penjualan ebook nie sama dengan skim piramid. oho tidak sama sekali dengan skim piramid walaupun saya tak menjual ebook nie.hehehe.
Salam.
Sebenarnya masih ramai lagi yang salah faham dengan perniagaan internet. Apa maksudnya? Maksudnya masih terlalu banyak kekosongan yang boleh diisi dalam pasaran internet. Jadi sapa cepat ambil peluang dia yang untung dulu.
sebenarnya diorang yg kerap mengatakan apa2 perkara
yg boleh mendatangkan wang di internet adalah skim piramid
ialah kerana diorang tidak memahami internet dan penggunaannya…
ini jugak termasuk diorang2 yg memang x celik IT tapi nak mengatakan
sesuatu mengenai IT…
1 lg sebab, sebab ramai dah kena tipu, diorang dah serik, diorang
crita kat orang lain yg semuanya tipu belaka…
word of mouth memang promotion yg sgt efektif, so memang masih ramai
x faham dan takut…
Internet adalah medium baru untuk berniaga, bukan semua orang tahu, mungkin pernah dengar tapi kaedah tidak tahu. Sebab itu timbul pelbagai program yang merosakkan perniagaan yang sebanar. sebut je internet ramai yang fobia kerana telah terkena dengan skim scam kononya perniagaan internet. Masyarakt kita kena didik dengan betul perniagaan dan peluang medium ini.
saudara labanon….saya dah 3 bulan terlibat dalam perniagaan internet ni….tp masalah saya pengguna internet takde yang melawat web site saya….nak nuat macamana ye
Salam takziah buat labanon & family. Semoga roh arwah dimasukkan di kalangan ahli syurga, amiin. Kuatkan semangat, tabahkan hati..teruskan perjuangan saudara dalam memartabatkan perniagaan internet di kalangan masyarakat kita.
Aku dulu pon masa masih berkerja sebagai graphic designer setiap kali balik kampung sukar betul untuk aku menjelaskan di kalangan mereka yang bertanya..kerja apa? Cakap graphic designer..tak paham..bagitau pereka grafik pon masih blur..alih-alih aku kata kerja aku melukis
baru ler boleh paham! Ho ho ho..
Sama ler seperti apa yang labanon hadapi bila kata jer buat perniagaan internet..automatik sesetengah tu akan beranggapan kita buat skim piramid..skim cepat kaya..! Bukan juga salah mereka..kerana seperti yang kita tahu sebelum ini di internet dilambakkan dengan skim pelaburan & program skim piramid nih!!!
Jadi, tanggungjawap kita sekarang untuk sama-sama berusaha ‘membersihkan’ tanggapan salah ini. Ya, memang kita akan kata kita buat bisnes internet pasal nak cepat kaya..tapi bersandarkan saluran yang sah & betul. Salah satu cabangnya adalah ebook yang mana kita akan menerbitkan sumber informasi yang akan membantu ramai orang menyelesaikan masalah mereka.
Sama la juga, sebelum perniagaan ebook ini popular..pada masa dulu-dulu perniagaan berlandaskan informasi ini sangat popular melalui pos atau dikenali Gaya Pos. Malah telah lahir pun usahawan yang menjana sampai beratus ribu hanya menjual informasi melalui pos. Cuma bezanya sekarang..transformasi ke arah teknologi yang lebih canggih iaitu INTERNET dunia tanpa sempadan! Malah jika diusahakan dengan teknik & strategi yang betul..nilai pendapatan jauh lebih lumayan daripada yang disangkakan!
Ini telah dibuktikan sendiri oleh labanon & team flarebiz..tahniah untuk kalian & rakan-rakan pembaca Majalah IM. Salam suksess..
salam semua… lawak betul cerita tu… ada ke patut ‘dia’ kata skim piramid??? sebenarnya dia pun tak tahu apa itu skim piramid…. patutnye tanya jer kat dia… SKIM PIRAMID TU APA? mesti terkebil-kebil punya… hehehe… apa pun selamat maju jaya!
Salam n Hola
Rasanya ramai juga yang berfikiran negatif terhadap perniagaan internet nih. Bukan apa, mungkin sebab media kita lebih banyak mendedahkan aspek negatif tentang peluang peluang bisnes di internet.
Kita lebih terdedah kepada program program scam dari program program yang betul betul menjana pandapatan.
Apa pun, produk produk macam MajalahIM nih patut diperhebahkan dengan lebih meluas lagi. Supaya lebih ramai yang faham apa itu perniagaan internet.
Salam
Hadee Roslan
aku pn baru br ja nak menjinak2 kan diri…kot2 ada rezeki dalam bidang ni lak kan..hehe
perniagaan buku untung,susah sekali untung berkali2.ebook sama cuma online shj.tidak cara lama ofline.he.he…
slm untuk rakyat malaysia,niaga internet x salah ,ia ibarat kilang menghasilkn barang yg akn dibeli..jika laku itu adalah rezeki,bukan bli dadah atau jual dadah….ia ibarat buka kdai gak untuk 1 dunia bukn rakyat setempat shj.begitulah tingginya nilai ilmu wp nmpak senang dpt duit tpi pengusaha/kilang dibuka dgn kos kpkrn ilmu yg mahal..jgn tengok modalnya…silalah ceburi n dalami bidang informasi …anda akn hidup canggih krn dpt kuasai teknologi terkini .begitulah cara bngsa lain menawan dunia islam.jgn kita ketinggalan zaman…
slm 1 malaysia,masyarakat kita perlu menggunakan computer n menghayati ilmu2 penting dlm teknologi terkini agar umat islam x dikalahkan musuh islam dan (majalah IM) satu-satunya cara untuk mendalami ilmu ini….
tergelak saya membaca artikel ini..bg saya,pemasaran ebook bukan sesuatu sistem piramid..hanya orang yang tidak mengkaji dan mengambil langkah mudah untuk melabelkan ebook sebagai sistem piramid..mereka igt pemasaran ebook ni MLM kot..hehehe
Boleh juga artikelnya. Dari pada baca yang kaga kaga..mendingan yang seperti ini..buat nambah2 ilmu.
ebook merupakan salah cara untuk manambahkan ilmu pengetahuan seseorang……….
ayatnya senang difahami………….
http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz