Permainan CashFlow 101 Sangat Menarik!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Permainan CashFlow 101

Semalam saya telah bermain permainan CashFlow 101 bersama Kak Waida, Kak Becky & Kak Farah di pejabat kami. Zhafran tak dapat join permainan ini sebab sibuk dengan NiagaKit v2 manakala saya mengambil peluang ini untuk mencuri tulang ha ha ha! ;) Semalam merupakan kali pertama saya bermainan permainan yang mendidik minda ini setelah menyimpan hasrat untuk bermain permainan ini sejak sekian lama.

Dulu teringin nak menyertai permainan ini yang dianjurkan oleh saudara Pakdi tetapi sering kali terhalang disebabkan kesibukkan kerja. Permainan ini lebih seronok lebih daripada apa yang digambarkan kerana ia mencerminkan kehidupan seharian kita. Kebanyakkan kita akan terperangkap dengan “Rat Race” dan permainan ini sebenarnya mengajar kita bagaimana untuk melepaskan diri daripada “Rat Race” tersebut. Walaupun ia hanyalah sekadar permainan tetapi saya cukup percaya bahawa teknik yang sama kita boleh aplikasikan di dalam kehidupa seharian.

Gambar Whole CashFlow 101

Namun sudah tentu lebih susah untuk merealisasikannya di dunia nyata kerana terlalu banyak ganguan seperti terlalu menjaga persepsi orang terhadap kita dan kita sanggup untuk menganggung hutang yang banyak semata-mata ingin kelihatan cool di mata orang ramai. Di dalam permainan ini saya adalah seorang setiausaha yang bergaji kecil iaitu sekitar $2,500 sebulan tetapi saya hanya dapat monthly cash flow hanya $900 lebih! Ini kerana terpaksa menyelesaikan total expenses yang agak tinggi.

Adly a.k.a Labanon Mengira Keuntungan

Jadi target saya ialah ingin mengurangkan total expenses setiap bulan dan juga menambah seberapa banyak passive income. Sebenarnya apa yang diajar oleh Robert Kiyosaki ialah orang kaya membiarkan passive income yang menanggung segala expenses. Itulah target bermain dalam permainan ini iaitu dapat keluar daripada “Rat Race” dimana kalau nak keluar dari “Rat Race” kita perlu mempunyai passive income melebehi total expenses. Saya bermula baik dengan melupuskan hutang kad kredit, hutang kereta dan beberapa hutang lagi.

Ramai-Ramai Bermain CashFlow 101

Kemudian setiausaha ini dapat keluar daripada “Rat Race” setelah berjaya menjual sebuah rumah dan memperolehi keuntungan $50,000 sebelum membeli sebuah lagi apartment yang memberikan cash flow positif sebanyak $2,700. Setelah berjaya keluar dari “Rat Race“, kak Becky dan kak Waida sudah mengaku kalah. :D Ish…ish… baru nak tunjuk kehebatan bermain di luar “Rat Race”.

Banker Yang Sememangnya Banyak Duit!

Pengajaran yang saya dapat setelah bermain daripada permainan ini buat pertama kali ialah kehidupan kita ibarat roda yang pasti kita tidak setiap masa berada di atas. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi segala kemungkinan sebagai ikhtiar kita sebagai manusia. Seterusnya, untuk menjadi kaya kita perlu mengejar untuk memiliki aset dan seterusnya memberikan kita cash flow yang positif berbanding orang biasa yang mengejar untuk membeli perkara yang bukan-bukan (liabiliti). Seseorang itu tidak akan digelar bebas kewangan selagi tidak mempunyai pasif income melebihi total expenses walaupun mempunya wang beratus ribu. :D

Sekian.

p.s: Dua minggu lagi mungkin kami akan bermain permainan ini lagi, so ada sesiapa yang nak join? :)

{ 47 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

47 Responses to “Permainan CashFlow 101 Sangat Menarik!”

  1. has sagt:

    Mungkin saya boleh cadangkan permainan ini dibawa ke universiti
    mungkin para mahasiswa mengetahui bagaimana untuk menguruskan kewangan yang bijak
    dan bukan hanya menaruh harapan tinggi kepada pinjaman PTPTN sahaja
    :)

    p/s:kalau hanya taruh harapan kepada pinjaman sahaja,bankrup la Malaysia:)

  2. WaidaKmy sagt:

    “Seseorang itu tidak akan digelar bebas kewangan selagi tidak mempunyai pasif income melebihi total expenses walaupun mempunya wang beratus ribu. :D

    Uh..Pedih. Sangat menusuk kalbu Haha. Payback time lain kali :D

  3. Adney sagt:

    ade option “Perniagaan Internet” x dalam board tu? :p

  4. Becky sagt:

    Mana ada ngaku kalah? Kena balik r..jalan jem nanti..Ala kalau tak my market kad, tak dapat nye 50k tu..di ulangi : tak dapat punya ahahahaha..sah sakit hati ..keke

  5. Salam. Permainan yang sangat menarik, paling tak best kalau kena ‘downsize’..huhuhu. Lepas ni boleh try ‘202′ plak…hehehe…Just pendapat saya, tak semua cara mendapatkan pasif income didalam permainan cashflow boleh di implement kan di semua tempat. Contohnya untuk ‘Real estate/Hartanah’, mungkin ia sesuai untuk kawasan yang mempunyai permintaan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Tapi kalau di negeri-negeri lain di malaysia, kenaikan harga hartanah memang la ada, tetapi permintaan/demand adalah kurang. So kita terpaksa, ‘pegang’ aset kita tu lebih lama untuk mendapatkan pembeli.

  6. Johari sagt:

    huhu dah lama saya carik game ni..

    boleh saya tahu Labanon beli kat maner? :)

  7. Wardi sagt:

    Bestnya Kalau dapat join main….. cuma x pandai main…. ada sesiapa yang bole ajar….

  8. adrenal sagt:

    hohoho..meluangkan masa bermain ‘indoor’ games..sape kata indoor game x bagus?=P

  9. Fatin Pauzi sagt:

    Wah, bestnya. Best kalau permainan ni leh kena kan orang, lebih lagi kenakan Adly cukup2. hehe.

  10. Becky sagt:

    Ayat popular Adly kepada saya masa game : Jangan kak, ingat masa depan

    Ha ha ha!

  11. Kobot sagt:

    Cam best je permainan ni.. harap lain kali dapat join sekali main permainan tu hehe..
    Boleh tak boss?? :)

  12. passive income amat penting….mmg best korang dapat main
    best gak kalo dapat join sekali…

  13. kakeru sagt:

    Salam Labanon,
    Main game nih mmg best, sampai tak hengat dunia..hoho…
    Sampai skang tau lagi camner nak main lepas gi bengkel Pakdi.
    Pasni leh gi opis Labanon la, mau tumpang main lagi, buleh arr..? ;)

  14. JHafiz sagt:

    apa beza game ni ngan saidina? ade istilah lain sket dr saidina nmpknye

  15. [...] masih berpusing-pusing dalam roda ‘rat race’ sehingga ke sudah (nasib badan…). Adly pula agak bernasib baik (ya! nasib baik sahaja tu…) berjaya keluar di saat-saat akhir [...]

  16. Amirul Faisyal sagt:

    Pernah main sekali waktu Pakdi anjurkan dalam 3 bulan lepas. Sekali main terus jatuh cinta! Dalam permainan tu saya menanggung hutang besar lepas membuat kesilapan salah dengan membeli perniagaan orang lain, a good lesson for me.

    PS: Labanon untuk 2nd round nanti nak main ajak saya, saya nak join! :)

  17. Adly a.k.a Labanon sagt:

    Ho ho ho! Ramai nak main ni… kena suruh Pakdi ataupun kak Farah open table lagi ni… ;)

  18. WaidaKmy sagt:

    Takut ada orang yang tak faham pula..hehe. Maksudnya main dalam kumpulan? 1 team 2 orang mungkin?

  19. hairulbiz sagt:

    salam

    dah lama tringin main cashflow tu tapi x berkesempatan lagi.dekat U sekrang baru habis tournament catur bestari..konsep rasanya lebih kurang jer.Kalau ramai nak main mungkin saya boleh anjurkan tetapi kat dalam U.sebab senang ada tempat dan mudah kerjasama dgn pihak U..

  20. Arina sagt:

    Bagus jugak main permainan ni… tapi macam ner pun untuk mencapai kejayaan sebenar kita kenalah berfikir cara yang betul, kerana Anda Adalah Apa yang Anda Fikirkan…
    Nanti ada masa kita main benda ni sama-sama erk :)

  21. Hafizi sagt:

    Assalam..
    Teringin nak main.. dari mana nak dapat permainan tu? Sama tak dengan game yang KFC jual tu? Lupa plak apa nama game yang KFC jual.. ala macam bende ni jgk kot..

  22. izhar sagt:

    Assalamualaikum semua…wah ramai jga yg minat cashflow ni kan?
    Ok, untuk sesiapa yg nak cashflow 101 ni, sya boleh tolong supply kan…

    Harga hanya RM250/set…New+Factory sealed!!!…Boleh COD/shippping…

    Kalau berminat boleh sms/call 013-3558183…

    Terima kasih.

  23. sepul_besut sagt:

    mmg best cf101 nih.. xrugi main berjam2.. byk ilmu boleh dipelajari

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)