Perlukah Minda Usahawan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini terlalu ramai yang bercita-cita menjadi usahawan. Pelbagai bidang diceburi, bermacam sektor di terokai, ratusan industri diceburi. Boleh dikatakan usahawan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ada usahawan internet, usahawan MLM, usahawan biotech, usahawan tani dan banyak lagi cabang yang tidak mampu ntuk dinyatakan. Begitu ramai yang menceburi bidang ini namun yang betul-betul berjaya dan bertahan hanyalah segelintir sahaja. Mengapa ini berlaku?
Ramai usahawan tidak tahu bahawa mereka sebenarnya memerlukan satu ‘tool’ yang dikenali sebagai Minda Usahawan untuk memastikan mereka boleh bertahan lama dan terus maju dalam industri. Terlalu ramai usahawan yang memperlekeh perkara ini. Pada mereka itu hanyalah isu remeh temeh sahaja. Apa yang lebih penting adalah modal dan ‘contact’ untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Sebab itulah ramai yang mencari ‘contact’ daripada mencari ilmu berniaga. Sikap inilah yang mengakibatkan ramai usahawan gulung tikar setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan.
Mungkin ramai yang tidak tahu definasi usahawan dan peniaga. Usahawan adalah mereka yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan terus membesarkan perniagaannya sehingga mampu membentuk empayar. Manakala peniaga pula memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dan terus mengusahakan perniagaan kecil-kecilan itu sampai bila-bila. Jadi pilihlah dengan tenang kategori yang mana satu ingin anda ceburi – usahawan atau peniaga. Namun walau yang mana satu menjadi pilihan anda, Ilmu tentang Minda Usahawan perlu dimiliki.
Apa gunanya ilmu ini? Apa hubungkaitnya ilmu minda ini dengan kejayaan sebagai usahawan?

Baiklah mari kita telusuri Ilmu ini dan hubungkaitnya dengan kejayaan seseorang usahawan itu. Seorang usahawan perlu memiliki tenaga minda yang lebih kuat dan tinggi daripada pengguna atau pembeli. Keadaan inilah yang memastikan terjadinya proses jual beli. Mari kita tengok bagaimana kita selalu berakhir sebagai pembeli sesuatu produk. Seorang usahawan merupakan ‘problem solver’ kepada pengguna. Jika seorang usahawan itu mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pengguna maka dia berjaya melakukan jualan.
Bayangkan situasi ini; Anda memerlukan sebuah laptop untuk kegunaan peribadi. Permasalahannya – sebuah laptop. Jadi untuk menyelesaikan masalah anda, anda mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah kompleks yang terkemuka yang menyediakan ratusan jenis dan jenama laptop. Di kompleks ini anda mendapati begitu ramai peniaga yang bersaing untuk melariskan jualan mereka. Percaya atau tidak anda hanya akan TERJUAL kepada seorang daripada ramai-ramai peniaga yang ada. Bagaimana ini berlaku? Penjual yang telah MENJUAL anda itu sebenarnya telah menyelesaikan masalah anda iaitu laptop.
Apa yang ada pada penjual yang berjaya menawan hati anda untuk menjadi pelanggannya berbanding penjual yang lain. Selain daripada faktor rezeki, kemungkinankah dia ada pelaris yang power. Ah! Karut. Sebenarnya tenaga mindanya mengatasi tenaga minda penjual lain termasuk anda. Ini adalah merupakan faktor utama untuk melariskan jualan. Tenaga minda yang kuat dan hebat mampu menewaskan pesaing yang ada dan meraih jualan yang berlipat ganda. Wow!
Bagaimana nak tingkatkan tenaga ini?
Tenaga minda ini hanya boleh ditingkatkan dengan ilmu minda yang betul. Ilmu minda harus dipelajari, ia tidak boleh datang dengan sendiri. Melalui ilmu minda yang betul ini barulah Minda Usahawan terbentuk. Selain daripada itu anda memerlukan input usahawan yang betul. Seorang usahawan perlu memiliki minda yang kreatif, agresif, proaktif, positif, berani membuat keputusan, tidak takut pada risiko yang berkadaran dan perlu yakin pada diri sendiri.
Apabila usahawan itu memiliki ilmu Minda Usahawan dia tidak lagi takut untuk menjual. Permasalahan yang ada pada ramai usahawan adalah tidak tahu bagaimana hendak menjual. Perkataan MENJUAL seolah-olah taboo pada mereka. Akan tetapi jika dihayati betul-betul mana ada satu perniagaan yang tidak memerlukan anda menjual. Jika anda tidak mahu menjual percayalah anda pasti KENA JUAL. Fikirlah dengan rasional, semua bentuk perniagaan hanya akan terjadi apabila ada transaksi jual dan beli. Usahawan yang takut kepada jualan adalah mereka yang sebenarnya telah gagal berniaga sebelum memulakan perniagaannya.
Menjual perlu kepada latihan yang berterusan. Sebenarnya tanpa anda sedari sejak lahir lagi anda telah dilatih untuk menjual. Anda menangis bila kelaparan, ibu anda tidak tahan dengan tangisan itu terus menyediakan susu dan seterusnya menyuapkan kepada anda. Satu proses jualan telah berlaku. Ibu anda telah TERJUAL dengan tindakan anda lalu mengalah dan membayarnya dengan susu. Namun skill menjual yang ada ini semakin hari semakin tumpul, anda semakin kurang yakin dengan skill yang ada. Apatah lagi bila anda perlu bersaing dengan adik beradik yang lain dalam proses menjual.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila adik anda mampu MEMBELI ibubapa anda dengan lebih mudah berbanding anda. Lama kelamaan keyakinan anda musnah, anda berasa kecil dan tidak berdaya. Anda teruskan dengan kehidupan seharian bersama perasaan tersebut. Semakin hari semakin murung, potensi diri semakin hilang, keyakinan semakin pudar. Inilah antara sebab mengapa anda gagal menjadi penjual yang baik. Sebab itu apabila anda mendengar perkataan MENJUAL ianya seolah-olah satu penghalang untuk anda melakukan perniagaan tersebut.
Walaubagaimana pun jika latihan menjual ini diteruskan dan tiada perasaan gundah apabila berhadapan dengannya, anda akan mampu meningkatkan perniagaan anda sedikit demi sedikit. Jika latihan ini semakin mantap dan MENJUAL tidak lagi menjadi masalah utama percayalah satu hari nanti anda akan mampu MENJUAL dengan menggunakan minda separa sedar, sama seperti anda memandu kereta. Anda tetap boleh kendalikan kenderaan anda dengan baik walaupun sambil menjawab telefon.
Apabila keadaan ini berlaku jualan anda akan menjadi laris tidak kira apa juga produknya.
EM sangat teruja untuk berkongsi ilmu Minda Usahawan ini bersama pembaca. Banyak input usahawan yang kami kongsikan. Bagaimana hendak menjual menggunakan minda separa sedar dan banyak lagi. Semua ilmu yang kami kongsikan mampu membuka minda anda dan meransangnya menjadi Minda Usahawan. Datanglah ke Seminar Percuma EM pada tarikh yang tertera di bawah. Untuk pengesahan tempat sila hubungi En Yusmi – 013 377 8004 (telefon/sms) atau isi borang yang disediakan di web.
Artikel ini disumbangkan oleh Puan Hajjah Arina Abbas. Beliau merupakan Moderator Evolusi Minda, iaitu badan syarikat yang menjalankan latihan dan memberi kursus serta seminar berkaitan kuasa minda. Beliau sangat komited membantu setiap peserta memahami dan mempraktikkan setiap ilmu berkaitan minda yang disampaikan. Hasilnya, seminar anjuran syarikat beliau telah melahirkan ramai usahawan yang mempunyai pemikiran yang positif dan inovatif. Anda juga boleh melayari laman web rasmi Evolusi Minda ataupun terus membaca artikel-artikel lain yang menarik di blog Evolusi Minda.

hehe..majalahIm selalu memberi input yg berguna kepada user2..thanx
Salam, input yang sungguh menarik. Konsep kuasa minda ni memang menarik — harap lebih banyak info dari MajalahIM untuk mengimplementasikan kuasa minda dengan keusahawanan. Blog ni dan blog EM memang best
. Kudos.
berkeyakinan tinggi kuasa promosi yang hebat juga followup serta ilmu yang berterusan
good ads ni…minda usahawan memang perlu untuk menjadi seorang usahawan..tak guna kita jadi usahawan kalau minda kita bukan usahawan…i will be the next usahawan internet yg berjaya with my bussness
Wah.. Begitu ya. Saya agak baru mengenai kuasa minda ini. Nampaknya bermula la pencarian saya mengenai kuasa minda selepas ini. Terima kasih atas perkongsian.
P.s. Tuan Labanon, saya kurang pasti jika hanya laptop saya yang menghadapi masalah loading majalahim.com ini. Ia stuck setiap kali saya buka bolg ini atau refresh.
Dalam bussiness..yang penting ialah POLC..
-Planning
-organizing
-Leading
-controlling
terima kasih..
artikel ini sgt berguna kena newbie….dan usahawan lain
TQ..boleh memberi perangsang utk kita semua lebih maju ke hadapan..
satu perkongsian yg segar dan sangat menarik.. minda usahawan memang diperlukan oleh semua yang ingin berjaya dalam perniagaan.. tanpa minda yang kuat belum tentu kita dpt membuat jualan walau sebiji gula-gula.. tapi dengan minda usahawan yang hebat kita tetap dapat membuat jualan walau kita jual kapal terbang sekalipun.. sesungguhnya 70% manusia membeli kerana emosi.. dengan minda yang hebat kita mampu mempengaruhi emosi prospek untuk bertukar menjadi pembeli..
[...] 28 01 2010 Perlukah Minda Usahawan? By Adly a.k.a Labanon on January 17, [...]
seorang usahawan harus mempunyai ciri-ciri sperti berikut…
1. tidak pernah puas dengan apa yg mereka kecapi
2. berdaya usaha
3.berani mengambil risiko
4. bijak menghidu peluang
bagaimana nak dapat ciri-ciri ini..mungkin melalui “kuasa minda”…
posting yang menarik….