Bantu Kami Menemubual Pn Ann

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti ramai di antara usahawan Internet Malaysia ini sudah kenal dengan salah seorang usahawan Internet wanita berjaya iaitu Pn Ann atau nama sebenar beliau ialah Suzana Mustafa. Beliau adalah pemilik forum yang terkemuka iaitu WanitaMelayu.com. Beliau telah memulakan perniagaan Internet sejak 25 September 2005 lagi. Pada ketika ini saya sendiri masih belum mengetahui tentang potensi perniagaan Internet ;)

Bermula dari tarikh itu, kini genap tiga gahun beliau terus berusaha tanpa henti mengendalikan forum tersebut dengan penuh minat dan kesungguhan. Beliau berusia 38 tahun, berasal dari Labuan, Sabah dan dianugerahkan empat orang cahaya mata bersama suami tercinta. Dahulu beliau pernah bekerja sebagai Pembantu Setiausaha Syarikat, tetapi kini sudah mampu menubuhkan syarikat dan memiliki office sendiri hasil perniagaan Internet beliau.

Baca artikel ini selanjutnya »

Menjana Pendapatan Dengan Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya semenjak pilihan raya Mac 2008 berlalu semakin ramai yang mengambil tahu tentang apa itu blog. Blog tiba-tiba menjadi satu isu panas masyarakat kita dan penulis-penulis blog mula mendapat pendedahan media massa. Baiklah kepada pembaca MajalahIM.com yang masih belum mempunyai blog, saya sarankan anda mencuba sendiri bina blog anda sendiri kerana blog memberi kita satu kepuasan.

Saya teringat satu kata-kata yang telah disebut oleh sifu blogging iaitu Yaro Starak iaitu “Blogging as a business, not a job“. Mungkin di Malaysia masih belum nampak bahawa blog juga boleh menghasilkan duit tanpa henti. Namun, jika anda lihat di negara barat, mereka sudah menganggap bidang blogging ini merupakan satu perniagaan bukan lagi sebagai satu perkara yang sia-sia.

Baca artikel ini selanjutnya »

Usahawan Internet Sepenuh Masa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saban hari saya menerima emel daripada pembaca Majalah IM yang ingin berhenti kerja dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. Mereka ini nampaknya bersemangat dalam menghantar emel sambil membayangkan mereka tidak lagi akan terikat dengan masalah pejabat yang melecehkan. Bagi saya ini merupakan satu perkembangan yang  sangat bagus dan juga merupakan petanda baik bagi industri perniagaan Internet tanah air.

Saya membalas dengan bertanya mereka apakah perniagaan Internet yang mereka jalankan sekarang sehingga mahu berhenti kerja. Kebanyakannya membalas mereka masih belum lagi memulakan perniagaan Internet tetapi akan dimulakan sebaik sahaja berhenti kerja. “Wah, ini merupakan seorang usahawan sejati” detik hati saya. Saya bertanya lagi satu soalan yang agak simple tetapi memberikan kesan yang sangat besar iaitu apakah perancangan jangka panjang perniagaan Internet anda sehingga sanggup berhenti kerja? Mereka menjawab perancangan juga akan dibuat sejurus saya berhenti kerja.

Baca artikel ini selanjutnya »

Buat Duit di Internet Dengan Hobi Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya teringat satu kata-kata hikmah dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “In business your happiness must come before your profits“.  Kebiasaanya jika seseorang gembira dengan perniagaan yang anda lakukan maka secara tidak langsung perniagaan anda tersebut akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda. Walaupun anda menjual benda yang simple dan ramai orang ketawakan idea anda, namun jika anda lakukan dengan penuh minat maka anda tetap boleh berjaya.

Seperti yang dikatakan oleh ramai pakar motivasi, jika kita lakukan perkara yang kita minat dan cintai maka walau apa jua cabaran dan dugaan kita akan hadapi dengan tenang kerana tahap motivasi diri kita sentiasa maintain.  Kita juga pasti lebih teruja jika melakukan perkara yang kita minat dan tanpa keterujaan dalam melakukan sesuatu anda pasti tidak mampu bertahan lama. Jika anda tidak enjoy menjalankan perniagaan anda, pecayalah bahawa lambat-laun perniagaan anda pasti akan lingkup.

Baca artikel ini selanjutnya »

Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

Alhamdulillah, saudara kita Noorizam baru sahaja melancarkan satu panduan percuma iaitu Jana Pendapatan Dengan Nuffnang dan saya telah membaca keseluruhan panduan ringkas ini.

Seperti yang anda ketahui, walaupun terdapat ramai yang telah mempunyai akaun Nuffnang tetapi masih ramai lagi yang gagal untuk mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang.

Saya akui, saya juga tidak terkecuali dan masih berusaha untuk mencukupkan kuota bagi mendapatkan cek pertama dari Nuffnang. Tetapi selepas membaca Panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang oleh saudara Noorizam, saya yakin saya bakal memohon cek pertama saya dalam masa terdekat ini .

Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Kebanyakan newbie melakukan kesilapan “setting” pada akaun Nuffnang. Di dalam panduan ini Noorizam telah menerangkan dengan lengkap punca kesilapan itu.

Satu kelemahan pada ebook ini ialah filenya agak besar dan mengambil masa yang lama untuk di download. Kenapa ya? Mungkin saudara Noorizam boleh memperbaiki masalah ini.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang atau tidak tahu apa itu Nuffnang, anda boleh dapatkan report ini secara percuma dengan men”subscribe” mailing list di blog noorizamshah. Menarik untuk dibaca, ringkas, dan straight to the point.

Dapatkan segera – Download Ebook Jana Pendapatan Dengan Nuffnang.

Level Kesesuaian Ebook: Complete Newbie yang mahu menjana pendapatan dengan Nuffnang tanpa modal.

Mencipta Produk Digital Dengan Rahsia 10K

Akhirnya produk Rahsia 10K telah berjaya dilancarkan oleh Team Flarebiz dan telah menghasilkan jualan yang hebat.

Rahsia 10K Cover

Saya telah meniliti dan membaca keseluruhan produk Rahsia 10K ini. Tidak keterlaluan bagi saya memberi jolokan Rahsia 10K sebagai ebook “Panduan Mencipta Produk Digital Terhebat”. Itu adalah pandangan peribadi saya. Saya mempunyai alasan yang kukuh untuk memberi kenyataan sebegini.

Mengapa saya berani memberi kenyatan seperti ini? Jika anda adalah seorang usahawan internet pasti anda tahu betapa sukarnya untuk memulakan satu projek membina produk digital berkualiti dan mendapat sambutan.

Baca artikel ini selanjutnya »

Benarkah Internet Boleh Buat Duit?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya ramai di antara kita semua yang sangat berminat untuk memulakan perniagaan Internet namun mereka sangsi dengan kemampuan Internet. Pelbagai persoalan masih bermain dibenak fikiran mereka kerana terlampau banyak cerita negative tentang pelaburan haram yang kononnya perniagaan Internet disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan. Jika anda salah seorang yang masih sangsi bahawa dengan Internet anda boleh menjana wang, maka anda perlu baca post pada kali ini sampai habis.

Internet Memang Boleh Buat Duit

Ingin sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa kita boleh jana wang melalui Internet. Saya sendiri telah menjana puluhan ribu ringgit di Internet walaupun baru berusia 18 tahun. Apa yang saya lakukan ialah hanya menjual beberapa produk digital di Internet dan hanya lakukan sedikit pemasaran ke atas produk tersebut. Namun, orang kita masih belum dapat menerima hakikat tersebut.

Zhafran dan Bob juga telah menjana puluhan ribu ringgit di Internet dengan perkhidmatan design dan bina laman web. Contohnya saudara Bob boleh meraih pendapatan lebih RM1000 sehari dengan hanya membina laman web dan menjualnya kembali kepada mereka yang berminat. Itu baru satu sahaja sumber pendapatan beliau, tidak termasuk lagi dengan teknik-teknik jana wang yang lain.

Baca artikel ini selanjutnya »

Selamat Datang Ke MajalahIM.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana sudi melawat blog Majalah IM yang tidak seberapa ini. Sebenarnya blog ini telah lama wujud namun agak jarang dikemaskini kerana kami semua sibuk dengan perkara-perkara lain yang lebih penting. Kini MajalahIM.com muncul dengan wajah baru yang cun melecun dan sangat user friendly.

Theme ini direka khas oleh pakar wordpress iaitu saudara Bob yang telah bersengkang mata beberapa hari untuk menyiapkanya. :D Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada beliau. Baiklah sebagai pembuka bicara eloklah saya menerangkan hala tuju blog ini kepada anda semua.

Baca artikel ini selanjutnya »

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)