By Adly a.k.a Labanon on Juli 17, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di dalam apa jua perniagaan termasuk juga perniagaan Internet kita seringkali mendengar bahawa untuk berjaya di dalam perniagaan, kita semua perlu memiliki minda sebagai seorang usahawan. Bagi saya, salah satu lagi element untuk berjaya di dalam perniagaan Internet ialah kita perlu berfikir sepertimana seorang jutawan. Anda perlu sedar bahawa kesan pemikiran seseorang adalah sangat hebat dan kenapa kita tidak berfikiran seperti orang yang telah berjaya kan?
Konsep mudah bagaimana seorang yang kaya berfikir ialah duit bekerja keras untuk mereka. Ya, inilah rahsia terpenting golongan kaya untuk terus kekal di dalam kekayaan mereka. Secara logik untuk menjadi kaya, kita perlu rajin dan kuat berusaha. Tetapi satu perkara yang kita tidak sedar ialah orang kaya sebenarnya kuat berusaha untuk memastikan bahawa duit mereka bekerja untuk mereka.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Zhafran on Juli 15, 2009
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis tutorial pertama untuk blog MajalahIM yang berwajah baru ini. Dalam tutorial pertama ini, saya akan mengajar bagaimana untuk membina borang untuk blog wordpress anda secara langkah demi langkah.
Jika anda sudah bertahun-tahun bermain dengan wordpress, mungkin anda sudah tidak perlu membaca tutorial ini tetapi jika anda baru bermula, saya percaya tutorial ini sangat membantu
Anda boleh membina apa-apa borang yang anda suka dengan cara yang saya akan kongsikan ini. Borang hubungi, borang tempahan, borang kahwin survey dan pelbagai lagi
Baiklah, jangan buang masa. Mari kita mulakan. Untuk menjayakan misi kita untuk membina borang, kita perlukan satu plug in yang bernama cforms II. Klik disini untuk ke laman rasmi plug in cforms II ini.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on Juli 14, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana sudi melawat MajalahIM.com dan kini kami sekali lagi berwajah baru. Jika dahulu e-Majalah IM itu menjadi tumpuan utama, kini berbeza kerana kami lebih menumpukan kepada menyampaikan maklumat melalui blog. Saya rasa cara ini lebih mudah untuk disampaikan dan dapat menjimatkan masa ramai pihak terutamanya kami.
Rekabentuk MajalahIM.com terbaru ini mengenengahkan konsep ringkas & mudah agar segala maklumat dapat disampaikan kepada pelawat MajalahIM.com dengan lebih mudah dan cepat untuk difahami. Insyallah. Warna hijau pula sudah tentu menjadi warna tema bagi MajalahIM.com sejak daripada dahulu lagi yang melambangkan duit. Tiada apa yang banyak boleh diceritakan kerana web ini masih belum siap sepenuhnya.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on Juni 9, 2009
Search Engine Optimization (SEO) ibarat nadi kepada sesebuah laman web. Tanpa SEO, sesebuah laman web akan terkubur tanpa diketahui oleh sesiapa pun. SEO juga merupakan sumber kebanyakkan trafik yang sampai ke laman web kita. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai laman web, anda perlu mengambil tahu dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan SEO dan bagaimana untuk mendapatkan 10 tempat teratas dalam enjin pencarian.
Kebanyakkan daripada pengguna Internet, sudah mengetahui asas dalam mengoptimasikan enjin pencarian. Tetapi, tidak banyak dari mereka mengetahui cara yang lebih efektif untuk menjamin laman web atau blog mereka berada pada tempat teratas di dalam keputusan enjin pencarian. Oleh itu, saudara Mohd Amirul Faisyal telah mendedahkan satu persatu langkah panduan yang lebih ‘advance’ untuk mengoptimasikan enjin pencarian di dalam ebooknya, Panduan Advance SEO Wordpress.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on Mai 25, 2009
Demam blog telah melanda Malaysia sejak kebelakangan ini. Banyak seminar dan bengkel telah diadakan oleh otai-otai usahawan internet. Hasilnya, program-program sebegini banyak menyedarkan orang ramai terutamanya penganggur bahawa terdapat suatu inisiatif baru dalam menjana pendapatan selain berkerja di sektor awam ataupun swasta iaitu buat duit melalui blog.
Sekarang, orang ramai tidak gusar lagi menghabiskan ratusan ringgit semata-mata ingin mendapatkan ilmu dan tip tentang bagaimana kita dapat menjana wang melalui blog. Seorang usahawan internet muda juga, Yazid Yahaya, telah berjaya menerbitkan sebuah buku yang mengajar kepada umum bagaimana untuk menjana wang melalui blog. Buku yang bertajuk “Buat Duit Dengan Blog” ini mempunyai empat bahagian utama yang menerangkan tajuk tersebut secara terperinci.
Dengan saiz dan ketebalan buku yang sederhana, ia sangat sesuai dibawa ke mana sahaja anda berada. Ia dapat memberikan kefahaman yang lebih mudah kepada anda dengan penerangan yang beserta dengan contoh dan grafik. Dua penerangan ringkas yang terdapat dalam buku ini ialah pada bahagian pertama dan keempat. Pada bahagian pertama, penulis menerangkan segala perkara asas mengenai blog termasuklah jenis-jenis blog, pemilihan platform dan domain sesuatu blog serta kemahiran menggunakan blog tersebut.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on April 16, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Menjana pendapatan dengan affiliate bukanlah satu perkara baru di dalam dunia buat duit di Internet sama ada luar negara mahupun dalam negara sendiri. Namun, jika dulu agak mustahil untuk kita menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan produk-produk tempatan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah produk untuk market Malaysia masih kurang, harga produk pula murah, masih ramai tiada kesedaran untuk membeli di Internet dan sebagainya.
Namun, kini dunia dah maju dan zaman dah berubah
maka untuk mendapat 5 angka melalui pemasaran affiliate bagi market tempatan bukan lagi satu perkara yang mustahil. Jika pada bulan lepas saya mendapat 5 angka dengan pemasaran affiliate secara sampingan kenapa anda tak boleh?
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on April 7, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Sabtu lepas pihak Majalah IM telah menganjurkan satu bengkel membina web jualan khas bagi pembaca-pembaca Majalah IM. Bengkel ini disertai oleh 21 orang peserta dan 7 orang Majalah IM krew yang membantu melancarkan bengkel pada hari tersebut. Paling menarik, ada juga peserta daripada luar negara yang datang daripada Brunei.

Malah, peserta kali ini juga bukan sahaja terdiri daripada golongan belia malah ada juga yang sudah bergelar datuk datang pada bengkel minisite ini. Paling mengejutkan, datuk ini sangat cepat belajar dan telah berjaya membina web jualan beliau sendiri! Saya begitu kagum dan sangat bangga dengan atok ini kerana mampu belajar membina web jualan dengna baik. Saya rasa sikap inilah yang patut dicontohi oleh golongan muda pada hari ini.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on März 18, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minisite sememangnya sangat popular dalam kalangan usahawan Internet. Boleh dikatakan semua usahawan Internet di seluruh dunia menggunakan minisite untuk menjual produk mereka di Internet. Ya, apa sahaja produk sama ada produk fizikal, digital dan juga perkhidmatan.
Ini kerana minisite mempunyai beberapa kelebihan yang mutlak berbanding jenis-jenis website lain. Antaranya ialah lebih menonjol, senang untuk pelawat memahami apakah produk yang dijual, ringkas dari segi susun atur, padat dari segi susunan maklumat dan banyak lagi.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on März 11, 2009
Beberapa hari lepas, dunia pemasaran internet digegarkan dengan suatu produk yang dihasilkan oleh dua orang usahawan internet tempatan yang terkenal iaitu Gobala Krishnan & Zamri Nanyan. Ramai orang telah mendapatkan produk ini kerana mereka yakin bahawa produk ini dapat memberikan hasil lumayan dalam jangka masa yang panjang.

Selain itu, dalam kesibukan para affiliate untuk mempromosikan produk Rahsia ClickBank dengan menawarkan bonus-bonus yang tidak kurang hebatnya, para pembeli Rahsia ClickBank perlu bertindak bijak dalam memilih bonus yang ditawarkan. Harga dan kuantiti sesuatu bonus itu tidak penting, tetapi apa yang penting ialah kualiti sesuatu bonus dan bagaimana ia boleh membantu anda dalam memantapkan lagi penggunaan produk Rahsia ClickBank.
Baca artikel ini selanjutnya »
By Adly a.k.a Labanon on Februar 23, 2009
Salam sejahtera kepada pembaca Majalah IM…
Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia mula bergiat di dalam pemasaran internet. Bukan sahaja individu yang telah bekerja malahan para pelajar juga turut mula membina blog dan mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari daripada ebook-ebook dan seminar yang mereka hadiri. Ramai yang telah mula percaya bahawa internet juga merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan tidak kira secara sampingan mahupun sepenuh masa.

Dalam menjana pendapatan secara online, kebanyakkan perkhidmatan yang digunakan akan melibatkan penggunaan kad kredit kerana kebanyakkan perkhidmatan dan kemudahan ini disediakan oleh syarikat-syarikat yang terdapat di luar Malaysia. Mungkin bagi individu yang telah mempunyai pekerjaan dan gaji tetap tidak mempunyai masalah untuk memohon kad kredit bagi kegunaan mereka tetapi bagaimana pula dengan individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, lebih-lebih lagi individu yang masih bergelar pelajar?
Baca artikel ini selanjutnya »
{ 39 Komen }