Kepentingan OTO Di Dalam Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

One Time Offer

Ramai usahawan Internet yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan OTO di dalam perniagaan Internet mereka. Konsep penggunaan OTO ini sangat luas dan jika anda bijak menggunakannya, maka anda akan dapat menambah lagi keuntungan yang sedia ada.

Baca artikel ini selanjutnya »

Bagaimanakah Pemasaran Email Yang Berkesan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Formula Pemasaran Email Berkesan

Ada beberapa orang sahabat Internet Marketer bertanya kepada saya, “Email yang bagaimanakah berkesan untuk dihantar kepada subscriber?“. Satu soalan yang bagus dan tahniah buat sahabat kerana anda bertanya kepada orang yang tepat. ;)Ceh, perasan habis,” mungkin ini bisik hati anda. Tapi tunggu dulu, kerana saya telah membuat kajian terperinci mengenai bagaimanakah email yang mampu memberikan conversion rate yang tinggi jika anda mempromosikan sesuatu produk. Teruskan membaca untuk mengetahui rahsianya.

Baca artikel ini selanjutnya »

Hello World 2010!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hello World 2010!

Pada hari ke-empat tahun 2010 barulah saya sempat untuk mencoretkan entry pertama saya di sini. Sudah lama rasanya tidak memberikan sesuatu yang berguna buat pembaca blog ini dan itupun jika masih ada pembaca blog ini. ;) Entry pada kali ini hanyalah sekadar ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua rakan-rakan, para pelanggan dan sesiapa sahaja yang mengenali Team FlareBiz & warga kerja Majalah IM. Semoga tahun 2010 ini akan membuat anda semua lebih bersemangat, bertenaga dan lebih berani untuk menghadapi segala cabaran hari mendatang.

Baca artikel ini selanjutnya »

Bagaimana Pemberian Percuma Mampu Menghasilkan Komisyen Untuk Anda

Penjanaan Wang Melalui Pemberian Percuma

Dalam artikel sebelum ini, saya telah mengutarakan 3 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Artikel kali ini pula akan menjurus pada penjanaan wang melalui affiliate iaitu dengan pemberian hadiah percuma pada prospek atau bakal pembeli anda. Saya yakin anda semua menyukai sesuatu yang percuma, lebih-lebih lagi jika produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Begitu juga para prospek anda, mereka sentiasa dahagakan sesuatu yang percuma daripada anda. Dalam dunia perniagaan internet, pemberian percuma yang saya maksudkan adalah seperti:

  • Laporan percuma (Dalam bentuk PDF)
  • Ebook
  • Kandungan email yang mempunyai informasi, tips dan panduan

Walaupun ramai yang sedar pemberian percuma ini dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang sebagai affiliate marketer, namun masih ada lagi yang gagal kerana Baca artikel ini selanjutnya »

3 Cara Mudah Untuk Buat Duit Di Internet Pada Tahun 2010

3 Cara Mudah Buat Duit Di Internet

Istilah “Buat duit di internet” kini sudah boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Ini berikutan sudah banyak bukti yang telah ditunjukkan dari semasa ke semasa. Tidak salah juga jika saya katakan bahawa terdapat beberapa individu yang telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini dan meninggalkan kerjaya sedia ada.

Membuat keputusan sedemikian memerlukan kewangan dan perancangan yang kukuh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjana wang pada tahun 2010. Tiga cara ini telah dibuktikan berkesan bagi dan amat sesuai untuk Baca artikel ini selanjutnya »

Ramai Yang Tunggu Untuk Disuap?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Screen Shot Daripada Blog Gobala Krishnan

Gambar di atas adalah petikkan komen daripada satu entry oleh saudara Gobala Krishnan di blognya. Saya dan Zhafran selalu menerima permintaan untuk mengajar mengenai perniagaan Internet daripada individu-individu yang dahagakan ilmu dan begitu semangat untuk memulakan perniagaan Internet. Tetapi malangnya, ramai di antara mereka menganggap kami ini robot dan  hamba abdi mereka. Maaf, tetapi inilah hakikat yang terpaksa saya luahkan bagi sesetengah individu yang pada saya tidak berapa pandai untuk menghargai ilmu.

Baca artikel ini selanjutnya »

Relevankah Pemasaran Video Di Malaysia?

Video Marketing - Relevankah Ia?

Pemasaran video atau lebih dikenali sebagai “Video Marketing” adalah sesuatu yang masih baru dalam dunia perniagaan internet tempatan. Tidak salah juga untuk saya katakan bahawa kemajuan dalam pemasaran video ini mengalami kemajuan hari demi hari berikutan peningkatan tahap teknologi dalam dunia perniagaan maya ini.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak menggunakan teknik pemasaran ini sepenuhnya. Ini berikutan teknik ini memerlukan kepakaran yang khusus bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Terdapat beberapa usahawan internet yang dapat anda lihat dimana mereka menggunakan pemasaran video sebagai medium utama untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Namun, adakah teknik pemasaran ini sesuai digunakan di negara kita?

Baca artikel ini selanjutnya »

Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran

Blog Sebagai Medium Pemasaran

Sepertimana yang kita tahu, pemasaran merupakan nadi utama dalam perniagaan. Namun dalam perniagaan internet pula, terdapat 1001 kaedah yang boleh anda gunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Ini termasuklah menjadikan blog sebagai medium pemasaran utama anda.

Penggunaan blog kini menjadi satu keutamaan terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kerana potensi pemasaran melalui kaedah ini telah terbukti dapat meningkatkan penjualan secara drastik. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyokong kenyataan ini, antaranya:

Baca artikel ini selanjutnya »

Pemasaran Email Pada Tahun 2010?

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi dan berakhirlah tahun 2009. Saya harap para pembaca majalah IM telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang diinginkan sepanjang tahun ini. Sepertimana yang kita dapat kita lihat, terdapat pelbagai perubahan dan kemajuan yang telah berlaku dalam dunia perniagaan maya dimana kini ramai yang mempunyai persepsi yang positif mengenainya. Jika dahulu, perniagaan internet

Apabila bercerita mengenai teknik pemasaran internet, lain pula ceritanya. Ada yang mengatakan bahawa salah satu teknik pemasaran kini tidak berkesan lagi, iaitu “teknik pemasaran email”. Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Apakah faktor utama yang menyebabkan ramai orang berpendapat demikian?

Dalam post ini saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya mengenai teknik pemasaran email dengan para pembaca setia MajalahIM. Sebelum itu, saya ingin menyuarakan rasa kurang bersetuju bahawa pemasaran email sudah hilang sengatnya. Ini kerana ia masih lagi boleh memberikan pulangan yang lumayan jika kena pada caranya. Bagaimana?

Baca artikel ini selanjutnya »

Berapakah Harga Yang Sesuai?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Servis Oleh NiagaKit

Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat walaupun kami di sini sekarang terlalu sibuk untuk menyiapkan beberapa perkara berkaitan NiagaKit v2. Baiklah, salah satu soalan yang saya kerap terima daripada orang-orang baru yang ingin menjual produk mereka di Internet ialah “berapakah harga yang sesuai bagi sesuatu produk?“.

Saya pun menjadi agak serba salah nak menjawab soalan tersebut kerana ia adalah terlalu subjektif. Namun, satu tip yang sering dikongsikan dalam buku-buku tulisan jutawan terkenal ialah kalau nak jadi kaya, kita perlu menjual produk yang mempunyai profit margin yang tinggi. ;) Bunyinya cukup kejam bukan? Tetapi itulah realiti yang menzahirkan mereka menjadi jutawan pada hari ini.

Baca artikel ini selanjutnya »

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)