NiagaKit v2 Beta Dilancarkan!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Fuh, baru ada kesempatan untuk menulis entri ini dan sewajarnya saya mulakan entry ini dengan ucapan Alhamdulillah syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami di FlareBiz Network melangkah setapak lagi dalam arena perniagaan Internet tanah air. Hari ini kami melancarkan NiagaKit v2 beta setelah lebih 12 bulan berhempas-pulas untuk menyiapkan sistem ini.
Dulu saya hanyalah berimpian untuk membina sistem platform sendiri seperti WordPress, Joomla, ZenCart dan banyak lagi. Kini siapa sangka kami rakyat Malaysia mampu membina sistem CMS sendiri yang diberi nama NiagaKit. Sistem kami lebih kepada ecommerce sistem atau dalam bahasa Melayunya sistem kedai online. Cukup puas hati dan gembira tidak terhingga setelah feedback yang kami perolehi kebanyakkanya positif.
Sistem ini dicipta oleh kami yang sememangnya usahawan Internet untuk membantu orang ramai agar mudah untuk menjual produk mereka di Internet. Kami pernah melalui pahit jerih menggunakan sistem ecommerce yang lain-lain sebalum ini dan oleh sebab kesusahan tersebutlah kami jelmakan sesuatu yang mudah dengan NiagaKit. Bayangkan ketika saya mengendalikan GaleriBatik.com, saya terpaksa edit satu per satu border produk yang hendak di paparkan di kedai online! Bayangkan berapa banyak masa yang terpaksa saya habiskan untuk membuat benda-benda yang tidak sepatutnya.
Alhamdulillah, nampaknya hasrat tersebut mula tercapai apabila beberapa testimonial pengguna mula menyentuh soal ini:

Bertukar kepada niagakit adalah suatu keputusan yang tepat. Setelah menggunakan sistem Open Source seperti OsCommerce dan Prestashop selama beberapa ketika, macam ada suatu yang tidak lengkap untuk pasaran tempatan. Dengan Niagakit memang semua features yang teramat penting untuk pasaran tempatan dan international tersedia lengkap. Percaya atau tidak tidak sampai 2 jam diperlukan untuk ada “live” kan website jualan anda kerana admin panelnya tersangat senang untuk configure beb!! Lu try laa sendiri! - Ghufran Md Daud

Terima kasih seluruh team yg membina NiagaKit. Buat masa ni akak berpuas hati setelah bertungkus lumus memberi feedback dan juga komplen he..he..he.. namun u all tetap cool tqvm. Sistem kedai online yg sempoi, menarik dan mesra pelanggan. Rugilah kalau ada produk untuk dijual tapi tidak menggunakan NiagaKit. – Intan Mastura
Kami sememangnya akan terus develop sistem NiagaKit ini agar sentiasa relevan dan canggih tetapi masih kekalkan konsep simple. Insyallah saya, Zhafran, Bob & beberapa orang lagi yang bergerak dibelakang tabir NiagaKit ini akan terus mengorak langkah untuk menyediakan satu platform kedai online yang terbaik di dunia suatu hari nanti. Doakan yang terbaik untuk kami! Amin.
Petang takdi kami telah melancarkan sistem NiagaKit v2 beta secara rasmi dan alhamdulillah telah mendapat beberapa tempahan dan saya fikir Insyallah target 30 jualan akan dapat dicapai dalam bulan ini juga. Saya tak target tinggi sangat kerana apa yang penting sekarang ialah langkah pertama untuk mendedahkan sistem kedai online ini kepada masyarakat.
Jika anda berminat untuk menjual produk-produk fizikal di Internet, kami mengalu-alukan anda untuk menggunakan sistem NiagaKit v2 ini. Insyallah berbaloi-baloi dan cepatlah bertindak sementara stok masih ada.
Sekian.
p.s: Maaf entry ini sememangnya dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana sekarang terpaksa melayan ramai pelanggan dan bakal pelanggan.
(Fuh, seronok!)
p.s.s: Saya dah bincang dengan Zhaf & Bob, Insyallah kami akan mengadakan satu pertandingan menarik sempena pelancaran sistem NiagaKit v2 ini. Sapa nak sistem free? He he he!
yg membina niagakit. Buat masa ni akak berpuas hati
setelah bertungkus lumus memberi feedback dan juga
komplen he..he..he.. namun u all tetap cool tqvm.

wau gua nyer 3gxmodem live kat cni tenkiu adly, kita pernah jumpa mase speedadsense haritu. Niagakit memang best,rugi korang lepaskan peluang nie.
paparan yang lbih gempak n stylo..hoho
menarik gak, nak tanyer kit ni…
kalo produk cam ebook 2 leh pakai sys ni ker? maknanye lps die org byr pas2 terus leh download jer… payment nye camne leh direct terus gune cimb or m2u…
boleh bro…
niagakit sesuai untuk produk fizikal dan digital..
setiap pembeli akan ada akaun dalam web kita tu..then akan ada satu ruangan untuk download bagi produk digital..
tentang payment bergantung pada bank mana yang bro guna..setiap akaun pembeli akan attach kan bukti pembayaran mereka…tugas kita hanya approve then boleh teruskan proses penghantaran barang yang mereka dah order…
Seems smart.
Good job bro!!
cantik gak erkkk bro. Aku ada cadangan bro. Aku ada tengok kat web batik tu. Gambar baju cuma dari pandangan hadapan sahaja. Mgkn boleh buat features di mana pelanggan boleh lihat gambar banyak sikit untuk sesuatu produk. mgkn blh tgk pandangan tepi ke, belakang ke. hehehe. hanya cadangan sahaja yer bos. keep up the good work. Mmg semakin canggih niaga kit ini
Yeah memang dah ada
Cuba godek betul-betul hehe..
dah ada ke?alau dah ada baguslah. hehehehe. dah godek godek masih tak jumpa lagi la. hahahahhaa…
Salam,
Yeah!!!… web kedai manik akak terpampang kat atas tu.
Terima kasih niagakit kerana beri peluang untuk berkongsi
pengalaman bersama team u all.
Akak memang cerewet dlm sesuatu perkara lagi2 sebuah
sistem kedai online yg memerlukan macam2 kemudahan
tak kira pada ruang admin atau pelanggan tapi akhirnya
semua akak dapat apa yg dihajati.
Tq..tq…tq… teruskan beruasaha dan selamat maju jaya.
dengan adanya niagakitv2 ini memudahkan lagi untuk memulakan bisnes online khusus produk fizikal
Bagus adanya niagakit v2… mudah nak jual produk fizikal. Agak-agak berapa la harganya… Kalau berpatutan bolehlah… aku pertimbangan nak beli. Kalau jual minyak wangi bagus juga apa…
boleh aje Penang..
pelbagaikan produk anda dengan niagakit V2..
harga? hehe..kalau nak tahu kena masuklah web niagakit.com tu..
Beres.. seeloknya produk yang kepelbagaian.. kalu satu produk @ satu jenama kami lebih disyorkan penggunaan sales letter. Margin mcm ni masih tinggi di Malaysia.
Harga?…Boleh rabak jugak poket. he he he
Ya boleh jugak.. InsyaAllah dengan harga yg kitaorg tawarkan 99% anda akan berpuas hati.
Niagakit memang cun. Tahniahlah kepada team MajalahIM y berjaya hasilkan produk sistem e-commerce sendiri.
Alhamdulillah….
tunggu kehadiran GaleriBatik.com!
hehe…
baguslah. bagus benda nih.
Cantik niagakit ni. Sesuai untuk pasaran tempatan. Teringin nak mencubanya suatu hari nanti.
Peh..menarik giler la bro !! Senangla nak wat kedai online pasni..tak yah pakai zencart yg memeningkan tu..securitynya cemana bro ? Kalao tanpa SSL tight ke tak ?
buat masa ni belum tahu lagi
tak boleh jamin tentang sekuriti. InsyaAllah dengan apa yang dah kami implement kemudaratan tu kurang. Ape-apehal kami kayuh pelan-pelan dan kesan pelan-pelan..
pertandingan apekah?
tgh menunggu apekah contect ituh

update post cepat!
salam, tahniah utk team niagakit!
bangga ada IM msia seperti anda…
insyaALLAH, ada rezki nanti, nak cuba niagakit ni.
Wah nampak mantap NiagaKit V2 ni. Design lebih kemas dari dulu. Tahniah buat team niagakit, tumpang bangga atas kejayaan anda..
nice site… info cukup lengkap…
Assalamua’laikum…
Ade peluang tak jadi affiliate untuk Niagakit v2 ni…. Boleh gak promo kat usahawan / customer saya.
Utk usahawan yg belum punya lesen Kemneterian Kewangan sendiri, boleh mohon melalui saya….MURAH & MUDAH!
Salam Usahawan
fuhh mmg naik rating sapa yang masuk majalah im ni. bertuah betul la. bila la pulak aku dpt review dr majalah im ni. hehehe. btw nice job bro!
blogging for fun, people & information
syedakmal
wwwsyedakmalcom
Tahniah bebyk buat team flarebiz
Tahniah Flarebiz… akhirnya siap gak, nampak cun gak features dia
salam. tqvm team flarebiz & niagakit yg banyak membantu. setakat ni puas hati
Tahniah…
Sekali tengok jer memang “mengancam” niagakit nie..nampak profesional..memang berbaloi masa yang kamu ambil untuk siapkan projek ini.Bila nak bukak affiliate nie..?
Salam bro,
Memang best kedai online bro. ada banyak yang kt luar sana jual pakej yang lebih kurang sama tapi agak mahal tapi yang saya agak terperanjat sebab harga bro jual amat berpatutan.
Zafifi Jamaludin
Business Development
http://www.globalisoconsultants.com
do you really do all the code? or just hire some coder to do it . =)
Tahniah geng Flarebiz,nampaknya kini makin mudah untuk buka kedai online.Tak pernah nampak kit ini promote secara offline pun…
Tumpang tanya bro…. adkah sistem ini oercuma selepas dftar akaun….?
ni percuma mcm opensource ke kena bayar?
Niagkit ni masih berasaskan Wordpress atau pun dibina guna framework sendiri?
good job by niagakit……
all the best……
http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz