Mini-Seminar & Perjumpaan IM Malaysia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat masa sekarang saya dan rakan-rakan tersangat sibuk dengan beberapa perkara. Mungkin sekarang titik tolak perjuangan kami pada tahun ini untuk mencapai segala impian yang telah dihajatkan. Seperti yang kami nyatakan pada entri lepas iaitu kami perlu lakukan sesuatu pada tahun ini dan alhamdulillah nampaknya permulaan tahun ini sangat baik.

Kami telah sibuk dengan beberapa perkara sejak beberapa hari lepas antaranya ialah:

1) Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal.

Mini Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal

Mini Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal

Mini Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal

Mini-seminar ini berlangsung di pejabat kami selama 2 jam sahaja pada beberapa hari lepas dan alhamdulillah sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakkan. Seronok rasanya dapat berkongsi pengalaman dengan orang-orang yang hebat dan dapat  berjumpa ramai orang. Seterusnya kami semua dapat meluaskan network perniagaan itu sendiri.

Jadi, bila pula anda nak hadir mini-seminar ini? Daftar sekarang Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal.

2) Perjumpaan para usahawan internet yang hebat untuk Malaysia Internet Summit. (MIS)

Perjumpaan Para Usahawan Internet

Perjumpaan Para Usahawan Internet

Perjumpaan Para Usahawan Internet

Perjumpaan Para Usahawan Internet

Perjumpaan Para Usahawan Internet

Perjumpaan Para Usahawan Internet

Pada Sabtu lepas, pejabat kami sekali lagi menjadi tumpuan apabila ramai para usahawan internet tempatan hadir untuk berbincang mengenai MIS. Perbincangan tertutup ini dihadiri dengan beberapa orang wakil media. Antara yang memeriahkan majlis tersebut ialah Team Summit Events, Mohd Suhaimy, SmartZul, Ammar Zahar, Khairul Azlan, Zaki Yusof, Suzana Mustafa, Zamri Mohamad, Harun FuhyoohFM, Khairul, Akmal dan Azree.

Jom sertai Malaysia Internet Summit yang akan diadakan pada 21 Februari ini!

Apa macam okay tak pejabat kami? Actually ia bukanlah sebenar-benar pejabat kerana saya dan Zhafran masih lagi bekerja dari rumah. Cuma ini adalah satu medium untuk kami memberikan servis terbaik untuk para pelanggan kami dan mungkin satu medium untuk mengenali anda semua dengan lebih dekat. Semoga gambar-gambar ini semua dapat memberikan 1001 erti kepada anda semua.

Sekian.

p.s: Maaf gambar tidak berapa “clear” sebab saya hanya ambil daripada FaceBook.

{ 14 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

14 Responses to “Mini-Seminar & Perjumpaan IM Malaysia?”

  1. smartzul sagt:

    Tahniah kepada Team Flarebiz.

    Semalam, kali kedua saya menggunakan ruang pejabat tersebut untuk meeting program Secret Story. InsyaAllah, sudah terpaut hati untuk menggunakannya lagi dalam masa akan datang.

  2. redfar sagt:

    salam, wah dah nmpak pejabatnye.. besar juga ye.. tahniah..
    InsyaAllah lepas ni ade mini seminar boleh lah dtg tgk dan ambil ilmu di sini..

  3. CicakMerah sagt:

    akan datang nak tengok gak la pejabat baru depa ni.

  4. ejam sagt:

    tahniah utk penganjuran mini seminar ini.
    baca entri saya ini untuk penambahbaikan mini seminar ini.
    Komen Mini Seminar

    seronok rasanya dapat berkenalan dengan ramai orang walaupun saya tidak berapa sosial sgt.
    terima kasih utk ilmu yang dikongsikan.

  5. Master Yus sagt:

    InsyaAllah malam ini saya akan hadiri mini seminar Team Flarebiz. Jumpa disana….

  6. Azam sagt:

    Alamak… muka kuar la…
    Mini-seminar ni memang best. Berbaloi-baloi…
    Byk benda yang telah saya pelajari.
    Kalau nak tahu lebih lanjut kena lah join mini seminar ni…
    Teruskan usaha, semoga FlareBiz akan berkembang dan maju.

  7. fatimah sagt:

    hehehe..muka sy pon ada la..
    hem, mini seminar yg bgs…skrg tgh pecahkn otak cari idea utk kedai online ku nnt…
    office yr guys mmg best…cool…mcm nak lepak jer kat sana…tp tak ptt kot as lady…

  8. Ramai yg bg feedback positif nh. Insya-allah, sy nak join gak la mini-seminar ni nanti.

  9. Tahniah team flarebiz dengan penganjuran mini seminar nie….dan suatu usaha yang bagus bile ia dapat dilakukan dengan lebih kerap…. dan saya percaya akan lebih ramai lagi yang berminat nak join program sebegini….

  10. KomenEbook sagt:

    Salam. Sekalung tahniah buat dik Labanon, antara IM yang saya hormati.

    Semoga dengan penganjuran majlis yang sedemikian, akan lebih ramai yang buka mata tentang potensi perniagaan fizikal mahupun online. Paling penting, ilmu perniagaan yang betul dan halal dapat dikembangkan.

  11. Jumpe kita di MIS 2010. Sy dah pun secure tiket ke event yg mmg meletop dan 1st time diadakan tu.

    Jom rakan-rakan IM yg lain kita memeriahkan lagi MIS 2010!

  12. JimieRay sagt:

    Tak sangka akhirnya saya dapat juga sampai ke Pejabat Team FlareBiz yang cantik ni walaupun dalam kesuntukan masa. Dapat juga bertemu & berbual2 dengan usahawan2 yang hebat.

    Insyaallah, saya akan berkunjung & bertemu dengan Team FlareBiz lagi di lain masa.

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)