Mini-Seminar Di Johor Bahru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal

Nampaknya bulan ni kami juga tidak dapat duduk diam apabila minggu depan kami akan ke Johor untuk mengadakan mini-seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal di sana setelah dicadangkan oleh saudara WanMus. Pada awal bulan depan pula kami berkemungkinan besar akan ke Brunei untuk menganjurkan seminar Perniagaan Internet di sana. Fuh, banyak perkara yang perlu kami belajar untuk menjadi seorang speaker dan bercakap di hadapan ramai orang.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, saya hanya nak maklumkan di sini andaikata ada pembaca blog ini adalah orang Johor ataupun sekitar, maka bolehlah datang ke mini-seminar kami yang hanya terhad untuk 20 orang sahaja. Mini seminar ini berlangsung pada 18hb April 2010 bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, 10 tempat sudah ditempah dan kini hanya ada 10 tempat sahaja lagi yang kosong.

Tiada hype di dalam mini-seminar ini, pihak kami bukanlah ingin mendedahkan cara bagaimana anda boleh menjana pendapata ratusan ribu ringgit di internet tetapi kami akan dedahkan langkah asas bagaimana anda boleh buat RM1 dengan menjual produk fizikal di internet. Kalau anda sudah menjana pendapatan puluhan ribu di internet, mini-seminar ini tidak sesuai kepada anda tetapi jika anda masih tercari-cari arah untuk buat duit yang sebenar di internet, anda MESTI datang ke mini-seminar ini.

Lihat beberapa testimonial daripada para peserta kami yang lepas:

Testimonial Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal

Bagaimana menarik tak? Paling penting ialah kami menyampaikan mini-seminar selama 3 jam ini adalah berdasarkan pengalaman kami 100% menjalankan perniagaan internet sepenuh masa daripada rumah. Kami akan dedahkan “basic thing” yang sungguh berguna untuk anda dan RM30 bukanlah nilai untuk mini-seminar ini sebenarnya. Kalau kami nak caj RM100 pun boleh. :)

Jumpa anda di sana!

{ 10 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

10 Responses to “Mini-Seminar Di Johor Bahru!”

  1. Ikhtiar2u sagt:

    Tahniah… mini seminar beralih ke JB pula…

  2. khai wan sagt:

    gud luck bro adly.Semakin hari semakin sibuk ya.Tahniah semoga tuan terus berjaya dalam bidang ni

  3. Assalammualaikum flarebiz..Bila mini seminar nak beralih ke Negeri Sembilan pula…apa2 pun tahniah di atas kejayaan flarebiz…

  4. wahh..tahniah..
    makin maju makin mantap.
    nanti kalau ade rezki boleh langsung ke s`pore lak kan? :)

  5. manmajini sagt:

    Assalamualaikum Flarebiz team, saya teruja sangat dgn mini seminar nie, bila nak buat kat Kuching, Sarawak?

  6. Ibrahim sagt:

    A’kum Labanon, saya pun berharap team flarebiz akan menganjurkan seminar Perniagaan Internet di s’pore di masa yg akan datang. :)

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)