Menjana Pendapatan Dengan Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya semenjak pilihan raya Mac 2008 berlalu semakin ramai yang mengambil tahu tentang apa itu blog. Blog tiba-tiba menjadi satu isu panas masyarakat kita dan penulis-penulis blog mula mendapat pendedahan media massa. Baiklah kepada pembaca MajalahIM.com yang masih belum mempunyai blog, saya sarankan anda mencuba sendiri bina blog anda sendiri kerana blog memberi kita satu kepuasan.

Saya teringat satu kata-kata yang telah disebut oleh sifu blogging iaitu Yaro Starak iaitu “Blogging as a business, not a job“. Mungkin di Malaysia masih belum nampak bahawa blog juga boleh menghasilkan duit tanpa henti. Namun, jika anda lihat di negara barat, mereka sudah menganggap bidang blogging ini merupakan satu perniagaan bukan lagi sebagai satu perkara yang sia-sia.

Benarkah Boleh Menjana Pendapatan Dengan Blog?

Saya percaya yang ramai daripada anda tidak percaya bahawa blog ini boleh menjana wang dengan banyak namun pada hari ini saya berharap agar persepsi anda berubah. Saya masih ingat pada tahun 2006 dan ketika itu saya berumur 16 tahun. Saya telah membaca satu artikel di Internet yang menceritakan tentang buat duit dengan menulis blog. Wah, saya betul-betul teruja ketika itu dan saya terus membina blog percuma yang menceritakan tentang jenis-jenis bunga di seluruh dunia.

Artikel saya copy dan edit daripada beberapa website terkemuka yang juga menceritakan perkara yang sama. Akhirnya setelah 3 bulan akhirnya saya telah berjaya mendapat cek bernilai $100 lebih-lebih daripada adsense! Pada ketika itulah saya benar-benar percaya bahawa Internet dan blog sememangnya boleh buat duit. Selepas itu, saya buat lebih banyak blog lagi dan akhirnya mendapat cek daripada adsense setiap bulan sehinggalah saya terpaksa masuk ke asrama untuk mengambil peperiksaan :D

Saya pernah berkesempatan menemubual seorang pro blogger Malaysia iaitu LiewCF dan juga pernah bertanya tentang pendapatan beliau daripada blog. Beliau telah mendedahkan bahawa pendapatan beliau daripada adsense sahaja sudah mencecah $100 sehari daripada blog LiewCF.com. Bukan itu sahaja, saya juga pernah menghantar emel kepada seorang remaja berusia 18 tahun iaitu Thilak Raj Ra daripada India yang mengasaskan blog Tech-Buzz.net. Tahukah anda bahawa beliau menjana pendapatan $3000 sebulan daripada blog beliau dengan Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.

Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah blogger berjaya yang saya tidak ceritakan pada post kali ini. Insyallah dikesempatan lain saya akan cuba mengetengahkan kisah blogger-blogger yang berjaya menjana pendapatan secara tetap di Internet.

In Business Your Happiness Must Come Before Your Profits

Sepanjang saya tahu bahawa blog itu boleh menghasilkan wang, saya telah membina berpuluh-puluh blog tentang pelbagai topik kerana terlalu rakus dalam mengejar wang. Yer lah, siapa taknak duit kan :) Saya telah menghasilkan blog tentang bola sepak, telefon bimbit, bunga, kasut dan sebagainya. Saya telah membeli satu hosting yang cukup besar untuk parking semua domain dalam hosting tersebut.

Namun, semua usaha saya telah sia-sia dan saya telah kerugian wang, masa dan tenaga. Ini kerana blog-blog tersebut tidak dapat menjana wang dan pelawat juga terlampau sedikit. Setelah saya kaji apakah kesilapan yang saya lakukan, akhirnya saya dapat kenal pasti saya telah lakukan 2 kesilapan besar.

1) Menulis blog tentang perkara yang kita tidak minat.

Saya hanya blogging untuk mendapatkan wang. Saya tidak sedar tentang hakikat sebenar kenapa blog itu diwujudkan. Blog diwujudkan untuk kita berkongsi maklumat-maklumat berguna kepada para pengguna Internet. Namun, blog saya hanya copy paste maklumat di web lain dan menjadikan blog saya langsung tidak unik dimata pelawat. Selain itu, motivasi saya juga semakin berkurang kerana saya hanya menulis blog untuk mendapatkan wang. Apabila saya tidak dapat wang, maka saya sudah malas untuk mengemaskini blog tersebut.

Rupanya benar apa yang saya baca tentang kisah-kisah blogger yang berjaya dimana mereka membina blog bukan atas dasar duit tetapi lebih kepada minat. Apabila kita membina blog berlandaskan minat, maka wang sudah menjadi perkara nombor dua. Walaupun anda tidak mendapat wang, namun jiwa anda masih teruja untuk mengemaskini blog anda. Itulah kunci sebenar untuk menjana wang dengan blog, iaitu jangan membina blog semata-mata kerana wang. Selain itu, mereka yang berjaya menjana wang dengan blog juga biasanya hanya fokus kepada beberapa blog sahaja. Mereka tidak mempunyai sampai berpuluh-puluh blog dan saya rasa mungkin paling banyak pun 5 buah blog yang perlu dikendalikan.

2) Tidak belajar tentang selok-belok blogging.

Satu lagi kesilapan saya ialah tidak belajar betul-betul tentang konsep blogging. Jika anda ingin betul-betul menjana wang dengan blog, maka anda perlu belajar selok-belok menaja wang dengan blog. Anda perlu tahu bagaimana cara untuk memaksimakan pendapatan, bagaiaman untuk meng”SEO”kan blog anda, bagaimana ingin mendapat berita-berita terkini tentang blog dan sebagainya. Jadi anda perlu betul-betul belajar bagaimana untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

Setelah saya sedar tentang dua kesilapan besar yang telah saya lakukan, saya segera membina blog yang bukan lagi di atas dasar wang tetapi lebih kepada dasar minat. Nampaknya saya begitu seronok menulis blog walaupun blog tersebut tidak memberikan apa-apa pulangan kepada saya. Namun, selepas beberapa bulan akhirnya blog yang saya bina atas dasar minat tersebut telah mula memberikan wang tanpa henti kepada saya.

Berita Yang Mengemparkan Kita

Blog juga sebenarnya satu aset yang sangat bernilai. Jadi tidak hairanlah jika kita mendengar berita-berita bahawa blog berjaya dijual dengan harga puluhan ribu ringgit malah sehingga mencecah jutaan ringgit! Contoh terdekat ialah saudara Bob yang telah berjaya menjual blog beliau dengan harga RM60 ribu selepas hanya 6 bulan membina blog tersebut. Blog yang beliau jual ialah BlogOhBlog.com yang berkisarkan tentang perkara yang beliau minat dan pakar iaitu wordpress theme. Kisah ini akan didedahkan dalam Majalah IM edisi 8 :)

Selain itu ialah kisah seorang pemuda yang bernama Johns Wu dan berusia 22 tahun telah menjual blog yang telah beliau bina selama 2 tahun iaitu Bankaholic.com. Beliau telah berjaya menjual blog tersebut dengan harga $15million! Satu harga yang menjadikan beliau jutawan dalam sekelip mata. Saya rasa beliau juga mengamalkan 2 prinsip yang saya kemukakan di atas iaitu menulis blog bukan kerana wang dan beliau belajar tentang selok-belok blogging.

Konklusinya, anda perlu bertindak hari ini untuk berjaya pada hari esok. Belajarlah tentang bagaimana ingin membina blog dan binalah blog berdasarkan minat anda. Saya percaya anda boleh melakukanya kerana anda berjaya membaca post ini hingga tamat. Ini buktinya anda sememangnya boleh berjaya!

Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.

{ 37 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

37 Responses to “Menjana Pendapatan Dengan Blog”

  1. alien13 sagt:

    herm, aku igt web jer boleh jual…blog pun boleh ek

  2. Kini blog sudah menjadi cabang pendapatan sampingan atau sepenuh masa. Cuma dalam industri di Malaysia, apakah potensi blog yang ditulis dalam bahasa Melayu? Mungkin ada cerita menarik boleh dikongsi?

    ZAMRI MOHAMAD

  3. secret sagt:

    dah lama aku baca dan dengar benda ni , masalah nya nak buat contact form kat blog pon aku masih belum berjaya . :) (Alasan untuk tidak berjaya.)

  4. ptadrus sagt:

    huhu…..
    majalahIM ni pom blog….
    amek yg ni ah jadi cntoh nk blogging….
    blog kene releks je,biar visitor nk view selalu..
    labanon labanon… otak smart..he3

  5. rei sagt:

    syabas, gue suka posting ni. byk leh belajar.

  6. kita sagt:

    memang betul kata bro…pengalaman aku sendiri “mengiakan”.tulis blog berpandukan apa yang kita minat.kadang-kadang sikap kita untuk mengejar wang memaksa diri kita meniru orang lain….memang kita akan berjaya meniru tetapi kejayaan itu hanya sekejap sahaja…..so buat kesimpulannya buat apa yang kita suka…walaupun tulis kisah itik makan ayam :)

  7. dewimas sagt:

    Artikel yg begitu membina dan bermotivasi..TQ

  8. Budakboy sagt:

    Artikel yang sungguh informative. Nice and thanks

  9. vrempire sagt:

    Wow!! That’s really great and full of motivation. I wish I can have blog that its value can be justify my money and dollar. Fuh, kecek omputeh ambo arie nie hehee :D

  10. lizaoba sagt:

    wah, sangat teruja dan semangat bila membaca artikel ini

  11. adios sagt:

    ni kire macam lagu aku tak ingat la tajuk die tapi bunyi camni la “aku menulis bukan kerna nama” hehe…apepun post ni sangat bermakna …great!!

  12. mzqq sagt:

    Yela.. Kena fokus pada topik yang kita betul-betul minat.. Baru menjadi.. Just be yourself.. Kalau benda tu kita tak minat, rasa malas je nak update..

  13. mom-at-home sagt:

    very interesting.. I have tried.. and still trying. still a long way to go and more efforts needed! it’s not as simple as it may seem!

  14. pizi sagt:

    salam..
    aku baru je join blog.so klau x kberatan aku nk mntak tlong korang semua ajr aku psal bisnes internet.aku x berapa nmpak sgt psal ni..

  15. joy sagt:

    lagi pun blog ni lebih mudah utk kendalikannya…ade idea post jer!!

  16. hedy sagt:

    artikel yang sangat berguna dan membangun.. hehe.

  17. baharudin sagt:

    Panduan yang baik…………….bagaimana blog boleh menghasilkan pulangan.he,,he…he..

  18. wamaz sagt:

    Info yg sangat berguna mengenai blog….apa2 pun kita mesti ada ilmu sebelum melakukan sesuatu perkara.

  19. atie sagt:

    baru-baru nie lepas buat search dan baca baru aku tau tak payah jual brg pun boleh buat duit guna blog nie .tapi kena blajar btul2 kalo nak berjaya ;)

  20. cik.la sagt:

    artikel ni sngt bmakna..
    pe lg blog cik.la br je buat,
    tp lum siap..
    br boh theme..bmula dr zero,lngsung xde asas..tp akn cuba..
    bnyk bnda lg nk kna blaja..
    tima ksh. ia bg smangt utk cik.la cepat2 siapkan blog..

  21. shahrul sagt:

    Inilah penerangan sebenarnya tujuan blogging. Blogging bkn hanya copy artikel drpd blog lain, tp tulis blog berdasarkan apa yg kita pelajari.

  22. as sagt:

    Johns Wu ni kalo korang tgk muke dia ade iras2 mcm hero filem SEPET..hensem bangatt..yg saya tahu sebelum ni masuk U kat California dia ade masalah then dia set up kan satu blog…dia daoat income dengan affiliate gak dan ade wat relate dgn bankrate.com dan after that baru bankrate.com mengumumkan tuk beli Johns Wu punyer blog…

    Usaha dan luck pun memainkan peranan..huhu..banyak nya wit tuuu…le beli Mercedes SLK Brabus idamanku tuh..hahaha..

    Tapi kan satu jer saya tak faham nak kate mamat ni terer samapi boleh kuakan banyak topik dalam blog bankaholic.com tu tak juga kot…mane dia dapat sumber2 semua tu.yelah cara dia post mcm dia ni pakar lak..nak ckp student biz rasenye dia ade kait ngan Bio ape ntah kursus dia ambik…

    saya de bace dalam satu web sebelum ni..

  23. wniizzati sagt:

    thanks for the great information..
    semoga Majalah IM terus maju kehadapan

  24. Salam

    Tu la yg best kita dengar, tapi nak belajar secara details tu kt mane yg ada ilmu yg perlu tu?

    Boleh tolong tak bro?

    Azli

  25. Kudin sagt:

    info yg bagus. aku dah lama nak wat blog. masalahnya maklumat terlampau banyak. tak tau nak tulis apa. byk yg aku minat. aku orang IT, minat jugak pasal duit dan keduitan. :-)
    aku wat sikit, fokus pun lari. pastu aku dok sakit kepala dok fikir, apsal tak jadi2. apa nak buat ni? then aku tulis ebook. dah siap +-80 muka, aku fikir lagi: ada ke orang nak beli ni. last sekali, aku sendiri yang baca ebook aku tu. hu…hu…
    la ni aku baca yg Labanon tulis, aku pk lagi: apsal Labanon boleh tulis dan berjaya tulis, sedang aku yg tua ni dan “bijak IT” ni tak penah maju2. oh… tolong bagi tunjuk ajar…

  26. cikgudee sagt:

    Saya teruja dengan penulisan saudara. Sememangnya untuk menulis blog yang baik, kita perlu perancangan yang agak terperinci…

  27. flaxyjoe sagt:

    salam semua..hehehe aku tak tau sangat pasal duit intenet ni tp yg aku tau ketagih nk isi blog aku tiap2 hari..kadang2 aku citer pasal main bola petang2 la,pasal keje la,pasal awek la mcm2 la bantai jek janji aku suka….insyAllah aku nk cari info pasal bisnes dr blogging nih…kalau nk tau pasal diri aku singgah la sini

  28. ZamRii sagt:

    artikel yang bermotivasi kepada newbie blogger seperti saya. Kesimpulan yang penting untuk berblogging mestilah kita minat dan perlu belajar selok belok bagaimana membina blog dengan baik. thanks labanon.

  29. Pengetahuan bro Labanon terlalu jauh berbanding saya nie..saya baru nak berjinak-jinak nak tulis artikel.Ada juga main copy dan paste tapi tak de kepuasan.
    Tulisan kita yang tak berapa baik tetapi original memberi kepuasan kepada diri sendiri.Mungkin lama kelamaan dapat ditingkatkan kerana menulis untuk kepuasan diri dan pastinya memberi kepuasan juga kepada pembaca(visitor)

  30. Amir Azros sagt:

    Tak dinafikan, blog bukan sahaja mampu menarik trafik tetapi juga meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan kita. :)

  31. Hasbi sagt:

    Sebelum buat sesuatu, kita harus belajar teknik-teknik berblogging ini. Secara shortcutnya, kita boleh belajar dari pengalaman orang yang dah berjaya seperti tuan Labanon.

  32. Mega sagt:

    Salam bro Labanon
    Saya amat setuju dgn pendapat anda tu …. sekarang ini saya masih belajar bagaimana cara untuk blogging yang berkesan …

    Thanks tentang info tu

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)