Web Rasmi Flarebiz Network Kini Live!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya website rasmi company Flarebiz Network telah boleh dilayari oleh semua walaupun belum siap sepenuhnya lagi. Website ini menggantikan satu blog peribadi kami yang satu ketika dahulu di blog tersebut kami banyak berkongsi pengalaman peribadi, tip pembangunan diri dan sebagainya. Saya pasti ada yang merindui blog tersebut berdasarkan beberapa email yang saya terima bertanyakan mengenai blog tersebut. ;)

Laman Web Rasmi Flarebiz Network

Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu kerana rupanya saya dan Zhafran sudah 3 tahun bersama-sama membangunkan syarikat ini. Kami bermula daripada kampung kecil di Kelantan dan kini sudah menapak di bandar besar Kuala Lumpur. Sudah banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi. Kami anggap semua ini sebagai satu perkara biasa jika kita hendak menjadi seorang usahawan. Walaupun kami hanyalah usahawan yang hanya menghadap laptop jer. :D

Flarebiz Network ini diasaskan bukan atas dasar keuntungan tetapi ditubuhkan atas dasar “passion”. Sejak daripada kecil kami berdua sememangnya “hantu” komputer dan apabila besar kedua-duanya “drop-out” daripada universiti semata-mata hendak melakukan sesuatu yang kami minat. Serius, kami tidak akan kecewa sedikitpun walaupun tidak mendapat wang yang banyak untuk melakukan kerja-kerja internet ni. ;) Alhamdullilah, Allah itu maha adil kerana setiap apa yang kita usaha bersungguh-sungguh, Dia akan berikan ganjaran yang setimpal. Setakat ini semua percangan kami berjalan lancar dan tahun ini sahaja jumlah jualan syarikat kami sudah mencecah 6 angka. :)

Jika dahulu kami berdua, kini kami telah menjadi tujuh orang semuanya. Saya akui bahawa mereka semua sangat berbakat dalam bidang-bidang yang dicintai masing-masing. Kami memilih seseorang untuk menyertai Flarebiz Network atas “passion” mereka dalam bidang yang mereka ceburi. Untuk menyertai Flarebiz Network, pencapaian akademik tidak penting tetapi apa yang kami lihat adalah kesungguhan, cita-cita, personaliti dan kemahiran.

Pada masa akan datang, kami perlu memiliki individu yang berbakat untuk mengembangkan Flarebiz Network dan jika anda salah seorang daripada individu tersebut, anda akan dapat memperolehi 3 pekara:

1) Pelajaran - Apabila menyertai Flarebiz Network, anda akan belajar banyak perkara dan paling penting ini bukanlah satu pelajaran formal yang membosankan. Anda akan belajar sesuatu apabila syarikat Flarebiz Network bekerjasama dengan individu hebat seperti para usahawan, pekerja professional dan sebagainya. Sebagai contoh, kami sekarang sedang membina website seorang jutawan pasar malam iaitu saudara Sidry Sinar Inspirasi dan kami sudah boleh belajar banyak perkara daripada beliau. Ilmu yang kami perolehi adalah “the missing chapter” dalam pengajian formal.

Kami juga sentiasa educate kakitangan Flarebiz Network dengan menghantar mereka ke seminar-seminar berkaitan “self-development”, pengurusan kewangan dan sebagainya. Terlalu banyak perkara yang kita boleh lakukan bersama-sama kerana kami masih lagi muda remaja. :D

2) Fleksible – Anda juga akan memperolehi flexibility yang tidak ditawarkan oleh mana-mana syarikat di Malaysia ini. Anda akan memperolehi flexibility dari banyak segi. Antaranya ialah dari segi pemakaian, saya dan Zhafran tidak kisah apa yang hendak anda pakaikan asalkan kelihatan sopan dan kemas. Ini bermakna anda boleh bekerja dengan hanya memakai t-shirt dan seluar jeans bersama kami. (Oh, tidak lagi perlukan baju kemeja, neck tie dan kasut kulit hitam berkilat!) Anda juga ada flexibility dari segi tempat kerja dimana anda boleh memilih sama ada ingin bekerja dari rumah ataupun nak bekerja dari pejabat, asalkan task yang kami berikan dapat disiapkan secara berkualiti. Kami percaya dengan”passion” anda. :)

Jom lihat small workspace di Flarebiz Network:

Tempat bekerja di Flarebiz Network

Flarebiz Network Small Workspace

Kidino melawat Flarebiz small workspace

3) Duit- Sudah tentu bekerja di Flarebiz Network juga anda akan mendapat gaji. Tapi apa yang menarik adalah anda bukan sekadar mendapat gaji pokok tetapi mendapat bonus SETIAP BULAN. Saya tidak boleh nak dedahkan pembahagian gaji di sini sebab sistem kami agak unik sedikit. Apa yang penting anda bukan bekerja dengan kami tetapi bekerja bersama kami. Satu definisi yang berbeza tu. ;)

Jadi, bagaimana dengan anda? Adakah anda juga berminat untuk menyertai kami? Seterusnya sama-sama kita berusaha untuk menjadikan syarikat Flarebiz Network segah sepertimana syarikat-syarikat internet yang lain? Siapa tahu 10 tahun akan datang kan dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini.

Flarebiz Network merupakan small internet company yang menawarkan perkhidmatan dan mencipta produk yang berkaitan nyawa kami iaitu internet marketing. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah seperti membina laman web, consultation mengenai perniagaan internet dan sebagainya. Mengenai produk pula, kami specialist dalam mencipta produk digital seperti e-magazine(Majalah IM & MARS), e-book, audio, software (Niagakit) dan sebagainya.

Perkhidmatan dan produk kami telah mendapat perhatian ramai termasuk syarikat koprat (Aman Razak Sdn Bhd), badan kerajaan (Tourism Malaysia) dan juga syarikat-syarikat kecil (SME). Paling menarik, kebanyakkan mereka yang menggunakan perkhidmatan dan produk kami akan sangat berpuas hati. Kami di Flarebiz Network sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan kami kerana kami faham konsep perniagaan yang sebenar based one pepatah The customer is always right (walaupun kadang-kadang mereka tak betul juga).

Akhir kata, kita semua patut mempunyai impian yang besar walaupun orang lain melihat impian kita ini sebagai sesuatu yang tidak realistik kerana apabila kita berusaha, Insyallah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal. Allah itu maha adil, maha pemurah dan maha pengasihani. Allah yang memberikan rezeki dan bukannya makhluk yang mentertawakan impian anda. Yosh! ;)

{ 28 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

28 Responses to “Web Rasmi Flarebiz Network Kini Live!”

  1. mzm sagt:

    Dahsyat..
    memang berkembang dengan sangat kembang sekali..huhu~
    tahniah diucapkan.. err.. artikel ni mcm iklan jawatan kosong je..
    nak pakai draughtsman tak? hehee~

  2. Saya suka entri ini, selepas ini pasti ada piagam dan visi perniagaan yang akan menjadikan orang bertambah suka dan yakin bersama-sama Flarebiz. Saya doakan agar Tuan dan tim maju jaya.

    Jangan bimbang tidak perlu skipping. Haha!

    • Adly a.k.a Labanon sagt:

      Tuan Zamri & geng juga memainkan peranan penting dalam menunjukkan jalan yang sebetulnya kepada kami dalam konvensional business. Team kami memang terhutang budi dengan jasa baik Tuan Zamri. :)

      Semoga kita sama-sama berjaya… siapa di atas dulu akan angkat yang dibawah untuk sama-sama naik. ;)

  3. Baloot sagt:

    Memang lawa design baru tu. Cun2.
    Gudluck to Flarebiz team.. :)

  4. smartzul sagt:

    Yeah, it’s about passion and about do it! Me too!

    ps. Sorry, my english is broken. Haha.. :D

  5. Masyhuri sagt:

    Mmg sangat2 kagum dgn team korang…
    tahniah dgn pencapaian korang setakat ni..
    smoga flarebiz sentiasa dihujani dgn kejayaan yg x berhenti2 :-)

  6. Hasbul Ariff sagt:

    impian kita mestilah tidak logik pada pemikiran org kebanyakan..Syabas Flarebiz Network!

  7. wanwma sagt:

    Tahniah Adly..pencapaian team anda merupakan sumber inspirasi buat usahawan internet yg baru. Semoga kita dapat melihat lebih banyak kejayaan seumpama ini di Malaysia..menjadi contoh yang baik merupakan usaha yang murni! Tahniah!

  8. bri sagt:

    Tahniah satu pencapaian yang begitu cemerlang sekali.

  9. aktechpage.com sagt:

    Kagum dgn pencapaian FlareBiz Network sekarang… Tahniah!!!
    Semoga lebih berjaya dan sukses sokmo selepas ini…

  10. Salam/Mari teman berteman bersama saya..

    A’dulilah satu percapaian yang membanggakan saya dan ucapan tahniah kerana maju lagi kehadapan. Saya setuju kpd kawan2 yang lain anda merupakan satu inspirasi dan icon kpd usahawan2 yang lain terutama dlm bidang internet..

    Maju terus maju ke hadapan…

    Tq…

  11. rahmanbasri sagt:

    Tahniah kepada team Flarebiz..

    Saya mula mengenali Perniagaan Internet setelah mengenali Team Flarebiz.. :)

  12. Aqif sagt:

    Tahniah dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada Team Flarebiz!

    Banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari daripada dua orang anak muda ini.

    Semoga capai kejayaan di peringkat yang seterusnya. Insyaallah. :)

  13. Adly a.k.a Labanon sagt:

    Terima kasih semua di atas sokongan. Semoga kita semua sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. :)

  14. hebat la team flarebiz..nampaknya bisnes akan semakin berkembang…Melayukuhebat

  15. Kasyidi sagt:

    Salam.

    Tahniah, atas pencapai & kejayaan yang telah dicapai oleh Usahawan Muda dalam team Flarebiz.

    Bakal jutawan senyap gak ni..Insya-Allah. :)

  16. Abg Di sagt:

    Tahniah Adly dan Zaf

    Teruskan usaha dan ingat pesan abg di sebelum ini. Kita bekerja untuk perniagaan kita. petua yang abg di amalkan selama hampir 10 tahun. Untuk memastikan perjalanan pernigaan tidak dicampur aduk dengan urusan peribadi. Berikan ganjaran yang setimpal kepada semua yang terlibat.

    doa abg di dari jauh untuk kejayaan adly dan zhaf

    abg di

  17. SITI SUHAILAH TASMON sagt:

    TAHNIAH DGN WUJUDNYAA LAMAN WEB INI..VIRAL DAKWAH BIAR HIDUP DI DALAM INTERNET SMG BANYAK DAPAT MEMBANTU REMAJA-REMAJA YANG ADA DI LUAR SANA..BUKAN KEJAR UNTUNG DALAM BISNES INTERNET SAHAM AKHIRAT JGK SAMA-SAMA KEJAR BIAR UNTUNG DI DUNIA DAN AKHIRAT

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)