Mencipta Produk Digital Dengan Rahsia 10K
Akhirnya produk Rahsia 10K telah berjaya dilancarkan oleh Team Flarebiz dan telah menghasilkan jualan yang hebat.

Saya telah meniliti dan membaca keseluruhan produk Rahsia 10K ini. Tidak keterlaluan bagi saya memberi jolokan Rahsia 10K sebagai ebook “Panduan Mencipta Produk Digital Terhebat”. Itu adalah pandangan peribadi saya. Saya mempunyai alasan yang kukuh untuk memberi kenyataan sebegini.
Mengapa saya berani memberi kenyatan seperti ini? Jika anda adalah seorang usahawan internet pasti anda tahu betapa sukarnya untuk memulakan satu projek membina produk digital berkualiti dan mendapat sambutan.
Buktinya, telah beliau tunjukkan sendiri dengan meraih pendapatan lebih dari RM10K dalam masa dua hari sahaja hasil dari penjualan ebook Rahsia 10K.
Walaupun Rahsia10K adalah blueprint sebenar yang digunakan oleh beliau untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 bagi produk 101 Tips Adsenses beliau.
Tetapi saya percaya beliau juga meggunakan 100% langkah yang sama dalam penghasilan Pakej Rahsia 10K ini dan telah menjadikan Rahsia 10K antara produk terbaik.
Saya yakin dengan mempraktikkan segala yang disampaikan di dalam produk Rahsia 10K seperti urusan jual beli, urusan deal dengan JV Partner, dan banyak lagi pasti anda mampu meraih lebih dari apa yang telah saudara Labanon lakukan.
Saya akan mengulas 4 komponen utama Rahsia 10K ini :
1. Modul Case Study
2. Modul Praktikal
3. Plan 60 Hari
4. Modul Sampingan (Teleseminar Bersama Zamri Nanyan, Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer, Video Tutorial Membuat Ebook, Video Tutorial Membuat Ebook, Senarai Semak)
1) Modul Case Study.
Bagi saya modul ini adalah kekuatan utama dalam Rahsia 10K. Anda akan lebih memahami terhadap dunia produk digital atau bisnes produk digital di Internet. Labanon berkongsi step-by-step langkah yang dilakukan sehingga mendapat 4angka dalam masa 24jam.
Kekuatan di dalam modul Case Study ini ialah Labanon telah membongkar tiga rahsia hebat Internet Marketer iaitu :
1) Bukan Pakar Tetapi Boleh Menjadi Pakar.
- Membongkar rahsia untuk menjadi seorang pakar walaupun anda tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.
2) Memperalatkan Pakar.
- Cara menggunakan pakar untuk meningkatkan kualiti produk.
3) Kerjasama Dengan Big IM.
- Labanon menerangkan step-by-step langkah untuk bekerjasama dengan Big IM.
Selain itu modul ini menerangkan kaedah promosi, motivasi agar anda terus konsisten dan teknik penggandaan jualan di laman web.
2) Modul Praktikal
Bagi seseoarang belum mempunyai apa-apa pengetahuan tentang penciptaan produk informasi. Modul ini mungkin menjadi modul yang terbaik berbanding modul Case Study.
Di dalam modul ini Labanon menerangkan langkah –langkah dari awal sehingga akhir penciptaan produk informasi anda secara praktikal.
Ia merangkumi :
- Cara mendapatkan Webhosting
- Cipta WebJualan + Surat Jualan
- Menerima Bayaran
- Miliki Sistem Autoresponder
- Setup Sistem Affiliate Anda
- Testimoni/Review Dari Pakar
- Lakukan Pre-Launched
- Semak Sistem Web & Jualan Anda
- Lancarkan Produk Anda
- Pasarkan Produk Anda
Langkah-langkah yang diterangkan amat mudah difahami. Hanya sebahagian sistem teknikal memerlukan pemahaman yang lebih mendalam dan mungkin mengambil masa untuk memahami pemasangan sistem teknikal ini. Tetapi jika anda mempunyai kesungguhan ia sebenarnya amat mudah.
3) Modul Plan 60 hari.
Ia adalah panduan langkah demi langkah mencipta produk informasi dalam masa 60hari. Ia amat berguna kerana dari hari pertama sehingga ke hari 60 anda diberikan beberapa task untuk dilakukan dalam menyiapkan produk anda.
Di sini nda sudah menjimatkan masa untuk anda merancang proses pencintaan produk anda. Bukan ke semua hari, anda melakukan kerja untuk menyiapkan produk anda. Saya juga tidak dapat melakukannya jika berterusan selama 60 hari. Tetapi Labanon turut menyediakan masa untuk anda berehat dan menenangkan fikiran anda.
Namun, tidak semestinya 60 hari, ia hanya sebagai guide atau panduan kepada anda tentang pengurusan masa dalam penciptaan produk informasi. Anda tidak perlu tergopoh gapah mengejar masa 60 hari itu. Jadikan plan 60 hari ini sebagai rangka jadual anda dalam menyiapkan sesuatu produk kerana banyak perkara yang perlu di lakukan. Jika anda berjaya melakukannya, Maka anda akan membuat satu produk yang berkualiti untuk dikongsikan bersama.
Seperti Labanon menyiapkan Rahsia 10K, beliau telah meletakkan segala usaha , perancangan, modal, kemahiran untuk menghasilkan produk yang berkualiti seperti Rahsia 10K.
4) Modul Sampingan (Teleseminar Bersama Zamri Nanyan, Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer, Video Tutorial Membuat Ebook, Video Tutorial Membuat Ebook, Senarai Semak)
Dalam modul ini anda berpeluang mendengar pandangan, pengalaman dan tips yang berguna oleh para IM terkenal yang telah berjaya dalam bidang ini seperti Zamri Nanyan, Amirol, Smart Zul, SaifulSham dan Liew CF.
Labanon juga telah meyiapkan satu video tutorial membuat ebook yang mudah dan ringkas bagi menambah pemahaman anda.
Beliau juga seperti biasa tidak akan lepas membuat senarai semak kepada pembeli produk beliau agar anda boleh memastikan segala ilmu yang dikongsikan telah anda aplikasikan. Seterusnya berjaya mengikut langkah-langkah tersebut.
Kesimpulan Akhir
Jika anda mahu membina sebuah perniagaan Internet yang berjaya, Pakej Rahsia 10K ini adalah jawapannya. TETAPI jika anda mahu buat duit cepat bagi belanja sebulan dari sekarang, panduan ini bukan untuk anda.
Anda boleh mapatkan Pakej Rahsia 10K disini.

ellooo sumer… okies, aku kt sini just nak bagi komen la sket pasal bisnes2 dlm internet ni.. fine aku xnafikan la mmg bisnes internet skrg mendpt sambutan yg hangat smpaikan org yang xtau pon berebut2 nak uat bisness dlm internet ni.
kdg2 aku kesian dgn org yang TERTIPU la dgn iklan sebegini. heran btol la aku, ramai org2 yg “TERER” internet ni guna kesempatan tipu org yg xtau HAPE ni beli barangan korg… mcm ni dpt 10K dlm sebulan… ape kejadah ni beb…
kalu mcm tu xpyh la uat skolah ke, universiti ke nk lahirkan cendikiawan negara, baek kerajaan jual je menda ni kt sumer org sbb nnt sume org dpt 10K sebulan… gile, gaji graduate pon br 4K sebulan dow…
aku bukan ape, tp aku just nk nasihatkan la, kalu advertise nk jual brg2 ni, biar lah ikhlas, ckp tu biar terang, jgn nk ambek duet org. “jana 4 angka dalam 24 jam”… tak ke melampau tuh… jgn gunakan ayat yg melampau sbb skrg ramai yang berminat nak jadi kaya, nak baiki kehidupan tp ramai yg xtau dgn menda ni… sbb dlm produk korg pon bukan menceritakan ape yg dilakukan sepenuhnya, semua maen cedok tambah dari cerita2 org, then korg kompile, jual sebagai product korg, then korg dpt untung… yg bangangnye yg membeli budget diorg bleh kaya sama mcm korg… please, tolong la.. dah merata aku jumpa menda ni. sume membuat iklan melampau2… igt la, kalu kita ni menipu dlm perniagaan, hasil yg kita dpt tuh tak berkat tau, silap2 bleh jadi haram, korg makan yg haram, tau ape akibatnya kan.. laen la korg ni xbelajar agama tuh laen kira la kan…
nasihat aku, pada sape2, jgn mudah terpedaya dgn iklan ini, sumer ni hanya mainan psikologi terhadap org2 yg nak cari duet mcm kita ni.. jgn bagi kekayaan kpd diorg, kita kena cari kekayaan kita sendiri…
mmg btul lah.. ayat “jana 4 angka dalam 24 jam”… tak logik, tapi jgn terperanjat mmg ade yg dah dpt mcm tu, mereka2 ni terdiri dari kalangan org2 yg rajin berusaha dan bijak dlm strategi IM dan bijak menguruskan masa sahaja. Dan tidak semua yang menceburi bisnes2 internet ni memiliki kerajinan dan kebijaksanaan ni… jadi kalau nak try bisnes internet ni, sebelum melabur, ukurlah baju dibadan sendiri… lagi pun mane ade bisnes yg takde jatuh bangunnye… mule2 confirm kena blaja ‘berjln’ dulu baru bley ‘berlari’….
x dapat dinafikan pe yg mereka di bawah ini cakap…
maybe tajuk yang dipaparkan terlampau over, namun teknik-teknik yang di ajar oleh lebanon adalah logik belaka..jikalau dilihat daripada buku sebelum ini, tentang adsense. Tapi bukanlah 4 angka dalam 24 jam
=)
maybe 3 angka logik
sebab saya sendiri penah dapat
=)
Saya pun dah baca ebook ni , ayat-ayat memang power , tapi yang aku terkejut tengok cover tu , ingat anak mat salleh mana punya cun melecun .
Kepada sesiapa yang berhajat untuk mencipta pendapatan bolehlah berjinak-
jinak dalam bidang ini. Nak berjaya kena berani .
ssalammualaikum.wb.Masa saya datang seminar Rahsia10K tempoh hari,memang cukup teruja dengan diaorang yang dah otai dengan kerja ni.Bagi newbie macam saya ni masih terkial-kial nak mulakan.Yalah bertahun-tahun (40th) bergelumang dengan kerja,baru sekarang terhegeh-hegeh nak berjinak dengan internet bisnis,kena pulak hafal benda-benda yang pelik-pelik(istilah) lagi pulak mengelabah.Tahun lepas daftar masuk dalam bisnis program luar negara termasuk yg dibuat oleh Raceal Long dan Mike G.Dah 4 bln habuk pn tak nampak.Dahle bank dah blok kad kredit.Pasal hutang dahlebih RM3000 tak bayar.Nak keluar duit sendiri beli ebook pun kena fikir 2 kali.Tk ada nasible tu.Sabo ajele.Sekian dari Azzoubyer.com
memang power gila ayat dia
I personally think that the flooding of internet technology and e-book technology was absolutely miss used by some people for personal benefit & personal interest. The ethics of doings business on-line have been raped and “trust” the most important issue here was been rib and broke. this is the things that really mess up the on-line business in Malaysia, and regards of this action people a.k.a user are lost their trust in every damn things relate to on-line business even though some of the on-line business are genuine and authentic. that’s also the reason western people no longer trust to do on-line business or any business with us Malaysian because of this ethics value that we don’t have. A Big potential company and a well home-grown Malaysia company losses millions a year because of internet fraud. Because of a small community call ” internet pirate” here in Malaysia, are so obsessed with new findings call “viral marketing” that we been abuse for our own sake and personal interest. People’s a losing their jobs their career and family for some because of this wrong doings, their company losses their profit and a funder wrap up and fleet back to western world or to china because they lost their trust in our internet market. Do you know ? that China produce 20 new Millionaires every year…Why? How? …u find the answer
just nak bagitau cerita kawan i 12 tahun dulu di bumi England, di sebelah South Wales. Kawan saya “e” amat perlukan duit memandangkan elaun kami yang MARA bagi untuk belajar di bumi “Naga Hijau” (WALES) ini sekadar cukup-2 makan. Malah setiap akhir bulan kami makan meggi atau biskut yang di beli di 2 pound shop. Kawan saya “e” ada teman wanita yang di kenalinya di dunia cyber alamak.com yang juga pelajar di bahagian west england. Jadi untuk berjumpa selalu memerlukan modal transportion yang tinggi sedangkan elaun yang di beri tidak cukup. Suatu hari kawan saya telah terjumpa satu iklan kecil di local newspaper yang sounded very compromising yang memberitahu rahsia untuk mendapatkan duit yang banyak dalam masa terdekat. Apa yang perlu isikan envelop beralamat sendiri dan wang pos sebanyak 10 pound sterling dan di poskan pada “penyimpan rahsia kaya” tersebut.
Seminggu selepas itu “e” menerima sepucuk surat yang memberitahu rahsia untuk mendapatkan duit lebih yang amat beliau ingin kan. No worries “e” pon terus mempraktikkan system tersebut dan memang benar dalam masa seminggu ‘e’ menerima berpuluh-2 surat dan kiriman wang pos dgn jumlah yang lumayan.
Tetapi satu surat yang ‘e’ tunjukkan kepada saya yang kami hampir menitiskan air mata membacanya, dan membuatkan “e” stop serta merta dari meneruskan usaha mengenrate icome lebih , mungkin juga keranakami telah didik dengan baik oleh ibu bapa kami dan juga melihat contoh orang barat yang civic minded dan mempractice ethics yang mulia.
Kandungan surat tersebut berbunyi :
Hello!
i am stephanie, i am 10 years old, i am really hope you sir can help me to make more money because, my mom is very sick at the moment she got cancer and dad is always drunk. i need lost of money to help my mom cure her cancer..i am so afraid my mom will left us. I break my brother and my piggy bank and we all count the money from my saving so that i can pay u ten pound..please help us!
Stephanie
Kalau kami nak jadi millionaire dah lama kami jadi internet millionaire sebab kami dah lama jumpa rahsia ni even sebelum internet mula di kenali, kami dah temui rahsianya since 12-13 tahun dahulu. Tetapi kandungan surat di atas buat kami insaf dan sedar civic thingking dan ethics amat perlu di praktikkan sesama manusia.
“e” currently just an assistant research director at big corp international company & i’am a research technologist developer turn anthropologist, April 2010
Great sharing!
Memang kena titik beratkan soal ethics di dalam kehidupan seharian kita. Anyway say hi to mr “e”.