Ketahui Rahsia Seorang Pereka Grafik!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya sempat melakukan temubual eksklusif bersama seorang grafik designer wanita yang sememangnya cukup dikenali dalam kalangan usahawan Internet tempatan iaitu Kak Luvleey daripada Cheapest-Design.com. Sepatutnya temubual ini berlangsung pada awal bulan ini tetapi terpaksa ditangguhkan di atas pemergian ayah saya yang tercinta dan alhamdulillah minggu lepas temubual eksklusif ini dapat disiapkan.

Siapa sebenarnya Luvleey?

LuvleeyLuvleey atau nama sebenar Nurulhayati Binti Dr. Mohamed adalah anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik. Lahir pada 06 Ogos 1984 di Kuala Lumpur. Ketika berumur 11 tahun beliau berhijrah ke Tanzania Afrika dan pernah bersekolah di sana kerana mengikut bapa atas urusan kerja. Pada tahun berikutnya pulang semula ke Malaysia dan meneruskan pengajian di sini sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dan pendidikan UPSI. Beliau dari kecil lagi amat meminati bidang graphics. Tanpa sebarang asas dalam bidang Graphics, beliau cuba mempelajarinya sendiri (pandai-pandai godek sendiri).

Dengan usaha sendiri, sokongan rakan-rakan dan usahawan Internet, sekarang beliau telah bekerja sebagai fulltime Internet Marketer dan Graphics Designer. Kini beliau juga mempunyai beberapa produk sendiri yang berkaitan dengan bidang grafik iaitu GrafikJualan dan EcoverJualan.

Sememangnya kak Luv memang sporting habis walaupun temubual ini menghadapi sedikit masalah teknikal namun beliau tetap mampu bekerjasama untuk berkongsi ilmu dengan kita semua. ;) Sebenarnya terlalu banyak rahsia, pengalaman dan tip yang dikongsikan oleh beliau sepanjang 30 minit temubual ini berlangsung dan beberapa orang yang telah mendengar temubual ini memberikan respon positif. Respon positif ini mungkin juga dipengaruhi dengan suara lunak merdu Kak Luv dalam menjawab segala persoalan yang diajukan. :D

Di dalam temubual eksklusif ini, saya yakin anda akan mengetahui beberapa perkara berikut:

1) Kenapa beliau memulakan perniagaan sendiri walaupun mempunyai ijazah di dalam bidang yang lain. (Oh ya, walaupun pada mulanya beliau mendapat tentangan ahli keluarga!)

2) Bagaimana beliau mendapat RM1 pertama di Internet dan apakah perkara yang paling seronok dalam menjalankan perniagaan Internet.

3) Masalah yang perlu beliau hadapi ketika memulakan perniagaan Internet dan bagaimana Kak Luv boleh mengatasi masalah tersebut. (Fuh, banyak anda boleh belajar di sini!)

4) Ketahui rahsia kenapa beliau tidak pernah berputus asa di dalam menawarkan perkhidmatan design di Internet. Jika anda berpegang dengan petua yang dikongsikan oleh beliau, saya juga percaya anda tidak akan mudah berputus asa.

5) Ketahui juga apakah kesilapan yang terbesar pernah beliau lakukan di dalam menjalankan perniagaan Internet. Insyallah, anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini.

6) Beberapa rahsia bagaimana ingin menjadi seorang pereka grafik yang hebat dan disegani. Rahsia inilah yang ramai orang di luar sana tidak tahu dan mereka terus tercicir untuk bersaing dengan beliau!

7) Kenapa ramai yang gagal menawarkan perkhidmatan mereka di Internet sedangkan ada segelintir usahawan Internet mengaut keuntungan yang lumayan.

dan banyak lagi sebenarnya perkara yang dikupas dalam temubual eksklusif kali ini termasuklah status Kak Luvleey yang single ataupun tidak! Jadi ini merupakan peluang buat para pendengar yang nak cari calon isteri ataupun calon menantu. ;) Bukan itu sahaja, kak Luvleey juga ada sediakan kupon diskaun untuk perkhidmatan design beliau di dalam transkrip temubual ini dan inilah masanya untuk anda mendapatkan potongan bagi menggunakan khidmat reka bentuk designer professional.

Jangan lupa tinggalkan komen dan pendapat ikhlas anda mengenai temubual eksklusif ini.

Tunggu apa lagi? Pilih dan klik link di bawah untuk muat turun:

Download Audio MP3 Temubual Eksklusif Bersama Kak Luv.

Download Transkrip Temubual Eksklusif Bersama Kak Luv.

Download MP3 & Transkrip Temubual Eksklusif Bersama Kak Luv. (Complete)

Sekian.

p.s: Terima kasih kepada Kak Fatin & Kak Waida kerana menyempurnakan transkrip untuk bacaan kita semua.

p.ss: Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih secara peribadi kepada Kak Luv yang sudi untuk ditemubual dan juga para pembaca Majalah IM yang mendownload temubual eksklusif ini.

{ 69 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

69 Responses to “Ketahui Rahsia Seorang Pereka Grafik!”

  1. Kobot sagt:

    Dah download dalam bentuk mp3, banyak juga ilmu yang saya dapat ni. Thanks boss.. :)

    P/s: cute juga suara kakak ni yer hehe..

  2. hasbul sagt:

    da download and ulang 3kali mp3
    bahagian paling minat ketika Kak Luv ckp pasal family x brapa stuju tntg pendirian kak luv
    p/s:sebab tu pon berlaku pada saya juga..:)

  3. smartzul sagt:

    Pasaran tempatan ni, designer untuk IM rasanya beliaulah antara yang terawal.

    Luvlee memang hebat orangnya. Konsisten & persistent dalam bisnes. Bertahun-tahun tetap fokus pada niche utamanya, grafik & design. Tak semua orang mampu bertahan begitu.

    Tapi yang buat saya respek dengan Luvlee ni, walaupun latar belakang keluarganya yang senang, namun beliau tetap mahu berdikari.

    ps. Kebanyakan ebook cover saya sebahagian besarnya dihasilkan oleh beliau sejak 2006 lagi.

  4. milsum sagt:

    a’ah la…kiut suara kak Luv ni..hehe
    pape pun, mmg tip top interview kali ni!
    Syabas!

  5. rizal sagt:

    baru dwnld..belum sempat baca/dgr
    malam nanti baru baca…terima kasih atas
    infor yg sangat berguna…

  6. titan sagt:

    antara designer yang aku respek dalam pelbagai segi. Hehe..

  7. paklong sagt:

    tengah dengar ni………….. isteri aku tanya , ’suara siapa tu’………

  8. sah90 sagt:

    Macam bagus ni..
    Download jgn x..
    Percuma lagi
    (^_^)

  9. Assalamualaikum Tuan Rumah.

    Temubual ini secara langsung memberi inspirasi kepada para pemburu impian.

    Sudah terbukti berkali-kali mereka yang fokus dan tekun mendalami bidang/perniagaan pasti meraih hasil.

    Teringat kisah fione Tan “si jurulatih IM”. Bermula 9 tahun lepas dengan pendapatan pertamanya dari internet hanya RM15 dani ini pendapatannya mencecah Rm1juta sebulan.

    Benar,sesiapa sahaja yang mempunyai minat,kesungguhan dan strategi yang tepat boleh mencapai impian.

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

  10. Arina Abbas sagt:

    Satu perkongsian yang sangat hebat. Ketekunan dan fokus amat penting untuk membina empayar dalam perniagaan, namun dalam meniti kejayaan, perlu dijaga niat, riak dan ujub. Congratulations for the GREAT sharing.

  11. Amim sagt:

    saye mmg minat dgn hasil kerje kak luvlee ni sbb design2nye semua cantik2..
    rugi kalau xdownload temubual nih.. :)

  12. Mohd. Noor sagt:

    …teruja dan terkesan bila ikuti temubual Team Farebiz dan Kak Luvleey
    dan selepas itu, dapat semangat baru dalam diri saya.

  13. MY sagt:

    Saya dah lama mengidam nak melamar cik ni, namun setiap kali itu juga kecewa. Kerana setiap kali klik di ‘khidmat dan harga’ maka akan terpaparlah ‘Slot untuk minggu ini ialah: ‘Penuh‘. :-)

  14. Abg Di sagt:

    Adly

    toksir kenal ko abg di ke hehe

  15. KomenEbook sagt:

    Sememangnya Luvlee seorang designer yang menjadi favourite saya. Senang diajak berunding dan boleh memahami kehendak pelanggan. Sukar sekali saya nak bertukar ke designer lain.Untuk projek design akan datang pun, saya still cari dia, even kena tunggu giliran :-)

  16. Zudie Rahman sagt:

    Sebenarnya saya antara pembeli produk Saudari luvleey….Dan apabila saudara Labanon offer download temubual ni…saya tak fikir panjang…download jer…

    Pendapat peribadi saya, jika saudara meletakkan harga utk temubual ni sekalipun, saya akan tetap bayar…sebab pada saya, produk saudari luvleey memang terbaik…. dan beliau antara nama usahawan internet yang konsisten…

    Tahniah kpd saudara Labanon dpt menemubual beliau dan kongsikan maklumat tersebut di sini….

  17. kakeru sagt:

    Thanks to warga kerja Majalah IM,
    Sangat bersemangat bila membaca transkrip interview dgn Luvleey nih.
    Byk benda yg boleh dipelajari drpdnya.
    Thanks to Luvleey too, byk perkara menarik yg dibincangkan.
    Terima kasih!

    p/s: Siyes semangat nih..hoho.. ;)

  18. MEMANG CUTE HEHE…dia banyak berjasa kepada saya dan semua…mari kita menyokong beliau…(amacam ok tak saya punya promo Cik Luvleey hehe)

  19. hairulbiz sagt:

    salam,

    terima kasih atas pemberian percuma yang bernilai ini..

  20. adrenal sagt:

    thanks labanon..

    info yg sgt2 berguna utk IM malaysia..hohohoho..

  21. Cik Zai sagt:

    Hi adly ..
    Terima kasih yg tak terhingga kerana memperkenalkan Lovlee dengan saya .
    Saya akan tempah sekarang untuk :

    http://www.myitebooks.com

    cikzai
    http://www.tagged.com/zainabsgarden

  22. pakteh sagt:

    wahh.. lepas ni cik Luv pasti tak menang tangan.. order masyuk berdesup! ni ala-ala promosi autoviral…

  23. Wardi sagt:

    Memang satu temubual yang sangat berguna dan memberi semangat kepada orang yang baru dalam perniagaan internet seperti saya ini.

  24. Aqif sagt:

    Salam Adly dan seluruh warga MIM.

    Baru dapat download n dapat dengar hari ini. (Baru pulih eksiden)
    Ini merupakan perkongsian yang amat berharga daripada Luvleey itu sendiri. Sepertimana yang bro Zul cakapkan, beliau adalah seorang yang komited melakukan perkhidmatan design sehingga hari ini.

    Memang tabik. ;)

  25. Jarang wanita yang menceburi bidang ni..Semoga dapat bekerjasama dengan beliau di suatu hari nanti

  26. omecool20 sagt:

    Satu sesi temuduga yang padat dan menarik :-) Tips dan nasihat mereka amat bagus2 especially untuk newbie2 :D

    Yang saya hormat ialah tindakan beliau keluar rumah untuk terus bergiat dalam bisnes beliau … dalam kata lain.. beliau keluar drp comfort zone beliau untuk berjaya. Syabas pd luvlee !

  27. Belum pernah lagi mendapatkan khidmat daripada Luvleey
    design dia pun tegnok
    boleh tahan
    boleh cuba lepas ini

  28. rahmanbasri sagt:

    Interview Tiptop… Thanks for sharing..

    Bak kata pepatah,

    “Sharing is Loving…” :-) Ahaks

  29. Sy baru je guna servis kak Luv ni..lepas dengar je interview ni, terus try approach dia utk projek terbaru sy..mmg ternyata benar..Kak Luv ni overdelivered..dan seperti yg beliau kata..’sentuhan wanita’ dalam design dia tu mmg betul-betul MELETOP!..haha :-)

  30. lanchini sagt:

    Pernah gak dapatkan servis design Kak Luv, memang puas hati. Customer servis pun ok. Dah ramai IM yang puji servis design dia ni, Mantop.

  31. Sya sagt:

    Salam sjahtera buat Luvlee….Hopefully, you’re aLways fine n happy yap..I’m so proud with especially with your talents in graphic design, internet’s business n sO on. Sbnarnye,sya rs truja & kagum jugeLa ble knal Luvlee n dpat thu kemampuan sta bakat yang Luvlee miliki skrg ni nk dicomparekn dgn usia Luvlee yg msih bru@mude skang ni mmpu mnjdi s’orang graphic designer n usahawan internet yg bjya, hebat sta dsgani especially sya yg juge pnuntut dlm bdg mltimedia jg d’slah sbuah ipt temptan,Malaysia.. Anyway, sya nk ucapkan b’byk2 time ksih dkat Luvlee krn tlah byk b’kongsi t’utama skali dari segi ilmu yg dicrahkan pada sya n rkan2 yg len especially di Malaysia,negara kite yg tercinta ini buat manfaat bsme.. Luvlee jg mrupekn slah satu sumber insprasi buat sya n rkan2 yg m’mnati bdg grafik ini untuk terus b’usaha dgn lbih ggih dmi mcpai matlamat sta sua2 hari nti dapat jg mnjdikn kmi s’org pereka grafik yg bjya sta dsegani mcm Luvlee… Also thanks 4your interview’s MP3…

  32. Hello Labanon dan Team Majalah IM. Seronok baca profile Labanon kat atas tu. Sangat kreatif. Majalah IM semakin meningkat dari segi kualiti isi dan grafik. Dah banyak ilmu yang saya dapat daripada Majalah IM ni. Saya paling suka bahagian temubual eksklusif dalam setiap keluaran. Melihat macamana setiap daripada IM tempatan bermula dari zero hinggalah berjaya mencipta jenama sendiri mengajar saya untuk yakin dengan diri dan tidak ada yang mustahil kalau ada keinginan dan hala tujuan yang betul.

    Tahniah buat Team Majalah IM. Thanks juga untuk bro Adly kerana sentiasa mendorong saya. Buku Rahsia 10K tetap menjadi pujaan saya.

    Keep up the good work. Keep on sharing.

  33. mohd azman sagt:

    ass, allhamdullillah teruskan dengan apa yg saudari cita2kan ,, anda maseh muda , dan maseh banyak yg perlu di capai ,, insyaallah saudari akan berjaya mencapai kejayaan ,, teruskanlah , iklas dari saya , was,salam

  34. mohd azman sagt:

    teruskan lah dengan apa yg telah saudari lakukan ,,syabas

  35. reezluv sagt:

    dah la kami ni sebaya..nama kat internet pun lebih kurang sama..haha..dah bape kali dah orang ingat aku ni luvlee..hheehe..senang cite..tgk je avatar..kompom lain..:P

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)