Kenapa Slow Semacam Jer Progress Sekarang?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai orang bertanya kepada saya, “Apa yang Team FlareBiz buat sekarang? Kenapa nampak macam slow jer progress team anda sekarang?“. Setelah berborak panjang, baru saya tahu bahawa progress slow yang dimaksudkan ialah kami agak kurang melancarkan produk yang berbayar. Kalau saya nak jawab secara detail mungkin boleh tulis satu ebook baru lagi mengenai topik ini, tetapi saya cuba ringkaskan sekadar maksud yang saya ingin sampaikan ini meresap ke dalam jiwa anda.
Kami mempunyai alasan tersendiri kerana hanya melancarkan beberapa produk berbayar sahaja dalam masa setahun dan selebihnya kami hanya mempromosikan produk orang lain. Kami memulakan perniagaan Internet sejak 3 tahun lepas dan sepanjang 3 tahun ini terlalu banyak cabaran yang perlu kami hadapi. Untuk pengetahun anda semua kami tidak pernah belajar secara formal bagaimana untuk menjalankan perniagaan tetapi kami belajar secara tidak formal untuk mengenal apakah itu perniagaan. Ternyata ia adalah satu perkara yang cukup seronok untuk kami belajar. Kami pernah hidup hanya makan sardin kerana kononnya ingin berdikari dan tidak mahu menyusahkan keluarga.
Setelah melalui beberapa proses yang mencabar, mentaliti kami mula berubah dari yang mulanya menjalankan perniagaan hanya kerana mahukan wang tetapi kini menjalankan perniagaan agar semua mendapat manfaat. Lagipun rata-rata buku usahawan berjaya yang kami baca cukup menitikberatkan soal apakah output yang dapat diberikan oleh usahawan kepada pelanggan? Jika dulu kami berbangga-bangga dengan jumlah kutipan hasil jualan produk kini hati kami sudah tidak meletakkannya sebagai perkara nombor satu. Kini kami mula tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada pelanggan kami?
Yeah, bangga dengan jualan Tip AdSense yang berjaya meraih RM10K sebulan, tetapi sejauh mana pula kejayaan pembeli produk?
Pernah dengar tak satu pepatah Inggeris berbunyi “When you’re out of quality, you’re out of business“. Kini matlamat kami ialah mementing kualiti dalam apa yang dibuat dan kami ingin melihat agar pelanggan yang membeli produk kami memperoleh sesuatu. Mungkin ramai usahawan Internet yang cuba menjual produk informasi di Internet cuba menyalahkan para pelanggan kerana tidak mempraktikkan apa yang di ajar tetapi pernahkah mereka berfikir kenapa kebanyakkan mereka gagal? Mungkin silap kita juga yang memberikan janji-janji manis dan tidak telus dalam menyampaikan sesuatu. Saya tidak menunding jari kepada sesiapa tetapi mengingatkan diri saya sendiri juga.

Mungkin sebagai usahawan Internet, perlu merenungi dengan sabda Rasulullah s.a.w “Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain, dan tidak halal bagi seorang Islam apabila dia menjual sesuatu jualan yang terdapat kecacatan padanya melainkan dia menjelaskannya terlebih dahulu.”
NiagaKit merupakan satu pelajaran yang besar di dalam hidup kami. Bagaimana kami terpaksa menghadapi tanggungjawab dan kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelanggan kami. Sebenarnya, boleh sahaja kami ingin meninggalkan mereka terawang-awangan setelah membelanjankan ratusan ringgit. Tetapi setelah kami sedar bahawa perniagaan bukanlah hanya sekadar menjual tetapi lebih daripada itu dan rasa tidak puas hati pelanggan merupakan satu sumber yang bagus untuk kita belajar. Bill Gates pernah berpesan dalam satu ucapannya, “Your most unhappy customers are your greatest source of learning!“. Kami cuba bangkit semula untuk menunaikan semua janji-janji yang telah kami taburkan sebelum ini dan alhamdulillah kini NiagaKit v2 telahpun siap.
Semenjak daripada satu pelajaran yang berharga tersebut, kami sangat berhati-hati dalam menghasilkan produk walaupun kami mempunyai terlalu banyak idea penghasilan produk. Ya, terlalu banyak dan kami boleh mengeluarkan produk baru setiap bulan tetapi kami sering berfikir sejauh mana output produk kami kepada pelanggan?
Saya sebenarnya kagum dan menjadikkan saudara SmartZul sebagai role model kerana beliau sememangnya seorang usahawan yang mementingkan aspek kualiti. Lihat sahaja produk Pakej Kit Blogger yang telah dilancarkan oleh beliau beberapa tahun lepas dan tidak melancarkan sebarang produk yang heavy selepas itu kerana saya cukup yakin beliau sedar dengan tanggungjawabnya. Alasan yang sering diberikan oleh beliau ialah “biasalah kerja sorang, so slow sikit progress“. Saya percaya ini hanyalah alasan beliau kepada kita tetapi perkara sebenar ialah beliau sedar mengenai apakah itu keusahawanan dan beliau sentiasa dapat maintain jualan produk tersebut walaupun bertahun-tahun. Tahniah saya ucapkan kepada saudara SmartZul!
(Terbaru beliau keluarkan satu lagi produk iaitu Panduan Kuasa Forum.)
Saya lihat fenomena sekarang ramai usahawan Internet yang cuba mengejar kuantiti iaitu dengan setiap bulan melancarkan produk baru yang berbayar tetapi tidak mementingkan dari segi output kepada para pelanggan. Ingatlah bahawa konsep berniaga bukan sekadar “hit & run” tetapi ia berkisar mengenai tanggungjawab kita terhadap pelanggan. Itulah sebenarnya usahawan yang cuba diterangkan di dalam rata-rata buku keusahawanan. Tetapi lagi bagus jika anda dapat mengejar kedua-duanya iaitu kualiti dan juga kuantiti dan anda layak digelar super usahawan. Saya percaya ada orang yang mampu untuk melakukannya.
Fuh, sudah agak panjang bebelan saya ini tetapi saya harap para pembaca faham apakah sebenarnya konsep keusahawanan dan kepada para pembaca yang baru sahaja ingin bergiat di dalam dunia keusahawanan, pastikan anda tidak berkiblatkan duit semata-mata. Selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang mementingkan kualiti sesuatu produk, “Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain, dan tidak halal bagi seorang Islam apabila dia menjual sesuatu jualan yang terdapat kecacatan padanya melainkan dia menjelaskannya terlebih dahulu.”
sekian.
p.s: Tunggu next produk kami iaitu NiagaKit v2.

assalamualaikum,
hebat! slow ya ada waktu perlu slow untuk menikmati pemandangan dan menoleh orang yang mengikuti dari belakang.
marshall yang bagus dalam konvoi menuju destinasi
improved the quality not the quantity
p/s:diam2 ubi berisi team flarebiz ni
tgok d lncrkan majalah im keluaran terbaru
agak menarik olahan isi dari majalahim
tahniah bro
Terima kasih, jangan lupa sebarkan Majalah IM tu
Ya. Sudah semesetinya bro Labanon. Koleksi Malajah IM yang wajib dimiliki.
Best2x infonya.
Dok promote Newbie mai download kat website & blog. So kira tolong sebarkannya.
salam labanon..
betul tu..usahawan jugak mempunyai amanah yang perlu dipikul..pastikan produk yang dikeluarkan tu memang dapat digunakan oleh pembeli dan mereka berpuas hati dgn kualiti produk yang mereka beli tu..
so far,sy pun salah sorg pembeli produk team flarebiz..sy bli pakej promosi ramadhan masa bulan ramadhan yg lepas..5 bintang sy bg utk produk tersebut..syabas bro!
trima kasih labanon utk post ni..sedikit sebanyak membuka minda sy dgn lebih mendalam berkenaan dunia keusahawanan ni..
w’mslm,
Yes, amanah sebagai seorang usahawan sebenarnya teramatlah berat. Dalam salah satu buku yang saya baca, seseorang usahawan ini terlalu berisiko untuk meraih pendapatan yang haram.
Jadi usahawan sentiasa perlu mengambil risiko. Anyway terima kasih di atas pujian.
Gambatte~ Majalah IM.
saya mmg kagum dgan sesiapa yg berjaya dalam perniagaan internet..dan saya mengharapkan ader sesiapa yg sudi mambantu saya untuk berjaya dalam perniagaan nie…saya mempunyai bnyak product yg mmg ader permintaan kat market..so plezz sape2 yg sudi membantu saya…
Saya sokong. Jika kita ingin menghasilkan produk, kita mestilah mengambil kira tentang orang yang akan membeli produk kita.
Produk yang Team FlareBiz telah hasilkan, kualitinya memang mantap. Sebelum saya membeli produk PR, saya juga pernah membeli ebook 101 tips Adsense dan ia memang berkualiti.
P/s: Thanks boss kerana siarkan testimonial saya
Terima kasih juga di atas testimonial yang ikhlas.
Sebuah post yang memberi 1001 satu makna pada mereka yang menceburkan diri dalam perniagaan internet.
Kalau kita ikhlas, Allah akan bantu kita dari segala arah dan penjuru.
Walaupun saya tidak keluarkan big product sejak 3 tahun lepas, namun rezeki tak putus-putus walaupun tidaklah terlalu banyak. Apabila saya melakukan sesuatu, saya akan fikirkan apa kesannya untuk beberapa tahun akan datang. Walaupun kurang wajar berfikiran begini, tapi untuk usahawan sepenuh masa, menjaga kredibiliti adalah amat perlu. Biarlah kita merasa pahit dahulu dan mengecap kemanisannya kelak.
Sebagai usahawan, kita mesti tahu tugas utama kita adalah membantu orang dan sebaliknya bukan menyusahkan orang. Sebab itulah usahawan yang bertaqwa (usahawan yang banyak membantu orang lain) dijanjikan dengan janji yang besar di akhirat nanti.
Tahniah Team Flarebiz. Moga berjaya pelancaran NiagaKit nanti.
Tip: Keluarkan small special report untuk buat duit segera di samping menunggu projek besar siap. Atau pakejkan semula produk-produk yang ada. Saya rasa Team Flarebiz dah buat cara-cara ni.
Yes, itu sebenarnya perniagaan. Saya tabik bagaimana bro Zul boleh maintain dengan jualan Pakej Kit Blogger walaupun sudah bertahun lamanya. Anyway, saya juga mengaplikasikan beberapa cara agar jualan Rahsia 10K juga sentiasa maintain. Apa yang penting kita perlu ada target berapa unit kita hendak jual setiap bulan.
“Kalau kita ikhlas, Allah akan bantu kita dari segala arah dan penjuru.” satu quotes yang menarik.
satu lagi bro zul ni… dia punya produk kebanyakannya jenis yang tak ikut musim… lebih kepada produk yang orang boleh pakai guna untuk bertahun2 lamanya..
Tambahan:
Sebenarnya buat bisnes bukan sebab sekadar wang. Kalau jadikan wang sebagai sasaran dan apabila ia telah tercapai, kita akan mengalami satu keadaan perasaan “jiwa yang kosong”. Ini pernah terjadi kepada Dr. Rusly yang diceritakan dalam buku beliau.
Kalau keusahawanan sejati telah sebati dalam jiwa, kita akan seronok sebab:
Jumpa usahawan-usahawan lain bercerita mengenai kejayaan dan pengalaman.
Diberi kepercayaan untuk berikan ceramah, khidmat nasihat dan seumpamanya.
Dapat berkhidmat kepada masyarakat. Tanpa usahawan, ekonomi negara pasti akan rapuh.
BEBAS (masa, ruang, keputusan…). Saya sendiri jarang duduk di rumah. Kadang-kadang ke seminar, kursus, jumpa mana-mana usahawan…
Boleh bercuti bila-bila masa dan selama mana yang dimahukan tanpa ada sesiapa yang boleh menghalang.
Boleh buat kerja bila-bila masa yang dimahukan.
Pergi shopping waktu orang tengah kerja.
Pendek kata… Menjadi usahawan bukan sekadar sebab duit. Ia lebih daripada itu. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Apa yang kita mahukan melalui keusahawanan? Lain orang, lain tujuan dan matlamat.
Wassalam.
Boleh join seminar kami kalo rajin jumpa kami..
Apa pun, produk dari bro SmartZul memang mantop.. Setiap kata2 dari bro Zul benar2 membantu rakan2 yang lain untuk menjana wang melaluinya..
InsyaAllah. Apa seminar yang terdekat?
askm…tahniah atas usaha. jarang ada anak melayu camni. adakah pendapatan team flarebiz consisten atau ada turun naik. maklumlah semenjak ekonomi turun naik?
hermm..btul2. saya byk beli ebook yg hanya sekadar untuk dijual saje tapi kualiti produk tak memenuhi apa yg pelanggan harapkan.
Terbaru saya ada beli satu produk (sy x nk ceritakan apa produk tersebut) amat mengecewakan saya. eBook setebal 141 page tp isi dia hanya point jer! x de keterangan langsung. harganya pun agak mahal la bg sebuah ebook yg page hanya 141.
Bagi saya kualiti amat penting..saya tak kisah kalu harga sesebuah produk itu mahal janji kualitinya mencapai apa yang pembeli mahukan.
hehehe…pjg la plk bebelan saya kali ni. sekadar rasa tak puas hati dgn produk yg baru saya beli 2 hari lepas.huhuhuhu..
Anyway to team flarebiz, wish u all good luck!
Penerangan yang hebat dan padat dr salah seorang otai IM Malaysia. Betul tu, esp dalam bab matlamat dan tujuan.
Long term rather than short term
Team flarebiz sekarang bergerak slow tapi steady, tak gitu labanon.
Sehinggakan dalam buat sale, dari bahasa kelantan telah bertukar bahasa daerah lain, POWER ler labanon.
Teknik marketing yang lain dari lain.
Tahniah, semakin mantop.
Salam,
Saya setuju dgn apa yg Labanon perkatakan. Apa guna kalau produk mencari duit di internet bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan sedang bilangan usahawan yg terhasil umpama hidup segan mati tak mahu.
Berapa ramai pula yg dah muak dgn ebook perniagaan internet dan mula beralih ke program mengarut skim cepat kaya. Sepatutnya para IM besar di luar sana memikirkan perkara2 seperti ini. Jangan biarkan ia berterusan berilah support sebaik mungkin dan bimbinglah pelanggan sampai jadi seperti anda.
Namun ini bukan bererti jgn beli ebook perniagaan internet tapi sebagai pengguna atau newbie perlu pandai memilih produk yg sepatutnya anda miliki.
Saya masih ingat kata2 ramai IM iaitu fokus dgn satu bentuk perniagaan dulu dan kalau dah establish barulah lakukan macam2 bisnes seperti Labanon ye tak.
Betul tu ..sy sgt setuju.. dulu sy pernah beli satu produk dri sorg usahawan internet.. janji mcm2 dlam produk dia tu.. produk pun tinggi gak harganyer 3++.++… smpai skrg senyap je.. takde ape.. sy rase btul2 ditipu.. bila contact balik dia syp je.. sy mmg tak halal kan duit tu jika niatnye menipu.. terima jek la balasan nyer nanti..
ape pun tahniah pada team flarebiz.. sy tetap menyokong anda..
Terima Kasih
Salam,
Saya sokong dan hormat pada team flarebiz dan juga smartzul yg berjaya dlm IM tapi tidak mendabik dada. Biarlah kita jujur dan ikhlas dlm apa jua. Elakkan drp perasaan riak apabila duit bertali arus masuk ke akaun kita. Pentingkan pelanggan dgn wujudnya sifat terbuka dan senang dihubungi. Hidup kita bagaikan putaran roda kerana hukum karma akan menentukan ke atas setiap perbuatan kita. Dan yang penting, biarlah rezeki itu halal dlm menanggung kehidupan kita sekeluarga.
Terharu..sob3
err bro labanon..out of topic sket..
lupe plak nak tnya..edisi ke 16 majalah IM bila nak kluar?bulan depan ke?
bukan ape,sy suka baca majalah IM yang team flarebiz kluarkan..padat dgn informasi yg berguna utk newbie2 IM mcm sy ni..
lgpun sy pun dh rekomen kat member2 sy yg berminat nak berbisnes di internet ni..hehehehe..
thanks..
saya sokong team flarebiz yang mementingkan kualiti berbanding kuantiti produk. kualiti juga tidak bermaksud hanya produk saja. tapi selepas produk terjual juga perlu adakan support jika ada yang bertanya mengenai produk. ini hanya pendapat saya.
ye betul kate labanon tu…..kualiti penting…
kuantiiti produk saje xde gune kalo kualiti die kureng….
Assalamualaikum
Lepas baca artikel ni memang saya akui kebenaran yang diperkatakan. Mungkin boleh dikatakan kebanyakan IM berlumba-lumba mengejar keuntungan hingga mengabaikan kualiti. Saya pun pernah (dah beberapa kali) terbeli ebook yang mencecah harga ratusan ringgit tapi isinya amat mengecewakan. Memang tidak seperti apa yang dijanjikan dalam surat jualan. Lepas tu servis pelanggan lembab. (sibuk kira keuntungan agaknya). Sebagai newbie memang tak tau yang teknik yang diajar tu legal ataupun tidak. Bila teknik yang tidak sepatutnya digunakan sudah semestinya memberi hasil yang haram tanpa disedari oleh newbie. Jadi siapa yang nak tanggung dosa tu?
Apabila pelanggan mereka tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapankan, mereka akan menyalahkan pelanggan dengan alasan tidak mengikuti apa yang diajar sedangkan pelanggan macam saya ni yang masih baru dalam bidang ini terkapai-kapai keseorangan tanpa bantuan.
Namun saya rasakan team flarebiz dan bro smartzul tidak seperti mereka-mereka ini. Teruskan usaha anda dalam membantu newbie seperti saya. Semoga anda dimurahkan rezeki.. Aminn
pada pendapat saya, ramai IM yg berjaya buat jualan tertinggi setiap bulan..bukan bererti dia seorang im yg sejati.. Jika dilihat kembali..ramai yg telah di anggap sebagai “otai” semata2 berjaya buat jualan yg banyak melalui list mereka.. mereka di canangkan sebagai IM yg telah berjaya… walhal mereka ini blog pun tiada! sekadar memberi pendapat.
hoho..yang hit dan run tu memang ramai. Cukup ramai..tapi biasalah. Dah lumrah..dah biasa..
Betul Labanon..inilah yang cuba saya praktikkan sejak 3 tahun lalu..sehingga kini barulah saya terjumpa taknik yang betul2 berfaedah…
Produk smartzul memang bagus, dah lama dah cari produk macam tu. Produk kit blogger smartzul antara beberapa produk yang berkualiti yang telah saya beli. Blog saya pun terbina daripada hasil panduan kit blogger. Syabas Smartzul!!!
Sebelum ini pernah beli produk sampai RM200 tetapi memang tak berpuas-hati dengan kualitinya kerana banyak teorinya. Walaupun boleh dijual semula produk itu (MRR), saya tak lakukan kerana saya tak nak orang lain pula yang menjadi mangsanya.
Ye..apa yang di katakan smartzul adalah sebagai perangsang untuk usahawan internet.Wang bukan lah segala-galanya dan bukan bukti segala kejayaan . Kebebasan bersuara dan tidak dikongkong oleh sesiapa adalah kepuasan yang dicari dalam dunia keusahawanan.
wow,gempak betul..
[...] mereka melalui email sahaja. Nampaknya satu soalan yang panas diajukan kepada saya ialah “Kenapa Team FlareBiz nampak slow sekarang? Tak ada projek baru ke?“. Saya percaya, ramai pembaca blog Majalah IM juga mempunyai soalan [...]