Fokus Untuk Menjalankan Perniagaan Internet
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak kami menganjurkan mini-seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal, ramai orang-orang yang hebat datang ke pejabat kami. Alhamdulillah, setakat ini pejabat kami tidak pernah kering dengan pelawat dan juga para pelanggan.
Seronok sebenarnya dapat jumpa ramai orang yang hebat di dalam bidang-bidang tertentu.

Tidak kurangnya yang datang sudah menjalankan perniagaan konvensional bertahun-tahun lamanya. Nah, ini satu peluang yang baik untuk kami semua belajar selok-belok dalam dunia perniagaan konvensional. Setiap daripada orang-orang hebat ini biasanya akan mengutarakan idea yang menarik dan memang idea tersebut boleh dikomersialkan sehingga kita boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Kini saya baru faham kenapa banyak buku-buku mengatakan bahawa “kalau nak jadi orang yang kaya dan berjaya, berkawanlah dengan golongan yang kaya dan berjaya“. Maksudnya sama juga kalau nak jadi jutawan, maka berkawanlah dengan jutawan. Ini kerana golongan ini akan mendedahkan kita kepada peluang-peluang yang jarang orang biasa nampak. Saya sendiri mengalami kejutan hebat apabila baru lima malam bersosial dengan orang-orang yang hebat melalui medium mini-seminar ini, saya telah mendapat banyak idea yang hebat.
“Orang biasa akan bercakap mengenai orang lain, manakala orang yang berjaya akan berbicara mengenai idea” – Anonymous
Cuba anda bayangkan ada 5 orang usahawan konvensional berjaya datang dan saya berborak-borak dengan mereka. Setiap orang biasanya paling tidak akan bagi satu peluang perniagaan yang mereka sendiri telah alaminya dan terbukti bahawa boleh buat duit. Secara matematiknya, saya akan mendapat 5 idea yang bisa buat saya tidak dapat tidur malam. (Seperti terbayang-bayang awek yang cun oh!)
Setelah berfikir panjang mengenai perkara ini, saya menyoal diri sendiri kenapa mereka semua berjaya?
Pada pandangan saya, mereka semua berjaya kerana bijak merebut peluang keemasan, di mana tidak ramai yang nampak peluang-peluang yang mereka dapat hidu. Tetapi dari satu sudut lagi, mereka telah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tersebut. Atau dalam istilah lain mereka boleh dikatakan sangat fokus dalam bidang perniagaan mereka.
The key to success is to focus! – Brian Tracy
Fokus mereka bagi saya bukanlah fokus yang biasa-biasa tetapi fokus yang sangat tajam untuk mencapai matlamat mereka. Peluang yang hebat dan terbaik sentiasa datang kepada kita setiap hari. Berapa ramai yang masih tidak berjaya di dalam satu-satu bidang yang diceburi akibat hilang fokus. Saya tidak dapat nafikan bahawa tersangatlah susah untuk kita fokus tetapi sedarlah bahawa walaupun anda melihat peluang yang hebat dan boleh buat duit, tetapi tanpa fokus yang tajam, anda sukar untuk berjaya.
Konklusinya, saya dan seluruh warga kerja FlareBiz Network akan fokus untuk menggembangkan empayar perniagaan internet yang telah kami bina selama ini. Anda pula bagaimana?

Kena fokus kepada sesuatu project dulu..ikut kemampuan diri,jika mampu untuk run semua sekaligus,lakukan sahaja..
ah-ah la…
Fokus satu hal….ikut kemampuan satu hal..
kalau tak sihat maknanya tak mampu…
kalau tak mampu tak boleh fokus.
tapi satu hal yg buat kita stay focus ialah
knowledge..bagi saya banyak benda yg buat kita
terus fokus dan hilang fokus.
ikut pengalaman saya saya akan tak boleh fokus
bila saya:
-tak sihat,demam…nak online pun kepala berdenyut
walhal kita da set nak buat marketing job
-blur…buat yg ni xjadi yg tu pon tak menjadi..
dah takde idea apa lagi nak wat.
dan yg buat terus fokus:
-ingat balik impian kita untuk jana wang online,dan tgk balik
list yg kita mahu raih yg ditampal dekat dinding.
dan paling penting mcm Dr Irfan ckp kena tahu banyak cara.
baru kita terus fokus..kalau buat satu cara tak jadi try cara lain.
ni buat kita fokus dan terus fokus sampai dapat.
terima kasih untuk psoting hebat anda ni!
Betul… Fokus ni amat penting.
Tapi ramai yang tak mampu buat…
Yeahh..fokus penting…mula2 sy knl perniagaan internet..wah..semua bnda nak buat.. Apabila kita fokus dlm sesuatu bidang yg kita ceburi.be specific n meticulously for every task.semesti nye kita akn excellent dlm bidang itu..Quality is much more important than quantity …FOKUS!!!!!!!!!!!!!
Focus perlu melihat kpd keupayaan serta bakat yg wujud dlm diri masing2. Apa yg jadi masalah pd org melayu ni, org jual goreng pisang dia nak jual juga, sdgkan dlm diri dia ada kemampuan yg tidak dimiliki org lain. Kalau dia betul focus insyaAllah boleh berjaya
assalamulaikum
Fokus memang tersangat-sangat penting untuk berjaya,saya juga ada menjalankan perniagaan kovensional di mana target saya pada pada 3 thn akan datang saya dapat membukak cawangan2 perniagaan tersebut
Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..
Memang betul.. saya setuju dgn kenyataan tuan kerana kita harus focus terhadap sesuatu yang kita lakukan supaya kita tidak akan terlepas daripada landasan yang sebenar..
Marilah kita menuju kearah yang satu iaitu… MATLAMAT ANDA !!!
Tq
fokus sahaja tidak cukup untuk berjaya dan jadi kaya. Apa yang penting adalah tindakan, tanpa tindakan kita akan kekal ditempat yang lama.
contoh mcam saudara Adly, Jika dia tidak bertindak untuk memiliki perniagaan nya sendiri, dengan hanya berpandu kepada fokus semata-mata, saya rasa dia x kan hebat seperti hari ni.
Ye betul, fokus memainkan peranan penting dalam melakukan tindakan..
Melalui fokus, akan hasil satu motivasi dari dalam dan akhirnya membawa kepada tindakan.
saya suka dengan tajuk kali ni..
thanks untuk perkongsian..
ikhlas..
btul kata saudara azlan,fokus berserta tindakan dan bertaget,bukan buat kerja main hentam sahaja cth mudah mcm ni katakan pada tahun pertama kita nak biar org kenal siapa kita jadi kita perlu la fokus kepada perkara tersebut dan bertindak menjual diri kita
Suatu perkongsian dan pemangkin motivasi yang bagus.
Fokus3x..
Fokus kepada buat duit = dapat duit
Fokus kepada awek = dapat awek
Betul fokus memang penting dan antara yang paling susah nak dapat.
Tapi bila dah dapat insyAllah semua yang kita rancang akan berjalan lancar.
Nak dapat fokus kena ada minat dulu. Bila kita minat tentang sesuatu perkara
baru kita boleh fokus untuk dapatkannya. Kesimpulannya minat dan fokus
sama penting, adehh~
sekarang saya mulai fokus pasal perniagaan,sebenarnya Team flarebiz yang banyak membantu sehingga terhasilnya blog saya sendiri walaupun menggunakan platform blogspot,janji blog….Jutaan terima kasih kerana mengembalikan fokus saya terhadap perniagaan…..Klik nama saya dan terus ke blog saya k…