Tiada Fokus Bermakna Duit Habis Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya ramai diantara kita semua yang sudah bosan untuk berbicara tentang fokus dalam konteks perniagaan Internet. Ini kerana perkara ini sudah dibincangkan secara meluas namun jika kita selami hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar bertindak untuk fokus dalam mencari duit secara online. Yang lain rata-rata seperti lalang yang berayun mengikut arah angin dan akhirnya tunduk rebah tidak berdaya untuk bangkit lagi.

Ini kisah benar dan anda mesti membaca dengan sepenuh perhatian sambil berfikir adakah anda juga seperti kawan saya ini. Saya mempunyai seorang kawan yang saya kenalnya pada 2 tahun lepas di forum dan kami sering bertukar pendapat tentang teknik-teknik untuk mencari duit di Internet. Dia seorang yang bagus kerana tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan saya terkejut kerana dia mengetahui hampir semua perkara!

Saya Tahu Segalanya dan Adakah Ini Bermakna Saya Boleh Berjaya?

Ya, sebut sahaja pasal Adsense, Ebay, Clickbank, Bidvertiser dan bermacam-macam lagi pasti dia tahu. Saya pada ketika itu sangat seronok berkongsi ilmu dengan dia tetapi saya lihat dia masih ditakuk lama. Maksud saya dia masih lagi belum mampu untuk memperolehi pendapatan 5 angka sebulan daripada Internet walhal dia mempunyai banyak ilmu untuk menjana wang di Internet dan hal inilah yang sangat menghairankan saya.

Saya fikir kalau ilmu sebanyak dia masih belum mampu untuk menjana 5 angka sebulan daripada Internet, baik saya lupakan sahaja niat untuk menjana duit di Internet kerana bagi saya ini amat sukar. Namun, ditakdirkan Ilahi saya ada kenal seorang sifu perniagaan Internet dan saya sering berborak dengan beliau diwaktu dia tiada kerja.

Saya tanya beliau tentang ebay.

Dia jawab maaf saya tak tahu tentang ebay.

Saya tanya tentang adsense.

Dia jawab maaf saya tak tahu tentang adsense.

Saya tanya pula beliau tentang perniagaan produk digital.

Dia sekali lagi menjawab dia tiada ilmu langsung tentang produk digital.

Saya tanya pula beliau tentang perniagaan produk fizikal.

Ya, seperti yang anda semua dapat agak… sekali lagi dia jawab dia tidak tahu.

Akhirnya saya tanya beliau, apakah yang beliau tahu? Dia menjawab yang dia hanya tahu tentang pemasaran maklumat (affiliate marketing) sahaja dan beliau sempat berpesan jangan tanya saya perkara lain selain daripada pemasaran affiliate kerana saya tidak ambil tahu soal cara buat duit lain!

Saya sekali lagi hairan bagaimana ingin menjadi jutawan jika hanya mempunyai ilmu dalam pemasaran affiliate sahaja. Tanpa membuang masa saya bertanya kenapa beliau tidak mengambil tahu tentang cara buat duit lain di Internet seperti AdSense, Ebay, produk digital dan sebagainya.

Tiada Fokus Bermakna Duit Habis Lagi!

Dia menjawab dengan panjang lebar, namun apa yang saya faham ialah untuk kita semua berjaya dalam melakukan sesuatu kerja kita perlulah fokus dan komited. Ya, anda boleh mencuba semua cara buat duit di Internet dan memang terbukti semuanya boleh memberikan kita wang. Namun, realitinya apabila kita mencuba semua macam cara buat duit di Internet, pasti anda tidak mampu menjana pendapatan yang lumayan. Bukan itu sahaja, malah duit anda sendiri juga akan habis kerana anda mesti membelanjakan wang untuk mencuba sesuatu cara buat duit di Internet.

Dia memberikan satu analogi mudah untuk saya fikirkan. Bayangkan disekolah dahulu anda mengambil hanyak satu subjek sahaja. Hari-hari cikgu hanya mengajar tentang subjek tersebut dan anda sentiasa membuat latihan tentang subjek tersebut sahaja. Apabila berborak berkenaan pelajaran dengan kawan-kawan, pasti akan berbicara tentang subjek tersebut juga. Pendek kata, anda hanya fokus kepada subjek tersebut sahaja. Sudah pasti apabila peperiksaan menjelma, anda akan menjawab dengan senang hati dan tidak mustahil untuk anda mendapat 100 markah.

Dengan Fokus Anda Pasti Akan Berjaya

Saya tersentak dan mula sedar dengan penerangan beliau. Terbukti beliau hanya menghabiskan masa untuk mengkaji tentang satu perkara sahaja iaitu pemasaran affiliate dan tidak hairanlah pendapatan beliau ialah RM50 – RM70 ribu sebulan. Beliau tidak mahu ambil tahu pun tentang cara buat duit yang lain kerana takut hilang fokus! Sangat berbeza dengan kawan yang saya ceritakan di atas dan inilah yang membezakan kita dan orang yang berjaya.

Konklusinya, untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi kita hendaklah fokus dan komited. Tanpa fokus saya percaya anda tidak akan berjaya. Ya, saya ulangi sekali lagi yang anda tidak akan berjaya dan akhirnya, anda sendiri bingung kerana anda tidak tahu teknik yang manakah ingin dicuba. Saya hendak anda semua berjanji dengan diri anda sendiri bahawa bermula saat ini saya hanya akan fokus kepada beberapa perkara sahaja. Ingatlah, tiada yang dapat mengubah diri dan kehidupan anda kecuali diri anda sendiri.

Salam cemerlang sehingga berjumpa lagi.

p/s: Oh ya, kawan saya yang tidak fokus tersebut sudah tidak lagi menjana duit di Internet kerana katanya susah untuk buat duit di Internet. Mungkin dengan kata lain, tak boleh nak jadi kaya-raya dengan buat duit di Internet :)

{ 14 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

14 Responses to “Tiada Fokus Bermakna Duit Habis Lagi”

  1. ijamidayu sagt:

    Betul bro.. Kalau kita xfokus apa yang kita buat memang la akan hilang daya utk melakukan sesuatu kerja.

    Duit dah tentu la abih, nak beli maklumat semua benda. Tapi apa pun pada aku, jika kita melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Insyaalah hasilnya kita akan rasa juga.

  2. Richie sagt:

    aku salah seorang yang tidak fokus..maafkan aku :(
    mungkin dek keranan kekurangan masa..asyik blajar je..
    ulang alik Seremban-KL hari2.

  3. Assalam alaikum

    Saya bersetuju dengan teknik fokus dalam melakukan sesuatu. Meskipun produk kita pelbagai tetapi jika ia berada dalam kategori atau jenis produk yang sama juga ia dikategorikan sebagai produk berfokus.

    Teknik pemasaran yang sama boleh digunakan kepada pelbagai jenis produk berfokus berkali-kali.

    Kita lebih mudah mengesan kesilapan dalam proses mencuba kerana kerja berfokus mengurangkan variasi yang tinggi untuk keperluan produk berbeza.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku Sepenuh Masa di Malaysia
    http://www.zamrimohamad.com

  4. AmmarZahar sagt:

    Fokus itu penting. Multiple stream of income juga penting. Rasanya tak apa kalau kita nak ambil tahu benda lain sekalipun. Tapi pada saya, kita perlu jayakan apa yang ditangan dahulu sebelum mulakan dengan misi yang baru. Contohnya, dulu kita buat produk digital. Bila dah berjaya ,takkan kita nak selalu buat produk digital saja. Tak best nanti untuk nama kita..

    Adalah lebih baik kita jayakan dulu apa yang ada, dan bila dah berjaya dengan suatu bidang, bolehlah kita berganjak ke bidang yang baru. Pastikan percubaan kita adalah ’sehingga berjaya’ barulah kita melangkah ke satu bidang yang baru. Jika sekarang kita nak bina nama dengan buat produk digital, masterikan dulu produk digital kita. Kemudian baru kita beralih kepada affiliate atau ebay..Just pandangan yang lahir dari hati..:)

    -AmmarZahar

  5. Thinkerich sagt:

    Ya..Betul!

    Prinsip kejayaan yang MESTI digunapakai…

    “MENDALAM bukannya MELEBAR…!”

    Salam kekayaan,

    THINKERICH
    Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
    http://www.PemikirKaya.com

  6. Perniagaan Internet sagt:

    Yeah suka dengan quote anda.. Mendalam bukannya melebar! :)

  7. usri sagt:

    Jika kita buat banyak kerja tanpa fokus, tiada maknanya.

  8. abufadhl sagt:

    salam,

    memang bagusssssssss artikel, rasa terjentik di sudut hati. fokus, fokus dan fokus.

  9. consxavier sagt:

    ya…bila nak buat duit..inilah halangan pertama dan terutama yang newbie kena lepasi sekiranya hendak mencapai kebebasan kewangan melalui perniagaan internet…

    Masa itu emas..dan sekiranya kita hendak menjadi ‘jack of all trade’..we will be master of none….tanyalah orang dalam apa bidang sekali pun..mereka akan katakan fokus penting…mereka memusatkan fikiran mereka kepada satu tujuan..mata mereka tertuju kepada satu tujuan dan dalam berjalan ke sana..mereka tidak melihat ke kiri dan ke kanan selagi target belum dicapai….

    thanks bro adlie sebab berkongsi sesuatu yang berharga seperti ini…bangsa malaysia perlu bangkit dalam perniagaan internet..jangan tidur lagi…buka mata luas-luas dan lihat peluang yang ada depan mata sekiranya kita fokus.

    Sekian sahaja dari saya,
    Uniquely Crafted For You
    http://www.kingdomfinancer.com

  10. zaki blogjer sagt:

    fokus pastu maintain, InsyaAllah berjaya klu kena gayanya. Saya pun nk fokus pada satu blog je skrg. Bnyak blog pening nk update

  11. omecool20 sagt:

    Setuju sgt2, fyi, baru dua tiga kebelakangan ini bila saya membuat keputusan untuk fokus kepada 2,3 cabang perniagaan internet yang saya minat, baru nampak line clear sedikit. Pada masa mula2 dahulu, saya pun dijangkiti sindrom kawan awak.

    InsyaAllah, fokus2 :-)

  12. Jaguh penang sagt:

    ye fokus promosi gempak mau mantap tak mustahil RM60 k sebulan aku target 2 tahun dari sekrang tunggu aku di puncak kejayaan

  13. [...] Kepakaran Pentingnya Fokus Perniagaan Internet Fokus Dan Servis Mengapa Perlu Fokus Fokus Dalam Perniagaan Internet Fokus [...]

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)