Kami Di Akhbar & MiniNiaga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adly a.k.a Labanon menjaja Niagakit

Ya, akhirnya kisah mengenai Flarebiz Network dan beberapa produk kami telah dimasukkan di dalam akhbar tempatan. Jika anda ada membaca entri lepas yang panjang lebar, saya ada nyatakan bahawa saya telah pergi ke Bernama bersama Tuan Zamri Mohamad untuk sesi temubual. Alhamdulillah, pada 5hb Mei lepas, temubual ringkas di antara kami telah dijadikan satu artikel menarik yang bertajuk “Wang Tidak Masuk Jika Bisnes Anda ‘Offline” oleh Puan Rohana Mustaffa.

Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Zamri Mohamad kerana bertungkus-lumus ingin mengetengahkan kisah kami kepada masyarakat melalui media massa. Tidak lupa juga buat semua rakan-rakan IM, para pelanggan kami, sifu-sifu kami dan anda! Terima kasih di atas sokongan dan doa kalian semua. :)

Baiklah, lupakan kisah “nothing special Flarebiz Network” di akhbar. Saya ingin berbicara mengenai produk terbaru kami iaitu MiniNiaga. Beberapa hari lepas kami telah melancarkan misi mencari 25 orang beta tester bagi MiniNiaga dan mohon maaf kerana tidak memaklumkan pencarian tersebut. Saja jer nak test Facebook & forum marketing bagi misi pencarian ini. Alhamdulillah, dalam tempoh 48 jam, kami telah menerima 48 pendaftaran daripada rakan-rakan di Facebook dan juga WangCyber. ;)

Senarai beta tester MiniNiaga

Sekarang, kami dalam proses nak buat pilihan terhadap 48 senarai yang berdaftar untuk mencari 25 orang yang betul-betul layak untuk menjadi beta-tester. Kami taknak macam kes beta tester Niagakit dulu dimana ada segelintir yang beli sistem Niagakit untuk buat perkasam. :lol: Akibatnya, agak susah kami nak improve sistem Niagakit pada ketika itu.

Di sini saya sertakan bebelan 20 minit saya yang menerangkan apa itu MiniNiaga. Sama-sama kita menonton dan mendengar bebelan macho saya oh!

Jadi, ada berani untuk mencuba sistem MiniNiaga? Kalau ya, kena tunggulah pelancaran sebenar MiniNiaga yang dijangka pada bulan Jun ini dan harga RM150 ke atas untuk satu unit. Jangan bimbang kerana harga tersebut masih dalam kategori berbaloi-baloi kerana kami target untuk jual produk ini di international dengan harga $97.

Oh, itu sahaja untuk entri ini. Salam maju jaya!

p.s: Dalam proses berusaha untuk mengembalikan kerajinan mengupdate blog oh!

{ 16 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

16 Responses to “Kami Di Akhbar & MiniNiaga?”

  1. Fatin Pauzi sagt:

    Mantap! Congratulation Flarebiz untuk produk yang mantap camni. ;)

  2. mancai sagt:

    wah memang semakin mantap… ada peluang lagi ke nak jadi beta tester?

  3. TAHNIAH!!!!

    Semoga terus maju jaya lagi di masa hadapan…

  4. code7 sagt:

    Congrats !

    Ini satu pendedahan yang amat besar impaknya.

  5. Asyraf Aziz sagt:

    Saya terlepas update dari MiniNiaga di Wall FB berkenaan pencarian cinta 25 beta tester bagi MiniNiaga ini, kalau tak mesti saya dah apply dalam tempoh 48 jam tersebut. Oh! :(

  6. asyik buat kursus kat KL je..blh tak turun ipoh sama buat kursus …??

  7. mat sagt:

    tahniah tahniah… kamu boleh jadi peransang untuk anak muda … supaya kamu terus berjaya..

  8. ProPiTo.com sagt:

    nice la… saya suke melihat IM2 menjalan krusus. dan mereka ni semua macam 1 team :)

  9. Salam..

    Tahniah tuan kerana berjaya mewujudkan 1 lagi produk mininiaga selepas niagakit.. Saya tak sempat nk sertai dlm 25 utk beta tester kerana baru baca entry tuan ini.. Sedih juga tidak dapat sertai…

    Tq..

  10. kita sagt:

    wahhhhh…baru selesai tengok video mininiaga…memang power CMS ni….memang mesra pengguna…yang buta IT pun leh celik IT..nak jadi beta tester boleh lagii ke

  11. Anwar Yassin sagt:

    Sy dah upload gmbar yang diambil semalam. Maaf sebab kamera 7.0 mega pxl je. Gamabr biasa-biasa je . ;) hehe.

  12. hairulbiz sagt:

    tahniah di atas kejayaan produk terbaru saudara..saya dah cuba demo mininiaga..menarik dan mesra pengguna.bertambah mudah bagi usahawan yang baru mahupun yang lama untuk memasarkan produk..teringat kata seorang rakan usahawan “kita kena ada kreativiti untuk mencipta sesuatu”..semoga terus sukses..

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)