Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 7hb Februari baru-baru ini pihak Majalah IM telah dijemput untuk menjayakan beberapa seminar. Pada sebelah pagi kami ditugaskan untuk menyampaikan talk bertajuk “Menjana Wang Dengan Blog. Saya dan Zhafran telah berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman sepanjang 2 tahun bergelar seorang blogger.

Di sana juga kami diberi layanan yang cukup baik dan ini sebenarnya yang membuatkan kami agak gugup sedikit
Walaubagaimanapun, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Para perserta sememangnya memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan majlis pada hari tersebut. Kami tidak dapat menunggu sehingga majlis selesai sebaliknya perlu bergegas pula ke UIAM kerana terdapat slot pada sebelah petang.

