Archive for the ‘Umum’ Category

Kami Di Akhbar & MiniNiaga?

Montag, Mai 10th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adly a.k.a Labanon menjaja Niagakit

Ya, akhirnya kisah mengenai Flarebiz Network dan beberapa produk kami telah dimasukkan di dalam akhbar tempatan. Jika anda ada membaca entri lepas yang panjang lebar, saya ada nyatakan bahawa saya telah pergi ke Bernama bersama Tuan Zamri Mohamad untuk sesi temubual. Alhamdulillah, pada 5hb Mei lepas, temubual ringkas di antara kami telah dijadikan satu artikel menarik yang bertajuk “Wang Tidak Masuk Jika Bisnes Anda ‘Offline” oleh Puan Rohana Mustaffa.

Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Zamri Mohamad kerana bertungkus-lumus ingin mengetengahkan kisah kami kepada masyarakat melalui media massa. Tidak lupa juga buat semua rakan-rakan IM, para pelanggan kami, sifu-sifu kami dan anda! Terima kasih di atas sokongan dan doa kalian semua. :)

(mehr…)

Hai Mei & Produk Terbaru Kami?

Sonntag, Mai 2nd, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bulan Mei Di Flarebiz

Pergh! Sudah di bulan Mei 2010 dah kita semua ni dan saya rasa sangat bersalah apabila tidak dapat mengupdate blog ini dengan kerap seperti zaman muda-muda dulu. ;) Sebenarnya masa agak terhad sekarang kerana kami agak sibuk dengan urusan kerja dan memberikan layanan yang terbaik untuk para pelanggan kami. Pada masa yang sama, kalau ada apa-apa berita ringkas, kami biasanya update di Facebook sahaja kerana lebih cepat, ringkas dan mudah. Oh!

Entri pada kali ini adalah untuk memberitahu apa yang telah kami lakukan sepanjang bulan April agar para pembaca di blog ini tahu apa yang kami sedang lakukan sekarang. Sebenarnya bulan April tiada yang istimewa kerana kami hanya membuat kerja-kerja seharian biasa seperti menyiapkan web client, support client, mini-seminar, jumpa ramai orang dan banyak lagi. Kudos untuk Hanny Ramzy untuk support yang tip top!

(mehr…)

Bagaimana Web Pertama Anda?

Donnerstag, April 22nd, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkara pertama adalah sesuatu yang menyeronokkan dan kadang-kadang melucukan. Sepertimana hari pertama masuk ke sekolah, hari pertama berucap di khalayak ramai dan tidak terkecuali rupa web pertama yang kita sendiri cipta. Saya masih ingat saya mula belajar membina laman web melalui Majalah PC adalah ketika berada di tingkatan 3. Apa yang di ajar adalah membina web menggunakan Microsoft Word dan seterusnya upload ke hosting provider yang percuma.

Kemudian setelah “explore” sendiri keindahan membina laman web, saya telah melangkah satu tahap lagi apabila pandai membina laman web menggunakan Microsoft Front Page. Oh, lihatlah sendiri laman web pertama saya:

Laman Web Pertama Labanon

Ha ha ha! Gelak sendiri melihat laman web di atas. Ketika ini boleh dikatakan semua remaja menggilakan Naruto (anime Jepun) yang membuatkan saya tergerak untuk membina laman web mengenai anime tersebut. Sekarang walaupun specialist saya di dalam bidang internet marketing tetapi saya sudah boleh buat laman web sendiri dengan menggunakan basic HTML dan juga CSS.

(mehr…)

Web Rasmi Flarebiz Network Kini Live!

Mittwoch, April 7th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya website rasmi company Flarebiz Network telah boleh dilayari oleh semua walaupun belum siap sepenuhnya lagi. Website ini menggantikan satu blog peribadi kami yang satu ketika dahulu di blog tersebut kami banyak berkongsi pengalaman peribadi, tip pembangunan diri dan sebagainya. Saya pasti ada yang merindui blog tersebut berdasarkan beberapa email yang saya terima bertanyakan mengenai blog tersebut. ;)

Laman Web Rasmi Flarebiz Network

Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu kerana rupanya saya dan Zhafran sudah 3 tahun bersama-sama membangunkan syarikat ini. Kami bermula daripada kampung kecil di Kelantan dan kini sudah menapak di bandar besar Kuala Lumpur. Sudah banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi. Kami anggap semua ini sebagai satu perkara biasa jika kita hendak menjadi seorang usahawan. Walaupun kami hanyalah usahawan yang hanya menghadap laptop jer. :D

(mehr…)

Dapatkan Majalah Remaja Sempoi (MARS)!

Montag, April 5th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Majalah Remaja Sempoi (MARS)

Fuh, sudah entri kedua untuk bulan ini. Harap-harap dapat terus kekalkan momentum ini sepanjang bulan April ini. ;) Baiklah mengenai entri hari ini saya sebagai wakil Flarebiz Network ingin mengumumkan secara rasmi di sini bahawa pihak kami ada buat kerjasama dengan satu komuniti Islamic yang tidak asing lagi iaitu iLuvislam dot com untuk menghasilkan satu projek amal iaitu dengan menghasilkan Majalah Remaja Sempoi (MARS) secara percuma.

Majalah Remaja Sempoi ataupun singkatannya MARS adalah sebuah e-magazine dakwah santai yang akan diterbitkan pada setiap 1hb bermula pada 1hb April 2010 lepas. Pada awalnya idea ini diketengahkan oleh saudara Imran Koyube (presiden iLuvislam) ketika mesyuarat pertama di antara pihak iLuvislam dengan pihak Flarebiz Network yang diwakili oleh Mohd Zhafran (Co-Founder) dan Hanny Ramzy (Support Manager/Web Designer).

(mehr…)

Bukan Sekadar Mengajar Tetapi Belajar

Sonntag, April 4th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bukan Sekadar Mengajar Tetapi Belajar

Hola kepada semua pembaca blog ini. Fuh, nampaknya memang berhabuk blog ini kerana tiada sebarang entri baru daripada pihak kami. Sebenarnya, kami semua mempunyai masa yang terhad kerana masing-masing mempunyai tugas yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, sudah ada beberapa projek kami telah menunjukkan perkembangan yang positif dan nanti kami akan kongsikan dengan anda semua di blog ini. (Betul ker ni? Entah-entah tak sempat ho ho ho!)

Baiklah, pada entri ini saya hanya akan menceritakan secara ringkas apa yang telah kami lakukan sepanjang Mac ini. Tiada apa yang special sepanjang bulan Mac ini kerana kami hanya mengekalkan dan menambah baik projek yang sedia ada sahaja. Namun, secara peribadi bagi saya bulan Mac ini saya banyak belajar mengenai bagaimana nak berhadapan dengan orang ramai dan bagaimana hendak melakukan presentation yang berkesan.

(mehr…)

Sertai Peraduan & Menangi Hadiah Menarik!

Donnerstag, März 4th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peraduan Ulasan Sistem Niagakit

Pertama sekali saya ingin ucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada co-founder FlareBiz Network iaitu saudara Zhafran, semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya mencari teman hidup oh! Pada tarikh yang bersejarah untuk saudara Zhafran juga, kami ingin melancarkan satu peraduan buat individu yang mempunyai blog ataupun lebih dikenali sebagai blogger untuk memenangi hadiah yang cukup menarik.

Sebelum bercakap mengenai hadiah, saya ingin terangkan serba sedikit mengenai peraduan hebat ini. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya melancarkan Peraduan Ulasan Sistem Niagakit dengan cabaran 25 hari mencari blogger terbaik dan paling kreatif seantero Malaysia! Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu membuat ulasan mengenai sistem Niagakit di blog anda secara kreatif dan secara tidak langsung anda berpeluang untuk menjadi pemenang.

(mehr…)

Pencapaian Kami Setelah 2 Bulan 2010?

Montag, März 1st, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya masa begitu pantas berlalu, kita semua sudah berada dalam bulan Mac. Agaknya, bagaimana dengan azam tahun 2010 anda? Adakah masih terpahat kemas dalam hati atau sudah hilang terbang di bawa angin? Bagi kami di FlareBiz Network, kami sudah melakukan banyak perkara penting pada tahun ini dan alhamdulillah semuanya “on the right track”. Baru 2 bulan berlalu tetapi kami semua telah belajar banyak perkara secara tidak formal dan sudah banyak juga kegagalan kecil yang telah kami alami. ;)

Seperti yang anda semua tahu, pada 2 bulan lepas saya telah bertemu dengan ramai orang, di mana sebelum ini saya hanya berhubung mereka melalui email sahaja. Nampaknya satu soalan yang panas diajukan kepada saya ialah “Kenapa Team FlareBiz nampak slow sekarang? Tak ada projek baru ke?“. Saya percaya, ramai pembaca blog Majalah IM juga mempunyai soalan yang sama. ;)

(mehr…)

Mini-Seminar & Perjumpaan IM Malaysia?

Dienstag, Februar 2nd, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat masa sekarang saya dan rakan-rakan tersangat sibuk dengan beberapa perkara. Mungkin sekarang titik tolak perjuangan kami pada tahun ini untuk mencapai segala impian yang telah dihajatkan. Seperti yang kami nyatakan pada entri lepas iaitu kami perlu lakukan sesuatu pada tahun ini dan alhamdulillah nampaknya permulaan tahun ini sangat baik.

Kami telah sibuk dengan beberapa perkara sejak beberapa hari lepas antaranya ialah:

1) Mini-Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal.

Mini Seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal

(mehr…)

Kami Masuk Pejabat Baru?

Donnerstag, Januar 28th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Office FlareBiz Network

Alhamdulillah, nampaknya permulaan tahun 2010 sangat baik bagi kami kerana banyak benda-benda yang positif berlaku di sekitar kami. Permulaan tahun ini juga sebenarnya menyebabkan kami sibuk yang teramat sangat kerana syarikat kami FlareBiz Network berpindah ke pejabat baru di kawasan Diamond Square juga. Bagaimana pula dengan permulaan tahun baru anda? Adakah semua okay? ;)

(mehr…)