Archive for the ‘Ulasan Produk’ Category

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Kad Kredit!

Montag, Februar 23rd, 2009

Salam sejahtera kepada pembaca Majalah IM…

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia mula bergiat di dalam pemasaran internet. Bukan sahaja individu yang telah bekerja malahan para pelajar juga turut mula membina blog dan mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari daripada ebook-ebook dan seminar yang mereka hadiri. Ramai yang telah mula percaya bahawa internet juga merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan tidak kira secara sampingan mahupun sepenuh masa.

Dalam menjana pendapatan secara online, kebanyakkan perkhidmatan yang digunakan akan melibatkan penggunaan kad kredit kerana kebanyakkan perkhidmatan dan kemudahan ini disediakan oleh syarikat-syarikat yang terdapat di luar Malaysia. Mungkin bagi individu yang telah mempunyai pekerjaan dan gaji tetap tidak mempunyai masalah untuk memohon kad kredit bagi kegunaan mereka tetapi bagaimana pula dengan individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, lebih-lebih lagi individu yang masih bergelar pelajar?

(mehr…)

Pelajari Langkah SEO Paling Mudah Dan Berkesan!

Sonntag, November 23rd, 2008

SEO atau Search Engine Optimised adalah satu pengetahuan yang wajib diketahui semua usahawan internet. Untuk menjana pendapatan dengan penjualan produk, blog ataupun affiliate kemahiran SEO sangat diperlukan. Mengapa?

Tahukah anda para usahawan internet berlumba-lumba untuk menduduki ranking 10 teratas berkaitan niche mereka? Ini kerana dengan menduduki ranking 10 teratas, laman web jualan dan blog mereka akan mendapat lebih banyak trafik dan pengunjung yang berkualiti dari search engine dan pengunjung dari search engine ini sangat berpotensi untuk menjadi pembeli untuk produk atau promosi yang dilakukan oleh mereka.

(mehr…)

Miliki Kedai Online Sendiri

Donnerstag, November 6th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perniagaan Internet bukan lagi sesuatu perkara yang baru malah era perniagaan Internet ini bermula semenjak tahun 1998 lagi. Pada ketika itu di Malaysia kita baru mengenali apa itu Internet dan jauh sekali untuk memikirkan cara untuk menjana wang di Internet.

Apabila disebut perniagaan Internet secara umumnya ia terbahagi kepada 3 iaitu produk fizikal, produk digital dan perkhidmatan. Produk yang paling popular diniagakan di Internet buat masa sekarang sudah tentu produk informasi iaitu produk digital. Namun, anda juga perlu tahu bahawa peluang perniagaan produk fizikal masih terbentang luas buat anda, tambah-tambah lagi di pasaran tempatan.

(mehr…)

Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

Samstag, Oktober 18th, 2008

Alhamdulillah, saudara kita Noorizam baru sahaja melancarkan satu panduan percuma iaitu Jana Pendapatan Dengan Nuffnang dan saya telah membaca keseluruhan panduan ringkas ini.

Seperti yang anda ketahui, walaupun terdapat ramai yang telah mempunyai akaun Nuffnang tetapi masih ramai lagi yang gagal untuk mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang.

Saya akui, saya juga tidak terkecuali dan masih berusaha untuk mencukupkan kuota bagi mendapatkan cek pertama dari Nuffnang. Tetapi selepas membaca Panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang oleh saudara Noorizam, saya yakin saya bakal memohon cek pertama saya dalam masa terdekat ini .

Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Kebanyakan newbie melakukan kesilapan “setting” pada akaun Nuffnang. Di dalam panduan ini Noorizam telah menerangkan dengan lengkap punca kesilapan itu.

Satu kelemahan pada ebook ini ialah filenya agak besar dan mengambil masa yang lama untuk di download. Kenapa ya? Mungkin saudara Noorizam boleh memperbaiki masalah ini.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang atau tidak tahu apa itu Nuffnang, anda boleh dapatkan report ini secara percuma dengan men”subscribe” mailing list di blog noorizamshah. Menarik untuk dibaca, ringkas, dan straight to the point.

Dapatkan segera – Download Ebook Jana Pendapatan Dengan Nuffnang.

Level Kesesuaian Ebook: Complete Newbie yang mahu menjana pendapatan dengan Nuffnang tanpa modal.

Mencipta Produk Digital Dengan Rahsia 10K

Samstag, Oktober 18th, 2008

Akhirnya produk Rahsia 10K telah berjaya dilancarkan oleh Team Flarebiz dan telah menghasilkan jualan yang hebat.

Rahsia 10K Cover

Saya telah meniliti dan membaca keseluruhan produk Rahsia 10K ini. Tidak keterlaluan bagi saya memberi jolokan Rahsia 10K sebagai ebook “Panduan Mencipta Produk Digital Terhebat”. Itu adalah pandangan peribadi saya. Saya mempunyai alasan yang kukuh untuk memberi kenyataan sebegini.

Mengapa saya berani memberi kenyatan seperti ini? Jika anda adalah seorang usahawan internet pasti anda tahu betapa sukarnya untuk memulakan satu projek membina produk digital berkualiti dan mendapat sambutan.

(mehr…)