Archive for the ‘Temubual Eksklusif’ Category

Temubual Eksklusif Saya Di FuhyooFM!

Freitag, Februar 12th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DJ WanMus On Air

Pada bulan lepas saya telah ditemubual oleh dua orang usahawan Internet yang tidak asing lagi iaitu saudara Zamrin dan WanMus. Mereka telah menemubual saya menerusi slot Dunia (Internet Entrepreneur)IE di radio internet FuhyooFM Dot Com. Pada mulanya saya agak segan untuk ditemubual kerana memikirkan ramai lagi yang lebih “power rangers” daripada saya dalam bidang buat duit di internet ni.

Tapi setelah berfikir panjang, saya ada beberapa perkara yang hendak dikongsikan dengan umum dan telah menerima undangan tersebut. (Oh, temubual ini hanyalah berlangsung melalui Skype dan saya hanya berkain sarung dalam bilik di rumah!). Temubual ini juga berlangsung tanpa saya mengetahui apakah soalan yang bakal diajukan oleh mereka berdua. Oh! Jawapan yang terkeluar dari mulut saya adalah secara spontan dan ini juga mengurangkan sedikit ke”machoan” saya kerana tidak sempat untuk menyusun ayat yang kemas lagi puitis oh! :D

(mehr…)

Ketahui Rahsia Seorang Pereka Grafik!

Dienstag, Oktober 20th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya sempat melakukan temubual eksklusif bersama seorang grafik designer wanita yang sememangnya cukup dikenali dalam kalangan usahawan Internet tempatan iaitu Kak Luvleey daripada Cheapest-Design.com. Sepatutnya temubual ini berlangsung pada awal bulan ini tetapi terpaksa ditangguhkan di atas pemergian ayah saya yang tercinta dan alhamdulillah minggu lepas temubual eksklusif ini dapat disiapkan.

Siapa sebenarnya Luvleey?

LuvleeyLuvleey atau nama sebenar Nurulhayati Binti Dr. Mohamed adalah anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik. Lahir pada 06 Ogos 1984 di Kuala Lumpur. Ketika berumur 11 tahun beliau berhijrah ke Tanzania Afrika dan pernah bersekolah di sana kerana mengikut bapa atas urusan kerja. Pada tahun berikutnya pulang semula ke Malaysia dan meneruskan pengajian di sini sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dan pendidikan UPSI. Beliau dari kecil lagi amat meminati bidang graphics. Tanpa sebarang asas dalam bidang Graphics, beliau cuba mempelajarinya sendiri (pandai-pandai godek sendiri).

(mehr…)