Archive for the ‘Teknik Pemasaran Internet’ Category

Bagaimana Pemasaran Melalui Facebook?

Mittwoch, März 10th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pemasaran melalui Facebook

Industri pemasaran internet sentiasa berkembang pesat dan kita sebagai usahawan internet perlu sentiasa ‘alert’ dengan medium-medium pemasaran baru, terutamanya sosial networking seperti Facebook, Myspace, Twitter dan banyak lagi. Namun, pada entri kali ini saya akan bercerita mengenai satu pemasaran melalui medium sosial networking yang tidak asing lagi iaitu Facebook.

Saya sangat pasti sekarang semua orang mempunyai akaun Facebook masing-masing. Semalam ketika ceramah di UiTM Shah Alam, saya sempat bertanya kepada audience, “Siapa di sini yang mempunyai akaun Facebook, sila angkat tangan!“. Semua audience mengangkat tangan termasuk dengan lecturer-lecturer sekali. :) Ini merupakan satu fenomena luar biasa Facebookmania apabila pertumbuhan pengguna Facebook sangat pantas dan mengikut statistik di internet, pengguna Facebook yang berdaftar kini lebih daripada 150 juta orang.

(mehr…)

Bagaimana Pemberian Percuma Mampu Menghasilkan Komisyen Untuk Anda

Montag, Dezember 28th, 2009

Penjanaan Wang Melalui Pemberian Percuma

Dalam artikel sebelum ini, saya telah mengutarakan 3 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Artikel kali ini pula akan menjurus pada penjanaan wang melalui affiliate iaitu dengan pemberian hadiah percuma pada prospek atau bakal pembeli anda. Saya yakin anda semua menyukai sesuatu yang percuma, lebih-lebih lagi jika produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Begitu juga para prospek anda, mereka sentiasa dahagakan sesuatu yang percuma daripada anda. Dalam dunia perniagaan internet, pemberian percuma yang saya maksudkan adalah seperti:

  • Laporan percuma (Dalam bentuk PDF)
  • Ebook
  • Kandungan email yang mempunyai informasi, tips dan panduan

Walaupun ramai yang sedar pemberian percuma ini dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang sebagai affiliate marketer, namun masih ada lagi yang gagal kerana (mehr…)

Relevankah Pemasaran Video Di Malaysia?

Freitag, Dezember 18th, 2009

Video Marketing - Relevankah Ia?

Pemasaran video atau lebih dikenali sebagai “Video Marketing” adalah sesuatu yang masih baru dalam dunia perniagaan internet tempatan. Tidak salah juga untuk saya katakan bahawa kemajuan dalam pemasaran video ini mengalami kemajuan hari demi hari berikutan peningkatan tahap teknologi dalam dunia perniagaan maya ini.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak menggunakan teknik pemasaran ini sepenuhnya. Ini berikutan teknik ini memerlukan kepakaran yang khusus bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Terdapat beberapa usahawan internet yang dapat anda lihat dimana mereka menggunakan pemasaran video sebagai medium utama untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Namun, adakah teknik pemasaran ini sesuai digunakan di negara kita?

(mehr…)

Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran

Samstag, Dezember 12th, 2009

Blog Sebagai Medium Pemasaran

Sepertimana yang kita tahu, pemasaran merupakan nadi utama dalam perniagaan. Namun dalam perniagaan internet pula, terdapat 1001 kaedah yang boleh anda gunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Ini termasuklah menjadikan blog sebagai medium pemasaran utama anda.

Penggunaan blog kini menjadi satu keutamaan terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kerana potensi pemasaran melalui kaedah ini telah terbukti dapat meningkatkan penjualan secara drastik. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyokong kenyataan ini, antaranya:

(mehr…)

Pemasaran Email Pada Tahun 2010?

Mittwoch, Dezember 9th, 2009

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi dan berakhirlah tahun 2009. Saya harap para pembaca majalah IM telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang diinginkan sepanjang tahun ini. Sepertimana yang kita dapat kita lihat, terdapat pelbagai perubahan dan kemajuan yang telah berlaku dalam dunia perniagaan maya dimana kini ramai yang mempunyai persepsi yang positif mengenainya. Jika dahulu, perniagaan internet

Apabila bercerita mengenai teknik pemasaran internet, lain pula ceritanya. Ada yang mengatakan bahawa salah satu teknik pemasaran kini tidak berkesan lagi, iaitu “teknik pemasaran email”. Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Apakah faktor utama yang menyebabkan ramai orang berpendapat demikian?

Dalam post ini saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya mengenai teknik pemasaran email dengan para pembaca setia MajalahIM. Sebelum itu, saya ingin menyuarakan rasa kurang bersetuju bahawa pemasaran email sudah hilang sengatnya. Ini kerana ia masih lagi boleh memberikan pulangan yang lumayan jika kena pada caranya. Bagaimana?

(mehr…)

Ingin Memiliki Senarai Email Yang Berkualiti?

Sonntag, August 23rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Senarai Email Berkualiti

Pertamanya saya ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam dan semoga bulan Ramadhan ini memberikan kita semua 1001 keberkatan dan pengampunan daripada Ilahi. Baiklah pada entri lepas saya telah berjanji dengan anda semua bahawa jika entri “Duit Dalam Senarai Email?” tersebut melebih 20 komen, maka saya akan berkongsi dengan anda bagaimana ingin memiliki senarai email yang berkualiti.

Nampaknya entri tersebut telah mendapat 47 komen dan saya sangat berbesar hati untuk berkongsi kepada anda beberapa cara bagaimana untuk memiliki senarai email yang berkualiti. Cara-cara ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang 3 tahun bergelar seorang usahawan Internet.

(mehr…)

Duit Dalam Senarai Email?

Donnerstag, Juli 30th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Contoh Senarai Email

Ramai usahawan Internet luar negara mahupun tempatan mengatakan bahawa “The Money Is In The List”. Oleh itu, ramailah para newbie mula mengumpul senarai email dengan harapan kononnya dapat menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Saya sangat setuju bahawa mengumpul senarai email adalah sangat penting dan ia menjadi satu kewajipan buat semua usahawan Internet walau apa jua model bisnes perniagaan Internet yang anda ceburi.

(mehr…)