Archive for the ‘Perniagaan Internet’ Category

Mengeluh Dengan Kelemahan Diri?

Donnerstag, November 5th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami sekarang berada di Kota Bharu dan kemungkinan besar NiagaKit v2 (beta) kami akan lancarkan di sini sahaja. Bak kata Zhafran ambil aura Rahsia 10K yang dilancarkan di sini dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kami berhasrat nak buka 30 unit sahaja untuk NiagaKit v2 beta version ini. Di harap Allah mempermudahkan segala urusan kami kerana tiada apa yang lebih mudah selain Ia mempermudahkan.

Berbalik soal perniagaan Internet, ramai yang mengeluh dan mengadu nasib dengan saya bahawa mereka tidak pandai di dalam soal-soal teknikal seperti membina laman web, membuat reka bentuk laman web yang menarik, mengedit gambar dan banyak lagi. Nampaknya segelintir daripada kita sangat risau kepada perkara yang tak sepatutnya. Adakah jika anda tidak tahu membina laman web, maka anda tidak boleh berjaya di dalam perniagaan Internet?

(mehr…)

Kenapa Slow Semacam Jer Progress Sekarang?

Dienstag, Oktober 13th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pakej Rahsia 10K Tahun 2008

Ramai orang bertanya kepada saya, “Apa yang Team FlareBiz buat sekarang? Kenapa nampak macam slow jer progress team anda sekarang?“. Setelah berborak panjang, baru saya tahu bahawa progress slow yang dimaksudkan ialah kami agak kurang melancarkan produk yang berbayar. Kalau saya nak jawab secara detail mungkin boleh tulis satu ebook baru lagi mengenai topik ini, tetapi saya cuba ringkaskan sekadar maksud yang saya ingin sampaikan ini meresap ke dalam jiwa anda.

Kami mempunyai alasan tersendiri kerana hanya melancarkan beberapa produk berbayar sahaja dalam masa setahun dan selebihnya kami hanya mempromosikan produk orang lain. Kami memulakan perniagaan Internet sejak 3 tahun lepas dan sepanjang 3 tahun ini terlalu banyak cabaran yang perlu kami hadapi. Untuk pengetahun anda semua kami tidak pernah belajar secara formal bagaimana untuk menjalankan perniagaan tetapi kami belajar secara tidak formal untuk mengenal apakah itu perniagaan. Ternyata ia adalah satu perkara yang cukup seronok untuk kami belajar. Kami pernah hidup hanya makan sardin kerana kononnya ingin berdikari dan tidak mahu menyusahkan keluarga. :D

(mehr…)

Perniagaan Ebook Adalah Skim Piramid?

Mittwoch, September 23rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menjual Ebook Adalah Skim Piramid?

Pertama sekali saya mewakili seluruh warga kerja Majalah IM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Dan ampun maaf zahir dan bantin andai kata kami ada terkasar bahasa dengan anda semua. Hari ini sudah 4 Syawal dan kami sudah memulakan kerja rutin sebagai seorang usahawan Internet seperti biasa. :)

Ketika saya balik untuk beraya di Kelantan, saya telah menemui ramai rakan-rakan sekampung dan juga kaum keluarga yang tercinta. Apabila mereka bertanya apa yang saya buat sekarang, maka dengan selambanya saya akan jawab saya berniaga di Internet dengan menjual ebook. Namun, ada beberapa orang kawan yang menanggap saya menjalankan skim piramid di Internet. Mungkin mereka salah faham atau tidak faham apakah itu penjualan produk informasi.

(mehr…)

Persepsi Salah Mengenai Perniagaan Internet

Freitag, September 11th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat duit dengan mengajar orang lain buat duit bukanlah satu perkara yang baru. Ia bermula sejak dahulu kala lagi dan ia merupakan satu industri yang cukup lumayan di dalam dunia ini. Saya antara orang yang buat duit di Internet dengan mengajar orang lain bagaimana ingin buat duit di Internet. Ini adalah bidang saya semenjak 3 tahun lepas lagi. Tetapi masih ramai golongan pengguna Internet sendiri yang masih tidak faham dan memandang serong mengenai usahawan di dalam industri ini.

Lihat sahaja produk-produk yang telah saya lancarkan, ia tidak lari daripada topik daripada mengajar orang buat duit di Internet dan saya fikir saya akan berada di dalam industri ini selama-lamanya. Contohnya Rahsia 10K mengajar orang buat duit dengan produk digital di Internet dan sistem NiagaKit juga mempermudahkan orang untuk buat duit di Internet. Majalah IM yang kami terbitkan setiap bulan juga mempunyai matlamat yang sama. Jadi, tiada apa yang salah dengan mengajar orang buat duit di Internet asalkan apa yang di ajar itu tepat dan betul.

(mehr…)

Perniagaan Internet & Reka Bentuk

Montag, September 7th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Reka Bentuk Salah Satu Web Jualan

Pepatah Inggeris ada berbunyi “Don’t judge a book by its cover” yang bermaksud jangan menilai sesuatu benda daripada segi luaran sahaja. Setiap peribahasa ini mempunyai satu tujuan iaitu untuk menasihati masyarakat agar menjadi lebih baik dalam kehidupan. Secara logik, pepatah Inggeris ini tercipta kerana adanya masyarakat yang memang menilai sesuatu dari segi penampilan luaran sahaja.

Kalau di lihat pada masyarakat kita sekalipun, terlalu ramai yang hanya menilai sesuatu perkara dari segi penampilan luar sahaja. Oleh itu, kita sebagai usahawan perlu melihat perkara ini dengan lebih serius kerana majoriti daripada masyarakat dunia “judge a book by its cover!”. Seperti biasa, perniagaan Internet pun tidak boleh lari daripada situasi ini.

(mehr…)

Ingin Memiliki Senarai Email Yang Berkualiti?

Sonntag, August 23rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Senarai Email Berkualiti

Pertamanya saya ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam dan semoga bulan Ramadhan ini memberikan kita semua 1001 keberkatan dan pengampunan daripada Ilahi. Baiklah pada entri lepas saya telah berjanji dengan anda semua bahawa jika entri “Duit Dalam Senarai Email?” tersebut melebih 20 komen, maka saya akan berkongsi dengan anda bagaimana ingin memiliki senarai email yang berkualiti.

Nampaknya entri tersebut telah mendapat 47 komen dan saya sangat berbesar hati untuk berkongsi kepada anda beberapa cara bagaimana untuk memiliki senarai email yang berkualiti. Cara-cara ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang 3 tahun bergelar seorang usahawan Internet.

(mehr…)

Duit Dalam Senarai Email?

Donnerstag, Juli 30th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Contoh Senarai Email

Ramai usahawan Internet luar negara mahupun tempatan mengatakan bahawa “The Money Is In The List”. Oleh itu, ramailah para newbie mula mengumpul senarai email dengan harapan kononnya dapat menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Saya sangat setuju bahawa mengumpul senarai email adalah sangat penting dan ia menjadi satu kewajipan buat semua usahawan Internet walau apa jua model bisnes perniagaan Internet yang anda ceburi.

(mehr…)

Mentaliti Anda Untuk Buat Duit Di Internet?

Montag, Juli 27th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memang sejak kebelakangan ini saya menerima terlalu banyak email yang ingin belajar bagaimana untuk menjana pendapatan di Internet. Ia satu perkembangan yang cukup bagus kerana 2-3 tahun lepas masyarakat kita masih belum lagi berminat untuk menjana pendapatan di Internet. Namun, sedikit tidak menyenangkan apabila rata-rata yang berminat untuk buat duit di Internet inginkan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

Mungkin masyarakat kita sudah silap faham konsep sebenar menjana pendapatan di Internet yang sememangnya tiada jalan pintas. Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk mendapat RM1 pertama daripada Internet! Rata-rata usahawan Internet yang telah berjaya mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mula menjana pendapatan di Internet dan bagaimana pula dengan anda?

(mehr…)

Berfikir Seperti Seorang Jutawan

Freitag, Juli 17th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baby Membaca Buku Donald Trump

Di dalam apa jua perniagaan termasuk juga perniagaan Internet kita seringkali mendengar bahawa untuk berjaya di dalam perniagaan, kita semua perlu memiliki minda sebagai seorang usahawan. Bagi saya, salah satu lagi element untuk berjaya di dalam perniagaan Internet ialah kita perlu berfikir sepertimana seorang jutawan. Anda perlu sedar bahawa kesan pemikiran seseorang adalah sangat hebat dan kenapa kita tidak berfikiran seperti orang yang telah berjaya kan? :)

Konsep mudah bagaimana seorang yang kaya berfikir ialah duit bekerja keras untuk mereka. Ya, inilah rahsia terpenting golongan kaya untuk terus kekal di dalam kekayaan mereka. Secara logik untuk menjadi kaya, kita perlu rajin dan kuat berusaha. Tetapi satu perkara yang kita tidak sedar ialah orang kaya sebenarnya kuat berusaha untuk memastikan bahawa duit mereka bekerja untuk mereka.

(mehr…)

Penggunaan Minisite Dalam Perniagaan Internet

Mittwoch, März 18th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minisite sememangnya sangat popular dalam kalangan usahawan Internet. Boleh dikatakan semua usahawan Internet di seluruh dunia menggunakan minisite untuk menjual produk mereka di Internet. Ya, apa sahaja produk sama ada produk fizikal, digital dan juga perkhidmatan.

Ini kerana minisite mempunyai beberapa kelebihan yang mutlak berbanding jenis-jenis website lain. Antaranya ialah lebih menonjol, senang untuk pelawat memahami apakah produk yang dijual, ringkas dari segi susun atur, padat dari segi susunan maklumat dan banyak lagi.

(mehr…)