Archive for the ‘Perniagaan Internet’ Category

Timing Dalam Perniagaan Internet?

Mittwoch, Februar 24th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Timing & Trend Dalam Perniagaan Internet

Ketika menulis entri ini, lagu Mencari Jodoh oleh Wali Band sebagai teman oh! ;) Sekarang saya rasakan masa begitu cepat berlalu dan sudah tiada masa untuk menulis blog ini dengan lebih kerap. Saya juga terfikir bagaimana dulu saya mampu menulis dengan kerap di blog FlareBiz dan sekarang satu entri seminggu pun tak sempat. Saya juga tiada masa untuk berforum di WangCyber seperti mana dulu dan hanya mampu menjenguk sekali-sekali sekolah internet saya itu. Mungkinkah ini penangan Facebook? Oh!

Kami kini sebenarnya sedang sibuk denga produk emas kami iaitu sistem Niagakit dan banyak perakara yang dirancang untuk menjayakan produk ini. Alhamdulillah, semua ahli FlareBiz Network begitu enjoy bekerja untuk memberikan yang terbaik untuk syarikat dan semoga syarikat kami akan menjadi satu syarikat yang disegani dalam bidang IT kelak. Oh ya, kami juga sibuk dan seronok menganjurkan mini-seminar hampir setiap minggu di training center kami dan jika anda berminat, bolehlah datang ke mini-seminar asas buat duit dengan produk fizikal. ;)

(mehr…)

Fokus Untuk Menjalankan Perniagaan Internet

Sonntag, Februar 7th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kami menganjurkan mini-seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal, ramai orang-orang yang hebat datang ke pejabat kami. Alhamdulillah, setakat ini pejabat kami tidak pernah kering dengan pelawat dan juga para pelanggan. ;) Seronok sebenarnya dapat jumpa ramai orang yang hebat di dalam bidang-bidang tertentu.

Hidup Mesti Fokus!

Tidak kurangnya yang datang sudah menjalankan perniagaan konvensional bertahun-tahun lamanya. Nah, ini satu peluang yang baik untuk kami semua belajar selok-belok dalam dunia perniagaan konvensional. Setiap daripada orang-orang hebat ini biasanya akan mengutarakan idea yang menarik dan memang idea tersebut boleh dikomersialkan sehingga kita boleh menjana pendapatan yang lumayan.

(mehr…)

Kepentingan OTO Di Dalam Perniagaan Internet

Freitag, Januar 15th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

One Time Offer

Ramai usahawan Internet yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan OTO di dalam perniagaan Internet mereka. Konsep penggunaan OTO ini sangat luas dan jika anda bijak menggunakannya, maka anda akan dapat menambah lagi keuntungan yang sedia ada.

(mehr…)

Bagaimanakah Pemasaran Email Yang Berkesan?

Samstag, Januar 9th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Formula Pemasaran Email Berkesan

Ada beberapa orang sahabat Internet Marketer bertanya kepada saya, “Email yang bagaimanakah berkesan untuk dihantar kepada subscriber?“. Satu soalan yang bagus dan tahniah buat sahabat kerana anda bertanya kepada orang yang tepat. ;)Ceh, perasan habis,” mungkin ini bisik hati anda. Tapi tunggu dulu, kerana saya telah membuat kajian terperinci mengenai bagaimanakah email yang mampu memberikan conversion rate yang tinggi jika anda mempromosikan sesuatu produk. Teruskan membaca untuk mengetahui rahsianya.

(mehr…)

3 Cara Mudah Untuk Buat Duit Di Internet Pada Tahun 2010

Mittwoch, Dezember 23rd, 2009

3 Cara Mudah Buat Duit Di Internet

Istilah “Buat duit di internet” kini sudah boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Ini berikutan sudah banyak bukti yang telah ditunjukkan dari semasa ke semasa. Tidak salah juga jika saya katakan bahawa terdapat beberapa individu yang telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini dan meninggalkan kerjaya sedia ada.

Membuat keputusan sedemikian memerlukan kewangan dan perancangan yang kukuh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjana wang pada tahun 2010. Tiga cara ini telah dibuktikan berkesan bagi dan amat sesuai untuk (mehr…)

Ramai Yang Tunggu Untuk Disuap?

Samstag, Dezember 19th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Screen Shot Daripada Blog Gobala Krishnan

Gambar di atas adalah petikkan komen daripada satu entry oleh saudara Gobala Krishnan di blognya. Saya dan Zhafran selalu menerima permintaan untuk mengajar mengenai perniagaan Internet daripada individu-individu yang dahagakan ilmu dan begitu semangat untuk memulakan perniagaan Internet. Tetapi malangnya, ramai di antara mereka menganggap kami ini robot dan  hamba abdi mereka. Maaf, tetapi inilah hakikat yang terpaksa saya luahkan bagi sesetengah individu yang pada saya tidak berapa pandai untuk menghargai ilmu.

(mehr…)

Relevankah Pemasaran Video Di Malaysia?

Freitag, Dezember 18th, 2009

Video Marketing - Relevankah Ia?

Pemasaran video atau lebih dikenali sebagai “Video Marketing” adalah sesuatu yang masih baru dalam dunia perniagaan internet tempatan. Tidak salah juga untuk saya katakan bahawa kemajuan dalam pemasaran video ini mengalami kemajuan hari demi hari berikutan peningkatan tahap teknologi dalam dunia perniagaan maya ini.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak menggunakan teknik pemasaran ini sepenuhnya. Ini berikutan teknik ini memerlukan kepakaran yang khusus bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Terdapat beberapa usahawan internet yang dapat anda lihat dimana mereka menggunakan pemasaran video sebagai medium utama untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Namun, adakah teknik pemasaran ini sesuai digunakan di negara kita?

(mehr…)

Berapakah Harga Yang Sesuai?

Sonntag, Dezember 6th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Servis Oleh NiagaKit

Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat walaupun kami di sini sekarang terlalu sibuk untuk menyiapkan beberapa perkara berkaitan NiagaKit v2. Baiklah, salah satu soalan yang saya kerap terima daripada orang-orang baru yang ingin menjual produk mereka di Internet ialah “berapakah harga yang sesuai bagi sesuatu produk?“.

Saya pun menjadi agak serba salah nak menjawab soalan tersebut kerana ia adalah terlalu subjektif. Namun, satu tip yang sering dikongsikan dalam buku-buku tulisan jutawan terkenal ialah kalau nak jadi kaya, kita perlu menjual produk yang mempunyai profit margin yang tinggi. ;) Bunyinya cukup kejam bukan? Tetapi itulah realiti yang menzahirkan mereka menjadi jutawan pada hari ini.

(mehr…)

Siapakah Sebenarnya Otai Internet Marketing?

Donnerstag, November 19th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ini apabila berbincang mengenai buat duit di Internet ataupun perniagaan Internet, pasti akan ada menyentuh topik mengenai otai dalam Internet Marketing. Baiklah, pada hari ini saya akan membuat entry yang lebih rileks dan cool agar kita semua dapat berfikir secara rasional. Mungkin para newbie yang baru sahaja ingin menjana pendapatan di Internet tertanya-tanya siapakah otai yang sebenarnya. Betul tak?

Bagi anda seorang newbie, bagaimana anda mengukur tahap ke”otai”an seseorang individu?

Ini merupakan salah satu soalan yang ditanya sejak dahulu kala oleh para newbie yang baru sahaja menjejakan kaki dalam arena penjanaan duit online.  Bagi saya ini merupakan salah satu soalan yang cukup penting kerana jawapanya akan membantu kita semua khususnya para newbie untuk mengikut langkah yang betul. Ini kerana di Internet sekarang ini mempunyai pelbagai jenis perangkap. ;)

(mehr…)

Mengeluh Dengan Kelemahan Diri?

Donnerstag, November 5th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami sekarang berada di Kota Bharu dan kemungkinan besar NiagaKit v2 (beta) kami akan lancarkan di sini sahaja. Bak kata Zhafran ambil aura Rahsia 10K yang dilancarkan di sini dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kami berhasrat nak buka 30 unit sahaja untuk NiagaKit v2 beta version ini. Di harap Allah mempermudahkan segala urusan kami kerana tiada apa yang lebih mudah selain Ia mempermudahkan.

Berbalik soal perniagaan Internet, ramai yang mengeluh dan mengadu nasib dengan saya bahawa mereka tidak pandai di dalam soal-soal teknikal seperti membina laman web, membuat reka bentuk laman web yang menarik, mengedit gambar dan banyak lagi. Nampaknya segelintir daripada kita sangat risau kepada perkara yang tak sepatutnya. Adakah jika anda tidak tahu membina laman web, maka anda tidak boleh berjaya di dalam perniagaan Internet?

(mehr…)