Archive for the ‘Blogging’ Category

Anda Tahu Apa Itu RSS?

Dienstag, August 18th, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rssshapes

RSS ataupun Really Simple Syndication??  Sememangnya ramai yang tahu apa maksud dan tahu cara bagaimana untuk menggunakannya. Tapi percaya atau tidak masih ramai yang belum tahu tentang sesuatu yang boleh dikatakan agak penting ini. Ini terbukti apabila saya secara sengaja telah bertanya kepada beberapa orang rakan blogger tentang perkara ini. Dan ternyata mereka sendiri sebenarnya masih tertanya-tanya apakah fungsi RSS ini bila sering kali melihat simbol RSS berada di setiap website dan blog. Sungguh  menghairankan bila seseorang blogger itu tidak tahu apa itu RSS, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

(mehr…)

Mudahkan Penggunaan Social Bookmarking Site

Sonntag, Juli 19th, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Amacam dengan tutorial yang lepas? Ada yang dah boleh buat form di blog sendiri? Kalau ada sudi-sudikanlah kongsi disini ya :D

Saya rasa anda semua sudah tahu kepentingan social bookmarking seperti digg, Yahoo! buzz, technorati dan pelbagai macam lagi. Bagi yang tak tahu, social bookmarking sites ini penting untuk “expose” kan blog/laman web kita dan juga untuk membina backlink yang kuat dengan cepat.

Oleh kerana populariti social bookmarking sites yang semakin meningkat dari hari ke hari,orang Malaysia pun dah develop social bookmarking mereka sendiri seperti Negaraku.net, MalaysiaStory.com & Vote.my

Secara ringkasnya, kita hanya perlu membuka akaun di social bookmarking site ini dan submit setiap post yang kita buat di blog ke social bookmarking site tersebut. Jadi, satu dunia dapat lihat post kita tersebut. Senang je kan?

(mehr…)

Jom Buat Duit Dengan Blog

Donnerstag, Dezember 4th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya ramai di antara kita sudah mengetahui apakah itu blog. Namun, tidak cukup sekadar tahu tetapi anda perlu mengambil langkah drastik untuk mencuba sendiri bagaimana perasaanya memiliki blog sendiri. Ya, bina blog anda sekarang sama ada percuma ata berbayar sebelum anda terus membaca post pada kali ini.

Tajuk post ini sudah tentu mampu menarik minat anda untuk membacanya. Namun, sebelum itu saya ingin bertanya kepada anda semua apakah tujuan blog diwujudkan? Bagi saya blog ini diwujudkan untuk satu medium perkongsian ilmu seperti berita terkini, tip, kisah peribadi dan sebagainya. Ya, cuba anda lihat berjuta-juta blog yang wujudnya di Internet ini adalah dengan satu tujuan iaitu perkongsian ilmu.

(mehr…)

Kenapa Ramai Yang Menggunakan Blog?

Mittwoch, November 19th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza untuk persoalan apa itu blog. Namun bagi saya blog samalah seperti website biasa, cuma terdapat beberapa perbezaan yang saya akan kemukakan pada post pada kali ini. Antara perbezaan blog ialah:

Artikel Disusun Mengikit Urutan Kronologi

Artikel disusun mengikut urutan kronologi di sini bermaksud artikel terbaru akan berada di atas. Ini merupakan elemen wajib bagi setiap blog yang pernah saya lawati. Tajuk artikel terbaru akan berada di atas dan kemudian diikuti dengan isi kandungan artikel tersebut. Istilah blog ini di ambil daripada nama “weblog” yang bermaksud diari ataupun journal online. Jadi blog menggunakan konsep diari kerana diari yang ditulis adalah berdasarkan tarikh.

(mehr…)