Bagaimanakah Pemasaran Email Yang Berkesan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada beberapa orang sahabat Internet Marketer bertanya kepada saya, “Email yang bagaimanakah berkesan untuk dihantar kepada subscriber?“. Satu soalan yang bagus dan tahniah buat sahabat kerana anda bertanya kepada orang yang tepat.
“Ceh, perasan habis,” mungkin ini bisik hati anda. Tapi tunggu dulu, kerana saya telah membuat kajian terperinci mengenai bagaimanakah email yang mampu memberikan conversion rate yang tinggi jika anda mempromosikan sesuatu produk. Teruskan membaca untuk mengetahui rahsianya.
“Tak takut ke berkongsi rahsia ini beb? Nanti kau tak boleh cari makan,” kata salah seorang sahabat tersebut.
“Hello my friends, kita ni hidup berTuhan dan kita perlu yakin bahawa rezeki itu adalah kurnian Ilahi. Takkan rugi kita berkongsi ilmu dan Insyallah kalau kita ikhlas, Dia akan menggandakan rezeki kita.” jawab saya sinis.
Baiklah, kita kembali kepada topik yang henda dikupas pada hari ini. Pernahkah anda mengambil tahu apakah kategori buku yang best-seller di seluruh dunia sejak berkurun lamanya? Andaikata anda mengkaji ataupun mengetahui fakta ini, maka anda sudah dapat mengetahui rahsianya. Salah satu buku terlaris yang kebanyakkan tahu ialah Kisah Adly Mukhtar Harry Potter dan juga Twilight.

Kebanyakkan buku best-seller dunia adalah berkaitan penceritaan. Adakah anda sudah mendapat gambaran? Ho ho ho! Sebenarnya, email promosi yang berkesan ialah email yang menyelitkan elemen penceritaan. Contoh bagaimana saya mempromosikan sistem NiagaKit v2 yang bernilai lebih RM1000 kepada subscriber tetapi dapat mencapai target 30 jualan beta tester adalah dengan menyelitkan banyak elemen penceritaan di dalam email.
Anda perlu ingat bahawa list subscriber anda adalah manusia dan bukannya robot yang hanya tahu membaca email anda. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang kita sebagai usahawan patut tahu. Manusia pula sudah menjadi lumrah memang minat dengan cerita walaupun ramai rakyat Malaysia yang tidak gemar membaca.
Saya dan Zhafran telah menaip email dengan menyelitkan elemen penceritaan mengenai kisah-kisah orang yang berjaya menjalankan perniagaan Internet. Contoh email yang paling berkesan ialah kami menceritakan kisah Sean Belnick yang menjalankan perniagaan kerusi di Internet dan saya mendapat cukup banyak feedback sama ada melalui email ataupun telefon.
Berikut sedikit perenggan dari email:

Anda boleh bayangkan macam mana email saya secara keseluruhan? Ia sebenarnya membuat para pembaca akan terasa lebih dekat dengan anda dan mereka akan menganggap anda mengambil berat mengenai mereka kerana anda bercerita kepada mereka. Saya ada subscribe email daripada seorang jutawan Internet dan saya kaji cara beliau menghantar email.
Terkejut saya apabila dia juga menggunakan teknik yang sama dimana dia ceritakan sedikit sebanyak mengenai kehidupan beliau kepada subscriber. Contohnya, beliau telah menceritakan mengenai seorang anaknya yang masih kecil baru belajar berjalan. Kita yang membaca email beliau terasa amat dekat dengan dirinya dan apabila dia mempromosikan sesuatu, sudah tentu kita akan membeli dengan kawan kita sendiri.
Jawapannya bagi entri ini cukup mudah iaitu selitkan elemen penceritaan yang dapat mendekatkan diri anda dengan para subscriber!
Semoga perkongsian pada kali ini anda akan mendapat sedikit sebanyak manafaat!
Sekian.
p.s: GaleriBatik Dot Com akan live tak lama lagi dan kami memang tak sabar nak mempromosi gila-gila web tersebut.
p.s.s: Tahun ini kami akan melancarkan program keusahawanan, anda tunggu pengumuman dari kami di blog ini.

tq bro…kawe akan praktikkan…he2…insyaallah akan menjadi
No problem, selamat beramal!
betul tu.. teknik penceritaan merupakan salah satu pendekatan ’seduction’ yg amat berkesan.. ia mampu mempengaruhi pembaca maupun subscriber lebih mesra
Yeah, siapa yang mencubanya pasti teruja. Serius.
ilmu yg bgus utk org bru mcm sy
Fuh, info yang bagus. Thanks bro. Sebagai seorang penulis fiksyen, saya amat-amatlah bersetuju.
Terima kasih kerana berkongsi. Setakat ni saya belum cuba cara pemasaran email yg sah dan betul. hehe…..Kalau ada list email, mungkin boleh gandakan pendapatan saya. Setakat ni saya promosi hypro saya pun x pki list email. Tapi Alhamdulillah, ade rezeki
salam bro labanon.. memang betul, suma teknik promosi mesti ada elemen personalization.
thnx atas perkongsian
“First TIme Singgah”
Elemen penceritaan memang menarik.
Sekiranya sesiapa pernah subsrcibe email dari produk Formula Luar Biasa, anda akan menerima kisah-kisah cerita sebegini.
Nice ads ni….boleh diperaktikan…peaceee
Satu pendedahan menarik..boleh dipraktikkan terus…
thanks bro for good tips
Salam broo…
Trima ksih bnyak broo d atas perkongsian tu.
1 lagi…. sya nak ucapkn tahniah n syabas diatas kejayaan sdra d dlm bdang
perniagaan internet ne… juga tahniah di atas jemputan yg sdra trima sebagai
tetamu jemputan (yg paling muda tuh) pda 21 feb 2010 nanti di PWTC KL iaitu di
Malaysia Internet Summit (MIS). Yg julung kalinya plak tu.
Tahniah skali lagi..
tq
Tahniah Saudara Labanon, diharapkan saudara dapat ceritakan juga etika pemasaran sekali. kerana ada yang masih kabur di antara spamming dan pemasaran emel sebenar
good tips