Bagaimana Web Pertama Anda?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perkara pertama adalah sesuatu yang menyeronokkan dan kadang-kadang melucukan. Sepertimana hari pertama masuk ke sekolah, hari pertama berucap di khalayak ramai dan tidak terkecuali rupa web pertama yang kita sendiri cipta. Saya masih ingat saya mula belajar membina laman web melalui Majalah PC adalah ketika berada di tingkatan 3. Apa yang di ajar adalah membina web menggunakan Microsoft Word dan seterusnya upload ke hosting provider yang percuma.
Kemudian setelah “explore” sendiri keindahan membina laman web, saya telah melangkah satu tahap lagi apabila pandai membina laman web menggunakan Microsoft Front Page. Oh, lihatlah sendiri laman web pertama saya:

Ha ha ha! Gelak sendiri melihat laman web di atas. Ketika ini boleh dikatakan semua remaja menggilakan Naruto (anime Jepun) yang membuatkan saya tergerak untuk membina laman web mengenai anime tersebut. Sekarang walaupun specialist saya di dalam bidang internet marketing tetapi saya sudah boleh buat laman web sendiri dengan menggunakan basic HTML dan juga CSS.
Oh, kalau tidak kerana laman web ini rasanya saya tak mungkin berada di tahap sekarang kerana saya percaya semuanya bermula dengan langkah pertama yang kecil. Apa yang penting ialah tindakan. Setakat ni laman web pertama yang paling cun dipegang oleh partner saya iaitu saudara Zhafran dimana beliau telah membuat Ecoverstudios.com. Saya tengok time tu memang “jeles” habis dengan hasil kerja beliau dan cepat-cepat saya grab dia sebagai partner.
Cuba tengok hasil kerja beliau:

Beliau tidak boleh masuk pertandingan “Laman web pertama paling cantik“, tidak adil kerana beliau berbakat. Kita ketepikan dahulu bakat yang dimiliki oleh Zhaf dan bagaimana pula rupa bentuk laman web pertama anda? Harap dapat sharelah yer.
Sekian.
p.s: Jangan lupa pada hari ini dengar temubual eksklusif saya dalam ruangan dunia IE pada 12 tengah hari di FuhyooFM.com. Saya telah diasak oleh 3 orang otai di dalam perniagaan internet dan seorang otai radio dengan soalan-soalan perniagaan internet.

masih saya ingat masa mula2 buat laman web dulu. dah la tak tahu apa2, panduan pulak takde. masa tu form 3. namun, minat yang mendalam, usahakan juga. buat search sana sini. time tu lah belajar cara2 nak guna search engine. mulalah kenal apa itu html, hosting dsb. website sy mula2 buat secara online je. lepastu barulah belajar frontpage, beli hosting, domain dan wordpress. sekarang saya dah mahir buat website, dah faham apa itu html, php dan css. setakat ni saya tak pandai2 lgi nak buat guna css. tpi edit theme wordpress kat css reti la jugak. hm… memang pengalaman manis dan ilmu yang sangat berharga.
p/s: bro, website demo come dh setaro tu hop mulo2. website 1st kawe dulu toksoh oyak la, tok come pon. huhu
Ha ha ha! Okay doh tu, makin kemas tu.
Saya mula membuat website masa umur 18..tu pun sebab belajar bidang IT. Kalau tak sampai sekarang tak tau buat..hehe.. Dulu memang bangga sebab dapat buat website walaupun tak cantik..hehe..
Ya, saya dulu pun dah bangga dapat buat website macam tu.
langkah pertama adalah asas kepada langkah yang seterusnya…:).
saya tersenyum sendiri bila teringat sal web yang saya try buat sendiri hasil belajar sendiri melalui yotube dan pakcik google..
Ecoverstudios.com – takdak pun. Broken link katanyer….
Graphic tuh memainkan peranan penting gak tuh, kat situlah aku failed! Nak outsource aku sendiri kurang source, nih baru nak belajar mencari source income internet
saya dahulu pertama kali buat laman web tingkatan 3…
menang tempat ke 3 dalam sekolah…
kira ok la tue..yang tempat pertama tue tingkatan 5….
Best dpt buat web sendiri masa mula-mula walaupun tak jadi adalah nampak sikit webnya..tapi setiap hari kita semua belajar dan banyak benda baru akan kita pelajari. Impian macam inilah bawa kita kedepan…
Memang seronok dapat buat website sendiri .. Website pertama sya adalah menggunakan notepad untuk coding iaitu pada tahun 1997 ( masa 2 internet pn baru sampai dekat malaysia google pn x popular lagi yg ada hanyalah hotbot sebagai enjin carian ) .. alahamdulillah saya sekarang masih lag aktif dalam membina website dan blog .. dan skrng mewarkan perkhidmatan percuma untuk mereka yang memerlukan..
Kira ok lah tu..
Tapi walaupun adly dah melupakan Naruto saya masih follownya…..
masih ada blog anime yg masih mampu bertahan walaupun kengkadang tak larat nak ikutnya…
Aku pun tak sampai hati nak tengok blog pertama aku 3 tahun dulu …heeee
website ada. tapi dah tak hilang sebab company hosting pun hilang sekali..kalau blog, masih ada blog yg latest dr 2003…
Salam semua…ni weblog saya…yang pertama dulu dah taktau apa jadi hihi guna yg free then tak update langsung…yang ni terbaru la..saya baru-baru jer nak berjinak secara serius dalam ebiz ni, selepas setahun setengah tiada tindakan…boleh baca kesilapan2 saya dalam ebiz ni melalui pengalaman, bol;ehla ke blog saya di http://www.radzuanebiz.com
Silalah komen dan beri pandangan dan pendapat ya…
wassalam
radzuan
huhuuhu..tergerak hati nak komen bila terbaca artikal ni..bagus dan respect sama adly kerana dah dapat pendedahan dari awal2 lagi iaitu pada tingkatan 3 lagi.sekarang tidak hairanlah klu adly sudah menjadi pakar dalam bidang ni..syabas..
sebut saje pasal web/blog saya masa di sekolah dulu tak pernah tau pun pasal benda alah ni sampailah tahun 2009 saya mula melibatkan diri dalam bidang ni.saya cuba bermula dengan platform percuma seperti blogspot.2,3 blog yg terhasil dan cuba-cuba godek sendiri.Rasa dah ada asas dalam bidang ni maka terus terbina khairulizuan dot com dan itulah blog pertama berbayar saya.Dan insyallah selepas ni akan cuba belajar dengan lebih mendalam lagi.
website pertama saya memang hampeh pun sbb memang zero knowledge pasal pembinaan site ni