3 Cara Mudah Untuk Buat Duit Di Internet Pada Tahun 2010

Istilah “Buat duit di internet” kini sudah boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Ini berikutan sudah banyak bukti yang telah ditunjukkan dari semasa ke semasa. Tidak salah juga jika saya katakan bahawa terdapat beberapa individu yang telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini dan meninggalkan kerjaya sedia ada.
Membuat keputusan sedemikian memerlukan kewangan dan perancangan yang kukuh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjana wang pada tahun 2010. Tiga cara ini telah dibuktikan berkesan bagi dan amat sesuai untuk anda yang masih mencari jalan untuk menjana pendapatan melalui internet.
Menjual Artikel Anda
Jika anda mempunyai minat dalam bidang penulisan, maka tahun 2010 adalah peluang terbaik untuk anda menjual kebanyakkan artikel anda. Anda boleh mula menulis artikel dalam niche yang anda minati dan jual pada blog-blog yang bersesuaian. Saya sarankan agar anda menawarkan harga dalam bentuk pakej seperti RM10 untuk 10 artikel.
Artikel yang ditulis tidak perlu terlampau panjang kerana para pembaca jarang meluangkan masa mereka terlalu lama untuk membaca artikel anda. Dengan kata lain, cukuplah sekadar ia dapat menambah ilmu pengetahuan dan mendidik pembaca.
Pastikan anda menghubungi tuan empunya blog dengan cara yang beretika. Jika mereka tidak menerimanya, jangan mudah berputus asa. Sentiasa beringat bahawa “Success does not come overnight”. Teruskan usaha anda.
Pemasaran Affiliate
Pemasaran affiliate merupakan salah satu cara penjanaan wang di internet yang telah dibuktikan keberkesanannya sehingga hari. Perkara yang paling penting dalam pemasaran affiliate ialah pemilihan produk yang ingin dipromosikan. Ini disebabkan terdapat beratus-ratus produk atau perkhidmatan yang boleh didapati di pasaran antarabangsa mahupun tempatan.
Anda juga harus bijak membezakan diri anda dengan para pesaing yang turut mempromosikan produk tersebut. Mungkin anda boleh menawarkan servis tambahan pada mereka yang membeli produk melalui link affiliate anda. Ingat, para pembeli mempunyai kuasa untuk memilih penjual. Oleh itu, anda harus lakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian mereka untuk membeli daripada anda.
Menjual diri ANDA
Istilah menjual diri anda ini berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan atau dalam erti kata lain ialah branding (penjenamaan). Sebagai contoh, katakanlah anda menjual produk kesihatan, maka anda perlu mencipta jenama peribadi anda tersendiri dengan memberikan maklumat, tips dan panduan kepada para pelawat anda.
Dengan berbuat demikian, anda bakal digelar “pakar” oleh para pembaca seterusnya mereka akan menjadikan anda sebagai rujukan dalam perkara-perkara yang melibatkan kesihatan. Apabila kepercayaan dan keyakinan mereka meningkat terhadap anda, maka ini adalah masa yang sesuai untuk anda mempromosikan produk kesihatan anda kepada mereka.
Semoga ketiga-tiga cara yang saya terangkan di atas sedikit sebanyak membantu saudara dan saudari dalam mencari jalan penyelesaian untuk menjana pendapatan di internet. Saya amat sarankan agar anda semua memilih salah satu sahaja dan letakkan fokus sepenuhnya supaya mendapat keputusan yang memberangsangkan.
P.S: Perkataan mudah itu tidak bermakna “goyang kaki sahaja dapat duit”. Sila betulkan mindset anda terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan.

Saya amat tertarik dan bersetuju dengan cara ke-3. Menjual kepercayaan diri. Pembeli tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan wang mereka, apabila membeli daripada orang yang mempunyai kredebiliti.
Satu artikel yang cukup mantap dan berguna kepada pembaca. Tahniah!
Terima kasih
kredibiliti tu penting..daripada kredibiliti kita dpt membina jenama kita sendiri..barulah kita dapat jual produk..
Kredibiliti adalah asas dalam perniagaan internet. Mereka membeli atas kepercayaan mereka terhadap anda.
kredibiliti mmg penting.. dgnnya kita dpt membina kepercayaan dan jenama..
tpi dlm membina kredibiliti pun mintak2 dgn ikhlas.. jgn sekadar nak ada nama saja..
dgn niat yang ikhlas nk membantu insyAllah yang lain2 akan dtg kemudian.. huhu~
Terima kasih di atas perkongsian…saya pun masih baru dalam bidang ini dan akan terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa. 3 cara ini sememangnya satu cara yang mudah tetapi tidak semestinya senang untuk dilakukan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Artikel ini memang menarik dan membimbing…:)
untuk 2010, saya akan lebih tekankan menjenamakan(menjual) diri saya.maklumlah, orang baru dalam IM ini.di harap tahun baru ni lagi meriah dunia IM tanah air dan tidak lupa juga kepada aqif, selamat berjaya!
Terima kasih hasbulaqill.
Salam kejayaan buat anda jua!
Ya, saya setuju dgn 3 cara buat duit ini terutamanya affiliate marketing yg mempunyai kuasa ‘leverage’ yg cukup praktikal sekali. Affiliate marketing memudahkan IM mengagihkan kerja promosi, marketing kepada beratus-ratus ejen jualan yang sudi mempromosikan produk melalui sistem affiliate yg disediakan. Sebagai ganjaran ejen jualan tersebut diberi komisen mengikut percentage yg dipersetujui. Ia menjadi satu bentuk hubungan simbiotik antara ejen & usahawan. Konsep win-win situation ini patut dipraktikkan oleh semua IM Malaysia.
Saya setuju dengan cadangan saudara. Pemasaran melalui affiliate juga merupakan salah satu kaedah mudah untuk menjana wang. Namun apa yang paling penting ialah sejauh mana kemahiran yang kita ada untuk menghasilkan komisyen? Persoalan itu hanya akan dapat dijawab oleh mereka yang mempunyai ilmu, pengalaman serta yang telah menghasilkan tindakan.
[...] Tahun ini tidak semuanya cerah. Pembelajaran paling besar juga datangnya dari kegagalan. Gagalnya saya dan tim Majalah IM mengekalkan penerbitan Majalah IM dalam bentuk PDF, memberi seribu satu pengalaman dan pelajaran. Namun, ia tidak akan terhenti di situ. Insya Allah, kami akan kembali! Maka, teruskan setia mengikuti kami di MajalahIM.com. [...]
Semoga usaha yang diberikan dibalas dengan keputusan yang memberangsangkan. Insyaallah.
Artikel yang menarik. Yup.. bagi sesiapa yang mahir dalam penulisan boleh menjual artikel di internet. Affiliate program memang sangat membantu. Ia lebih baik jika anda ada pelbagai mailing list. Mudah untuk kita mengenal pasti keperluan pelanggan dgn produk. Peratusan convert kepada pelanggan lebih tinggi. Hebat2
Saya bersetuju dengan pandangan tuan.
Mempunyai senarai email yang berkualiti adalah satu kemestian dalam pemasaran affiliate. Didik mereka terlebih dahulu sebelum menjual sesuatu. Saya yakin para subscriber inginkan sesuatu daripada anda terlebih dahulu. Jika tidak, masakan mereka sanggup untuk memberikan nama dan email pada anda?
betul-betul Aqif.. stuju
tip2 yg menarik…
bagus..:)
Mmg setuju sgt dengan artikel ni..banyak cara utk buat duit di internet..Saya memilih utk fokus kpd Program Affilliate tahun 2010 ni..Alhamdulillah hasilnya pun dah mula masyuuukk.. Apa yang penting ? (cam lagu wonderpet plak). Yang pentimg FOKUS !!
info yg berguna..=)
Kalau buat affiliate tu, bolehlah cuba korek bermacam teknik-teknik baru. Yang penting, FOKUS!!!!
Nak berniaga di internet dah mudah sekrang ni. Tinggal nak atau tak nak aja. Kalau nak bukak kedai online boleh cuba Lot.my. Diorang bagi free je. So semua tu atas kehendak sendiri la.
Tahun baru sudah tiba . apakah anda berpuashati dengan kehidupan anda .jika tidak bole join perniagaan kami.Kami akan tunjukan care buat duit mudah .
Pemasaran affliate memang telah terbukti keberkesanannya dan incomenya..seperti program hyperbulk saya