Archive for the ‘Umum’ Category

Coretan Seminar Speed AdSense

Sunday, August 9th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seminar Speed AdSense

Dua hari lepas saya telah menjadi wakil kepada Team FlareBiz sebagai peserta di Seminar Speed AdSense anjuran Syed Ikhwan & the geng. Manakala Zhafran pula tidak dapat menghadirkan diri di seminar kali ini kerana sibuk dengan beberapa perkara. Bagi saya seminar yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini membawa persepsi yang berbeza dan secara keseluruhan semuanya berjalan lancar.

(more…)

Video Ringkas NiagaKit Version 2

Monday, August 3rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Beberapa hari lepas Zhafran & Bob telah berikan satu tugas kepada saya iaitu buat video demo bagi NiagaKit version 2 untuk tatapan umum. Semalam tanpa sebarang planning saya terus buka software camtasia studio dan membebel seorang diri bagi menyiapkan video ringkas NiagaKit version 2 ini. ;)

This movie requires Flash Player 9

(Play video di atas untuk melihat sendiri kehangatan NiagaKit version 2)

Saya juga sangat-sangat mengalukan sebarang feedback ataupun anda mempunyai sebarang pesanan ringkas untuk NiagaKit version 2 ini. Kepada pelanggan lama kami jangan bimbang kerana anda akan mendapat update NiagaKit version 2 ini secara percuma sebagai tanda terima kasih kami di atas sokongan anda selama ini.

NiagaKit version 2 akan menemui anda tidak lama lagi dan doakan agar segala urusan kami dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

P.S: Kepada sesiapa yang hubungi kami sebelum ini melalui contact form, sila hubungi kami sekali lagi kerana sebelum ini kami tidak dapat menerima email disebabkan masalah teknikal.

Wajah Baru & Laporan Hangat!

Tuesday, July 14th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana sudi melawat MajalahIM.com dan kini kami sekali lagi berwajah baru. Jika dahulu e-Majalah IM itu menjadi tumpuan utama, kini berbeza kerana kami lebih menumpukan kepada menyampaikan maklumat melalui blog. Saya rasa cara ini lebih mudah untuk disampaikan dan dapat menjimatkan masa ramai pihak terutamanya kami. ;)

Rekabentuk MajalahIM.com terbaru ini mengenengahkan konsep ringkas & mudah agar segala maklumat dapat disampaikan kepada pelawat MajalahIM.com dengan lebih mudah dan cepat untuk difahami. Insyallah. Warna hijau pula sudah tentu menjadi warna tema bagi MajalahIM.com sejak daripada dahulu lagi yang melambangkan duit. Tiada apa yang banyak boleh diceritakan kerana web ini masih belum siap sepenuhnya.

(more…)

Bengkel Minisite Sesi Pertama Selesai!

Tuesday, April 7th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari Sabtu lepas pihak Majalah IM telah menganjurkan satu bengkel membina web jualan khas bagi pembaca-pembaca Majalah IM. Bengkel ini disertai oleh 21 orang peserta dan 7 orang Majalah IM krew yang membantu melancarkan bengkel pada hari tersebut. Paling menarik, ada juga peserta daripada luar negara yang datang daripada Brunei.

Gambar Sepanjang Bengkel Minisite 3

Malah, peserta kali ini juga bukan sahaja terdiri daripada golongan belia malah ada juga yang sudah bergelar datuk datang pada bengkel minisite ini. Paling mengejutkan, datuk ini sangat cepat belajar dan telah berjaya membina web jualan beliau sendiri! Saya begitu kagum dan sangat bangga dengan atok ini kerana mampu belajar membina web jualan dengna baik. Saya rasa sikap inilah yang patut dicontohi oleh golongan muda pada hari ini.

(more…)

Gambar Seminar di UKM dan UIAM

Wednesday, February 11th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 7hb Februari baru-baru ini pihak Majalah IM telah dijemput untuk menjayakan beberapa seminar. Pada sebelah pagi kami ditugaskan untuk menyampaikan talk bertajuk “Menjana Wang Dengan Blog. Saya dan Zhafran telah berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman sepanjang 2 tahun bergelar seorang blogger.

Barisan Speaker

Di sana juga kami diberi layanan yang cukup baik dan ini sebenarnya yang membuatkan kami agak gugup sedikit :D Walaubagaimanapun, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Para perserta sememangnya memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan majlis pada hari tersebut. Kami tidak dapat menunggu sehingga majlis selesai sebaliknya perlu bergegas pula ke UIAM kerana terdapat slot pada sebelah petang.

(more…)

Mini Seminar – Asas Perniagaan Internet

Sunday, February 1st, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 30hb Januari lepas pihak Majalah IM telah menganjurkan Mini Seminar yang bertempat di pejabat Team FlareBiz, Diamond Square Business Center. Seminar ini lebih membincangkan asas-asas perniagaan Internet yang sebenar iaitu produk fizikal, produk digital dan servis sahaja. Lain-lain berkaitan program buat duit tidak disentuh sama-sekali.

Mini Seminar

Alhamdulillah, seminar ini dilangsungkan dengan jayanya dan 10 tempat yang dikhaskan sememangnya penuh dari awal lagi. Malah ada juga yang terlebih menjadi peserta yang ke-11 :D Tak mengapa kerana itu sememangnya rezeki beliau. Sebenarnya sangat ramai yang berminat dan mencadangkan supaya pada masa akan datang ia dianjurkan pada hujung minggu.

(more…)

Selamat Datang Ke MajalahIM.com

Friday, October 17th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana sudi melawat blog Majalah IM yang tidak seberapa ini. Sebenarnya blog ini telah lama wujud namun agak jarang dikemaskini kerana kami semua sibuk dengan perkara-perkara lain yang lebih penting. Kini MajalahIM.com muncul dengan wajah baru yang cun melecun dan sangat user friendly.

Theme ini direka khas oleh pakar wordpress iaitu saudara Bob yang telah bersengkang mata beberapa hari untuk menyiapkanya. :D Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada beliau. Baiklah sebagai pembuka bicara eloklah saya menerangkan hala tuju blog ini kepada anda semua.

(more…)