Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin ucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada co-founder FlareBiz Network iaitu saudara Zhafran, semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya mencari teman hidup oh! Pada tarikh yang bersejarah untuk saudara Zhafran juga, kami ingin melancarkan satu peraduan buat individu yang mempunyai blog ataupun lebih dikenali sebagai blogger untuk memenangi hadiah yang cukup menarik.
Sebelum bercakap mengenai hadiah, saya ingin terangkan serba sedikit mengenai peraduan hebat ini. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya melancarkan Peraduan Ulasan Sistem Niagakit dengan cabaran 25 hari mencari blogger terbaik dan paling kreatif seantero Malaysia! Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu membuat ulasan mengenai sistem Niagakit di blog anda secara kreatif dan secara tidak langsung anda berpeluang untuk menjadi pemenang.








