Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis tutorial pertama untuk blog MajalahIM yang berwajah baru ini. Dalam tutorial pertama ini, saya akan mengajar bagaimana untuk membina borang untuk blog wordpress anda secara langkah demi langkah.
Jika anda sudah bertahun-tahun bermain dengan wordpress, mungkin anda sudah tidak perlu membaca tutorial ini tetapi jika anda baru bermula, saya percaya tutorial ini sangat membantu
Anda boleh membina apa-apa borang yang anda suka dengan cara yang saya akan kongsikan ini. Borang hubungi, borang tempahan, borang kahwin survey dan pelbagai lagi
Baiklah, jangan buang masa. Mari kita mulakan. Untuk menjayakan misi kita untuk membina borang, kita perlukan satu plug in yang bernama cforms II. Klik disini untuk ke laman rasmi plug in cforms II ini.
