Archive for the ‘Temubual Eksklusif’ Category

Ketahui Rahsia Seorang Pereka Grafik!

Tuesday, October 20th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya sempat melakukan temubual eksklusif bersama seorang grafik designer wanita yang sememangnya cukup dikenali dalam kalangan usahawan Internet tempatan iaitu Kak Luvleey daripada Cheapest-Design.com. Sepatutnya temubual ini berlangsung pada awal bulan ini tetapi terpaksa ditangguhkan di atas pemergian ayah saya yang tercinta dan alhamdulillah minggu lepas temubual eksklusif ini dapat disiapkan.

Siapa sebenarnya Luvleey?

LuvleeyLuvleey atau nama sebenar Nurulhayati Binti Dr. Mohamed adalah anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik. Lahir pada 06 Ogos 1984 di Kuala Lumpur. Ketika berumur 11 tahun beliau berhijrah ke Tanzania Afrika dan pernah bersekolah di sana kerana mengikut bapa atas urusan kerja. Pada tahun berikutnya pulang semula ke Malaysia dan meneruskan pengajian di sini sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dan pendidikan UPSI. Beliau dari kecil lagi amat meminati bidang graphics. Tanpa sebarang asas dalam bidang Graphics, beliau cuba mempelajarinya sendiri (pandai-pandai godek sendiri).

(more…)