Archive for the ‘Program Buat Duit Online’ Category

Pemasaran Affiliate – Memahami & Menjiwai?

Saturday, February 13th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menjiwai & Memahami Produk!

Pada awal tahun lepas, saya dan Zhafran berjaya menjana lebih daripada 5 angka dalam masa 30 hari dengan melakukan pemasaran affiliate bagi pasaran tempatan. Saya begitu teruja dengan pemasaran affiliate dan sebenarnya agak terkejut, tak sangka rupanya pasaran tempatan juga boleh memberikan wang yang sebanyak itu hanya dengan mempromosikan produk orang lain. Ketika itu saya mempromosikan produk daripada saudara Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan iaitu Rahsia ClickBank.

Sejak saya menunjukkan cek tersebut kepada umum, ramai yang mula bertanya melalui ruangan komen mahupun email, bagaimana saya boleh menjana pendapatan yang sedemikian rupa? Malah ada yang dengan sukarela cuba menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan “Alah, Team FlareBiz bolehlah dapat duit banyak daripada program affiliate kerana mereka ada senarai email yang banyak!

(more…)

Bagaimana Pemberian Percuma Mampu Menghasilkan Komisyen Untuk Anda

Monday, December 28th, 2009

Penjanaan Wang Melalui Pemberian Percuma

Dalam artikel sebelum ini, saya telah mengutarakan 3 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Artikel kali ini pula akan menjurus pada penjanaan wang melalui affiliate iaitu dengan pemberian hadiah percuma pada prospek atau bakal pembeli anda. Saya yakin anda semua menyukai sesuatu yang percuma, lebih-lebih lagi jika produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Begitu juga para prospek anda, mereka sentiasa dahagakan sesuatu yang percuma daripada anda. Dalam dunia perniagaan internet, pemberian percuma yang saya maksudkan adalah seperti:

  • Laporan percuma (Dalam bentuk PDF)
  • Ebook
  • Kandungan email yang mempunyai informasi, tips dan panduan

Walaupun ramai yang sedar pemberian percuma ini dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang sebagai affiliate marketer, namun masih ada lagi yang gagal kerana (more…)

3 Cara Mudah Untuk Buat Duit Di Internet Pada Tahun 2010

Wednesday, December 23rd, 2009

3 Cara Mudah Buat Duit Di Internet

Istilah “Buat duit di internet” kini sudah boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Ini berikutan sudah banyak bukti yang telah ditunjukkan dari semasa ke semasa. Tidak salah juga jika saya katakan bahawa terdapat beberapa individu yang telah menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini dan meninggalkan kerjaya sedia ada.

Membuat keputusan sedemikian memerlukan kewangan dan perancangan yang kukuh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjana wang pada tahun 2010. Tiga cara ini telah dibuktikan berkesan bagi dan amat sesuai untuk (more…)

Mendapat 5 Angka Daripada Pemasaran Affiliate

Thursday, April 16th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menjana pendapatan dengan affiliate bukanlah satu perkara baru di dalam dunia buat duit di Internet sama ada luar negara mahupun dalam negara sendiri. Namun, jika dulu agak mustahil untuk kita menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan produk-produk tempatan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah produk untuk market Malaysia masih kurang, harga produk pula murah, masih ramai tiada kesedaran untuk membeli di Internet dan sebagainya.

Namun, kini dunia dah maju dan zaman dah berubah :D maka untuk mendapat 5 angka melalui pemasaran affiliate bagi market tempatan bukan lagi satu perkara yang mustahil. Jika pada bulan lepas saya mendapat 5 angka dengan pemasaran affiliate secara sampingan kenapa anda tak boleh?

(more…)

Menjana Pendapatan Dengan Blog

Saturday, October 25th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya semenjak pilihan raya Mac 2008 berlalu semakin ramai yang mengambil tahu tentang apa itu blog. Blog tiba-tiba menjadi satu isu panas masyarakat kita dan penulis-penulis blog mula mendapat pendedahan media massa. Baiklah kepada pembaca MajalahIM.com yang masih belum mempunyai blog, saya sarankan anda mencuba sendiri bina blog anda sendiri kerana blog memberi kita satu kepuasan.

Saya teringat satu kata-kata yang telah disebut oleh sifu blogging iaitu Yaro Starak iaitu “Blogging as a business, not a job“. Mungkin di Malaysia masih belum nampak bahawa blog juga boleh menghasilkan duit tanpa henti. Namun, jika anda lihat di negara barat, mereka sudah menganggap bidang blogging ini merupakan satu perniagaan bukan lagi sebagai satu perkara yang sia-sia.

(more…)

Buat Duit di Internet Dengan Hobi Anda

Monday, October 20th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya teringat satu kata-kata hikmah dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “In business your happiness must come before your profits“.  Kebiasaanya jika seseorang gembira dengan perniagaan yang anda lakukan maka secara tidak langsung perniagaan anda tersebut akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda. Walaupun anda menjual benda yang simple dan ramai orang ketawakan idea anda, namun jika anda lakukan dengan penuh minat maka anda tetap boleh berjaya.

Seperti yang dikatakan oleh ramai pakar motivasi, jika kita lakukan perkara yang kita minat dan cintai maka walau apa jua cabaran dan dugaan kita akan hadapi dengan tenang kerana tahap motivasi diri kita sentiasa maintain.  Kita juga pasti lebih teruja jika melakukan perkara yang kita minat dan tanpa keterujaan dalam melakukan sesuatu anda pasti tidak mampu bertahan lama. Jika anda tidak enjoy menjalankan perniagaan anda, pecayalah bahawa lambat-laun perniagaan anda pasti akan lingkup.

(more…)