Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semalam saya baru sahaja lepas “personal coaching” seseorang yang berminat untuk menjual ebook di Internet. Untuk pengetahuan anda semua, industri ebook sememangnya mempunyai potensi tinggi untuk terus berkembang dan jika anda lihat penjual ebook yang target market global, mereka sudah kaya-raya.

Oh, bukan seperti yang anda fikirkan dimana kita akan kaya hanya dengan menjual ebook “Make Money Online” sahaja. Sebaliknya, diluar sana ramai lagi penjual ebook yang menjadi kaya dengan menjual ebook yang tidak berkaitan dengan “Make Money Online”. Contoh-contoh niche lain ialah perhubungan, kesihatan, haiwan peliharaan dan sebagainya.
