Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai orang bertanya kepada saya, “Apa yang Team FlareBiz buat sekarang? Kenapa nampak macam slow jer progress team anda sekarang?“. Setelah berborak panjang, baru saya tahu bahawa progress slow yang dimaksudkan ialah kami agak kurang melancarkan produk yang berbayar. Kalau saya nak jawab secara detail mungkin boleh tulis satu ebook baru lagi mengenai topik ini, tetapi saya cuba ringkaskan sekadar maksud yang saya ingin sampaikan ini meresap ke dalam jiwa anda.
Kami mempunyai alasan tersendiri kerana hanya melancarkan beberapa produk berbayar sahaja dalam masa setahun dan selebihnya kami hanya mempromosikan produk orang lain. Kami memulakan perniagaan Internet sejak 3 tahun lepas dan sepanjang 3 tahun ini terlalu banyak cabaran yang perlu kami hadapi. Untuk pengetahun anda semua kami tidak pernah belajar secara formal bagaimana untuk menjalankan perniagaan tetapi kami belajar secara tidak formal untuk mengenal apakah itu perniagaan. Ternyata ia adalah satu perkara yang cukup seronok untuk kami belajar. Kami pernah hidup hanya makan sardin kerana kononnya ingin berdikari dan tidak mahu menyusahkan keluarga.





