Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak kami menganjurkan mini-seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal, ramai orang-orang yang hebat datang ke pejabat kami. Alhamdulillah, setakat ini pejabat kami tidak pernah kering dengan pelawat dan juga para pelanggan.
Seronok sebenarnya dapat jumpa ramai orang yang hebat di dalam bidang-bidang tertentu.

Tidak kurangnya yang datang sudah menjalankan perniagaan konvensional bertahun-tahun lamanya. Nah, ini satu peluang yang baik untuk kami semua belajar selok-belok dalam dunia perniagaan konvensional. Setiap daripada orang-orang hebat ini biasanya akan mengutarakan idea yang menarik dan memang idea tersebut boleh dikomersialkan sehingga kita boleh menjana pendapatan yang lumayan.







