Archive for the ‘Majalah IM’ Category

Rahsia Mendapat RM10K Sebulan

Friday, October 17th, 2008

Alhamdulillah, akhirnya Adly aka Labanon selaku Ketua Editor Majalah IM bersama Zhafran dan krew Majalah IM serta Team Flarebiz telah Berjaya menyiapkan dan menerbitkan Majalah IM untuk edisi Jun. Walaupun agak lewat kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan di samping beliau sibuk dengan pelancaran produk Rahsia 10K pada pertengahan bulan Jun lepas, namun Majalah IM edisi Jun ini tetap diterbitkan.

Cover Majalah IM Edisi 5

Seperti edisi MajalahIM yang lepas, Majalah IM 5 turut dihiasi dengan cover yang unik dan menarik. Mungkin menjadi antara edisi cover yang terbaik setakat ini. Terdapat banyak isi kandungan yang menarik perhatian saya pada edisi Jun ini. Antaranya, Anda Mahu Wang Tunai Segera?, Jangan Berhenti Belajar!, Resepi Kejayaan Dengan Minda Anda!, Anda Gagal, SEO Dan Kepentingannya dan sebagainya.

Kelainan pada edisi ini, Majalah IM memuatkan kartun hasil lukisan kartunis yang tidak asing lagi iaitu saudara Ubi. Hasil kerjanya sangat kreatif dan kemas. Majalah IM terus menganas dengan kehadiran penulis baru yang hebat iaitu saudara Fuad Latip yang merupakan pakar Search Engine Optimization (SEO). Beliau akan menerangkan secara berperingkat iaitu 1 bab setiap bulan sehingga bab ke terakhir iaitu bab 8.

Bermakna otai SEO kita ini akan menulis artikel berkenaan SEO dalam Majalah IM sehingga edisi Majalah IM yang ke-12. Selain itu otai-otai IM kita seperti Irwan Dahnil, SmartZul, Amar Mahmood, Shamsuddin Kadir, Alang, Tazilan Ibrahim, Galadriel, Zamri Nanyan dan Amirol terus menyumbangkan hasil penulisan yang sangat tidak ternilai di dalam Majalah IM 5 ini.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang mendalami serta belajar peluang dan panduan menjalankan perniagaan Internet di Majalah IM sekarang.

Penghasilan Produk Informasi

Friday, October 17th, 2008

Alhamdulillah setelah pulang daripada JomSeminar kami terus meneruskan kerja kami untuk menyiapkan Majalah IM buat edisi yang ke empat ini.Secara ringkas Majalah IM pada kali ini cuba memberikan satu ilmu baru tentang perniagaan Internet dan atas dasar tersebut 2 orang lagi penulis baru dijemput untuk menyumbangkan artikel dalam Majalah IM pada kali ini.

Cover Majalah IM Edisi 4

Beliau ialah Amar Mahmood, penulis buku Rahsia Minda Jutawan dan Noorizam Shah penulis ebook “Kuasa Lelong” yang masing-masing menyumbangkan artikel yang sesuai dengan bidang mereka. Selain itu salah satu team tersohor malaysia juga turut membantu kami memantapkan majalah IM iaitu Team SaifulSham yang menyumbangkan satu artikel yang menarik. Temubual bersama dengan Vince Tan pula terpaksa ditangguhkan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan kami menggantikanya dengan seorang lagi usahawan Internet yang terkenal iaitu Mohd Amirol daripada WebJualan.com.

Beliau akan berbincang tentang produk digital pada kali ini dan saya mohon maaf kerana audio ini dirakam dalam keadaan yang tergesa-gesa yang semestinya banyak kekurangan daripada pihak kami. Jadi tunggu apa lagi… download sekarang.

Adakah Perniagaan Ebook Masih Relevan?

Friday, October 17th, 2008

Majalah IM Isu kali ini mengetengahkan tentang isu Perniagaan ebook! Adakah perniagaan ebook masih relevan?

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan kami ecaros, kak Norakmal dan sebagainya kerana membantu kami dalam melancarkan proses menyiapkan Majalah IM. Suara kak Norakmal digunakan dalam intro audio Interview bersama Gobala tu :) (suara memang cute hehe se”cute” tuanya kot hehe) Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penulis Majalah IM, tanpa anda percayalah kami tidak mampu untuk menerbitkan Majalah IM ini. Terima kasih!

Cover Majalah IM 3

Baiklah, ezine pada kali ini cuba menjawab persoalan mengenai “Adakah Perniagaan Ebook Masih Relevan?”. Saya berharap dengan 3 artikel yang dimuatkan mampu untuk memberi sedikit santapan terhadap minda anda tentang perniagaan produk digital terutamanya ebook. Banyak artikel yang menarik pada bulan ini dan saya berharap anda memperolehi sesuatu daripadanya. Baca,baca dan dengar hehe interview saya bersama bro Gobala Krishnan.

File pada kali ini agak besar iaitu 14mb kerana di dalam file tersebut mempunyai audio Interview bersama bro Gobala. Interview ini menarik kerana banyak tip dan rahsia yang dikongsikan oleh bro Gobala Krishnan bersama kita semua. Anda boleh dengar audio interview ini sambil-sambil anda buat kerja kerana ia merupakan sumber motivasi untuk anda terus berjaya. Oh ya, sudah tentu bagi yang tidak meminati perniagaan maka audio interview ini amat membosankan bagi anda hehe…

Akhirkata, kepada yang telah baca… please buat review di blog,website atau forum bagi membantu kami menyebarkan ilmu tentang perniagaan Internet ini. Saya berharap anda bukan sahaja baca tapi menyebarkanya. Selepas tulis review tentang Majalah IM ini silalah ping review tersebut ke post ini agar kami boleh jengok-jengok blog anda hehehe.

Mulakan Perniagaan Internet Anda Sekarang!

Friday, October 17th, 2008

Akhirnya..penantian yang sememangnya amat menyeksakan sudah berakhir. Bagi yang belum tahu pasal MajalahIM. Diatas permintaan ramai, kami menambah slot baru iaitu slot wawancara untuk edisi kali ini dan seterusnya.Untuk mengetahui siapakah ‘jejaka’ akan telah diwawancara oleh team FlareBiz pada kali ini, silalah dapatkan MajalahIM disini.

Cover Majalah IM Edisi 2

Selain kandungannya yang amat menarik, rekabentuk grafiknya juga hebat (congrats tu mysticmind) . Sudah hampir mencapai taraf majalah sebenar? sikit masa lagi.. mungkin boleh print dan dijual dikedai-kedai pula.. :)

Selain itu, kami juga menambah penulis baru untuk edisi kali ini. Beliau merupakan internet marketer kelahiran Malaysia berbangsa Cina dan juga merupakan seorang internet marketer elit dan bertaraf international. Beliau adalah Vince Tan. Jangan lepaskan peluang membaca artikel beliau dalam MajalahIM #2

Kami telah menukar konsep MajalahIM dimana anda tidak perlu lagi subscribe untuk mendapatkan naskhah tersebut. Ya, anda boleh download dan sebar-sebarkan kepada sesiapa saja yang anda suka. Untuk edisi ke-2 ini (dan seterusnya rasanya).. anda tidak perlu lagi subscribe untuk mendownload majalah IM tersebut. Jadi usah berlengah lagi, baca dan pratikkan segera.

Perniagaan Internet Dan Rakyat Malaysia

Friday, October 17th, 2008

Majalah IM adalah satu ezine yang akan dikeluarkan setiap bulan dan akan memeberikan pelbagai tip perniagaan Internet kepada anda. Tip ini adalah tip yang sentiasa relevan dengan keadaan semasa dan bukan calang-calang orang yang menulis ezine ini.

Terima kasih diucapkan kepada sifu-sifu perniagaan Internet seperti bro Tazilan, Zamri Nanyan, Irwan Dahnil, SmartZul, Syed Ikhwan, Alang, Osman Affan, Mdpai, Shuth dan Kak G kerana sudi berkongsi pendapat dan idea dalam Majalah IM ini. So, saya rasa amat rugi jika anda tidak dapatkan majalah ini kerana pelbagai tip yang menarik akan dikongsikan setiap bulan.

Untuk keluaran yang pertama ini, berbagai topik topik telah dimasukkan ke dalam eZine ini, antara topik menarik yang terdapat di dalam eZine ini ialah seperti :-

  • Perniagaan Internet & Rakyat Malaysia
  • Kuasa Minda Adalah Karut?
  • Penulisan Artikel Dalam Pemasaran Internet
  • Membina Senarai Nama di Internet
  • dan banyak lagi artikel-artikel serta tips-tips yang menarik berkenaan dunia perniagaan internet

Jadi.. usah berlengah legi.. dapatkan segera Majalah ini… secara PERCUMA!