Buku Buat Duit Dengan Blog
Demam blog telah melanda Malaysia sejak kebelakangan ini. Banyak seminar dan bengkel telah diadakan oleh otai-otai usahawan internet. Hasilnya, program-program sebegini banyak menyedarkan orang ramai terutamanya penganggur bahawa terdapat suatu inisiatif baru dalam menjana pendapatan selain berkerja di sektor awam ataupun swasta iaitu buat duit melalui blog.
Sekarang, orang ramai tidak gusar lagi menghabiskan ratusan ringgit semata-mata ingin mendapatkan ilmu dan tip tentang bagaimana kita dapat menjana wang melalui blog. Seorang usahawan internet muda juga, Yazid Yahaya, telah berjaya menerbitkan sebuah buku yang mengajar kepada umum bagaimana untuk menjana wang melalui blog. Buku yang bertajuk “Buat Duit Dengan Blog” ini mempunyai empat bahagian utama yang menerangkan tajuk tersebut secara terperinci.
Dengan saiz dan ketebalan buku yang sederhana, ia sangat sesuai dibawa ke mana sahaja anda berada. Ia dapat memberikan kefahaman yang lebih mudah kepada anda dengan penerangan yang beserta dengan contoh dan grafik. Dua penerangan ringkas yang terdapat dalam buku ini ialah pada bahagian pertama dan keempat. Pada bahagian pertama, penulis menerangkan segala perkara asas mengenai blog termasuklah jenis-jenis blog, pemilihan platform dan domain sesuatu blog serta kemahiran menggunakan blog tersebut.
Manakala, bahagian keempat pula, penulis mendedahkan sebuah kisah benar atau ‘blueprint’ pengalaman seorang blogger profesional yang mungkin boleh dijadikan inspirasi dan rujukan anda semua. Bab yang paling menarik perhatian saya ialah bahagian kedua iaitu membina blog. Bahagian ini memberi kelebihan bagi newbie yang masih buntu dalam menentukan niche dan personaliti blog yang anda ingin bina. Penulis menyediakan 6 bahagian soalan yang perlu anda jawab dan jawapan-jawapan inilah yang akan memperlihatkan dan merungkaikan kebuntuan anda mengenai niche dan tajuk blog yang bakal anda bina.
Kaedah pemilihan tema, konsep, reka bentuk, dan isi kandungan turut diterangkan secara terperinci beserta dengan contoh dan grafik. Turut dinyatakan bagaimana untuk menjana trafik ke blog anda di mana trafik merupakan sumber utama pendapatan blog anda.Kemuncak kepada pengisian buku ini dinyatakan pada bahagian ketiga iaitu blog sebagai sumber pendapatan. Penulis menerangkan terlebih dahulu apa yang anda perlu miliki untuk mula menjana pendapatan melalui blog.
Kemudian, penulis menerangkan dengan terperinci bagaimana dan dari mana anda dapat memperolehi pendapatan melalui blog. Selain itu, beliau juga mendedahkan beberapa teknik iklan yang berkesan dan beberapa pendekatan yang perlu dilakukan untuk mendapat pembaca yang setia. Manfaat buku ini amat lebih bermakna sekiranya anda sendiri merasai ilmu yang dicurahkan oleh penulis. Harganya sangat berpatutan dan bernilai untuk wang anda.

hoho.sudah beli dan dah baca. MEmang best.
wahahah! kna bli cpt neh..
Saya sempat membaca beberapa muka surat di MPH beberapa minggu yang lalu. Walaupun agak nipis tetapi ianya agak padat dengan maklumat serta tips bagaimana untuk menjana pendapatan melalui blog. Tahniah kepada penulis.
Memang tak pernah baca buku ni… Selama ni saya hanya baca melalui internet or download kat mana2 downloading site yang ada cerita tentang blogging makes money .. But now i’m willing to take a chance to know more about it.. Even though sekarang ni kerja pun susah, buat freelance pun tak cukup makan.. So better saya buat kerja blogging ni.. Buat je la sampai yang termampu..
Kepada penulis.. Terima kasih kerana anda berani berkongsi kepada semua orang.. Cita2 seperti awak la yang patut dicontohi!!
Yazid Yahaya sy bangga anda mempunyai produk sendiri.
Tetapi ada sikit macam meluat pula kerana, setiap kejayaan buku ini seperti dapat di review di majalah IM, buku dapat di pasarkan ke Indonesia, buku dapat top seller hendak di ceritakan kepada umum di forum. Cukup saja anda menceritakannya di blog peribadi anda.
Perbuatan anda sebenarnya akan banyak menjatuhkan kredibiliti. Anda boleh ambil contoh Irfan Khairi, dia bangga dengan bukunya menjadi top seller, tetapi tidak berlebihan memberi kenyataan.
Anda ingat macam gini sahaja, jika makan ubat kurang pun tak boleh makan terlebih pun tak boleh bila sakit. Jadi ikutlah situasi yang sesuai.
Jangan anggap komen ini hendak membunuh kerjaya anda.
Apa2 pun tahniah. Bukan mudah saya hendak menjadi seperti anda
Salam…
Ya… aku rasa aku agak SETUJU la dengan hg Nabil ( raja lawak tenet pa? lawak naa…) Sebab apa aku SETUJU! sebab… kalau xada orang ingat mengingati sesama sendiri ni, kita xakan tahu apa kelemahan yg secara x sedar yg kita terlepas buat or pandang!
Kita ni yg dijadikan manusia yg sebaik2 nya ni kekadang x lari dari kesilapan dan ALPA dgn perbuatan kita. Cth : terjadinya syirik secara terang2 n ada yg secara xsengaja (xdsedari) oleh sesetengah individu! Jadi… dengan pandangan SAHABAT2 usahawan ni, Diharap semua USAHAWAN dapat menilai yg mana dapat memanfaatkan terhadap orang sekeliling. Jgn pentingkan diri sendiri… “Kongsilah ilmu anda yg terlalu besar itu kpd semua insan, ini kerana Dia hanya menganugerahkan ilmu sebesar ZARAH kpd yg yg terpilih dan ARIF bg menyampai kekepada yg dikehendakinya! ”
Renungkan dan selamat beramal…
PS : Jikalau tersilap kata memang datang dr KELEMAHA diri saya dan yg BERMANFAAT hanya datang dari Allah Taala
saya telah membeli 101 adsence dan telah meembacanya masalah saya ialah saya buka blog dengan yola percuma tapi tidak dapat dicari oleh rakan saya apakah hosting percuma untuk blog dapat log in? supaya dapa dibuka dengan carian google dan yahoo.sila reply segera
Berapa harga buku ni? Ada jual di mana?