Bukan Sekadar Mengajar Tetapi Belajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bukan Sekadar Mengajar Tetapi Belajar

Hola kepada semua pembaca blog ini. Fuh, nampaknya memang berhabuk blog ini kerana tiada sebarang entri baru daripada pihak kami. Sebenarnya, kami semua mempunyai masa yang terhad kerana masing-masing mempunyai tugas yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, sudah ada beberapa projek kami telah menunjukkan perkembangan yang positif dan nanti kami akan kongsikan dengan anda semua di blog ini. (Betul ker ni? Entah-entah tak sempat ho ho ho!)

Baiklah, pada entri ini saya hanya akan menceritakan secara ringkas apa yang telah kami lakukan sepanjang Mac ini. Tiada apa yang special sepanjang bulan Mac ini kerana kami hanya mengekalkan dan menambah baik projek yang sedia ada sahaja. Namun, secara peribadi bagi saya bulan Mac ini saya banyak belajar mengenai bagaimana nak berhadapan dengan orang ramai dan bagaimana hendak melakukan presentation yang berkesan.

Ini kerana sepanjang bulan Mac lepas, jadual kami padat dengan ceramah-ceramah mengenai perniagaan internet dan juga seperti biasa hampir setiap minggu kami mengadakan mini-seminar. Saya sebenarnya tak sangka yang saya dahulunya pendiam, pemalu dan jarang-jarang bercakap depan orang ramai, kini “terpaksa” berhadapan dengan ratusan audience untuk memperkenalkan perniagaan internet kepada mereka. (Ini adalah satu sebab kenapa saya menjalankan perniagaan internet oh!)

Saya terpaksa keluar daripada ‘comfort zone’ untuk melangkah ke tahap yang seterusnya. Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana walaupun kami tidak memberikan ceramah di mana-mana tempat, kami tetap dapat menjana pendapatan secara konsisten. ;) Tetapi kami keluar daripada comfort zone untuk belajar perkara baru dan melangkah ke tahap yang seterusnya. Bagi saya, ini adalah satu pengalaman yang luar biasa.

Saya tak larat nak menulis panjang, cuba anda lihat gambar-gambar di bawah yang pasti akan menceritakan 1001 ungkapan:

1) Mini-seminar Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal.

Mini-seminar ini kami sentiasa adakan di pejabat kami dan sesiapa yang berminat boleh lah sertai untuk tarikh yang akan datang. Alhamdulillah, kami telah menerima banyak respons positif daripada para peserta yang hadir. Majoriti sangat berpuas hati dengan mini-seminar ini kerana bagi mereka walaupun mini, tetapi input yang diberikan sangat besar. :D

Mini-seminar mengenai produk fizikal.

Mini-seminar asas buat duit dengan produk fizikal.

Mini-seminar mengenai produk fizikal.

2) Ceramah di UiTM Shah Alam mengenai perniagaan internet di Fakulti Business.

Di sini saya menjadi wakil kepada Flarebiz Network untuk memberi ceramah kesedaran mengenai perniagaan internet khususnya produk fizikal bersama rakan usahawan internet seperti Ammar Zahar dan juga Jamal. Saya dapat lihat daripada raut wajah para peserta dan lecturer, mereka semua sangat berpuas hati dengan input yang diberikan.

Seminar perniagaan internet di fakulti bisnes.

Seminar perniagaan internet di fakulti bisnes.

3) Ceramah di UTM Skudai untuk Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa.

Di sini sekali lagi saya menjadi wakil kepada Flarebiz Network untuk pergi ke Johor bagi menjayakan seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa. Di dalam seminar ini para mahasiswa di dedahkan bagaimana nak aplikasi online business dalam menjana pendapatan walaupun masih bergelar seorang pelajar. Untuk program ini, saya bersama Team ForexExcel dan juga seorang usahawan internet muda iaitu saudara Hasbul Aqill (Telah merampas status muda daripada saya oh!).

Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa.

Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa.

Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa.

4) Ceramah di UiTM Shah Alam bagi Program Internet Business “Gateway To Zero Unemployment”.

Ini merupakan program terakhir bagi bulan Mac di mana kami di Flarebiz Network telah dijemput sekali lagi untuk berkongsi pengalaman mengenai perniagaan internet kepada para mahasiswa di UiTM Shah Alam. Namun, ia hanya terhad untuk 300 orang sahaja. Kami bersama saudara Ammar Zahar, Jamal dan Amirol menjayakan program yang penuh gilang-gemilang ini.

Program Internet Business "Gateway To Zero Unemployment"

Program Internet Business "Gateway To Zero Unemployment"

Program Internet Business "Gateway To Zero Unemployment"

Itu sahaja salah satu daripada program yang menyebabkan kami sibuk pada bulan Mac tetapi saya sentiasa teruja kerana saya dapat belajar perkara baru yang saya fikir ramai yang tidak dapat mempelajarinya. Namun, saya rasa pada bulan April ini, saya tidak dapat menerima sebarang jemputan ceramah kerana saya ingin fokus kepada projek-projek yang bakal kami jayakan. Saya percaya bahawa percakapan kita haruslah selaras dengan hasil kerja yang kita jalankan. Betul tak? :D

Terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab menjemput pihak kami memberikan ceramah mengenai perniagaan internet. Semoga Flarebiz Network terus maju dan melangkah kehadapan sekali gus dapat merealisasikan impian untuk menjadi salah satu syarikat Internet yang berprestij di peringkat negara mahupun antarabangsa. Semuanya bermula dengan satu angan-angan. Yosh!

{ 24 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

24 Responses to “Bukan Sekadar Mengajar Tetapi Belajar”

  1. Fathuallah says:

    Nice job bro! You did it Great. I belief you will be somebody soon.
    Keep it up! Hopefully we can find a way to work together in near
    future.

    All the best!

  2. Menarik je..

    P/s: Kalau ada buat kat Kuching, Sarawak.
    Insyaallah saya datang..
    Rugi x..:)

  3. Salman says:

    One of the Most Talented Young Entrepreneur in these ages!

  4. rahmanbasri says:

    Mantap demo ni.. Tahniah2…

  5. Benar2x hebat, bole memberi ide dan gagasan kepada pelajar untuk segera memulai bisnis mereka :)

  6. paeh says:

    rugi tak dapat datang…. lebih2 lagi kat UiTM Shah Alam tuu… kalau ada lagi event kat UiTM gtau laaaa…..

  7. aktechpage.com says:

    Bangga dengan anak-anak muda sekarang ni :)
    Muda2 lg dah pandai bg ceramah…
    Congrats bro…
    Lepas ni UMK plak…heheheeh

  8. azez sharef says:

    salam.huf sungguh busy team flarebiz bulan mac nie..
    tahniah2..napok banyak projek berjalan lancar tuu…
    timo kasih jgk..
    banyak kawe blajar dari demo li..=)

  9. fadzlihani says:

    ketika anak muda lain masih keliru dengan perjalanan hidup, Tuan Adly dan Tuan Zhafran melakukan sebaliknya! Tahniah saya ucapkan, sesunguhnya Kelantan bangga dengan anda berdua!

  10. nazri says:

    Tahniah Bro…! Teruskan berkongsi ilmu, moga ada ganjarannya tersendiri.

  11. KitaBoleh says:

    Bukan mudah untuk menjadi seorang penceramah, perlukan keberanian dan keyakinan diri yang mantap…salute

    Mari buat duit internet.

  12. Tengku Faris says:

    Tahniah2.. Kita sebaya la, Adly Labanon..

    InsyaAllah,kalau takde aral melintang, saya
    akan teruskan perjuangan untuk terus belajar
    sehingga setaraf dengan kedudukan Adly skrg..

    Motivasi Terbaik untuk Saya Teruskan Usaha dalam IM!

  13. DeeJay Senja says:

    Salam Adly

    Tahniah atas kejayaan sekarang. Semoga akan lebih suksess lagi. Tksh berkongsi info ini.
    Klu datang JB lagi, bagitaulah. Org Johorpun tak sabar nak jumpa anda :)

  14. johari says:

    Tahniah ! ! Usahawan yang gigh.. tapi saya ni bila lah nak mula…

  15. Nampak macam meriah,event yg saudara anjurkan..InsyaAllah,satu hari nanti saya akan turut serta mengikuti kursus dari saudara…

  16. abgzol says:

    Syabas & Tahbiah untuk team flarebiz kerana semakin maju ke hadapan. Insya’Allah dengan usaha memartabatkan perniagaan internet di Malaysia pasti akan lebih ramai lahir usahawan internet yang sebenar..

  17. Alam says:

    Tahniah you all!
    saya juga akan cuba bukan keluar daripada comfort zone tetapi meLUASkan comfort zone saya.

    Good Luck!

  18. wanwma says:

    Labanon bukan keluar dari comfort zone semata-mata, malah keluar mengembangkan sayapnya! hohoho…

  19. Jutawan muda says:

    Tahniah atas kejayaan yang anda dpt………..
    giv some tips 4 us also….

    http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz

  20. fiz says:

    Tahniah,

    lepas ni masuk maskulin bro! he3

  21. Amy says:

    Labanon bukan keluar dari comfort zone semata-mata, malah keluar mengembangkan sayapnya! hohoho…

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)